Tak sia2 pakcik ajar aku silat, bila laki aku pukuI, aku Iawan balik sampai dia mengalah

Masa anak kedua aku dah berumur 7 bulan, dia ditangkap polis dek kerana d4dah. Ya, sikap dia berubah mend4dak sebelum ni adalah kerana d4dah. Masa aku dapat khabar tu, aku gelak. Korang rasa aku ni isteri yang tak cukup mithali lagi ke?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau secebis kisah hidup aku yang berliku ni disiarkan. Sekiranya tersiar, semoga dapat menjadi iktibar kepada sekalian penghuni alam. Nama aku Lara (bukan nama sebenar).

Berumur lewat 20-an. Bekerja sebagai freelance accountant dan berniaga sepenuh masa. Sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata da juga bakal menimang cahaya mata ketiga pada oktober ni. (insyaAllah). Dan oh ya, aku seorang penghidap severe depr3ssion dan menjalani rawatan bulanan serta pengambilan ubat penenang secara harian dan berterusan sehingga diberitahu kelak.

Selalu aku baca “KESILAPAN TERBESAR SEORANG WANITA ADALAH SILAP MEMILIH SUAMI.” Aku dalam lingkungan 80-20. 80% tak setuju, 20% setuju. Sebab apa? Sebab ini berkaitan secebis hidup aku yang bakal aku gaIi. Aku kenal suami aku penghujung tahun 2010.

Sebagai seorang yang konon – konon tergolong dalam wanita yang mudah jatuh hati dengan pak lawak, maka aku tak nafikan baliau seorang yang mampu buat aku ketawa berdekah. Awal tahun 2011, tepatnya tahun baru, di hadapan pagar rumah parents aku, dia minta untuk couple.

Ya ya, sepantas itu. Dan aku terima. Genap setahun bercinta, kami bertunang. Dan selepas setahun bertunang, kami bernikah. Nampak smooth and steady bukan? Sebelum nikah dan selepas beberapa bulan nikah, sebelum aku mengandungkan anak sulung, suami aku seorang yang super duper tip top.

Solat tak tinggal, cakap berhemah lemah lembut, sejuk mata memandang. Memang lelaki kiriman sorga bagi aku. Bab kebajikan rumah, kebajikan aku sebagai isteri, memang berada di tahap langit ke7. Memang keterlaluan aku puji masa tu.

Dan even kerja dia memerIukan dia berada di luar kawasan berminggu – minggu, aku redha kan sahaja. Sampai lah ketika aku disahkan mengandung. Time ni sampai dah simptom perempuan mengandung yang mengada – ngada minta perhatian lebih.

Bila dia beritahu yang dia perlu outstation, aku mula buat drama mengalahkan sinetron. Mula – mula dia layankan sahaja tapi mungkin lama kelamaan, dia fed up. Nahhh.. belang sebenar dia mula timbul. Dia start baran dan m4ki hamun aku.

Entah lah berkaitan atau pun tidak. Tapi aku rasa macam ya. Aku dah mula syak sesuatu masa tu tapi aku abaikan. Per4ngai dia bertambah teruk bila dia berhenti kerja. Dan dia berhenti kerja masa aku tengah sarat mengandung.

So segala isi perbelanjaan, aku yang tanggung. Kerja dia, paw duit aku. Lepas aku bersalin, dia kerja semula tapi semuanya tak sama macam awal awal dulu. Dia dah start culas bagi belanja rumah sampaikan sewa rumah pun aku yang tanggung.

Jangankan belanja rumah, belanja nafkah aku pun, sejak kejadian dia berhenti kerja tu sampailah ke hari aku share kisah ni, 1 sen pun aku tak pernah dapat. Aku jadi malas dah meminta. Sebab tu aku gagahkan diri kerja. Semua benda aku nak buat kalau boleh.

Asalkan aku boleh dapat duit. Tapi sayang punya pasal, aku bertahan. Demi anak pun ya. Siapa ja nak anak membesar tanpa salah seorang ibu / bapa? Bila aku disahkan mengandung anak kedua, per4ngai dia m4kin menjadi – jadi.

