5 tahun kahwin takda anak, ingatkan isteri manduI rupanya dia makan ubat cegah hamiI

Bagi family aku, isteri aku ni teruk dengan tak ada anak, tak bertudung, solat tak cukup 5 waktu, tak reti berdikari, tak pandai bawa motor, kereta. Entah lah. Masuk tahun ke-5 ni tak ada anak, keluarga aku carikan calon untuk kahwin lagi. Aku akur..

#Foto sekadar hiasan. Hai Min. Aku nak kongsi kisah malam pertama perkahwinan aku. Bacalah dan marilah bersedih dengan aku sekali. Serba sikit tentang aku, anak yatim dari kecil. Aku merupakan anak sulung dan bawah aku ada 4 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Isteri aku seorang yang cantik, free hair, baik, rajin, bukan sosiaI dan banyak kelebihan. Memang anugerah untuk aku masa tu. Malam tu entah macam mana datang idea aku boleh tanya dekat isteri, ‘andai dia nakh0da kapal yang hampir kar4m siapa yang dia seIamatkan ANAK, SUAMI, ISTERI atau ADIK.’

Terg4mam isteri, tapi dia lagi ters3ntak bila dengar jawapan aku adalah ADIK. Ya, anak boleh buat lagi dan isteri boleh cari tapi adik ialah 1 pertalian yang tiada ganti. Aku jawap jujur dan itulah yang aku buat sepanjang 4 tahun perkahwinan kami.

Ya. aku zaIim pada isteri. Aku akan dahulukan keluarga aku, yang pertama mak dan yang kedua adik beradik. Bagi aku itu perkara biasa dan syurga dia adalah aku. Tapi bagi isteri semua tu makan dalam. Aku abaikan dia dari segi masa, duit dan cuti.

Semua aku dahulukan famili. Bukan isteri tak pernah member0ntak tapi sudah dapat penamp4r. Sejak itu dia ikut je dan banyak diam. Isteri memang pilihan aku pelengkap segala kurang tapi aku tetap tak sedar. Entah la..

ZaIim aku sampai pernah aku beraya 2 tahun berturut dekat kampung aku sebab permintaan dari famili. Yelah sebab aku je yang kahwin dengan orang jauh. Bila dekat raya famili akan datang dan tidur rumah aku sebab nak shopping di KL.

Tapi sebabkan ramai anak – anak buah kecik aku suruh isteri duduk rumah tolong jagakan. Aku tau dia terp4ksa tapi tetap buat tugas dengan jujur. Walaupun balik lambat semua anak – anak buah aku siap makan, mandi. Tak ade kesan Iebam atau nangis.

Tapi bagi family aku, isteri aku ni tetap teruk dengan tak ade anak, tak bertudung, solat tak cukup 5 waktu, tak reti berdikari, tak pandai bawa motor, kereta. Entah lah. Masuk tahun ke-5 ni tak ade anak, keluarga aku carikan calon untuk kahwin lagi.

Aku akur tapi isteri mana yang sanggup diduakan. Semua isteri hanya nak kalau tiap malam dapat peIuk suami. Baru – baru ni keluarga aku bagitau nak datang KL sebab nak shopping. Macam biasa nak isteri tolong jagakan anak – anak mereka.

Aku mula mesej isteri yang tengah kerja tentang permintaan tersebut. Tak sangka jawapan isteri, dia nak keluar dengan BF dia. Sump4h jantung aku laju tahan marah, sedih. Dia minta aku lepaskan dia. Aku cuba bagitahu yang dia tu manduI tapi dugaan berganda aku dapat selama kahwin dia ambik ubat cegah hamiI sebab tak nak anak – anak kami bakal tersiksa.

Saat aku hilang arah ni aku ajukan soalan nakh0da ke mesej group keluarga, ada yang pilih anak ada yang pilih suami dan isteri tapi tak ade sorang pun yang pilih aku. Betul lah cakap wife, ‘belum tentu orang yang kite pilih tu akan pilih kita’.

Dan jawapan isteri malam tu ialah dia yang akan t3rjun laut untuk seIamatkan anak, suami, adik – adik. Saat ni aku peIuk baju baru isteri yang aku nak hadiahkan untuk dia nanti.

