Sebab gaji isteri aku lagi banyak, semua belanja rumah, belanja anak dia bayar. Aku lepas 2 minggu dapat gaji mesti dah takde duit. Memang aku paww je isteri duit r0kok, duit minyak kereta. Satu hari aku ternampak slip gaji isteri. Aku tengok gaji dia banyak p0tongan. Aku rasa macam kena t4mpar..
#Foto sekadar hiasan. Alhamdulillah, aku bukan nak kongsi masalah keluarga aku, aku cuma nak kongsi pengalaman aku dalam berumahtangga, aku dan isteri bernikah pada tahun 2010. Waktu tu isteri aku baru dapat kerja kerajaan dekat Kuala Lumpur.
Aku plak kerja dekat pantai timur. Maka PJJ lah kami, dan ketika tu memang menc4bar dari segi kewangan. Awal dulu aku tak pernah fikir pun pasal nafkah yang aku perlu bagi isteri aku sebab dia kerja dan gaji dia lebih besar dari aku.
Sehingga kami ada anak sorang, aku masih lagi tak peduli pasal nafkah zahir. Tapi kalau bab nafkah batin mestilah aku nak. Okay, lepas tu nak dijadikan cerita, rezeki isteri aku dapat tukar tempat tugas di pantai timur ni.
Keadaan masih sama, aku tak peduli langsung pasal nafkah isteri, duit susu anak, pampers, duit pengasuh bagai, semua guna duit bini aku. Gaji aku tak besar mana, aku cuma bayar duit kereta aku dengan sewa umah tapi duit aku tak pernah cukup.
Dua minggu lepas aku dapat gaji, mesti akan habis. Lepas tu aku akan paww bini aku la, minta duit nak beli r0kok, duit belanja nak pergi kerja, duit minyak kereta lagi. Aku tak fikir pun apa – apa pasal keluarga, bini aku bising juga la tapi dia tetap bagi.
Yang aku tau hidup aku sibuk dengan kerja yang ntah apa – apa. Hinggalah isteri aku mengandung anak kedua, waktu tu aku baru terfikir sebab aku tertengok payslip bini aku. Rupanya dia ada macam – macam p0tongan, kereta dia, PTPTN dia, pastu dia kena bayar kos untuk anak lagi, pengasuh lagi, yang aku ni plak takde duit memanjang.
Aku ibarat macam kena Iempang ketika tidur lena, aku tersedar betapa aku telah lalai dalam segala hal, bini aku tetap bayar segalanya. Duit aku yang tak pernah cukup selama ni aku rasa mungkin sebab aku leka dalam menunaikan tanggungjawab kepada keluarga.
Aku pun cuba dengan segala kudrat yang aku ada. Masa tu anak kedua kami dah lahir, dengan gaji yang tak seberapa ni aku cuba ambil part beli susu dan pampers anak. Ya robbi, rupanya sebulan untuk duit susu dan pampers sahaja hampir 600 untuk sebulan.
Anak kami yang kedua tak boleh minum susu yang murah – murah, sebab perut dia tak sama macam anak sulong, anak sulong aku minum dumex jer. Yang ajaibnya walau aku bayar duit susu dan pampers anak sampai RM600 sebulan, duit aku cukup jer sampai nak tunggu gaji.
Aku dah kurang minta duit dengan isteri aku, waktu yang sama aku tengok isteri aku takde nak angin tak tentu hala.. Bercakap dengan aku pun takde nak tinggi suara, takde cakap kasar, secara autom4tiknya life aku yang berserabut ni jadi tenang.
Aku terfikir mungkin ini yang dipanggil keberkatan dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. Aku cuba untuk menjadi lebih bertanggungjawab kepada keluarga, dengan gaji aku yang tak seberapa aku bayar utilities bil separuh dengan isteri aku.
Bila gaji naik sikit aku belajar tolong isikan minyak kereta dia. Masa raya aku belikan anak bini aku baju setiap kali raya, walaupun bukan yang mahal tapi isteri aku punyalah suke, tidur pun dia senyum. Sejak dari tu aku baru nampak keceriaan dalam keluarga aku dan sekarang ni aku dah mampu beli rumah untuk keluarga aku walaupun rumah teres, bil – bil dan belanja anak – anak semua aku yang tanggung.
Sekali sekala jer aku poww bini aku sebab duit dia jarang terusik.. hahaha.. Pengajaran dalam cerita aku ni, buat suami – suami, buat la apa yang kita mampu demi melunaskan tanggungjawab kepada keluarga walau apa pun keadaan kita.
Kalau ikut cukup, memang duit kita takkan pernah cukup, tapi utamakan yang utama. Nafkah zahir dan batin itu adalah WAJIB dan ianya tanggungjawab suami. Tapi yang perempuan pun jangan syok sangat, korang kena support la laki korang terutamanya yang nampak kesungguhan untuk menjaga keluarga.
Jangan korang tibai mintak macam – macam, mintak benda yang takde faedah. Aku bukan nak tunjuk yang aku bagus, tapi aku percaya jika niat kita baik untuk keluarga, insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan.
Namun ujian di tengah jalan jangan dipandang mudah, perlu ketabahan dan kekuatan jiwa untuk semua tu. Kadang – kadang ada sesetengah masalah yang datang tu berpunca dari kelalaian kita sbagai suami. Ego dan sombong letak tepi terutama suami – suami yang suka pukuI isteri.
Korang tak malu ke, siang ko pukuI dia macam anjing kurap yang h1na, malamnya pulak ko nak peIuk civm bagai. Sama – samalah kita baiki diri kita dari masa ke masa kerana pada hujungnya kita semua akan kembali kepadaNya dan segalanya akan dipersoalkan oleh Allah swt.. Wallahualam..
Komen Warganet :
Fres Fai : Tq.. anda spesis suami yang sangat – sangat rare. Jarang benar ada suami macam ni. Percayalah, bila anda sang suami tak lokek menyediakan segala yang diperIukan dalam keluarga, nescaya rezeki takkan putvs – putvs melimpah ruah tanpa disedari.
Gaji seciput pun masih mampu sedia makan minum yang cukup, malah ada yang lebih – lebih. Banyak para – para “suami” ya tak sedar hal macamni. Diorang ingat tak bagi duit kat bini yang bekerja tu takper tapi ingatlah,kalau para “suami” terus menerus biarkan bini buat segalanya, m4kin sempit la walaupun gaji berjuta – juta. Tq kerana menjadi contoh suami terbaik!
Shazamina Shaz Siti : Allah bagi hidayah dekat encik masa bini mengandung anak kedua. Laki lain payah sikit nak dapat hidayah sebab kurang solat @ bini jarang berdoa minta tuhan bagi petunjuk dan hidayah dekat suami.harap encik kekalkan sikap bertanggungjawab tu.semoga kekal hingga akhir hayat. Amin..
Nurul Azira Ahmad Rashid : Yes.. ni baru betoi. Suami kena cuba dengan kemampuan yang ada sebenarnya. Jangan asyik bagi alasan, gaji kita kecik dari bini. Bini akan tolong support kalo laki betul – betul jalankan tanggungjawab.
Sebab sudah terdidik suami yang tanggung semua tu. Sebab tu bila bini yang kena take over semua tu, dia mudah melenting, bercakap kasar. Bukan berkira tapi nak suami tahu tanggungjawab dia. Sebab suami kadang – kadang lupa soal nie.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.