Langsung tak bekerja. Jadi aku nekad, keluarkan modal untuk berniaga. Sambil aku kerja, aku berniaga juga. Tapi bila aku masuk office, dia akan take 0ver. Di sini kesilapan terbesar aku. Bila hujung hari nak closing, duit modal tak dapat, untung apatah lagi.

Sudahnya, terp4ksa berhutang dengan kakak dia untuk modal esoknya. Dan begitulah seterusnya sampai aku ambil keputvsan untuk stop terus. Masa aku mengandung anak kedua ni lah, dia dah berani angkat tangan. Time aku tengah sarat, dia boleh beIasah aku umpama tak ada esok.

Aku hadap ja dengan tangisan. Masa anak kedua aku dah berumur 7 bulan, dia ditangkap polis dek kerana d4dah. Ya, sikap dia berubah mend4dak sebelum ni adalah kerana d4dah. Masa aku dapat khabar tu, aku gelak. Tak sedih, tak apa.

Sebab aku rasa, this is it. Allah nak bagi dia sedar. Semoga dia sedar. So merasa lah dia di dalam selama 8 bulan. Masa dia ditahan reman sebelum dijatuhkan hukvman, aku gigih melawat dia di penjara dua minggu sekali. Then dia dipindahkan ke penjara lain bila hukvman dijatuhkan.

Disebabkan jauh, aku tak dapat lah nak melawat selalu. Lagipun tempohnya dah tak lama masa tu. Jadi korang rasa aku ni isteri yang tak cukup mithali lagi ke? Family aku tahu tapi abah aku ni jenis seorang pemaaf. Dia banyak bagi aku semangat dan dorongan.

Kata dia, semua manusia buat silap. Semoga kali ni dia dapat pengajaran sebetul – betulnya. Cuma dia jangan ulang. Kalau dia kena sekali lagi, abah aku sendiri akan bawa aku ke penjara untuk minta cerai. Itu janji abah. Aku redhakan sahaja.

Selepas dia keluar, per4ngai dia jadi baik sangat. Sama macam awal – awal nikah dulu. So aku memang exc1ted nak jalani hidup ‘baru’ dengan dia dan anak – anak. Berbuih mulut aku dan mak dia pesan supaya lupakan kisah hitam tu.

Buat corak baru demi anak – anak. Dia pun dok angguk – angguk serupa belatuk. Senyum ja mengiyakan. Aku sangka panas sampai ke petang, rupanya tauf4n berkampung terus. Per4ngai baik tu sekejap ja. Dia kembali meny3tan.

M4ki hamun sep4k ter4jang tak payah cakap lah. Termasak nasi lembik sikit pun, periuk tu diIemparkan ke lantai. Berderai pinggan mangkuk. Pec4h ret4k pintu bilik. Aku ni dah jadi pvnch bag dia dah. Tapi aku yang sekarang bukan macam dulu.

Sekali dia pukuI, berganda – ganda aku baIas. Bertinju bertom0i tu tak payah cakap. Aku tak sia – siakan ajaran silat pak sed4ra aku dulu tu. Pernah dia mengalah sebab terIampau s4kit bila aku Iawan balik pukuIan dia. Puas hati aku.

S4kit memang s4kit tapi kepuasan tu melebihi segalanya. Then berbaik sekejap untuk tempoh 1 – 2 bulan tanpa drama Bruce Lee and Jet Li. Sekali lagi aku diuji bila dia ditangkap polis. Kali ni adik beradik dia and mak pakat nak jamin dia.

Sebab takut family aku tahu punya pasal. Maybe taknak kehilangan menantu macam aku gamaknya. Tapi nak jamin tu, bukan semua orang hulur duit ya. Hulur air liur sahaja. So aku lah juga keluar duit untuk hal ni. Oh, masa ni aku sambung balik berniaga tapi share dengan suami.

So ini juga salah satu sebab aku gigih jamin dia sebab aku memang tak larat nak handle seorang diri. Dan demi anak – anak yang sem4kin membesar, panjang akal. Setiap detik tanya mana ayah. Nak tak nak, aku kena berk0rban.

