Tak sangka selama ni aku bercinta dgn suami orang, siap pinjam 8k. Aku nekad jumpa isteri dia

Isteri Amirul m4ki aku macam – macam, aku tahan je, aku diam. Kesemua duit yang Amirul pinjam dekat aku, semua isteri dia yang selesaikan hutang. Betapa sayangnya dia dekat suami. Tapi tak lama lepas tu, isteri Amirul hubungi aku semula..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih andai coreten saya disiarkan. Terlebih dahulu saya nak mintak maaf andai tulisan saya berterabur. Saya Alin berusia awal 30 an. Berkerja sendiri. Kisah maIang dalam hidup aku bermula hujung tahun lepas. Perkenalan singkat aku dengan seorang lelaki, aku geIarkan dia Amirul.

Amirul berkerja disektor swasta dengan gaji basic minimum. Orangnya tinggi lampai, berambut cacak, sedap mata memandang. Awal perkenalan kami semuanya indah – indah. Amirul seorang lelaki yang sangat – sangat baik, bercakap pun lembut, sopan, senang cakap nampak sempurna di mata aku waktu itu.

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupenya Tsun4mi melanda dalam hubungan kami. Dipendekkan cerita, Amirul kant0i dengan aku, Amirul adalah SUAMI ORANG. Aku tidak tahu pun, Amirul ini suami orang sebab dia mengaku dia ‘Bujang’.

So aku pun percayalah cakap dia bulat – bulat. Aku beranikan diri cari isteri Amirul, Isteri mana tak marah, tak meng4muk. Aku terduduk dan isteri dia jugak terduduk. Aku geIarkan isteri Amirul, Ika. Ika nampak berperwatakan lembut, sopan, manis, lawa.

Bermulalah sesi berdebat antara Amirul dan Ika depan aku, Amirul salahkan Ika 100% dalam hal ini, tapi dalam hati aku, Amirul yang salah! Amirul yang curang tapi kesian Ika yang dipersalahkan sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk Amirul.

Aku pulak macam tunggul hadapan mereka. Aku kesian tengok Ika yang h4ncur sehancurnya depan mata aku. Ya Allah kenapa k3jam sangat Amirul pada Isteri dia. Selesai Amirul dan Ika bertik4m lidah depan aku, mereka beralih kepada aku, Aku dengan berani cakap,

‘SAYA TAK TAHU AMIRUL SUAMI ORANG, AMIRUL MENGAKU DIA BUJANG’. Ika m4ki aku macam – macam. Aku tahan. Aku diam. Urusan aku, Amirul dan Ika tidak habis disitu sahaja, sebab sepanjang aku berkawan dengan Amirul, dia pinjam duit dengan aku dekat 8k,

Ianya atas alasan nak renew roadtax kereta, nak bawak keluar adik dari lokap, nak tukar tayar kereta, nak bayar duit kereta, nak bawak mak balik kampung, dan macam – macam lagi. Kesemua duit aku, Ika yang selesaikan. Punyalah Ika sayangkan Amirul, sanggup berhutang sana sini semata – mata untuk selesaikan hutang aku.

Ika beri Amirul peluang untuk berubah, tapi sayang Amirul tidak pernah berubah. Amirul simpan perempuan lain (Aku geIarkan Ina). Ina, cari ika dan cerita semua pada Ika, Ika naik angin, dan tuntut cerai dengan Amirul. Ika mesej aku maklumkan Amirul curang lagi sekali dengan perempuan lain siap bagi nombor perempuan itu.

Aku hanya diamkan diri sebab itu bukan urusan aku dah. Nasib aku dan Ina hampir sama, Kami dipergunakan untuk kepentingan Amirul. Masalah utama Amirul hanyalah duit. Modus operandi Amirul adalah sama. Nak pakai duit untuk jamin adik dari lokap, nak bayar duit kereta, nak bagi mak duit belanja, dan macam – macam alasan yang sama.

Selepas tahu Amirul ini suami orang aku jadi benci, meluat, tapi Amirul ini jenis tak tahu malu, masej aku nak mintak pinjam duit. Hanya untuk duit sahaja aku dicari. Lepas itu, Amirul akan menghilang. Bahasa Amirul agak kasar kalau aku tak bagi dia pinjam duit.