Komen Warganet :

Rina Qishzam : Niat masa kawin tu kat mana. Kalau paling utama ibu dan adik beradik? Baik pilih untuk jadi bujang sahaja. Yang tidur sebantal duduk sebilik tengok luar dalam diri ko, bukan diorang tapi isteri ko sendiri.

Hanya isteri yang akan kenal perangai sebenar lelaki, emak dia pun tak akan kenal “perangai dalaman” anak dia sendiri. Memang diorang ik4tan dar4h dengan ko sampai akhir4t tak akan putvs.

Tapi dalam dunia perkahwinan, ko kena banyak belajar daIami dan seimbangkan sebab ko ketua kapal yang akan bawa keluarga yang ko cipta ke syurga atau ner4ka..

Aletta Litts : Hurmmmm dah terh4ntuk baru tersedar ke bang. Ye, la baik ko lepaskan saja isteri ko tu bang. Kesian dia, dia pun nak bahagia juga. Dia nak jadi isteri bukan h4mba abdi.

Hurmmm lebih baik lepaskan isteri dan ikutlah kemahuan keluarga awak. Kahwinlah dengan pilihan keluarga, baru ada bau syurgakan. Si isteri tu lepaskan, jangan cuba nak siksa jiwa raga dia. Dia pun layak untuk bahagia.

Suziela Sukaini : Ko sendiri tak hargai apa yang ada dekat bini ko. Ko sendiri cakap bini ko lengkap semuanya. Solat tak cukup 5, ko boleh ajak dia berjemaah tiap kali solat. Freehair tu ko boleh slow – slow hadiahkan dia tudung atau shawl untuk dia berubah ke arah kebaikan.

Ko tu bod0h. Tak tahu menghargai. Bini mana yang tak terasa kalau ko pilih adik beradik untuk diseIamatkan? Sedangkan dia sanggup tinggalkan mak ayah dia. Adik beradik dia semua lepas dia terima akad dari ko tu.

Tapi ko senang – senang je pilih nak seIamatkan adik ko. Sekarang padan muka ko. Pergi la duduk bawah ketiak keluarga ko! Geram aku jenis manusia macam nie. Ayat seIamat, anak boleh buat lagi. Isteri boleh cari lain. Sekarang kena la ko!!

Aiza Azam : Ni namanya dah terh4ntuk baru terngadah. Nak mer4ung, meIutut, merayu, aku rasa bini kau memang takkan layan. Selagi ada, tak nak hargai. Dah bini kau tak pandang kau, baru sibuk nak menyesal bagai.

Tapi 1 lah aku respect kau ni. Kau tak salahkan bini kau. Ada orang tu, dah buat macam – macam kesalahan kat bini, bila bini cari lain, dia tetap salahkan bini. Siap sump4h ser4nah, takkan civm bau syurga lah, apa lah.

Padahal perangai dia lagi teruk sebelum tu, tapi masih nak nafikan. Dia je maksum. Lemah sungguh dengan spesis tak nampak kesalahan sendiri. Tahniah untuk dua perkara bro!

Hizkia Lingkin : Dapat isteri yang baik tapi disia – siakan sampai satu keluarga ambil kesempatan di atas kebaikan dan ketaatan isteri. Mentang – mentanglah dia berdiam. Ada plak disuruh menjaga budak – budak masa korang bershopping sakan. Tapi sabar – sabar manusia ni ada hadnya. Kesilapan kamu sendiri membuatkan isteri tu berubah hati.

Siti Noorulaini Safar : Wife kamu sangat bijak bro.. Dia sedar dia dah terkahwin dengan lelaki yang pentingkan diri. Nak berbakti pada keluarga itu amalan terpuji bro tapi jangan sampai kamu abaikan isteri.

Kamu pentingkan diri dan tak hargai dia. Jadi bila dia menyedari itu dia pun set awal – awal makan piI per4ncang. Maknanya dia tak nak ada komitmen anak dengan kamu. Tak mau dia kalau kapal kar4m nanti ko seIamatkan diri sorang – sorang, anak bini ko kata, “pandai – pandai lah korang”. Ok bro, bertabahlah ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.