Disebabkan satu persatu petaka, hati aku jadi keras. Sampai aku hilang rasa dengan suami. Memang dari awal perkahwinan, aku tak pernah guna gelaran abang atau honey atau what so ever dengan dia. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagi isteri dalam rumah ni.

Tapi tu lah. Aku lah isteri, aku lah suami. Dia masih seronok enjoy melagha bak bujang. Balik rumah bila rasa nak balik. Selebihnya dia tidur luar. Mula – mula dulu aku terkesan juga tapi lama kelamaan, aku tak kesah dah. Terkadang rasa lebih baik dia tak ada daripada ada.

Tahap aman dan makmur tu memang payah nak aku gambarkan bila dia tak ada. Bahagia. Belanja rumah, belanja anak – anak, belanja dia, semua atas pundak aku. Sehari aku kena 4w paling koman RM20. Disebabkan aku malas nak bertekak dan menyebabkan anak – anak terp4ksa menyaksikan filem aksi di tengah rumah, aku hulur ja tanpa banyak bunyi.

Tapi ada masanya aku meIawan juga, tak bagi. Masa tu lah dia buat per4ngai m4ki hamun macam kalah jvdi. Ada masa aku diamkan, ada masa aku berIawan cakap. Ikut lah mood aku nak masuk kot mana. Tak pernah sekali pun dia tanya aku, apa lauk yang ada atau tak ada kat rumah.

Yang dia tahu, dia bangun tidur tengah hari nanti, dah ada lauk untuk dia santap. Nasi perlu dihidang. Well, aku bela anak raja tau. Anak sulung aku selalu buatkan aku mengalah. Bila ayah dorang dah bersuara minta itu ini, dia akan datang kat aku dan merayu supaya aku turutkan.

Sebab dia takut ayah dia meng4muk. Korang rasa hati mak mana tak r3muk? Awal tahun ni, aku disahkan mengandung lagi. Kali ni, aku mengandung umpama tak berlaki. Ya, dalam bertegang leher setiap masa pun menjadi juga.

Mesti korang akan cakap macam tu. Macam aku mention awal tadi, even tak ada rasa, selagi dia suami, aku masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Siapa tak takut ner4ka? Sedangkan ner4ka dunia ni dah habis teruk aku kena, at least bagi lah aku rasa syurga abadi.

Gitu ayat penyedap hati aku. So aku pergi check up sendiri. Sebenarnya benda tu dah biasa. Dari anak sulung lagi. Aku sikit pun tak kesah. Dan bila baby dah pandai bergolek tend4ng sana sini, aku layankan sorang – sorang. Kadang – kadang aku share dengan anak – anak aku.

Mengekek lah kami 3 beranak melayan baby melasak. Dia? Apa dikisahkan. Janji dia berjaya membujangkan diri. Eh, aku pun tak peduli mana pun sebenarnya. Macam aku mention awal tadi, aku penghidap severe depr3ssion yang perIukan rawatan dan ubat.

Aku start detect benda ni masa 2018. Time tu aku struggIe teruk dengan company. Dapat pula boss yang jenis perah keringat kita macam perah santan. Sampai jernih lah hampas tu diperahnya. So aku start str3ss meIampau.

Kebetulan aku mengandung and keguguran akibat keadaan emosi tak menentu. Masa tu aku kat kampung. On the way ke hospitaI, dalam ambulans, aku call suami dan maklumkan. Tahu apa respond dia? DIA SALAHKAN AKU 100%.

So start dari situ dia akan tekan aku pasal kandungan tu. Dia kata aku sengaja gugurkan kandungan tu yada yada yada. Nak ja aku benamkan dia ke sungai dan biar buaya makan. Lama kelamaan, disebabkan pe’el tak endah aku, benda tu makan aku dari dalam.

Aku jadi 100% mentaI tak stabil. Pernah sekali kami berper4ng besar sampai dia pecahkan pinggan kaca yang penuh nasi and lauk pauk. Aku jadi geram, aku ambil serpihan tu and aku keIar tangan aku semahunya. Dia jadi takut dan terus berlari keluar. Tak berguna nampaknya kan. Hahahaha.

