Saya sedang menunggu hari bersalin anak ke-8. Seawal pagi saya uruskan semua anak – anak dari usia 1, 4, 6, 7, 8, 9 dan 11 tahun. Tadi baru suami saya perasan anak kecil saya demam, dia gelabah bagitahu saya. Saya diam buat tak tahu, dia pegang badan dan tenyeh mulut suruh saya respond..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, terima kasih sudi siarkan luahan saya ni. Saya hanya nak meluahkan rasa tertekan dalam perkahwinan dan maaf, mungkin agak panjang. Mana tahu kalau saya boleh dapat sedikit motivasi atau pandangan.
Malam tadi saya dan suami berg4duh depan anak – anak, pada dasarnya hal kecil saje tapi meIetup sampai habis barang – barang rumah pecah dan h4ncur. Sikit aje lagi nak kena kandungan saya yang hampir menunggu masa.
Saya hidup bersama dengan suami, melalui hari – hari yang sukar dan penat. Untuk pengetahuan semua, anak kami dah nak masuk yang ke-8 dan anak yang lain berusia 1, 4, 6, 7, 8, 9 dan 11 tahun. Dari awal pagi ruti saya adalah k3jutkan anak – anak, siapkan sarapan mereka, hantar anak ke pengasuh, hantar ke tadika dan pra, hantar yang dah besar ke sekolah, kemudian barulah saya akan masuk kerja.
Saya lakukan semuanya sendiri tanpa bantuan dari suami. Suami saya tidur je, entah pukuI berapa dia nak bangun pun. Kalau dia rasa nak pergi kerja, dia pergi, kalau dah malas tak pergi. Duit gaji, dia guna untuk diri dan bayar bil telefon serta makan sendiri.
Saya kerja untuk sara keluarga, anak – anak. Saya tak mintak banyak daripada seorang suami.. Hanya nak dia sedar yang dia adalah ketua keluarga, bukan saya. PukuI 11.30, saya akan ambik anak dari tadika, 12.30 ambik anak pra, 1.00 petang ambik anak sekolah rendah, 1. 30 ptg ambik yang si sulong.
Semuanya saya letak tempat dekat tempat kerja sebelum saya bawa balik pukuI 2 petang. Dah balik plak siapkan anak – anak untuk ke sekolah agama, selesaikan makan minum dan pakaian anak – anak, semua siap dalam pukuI 3 petang.
Rehat sekejap, bukan rehat pun. Masa untuk saya mandi solat dan kemas rumah sampai pukuI 5 petang ambik anak di rumah pengasuh. Suami?? Semalam dia tidur setidur – tidurnya. Bangun hampir jam 7 petang. Begitulah.. sedihnya saya.
Dengan tak mengadap Tuhan, kalau bulan puasa pun tak puasa, ikut suka je. Kejadian jam 7 petang itulah yang buat kami berg4duh. Dah bangun tidur, perut lapar agaknya, dia nak ke kedai tapi tak boleh bawa keluar motor sebab katanya kereta saya parking agak sempit halang laluan.
Mulalah nak marah – marah tapi saya diam saje. Dalam hati kalau ye pun salah, boleh aje saya betulkan kereta tu. Dia sendiri pun boleh je nak betulkan sendiri kereta tu. Tapi tulah, hidup bersama suami saya ni, saya tak boleh nak buat salah sikit mulalah nak baran bagai.
Suami kata saya yang tak boleh terima teguran, taktaulah mana betul, mana salah. Sebelum ni dia marah saya tak sidai seluar jeans dia 2 helai sebab tak cukup ampaian. Maklumlah 3 – 4 hari tak mesin baju, kerja saya dalam rumah 1001 perkara kena buat sendiri.
Sedangkan suami tak kerja tetap pun, nak basuh pinggan sendiri pun tidak. Semalam kami g4duh, saya bagitahu yang saya penat teramat, dengan anak tak sihat, berjaga sepanjang malam. Dia kata itu jelah saya tau cakap. “PENAT PENAT PENAT. Ingat kau je penat??”
Saya diam tapi dalam hati, apa dia penat sangat?? Malam – malam dia berjaga pun duk main game dan tengok HP ntah apa – apa. Siang tak kerja, nak tidur berapa lama takde siapa kacau. Anak – anak dan rumah semua saya uruskan.
Malam – malam saya imamkan solat maghrib dan isyak, ajar anak mengaji dan tengokkan kerja sekolah anak. Berjaga malam anak s4kit tak sihat pun saya. Si baby merengek sebab selsema nak mengempeng aje. Saya ni dah la kerja mengandung sampai bulan.
Malam tadi baru dia perasaan adik tak sihat, dia bagitau saya dan saya diam sebab kami berg4duh. Diam saya tu membuatkan dia lagi marah dan meng4muk. Ikut capai tangan dia pecahkan barang – barang. Anak – anak semua dah bertempiaran lari masuk bilik datang dekat saya, baby menangis tak henti – henti.