Kau ingat aku heran dengan “Biawak hidup” macam kau, memang tidak. Selama ini Amirul hidup mewah dengan harta isteri. Sekarang kesian, semua kemewahan yang Amirul ada dir4mpas isteri dia. Termasuk kereta kesayangan Amirul.

Percayalah ‘kata – kata itu doa’. Amirul beria sump4h mengaku dia bujang. Last – last Allah makbulkan doa dia jadi ‘bujang duda’. Aku kesian dengan Ika, sedih aku baca posting – posting ika, tapi ape yang aku mampu hanya berdoa.

Doakan terbaik untuk Ika. Ika lalui fasa yang sangat – sangat perit dalam hidup dia. Ditipu dan dikhi4nati. Semoga Allah gantikan semua kes4kitan kau dengan kebahagian di dunia dan akhir4t. Aamiin. Buat gadis – gadis luar sana, berhati – hati lah dengan ‘dating apps’, ramai yang pura – pura bujang, mencari m4ngsa baru untuk keseronokan.

Berhati – hati bila berkawan dengan ‘stranger’ jangan mudah percaya, jangan mudah kesian, jangan mudah terper4ngkap dengan kata – kata, “Abang nak datang jumpa mak sayang,” itu semua drama sahaja. Jaga diri, jaga maru4h kita sebagai perempuan.

Akhir kata Amirul selalu cakap saya tak bahagia dengan isteri saya sebab itulah saya cari awak. Haha! Konsep bahagia itu bukan datang dengan pencarian, bahagia itu adalah hargai apa yang ada di depan mata. Berhentilah pergunakan orang. Ubah sebelum terlambat. Sekian. – Alin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Summer Darl : Saya kedekut. Bab – bab duit ni sorry la nak baik sangat. Dulu – dulu (dah lama) suka juga bagi orang pinjam. Sekali dah asyik terkena orang tak bayar, saya pon buat monthly commitment dekat ASB dan investment – investment lain.

Jadi takde duit lebih tiap – tiap bulan. Bila orang nak pinjam duit, jawab je takde duit. Dah memang betul takde duit lebih tak tipu, sebab tiap – tiap bulan duit dah kena auto deduct. Settle masalah jadi pemurah tu.

Wanie Talib : Tak kiralah lelaki ke, perempuan ke, kalau awal – awal je dah nak pinjam duit. Larikkk lahhh. Kecuali dia ada pertalian d4rah dengan kau, adik beradik jauh ke, mungkin dia sesak. Sekarang ni ramai yang nak duit mudah, d0sa letak dalam peti dulu.

Dah tua baru nak taubat katanya! Kalau single, tak perlu lah termakan puji dan rayuan, kata cantik lah, ayu lah, sila sedar diri. Pandai – pandailah selidik FB dia sampai ke akar umbi, kau akan jumpa kecurangan dia!

Faris Haikal : Tahniah Ika kerana berani keluar dari hubungan. Tahniah juga confessor. Ramai lelaki yang macam ni, ingin menumpang kesenangan wanita, diri sendiri malas berusaha. Betul, macam ramai yang komen, dalam perkenalan once lelaki tu dah mula nak pinjam duit, there is something wrong somewhere. Lelaki yang bermaru4h, takkan senang – senang mintak pinjam duit. Rela kebulur dari meminjam.

Norsyina Tazali : Jangan mudah percaya kat orang lebih – lebih lagi yang baru kenal. Kalau start nak pinjam duit tu, memang kena blok teruslaaa. Dah banyak berlaku kan. Please learnt from the lesson. P/s : Jangan sesekali h4nyut dengan kata – kata manis lelaki baik yang dah kenal lama mahupun yang baru kenal.

Sumaiyah Mohd Rasidi :  Para gadis d luar sana, please bila lelaki mula saja cakap nak pinjam duit, RUN!! Banyak sangat saya jumpa cerita lelaki – lelaki yang meminjam duit ni dah dapat duit, dia lari dari hubungn.

Lelaki yang gentleman, dia tak pinjam duit perempuan. Saya ada kawan yang jadi tukang buat loan lelaki tu dekat beribu kerana cinta punya pasal, lastly lelaki tu bIah, dia kena tanggung segala hutang lelaki tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?