Dan aku pernah hunus pis4u kat dia, tanpa aku sedar sebab dia melepuk anak sulung aku yang baru lepas mandi tapi tak reti lap badan. Macam Chandramukhi rasuk Jhyotika tu ha. Aku tersedar bila anak sulung aku tersentuh tangan aku.

Kalau tak, dah jadi cover berita Metro dah. Aku disuruh dapatkan rawatan (p4ksaan) masa aku mula – mula buat check up awal kehamilan. Masa nak ambil d4rah, nurse tu perasan kesan t0rehan. Terus dia rujuk aku ke doctor pakar.

Dan start dari situ aku menghadap segala macam rawatan. Sepatutnya sebagai suami, seharusnya dia prihatin kan. Sepatutnya dia kurangkan bagi tekanan. Tapi tak. M4kin menjadi – jadi dia tekan aku. Setiap hari, tanpa rasa bersalah.

Dia memang suka lah kot aku giIa. Eh tak semudah itu. Aku gagah Iawan. Bila start PKP, aku terp4ksa tutup business. Bila dah boleh berniaga, aku mula semula tapi tukar produk. So dengan sarat macam ni lah aku usahakan semua. Sorang – sorang.

Tapi aku tak kisah sangat. Sebab dengan menyibukkan diri, buat aku rasa tenang. Buat aku lupa benda benda yang bersarang dalam otak. Sampaikan aku rasa nak berniaga ja 24/7 tanpa henti. Badan penat tak apa, jangan jiwa lelah. Itu falsafah aku sekarang.

Tapi mengenangkan anak dalam kandungan, aku akur lah juga. Karang tak pasal pasal terberanak masa tengah berniaga. Haru. Suami aku macam biasa lah. Malam lepas aku habis niaga, dia akan paw aku. Itu memang dah jadi rutin harian dia. Tak pernah miss. Hairan aku.

Baru – baru ni kami bertekak dalam kereta. Kali ni paling meIampau sebab dia tumbvk aku depan mak dia sendiri. Baru mak dia tahu per4ngai anak kesayangan dia tu macam mana. Aku sikit lagi nak Ianggar dia time tu. Aku blah, tinggalkan dia.

Aku off phone. Aku tinggalkan anak – anak dengan jiran. Sebab aku tak boleh risik0kan anak – anak dengan em0si tak stabil aku time tu. Ni pesan doctor and nurse berkali – kali. Aku sedaya upaya ikut. Aku cari port bertenang.

Puas aku keliling, aku ambil keputvsan lepaskan rasa kat kubvr. Aku park kat parking kubvr tu dan aku menangis semahunya. Then bila dah reda sikit, aku on phone. Notifikasi missed call berpuluh kali dari suami. Aku type text, suruh dia anggap aku dah m4ti.

Then aku off kan semula phone, aku balik rumah. Depan anak – anak haruslah kena pandai berlakon. Dia belum ada kat rumah. Malam tu dia balik. Dia Iipat kain baju dia, dia keluar. Tapi tak semua lah pakaian dia yang dia angkut. Dia duduk rumah mak dia.

Sebelum – sebelum ni kalau berg4duh, aku kerap haIau dia. Hati s4kit, apa pun boleh jadi. So kali ni dia memang pergi betul – betul. Alah, rumah mak dia bukan jauh mana pun dari rumah sewa kami ni. Anak aku yang nombor 2 tu berlari – lari anak pun boleh sampai dalam 5-7 minit.

Dan ini lah perg4duhan terbaru kami rasanya. Aku rasa tenang sikit sebab tak ada aura kehadiran dia dalam rumah ni. Aku tak berharap apa – apa pun dah dengan rumahtangga ni. Ada, ada lah. Tak ada, apa nak dik4ta. Aku cuma fokus untuk bersalin and besarkan anak – anak ja. Doakan aku, korang.

Ye, memang kesilapan terbesar wanita adalah salah memilih suami. Tapi kalau dah jenis suami yang pada awalnya ibarat malaik4t, siapa yang boleh duga dia berubah menjadi Azazil? Selagi kita boleh Iawan hak kita, kita Iawan. Biarlah bertumbvk bertom0i pun, jangan jadi pvnch bag suami.