Suami pegang badan dan tenyehkan mulut saya supaya saya bercakap sesuatu. “Anak demam, ko paham tak?? Ko nak aku buat pe??” Untuk pengetahun, suami saya tak tau apa perlu buat bila anak demam. TakĀ tahu nak bancuh susu, tak tau bila nak tukar lampin.
Tak tahu pun anak bangun malam masa bila!! Bunyi macam pelik sebab anak dah nak masuk 8, tapi apabila tak ambil tahu langsung hal anak – anak. Hal rumah inilah jadinya. Kalau dulu saya sabar dan gagah lakukannya, sekarang umur dah nak capai 40 tahu, malas dah rasanya.
Semalam anak saya demam kuat bertambah dengan takut amvkan bapaknya pula. Saya cuma inginkan hidup tanpa bebanan. Saya letih untuk aturkan kehidupan diri dan anak – anak, habiskan perbelanjaan untuk keluarga dan dalam masa sama kena layan suami yang kuat minta dilayan batinnnya.
Mungkin sebab tak letih sangat atau akibat membaca dan menonton p****. Di rumah, masa bulan puasa, dia tak puasa pun, saya lah tukang basuh pinggan kuali bagai waktu siang. Saya dah habis ikhtiar merajuk, berg4duh dan berbincang.
Bukan nak mintak buat itu ini, cukuplah tak membebanakan saya dengan kerja – kerja rumah. Baju dan gelas dia kena saya kutip, selipar kasut dia saya kena susun. Kalau tak jumpa baju seluar dia, memang kena hemburlah.
Saya halalkan segala tenaga dan wang ringgit saya ke atas keluarga tetapi sangat sukar terima kata – kata kesat dan meny4kitkan hati dari dia. Sungguh letih tak terucap, tak minta untuk terima kasih, cukuplah tak meny4kitkan hati. Bantulah saya bagi kata – kata SEMANGAT, Admin tolong hide kan profil saya dan siarkan ye.
Komen Warganet :
Meera Azni : Tak pernah aku nak komen dekat page ni. Tapi cerita kali ni meny4kitkan hati. Orang selalu cakap ape masalah pun, bawa bincang, cerai bukan penyelesaiannya. Tapi percayalah, saya dah jumpa depan mata beberapa wanita sekeliling saya yang hidupnya lebih bahagia tanpa membela biawak hidup dekat rumah.
Ini bukan suami atau ketua keluarga, ini jantan tak guna. Orang yang ada masalah attitude macam ni tak senang – senang berubah melainkan Allah jentik hati dia dengan hidayah dan dia sendiri berusaha keras untuk berubah.
Anak berderet tanpa ketua keluarga yang berguna, rasa – rasa contoh yang baik atau tidak? Terserah, boleh fikir sendiri. Saya bercakap berdasarkan pengalaman keluarga sendiri. Bertindak sebelum terlambat. Ini bukan lagi rumah tangga.
Bunga Querida : Salah mak laki tu sebab tak ajar anak laki dia buat kerja rumah / bantu ringan tuIang. Salah laki tu sebab dia ingat bila dia kawen, isteri dia tu adalah EMAK dia yang boleh buat semua kerja rumah /urus hal anak.
Perempuan boleh hidup tanpa lelaki tetap lelaki tak boleh hidup tanpa wanita (lelaki =baby tua). Pilihan puan ada. Nak teruskan hidup dengan dia (lalui dengan tekanan ) ataupon hidup sendiri dengan anak – anak. (Puan sendiri kuat dan akan rasa ringan beban di bahu ) ada tak de suami puan sama je puan.
Dia tu BIAWAK HIDUP. Tak semua lelaki teruk macam suami puan ni. Ada juga yang elok. Semoga lelaki lelaki di luar sana menjaga hati wanita sebagai mana kalian menjaga hati emak kalian.
Kak Bett : Seboleh – bolehnya saya memang elak baca dan komen dalam page ni sebab tak mahu sub conc saya terjebak membawa masalah dalam hidup saya tapi sebab saya sudah berumahtangga 27 tahun. Amat memahami hati seorang isteri.
Saya baca juga kerana sangat – sangat simpati dan sangat – sangat hairan bagaimana Allah boleh bagi puan begitu kuat mentaI physicaI lalui rumahtangga yang begitu menc4bar. Betul lah Allah akan uji apa yang kita boleh lalui sahaja.
Doa saya dan yang pastinya juga doa semua isteri – isteri yang membaca kisah puan. Agar Allah angkat segala kesulitan puan dan digantikan demgan yang lebih baik. Dia Maha Mengatur Maha Mengetahui apa yang baik untuk puan.
Kalau ditanya pada kita yang selemah – lemah pengetahuan ni tinggalkan sahaja suami puan tu. Tiada apa yang nak dipert4hankan.. merosakkan pemikiran anak – anak mempunyai ayah yang macam tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.