S4kit fizikaI tak setanding s4kitnya jiwa. Sekurang – kurangnya kepuasan tengok dia s4kit kena beIasah tu kena ada. Hahahaha. Mesti ada yang persoalkan, kenapa tak tuntut fasakh atau minta dia ceraikan terus. Kalau lah sesenang itu, aku dah buat.

Terlalu banyak sudut dan penjuru yang perlu aku titikberatkan. Aku rasa, bukan aku seorang ja isteri yang dalam dilema macam ni. Kami tak b0doh ya, tapi situasi dan keadaan yang tak mengizinkan. Dan aku percaya, mungkin ada hikmahnya semua ni.

Aku berpegang pada ayat, di setiap kesulitan akan diselitkan dengan kesenangan. InsyaAllah. Doakan aku and anak – anak sekali lagi ya korang. Doakan aku selamat bersalin. Doakan aku kaya raya supaya dapat menyenangkan semua orang terutama wanita – wanita yang menjadi m4ngsa suami begini. Salam sayang, – Lara (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Khairunnisa Nadiah II : Saya tak pernah setuju salah isteri memilih suami sekian – sekian. Kita bukan tahu masa ke depan. Allah takdirkan tt untuk berumahtangga dalam suasana ini. Ada pilihan lain utk tt. H4ram kekal dalam rumahtangga jika memud4ratkan nyawa.

Malah jika bercerai kerana mahu menjunjung Allah pasti Allah beri pengganti yang lebih baik. Suami pen4gih d4dah, tak beri nafkah, solat pun tak. Apa lagi tujuan untuk menyimpan suami begitu. Tt pun dah tak mampu sabar dengan kelakuan suami.

Jangan dijadikan perkahwinan ni sebagai asbab bertambahnya d0sa. D0sa hok suami tu biar lah dia. Ni hok kita ni. Hak anak – anak membesar dengan suasana yang aman. Tt sendiri ada depr3ssion. Jangan kita menambah tr4uma pada anak – anak. Kasihan mereka. Banyakkan selawat, solat hajat. Minta Allah beri jalan keluar.

Nurul Afiful Huda Othman :  Ada pakai perancang dak? Takkan dalam situasi gini langsung tak terfikir nak merancang. Anak – anak sebenarnya dah terkesan dengan perg4duhan puan dan suami, benda ni dah bagi kesan pada kesihatan mentaI dan em0si anak.

SAMPAI BILA??? Nak tunggu sampai anak m4ti atau sampai you sendiri masuk dalam penjara sebab bunvh suami sendiri? Sorry, might be little bit h4rsh. Tapi, you dengan anak – anak tak perIukan suami biawak hidup la.. You boleh tanggung semua sendiri, dah you yang cari nafkah untuk keluarga, baik you pisah saja dengan dia.

Fikir la, sampai bila nak bertahan. Semua ni bagi kesan pada diri you dan anak – anak. You kata you sayang anak – anak, tapi anak – anak membesar dengan tengok contoh yang tak baik, you tak kesian ka pada kesihatan em0si dan mentaI anak – anak you??

Rizal Rodzuan : Maaf, tapi saya tak simpati dengan awak. Kerana awak hanya beri alasan demi alasan untuk setia dengan lelaki sebegini. Yang suami memang pakej ner4ka tak payah nak komen, cuma awak yang nampak macam ada kerja elok, educated dan sebagainya tapi masih nak setia dengan lelaki sebegini.

Lepas tu mengandung lagi dan lagi supaya lagi banyak alasan untuk setia dalam perkahwinan t0ksik ni. Yang saya kesian cuma anak – anak awak je yang nampak sangat mend3rita, dipukuI ayah mereka dan sebagainya, dok tengok benda ni setiap hari, takut mereka tr4uma je atau lagi teruk jadi macam mak ayah mereka bila dah besar. Oh well.

Maizatul Akhma Akhma : Kenapa kebanyakan isteri zaman sekarang suka sangat bela biawak hidup??? Sampai dah ke tahap pukuI – memukuI, m4ki hamun… apa yang takut sangat nak bercerai??? Ini dah kira menzaIimi diri sendiri… tak kesian ke kat mentaI anak – anak yang tengok awak laki bini berg4duh??

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.