Selepas tiga hari, dia melamar aku. Dengan izin bapa aku, aku pun terima. Tapi aku minta dia telefon dan berkenalan dengan bapa aku melalui telefon. Selepas beberapa bulan, baru aku tahu dia tidak pernah menelefon bapa aku dan bapa aku ternanti – nanti lamanya!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wrt. Terima kasih kerana sudi membaca. Nama aku Shila, bukan nama sebenar. Umur aku kini berusia 31 tahun. Walaupun ada sahaja calon atau mana – mana lelaki mendekati aku, aku tidak kahwin – kahwin lagi.
Walaupun idea bisnes bagus, tidak berkembang – kembang. Sebenarnya, aku takut. Tr4uma yang tidak sudah – sudah, hadiah kasih sayang bekas pasangan aku yang masih mengh4ntui aku. Ketika aku berusia 23 tahun, aku berkenalan dengan seorang mahasiswa, A, dari uni swasta. Aku projek manager dan dia ialah fasilitator.
Kebetulan aku kena reject dengan seseorang yang aku minat, dia pula gagal “mer4mpas” kekasih orang, terus dia merapati aku. Aku tidak ada masalah untuk berkawan dengan lelaki. Tetapi, pertama kali aku jumpa lelaki yang setiap hari mencari aku dan melepak dengan aku yang memang tak ramai kawan perempuan kerana aku ini ialah ulat buku.
Maka, ramai perempuan mungkin akan rasa agak bosan berkawan aku. Tetapi A asyik cari aku, apabila dia takda, aku rasa sunyi. Suatu hari, aku saja ucap rindu kerana dia jauh, tiba – tiba dia ajak aku berpasangan. Aku cakap, aku tak suka kerana kalau berkawan, mesti diakhiri dengan perkahwinan.
Mungkin kami patut berhenti berkomunikasi seketika kerana semuanya mainan perasaan. Tetapi tiga hari selepas itu, dia melamar aku. Dengan izin bapa aku, aku pun terima. Tapi aku minta dia telefon dan berkenalan dengan bapa aku melalui telefon.
Dan untuk memastikan keberkatan hubungan kami, aku pesan pada dia jangan lupa minta izin mak ayah dia juga. Kami berpasangan. Paling aku ralat ialah apabila kami menonton wayang bersama, dia mula menyentuh aku.
Kerana aku fikir dia bakal suami aku, aku diam sahaja. Sehinggalah kami terlanjur. Bahkan, lagi aku s4kit hati, pernah sekali, dia bereksperiman dengan meletak ubat dalam air aku. Aku tak tahu apa dia fikir. Aku ingat dia lelaki baik kerana sesiapa sahaja melihat muka dia mesti ingat dia orang baik.
Dia tahfiz, mak dia cikgu tadika dan bapa dia pesara askar. Maka, aku tak sangka dia ada sisi lain. Selepas beberapa bulan, baru aku tahu dia tidak pernah menelefon bapa aku dan bapa aku ternanti – nanti lamanya! Dan, mak ayah dia tak tahu pun kewujudan aku walaupun aku sudah cakap betapa pentingnya hormat dan restu ibu bapa dalam hidup.
Tetapi nasi dah jadi bubur, aku berada di sisi dia juga. Aku bekerja sambilan sambil cuba habiskan degree aku untuk kumpul duit nak kahwin walaupun A tak buat apa – apa. Dia pandai berlakon dan acah – acah kisah pasal kerja aku.
Kemudian dia minta aku buat macam – macam untuk dia seperti assignment dia, teman dia keluar yang hampir setiap hari sampai aku tak ada masa nak belajar. Akhirnya aku terp4ksa repeat paper. Memang kecewa. Tapi A bijak, dia salahkan aku apabila markah dia rendah.
Aku ingatkan salah aku. Rupa – rupanya dia memang kaki ponteng kelas dan kaki repeat subjek pun! Pada suatu hari, apabila aku bercakap dia secara berkias, dia cakap menipu ialah cara untuk nak hidup! Terk3jut aku! Aku minta putvs sebab aku nak fokus belajar.
Dia cakap tak boleh, kuasa nak putvs ke apa ke, semua di tangan dia. Kiranya dia memang menipu dan putar belit untuk dapatkan apa yang dia nak. Selepas itu, dia mula m4kin tunjuk belang apabila berani mengatur jenis kerja apa yang aku boleh kerja selepas grad, mengalahkan bapa aku pula per4ngai dia.
Dia tidak kasih aku berniaga tetapi apabila ada untung, dia memang enjoy besar. Yang aku geram apabila seorang customer memasukkan duit ke akaun bank si A, si A pergi makan pizza dan burger hari – hari dan tidak bagi duit itu pada aku.
Aku hanya mampu ternganga. Dia akan cakap, aku kaya, jadi aku tak faham apa dia rasa. Sebenarnya, aku tak kaya, mak bapa aku tak kaya. Tapi dia ingat aku kaya. Satu hari, aku cakap pada dia, eloknya, keluarga kita bertakruf sebab tak elok tangguh lama – lama. Kenal – kenalan sahaja, bukan kahwin. Dia macam tak semangat.
Pada hari kejadian, mak ayah aku dah tunggu, mak ayah dia tak muncul. Cancel last minutes. Kesian mak ayah aku. A tak pernah minta maaf. Lucunya, keluarga A yang nak kenduri kahwin besar – besaran walaupun bapa aku cakap RM1000 sahaja sebab kami masih muda dan kena belajar menjana kewangan, elak berhutang.
Kelakuan keluarga A agak pelik. Mungkin bercita – cita besar. Tetapi kalau A memang tak mampu nak ada kerja besar dan berg4ntung pada aku, angan – angan itu memang tak ada gunanya. Mak Ayah A tak kenal anak mereka sendiri yang acah – acah bagus.
Dan kelakuan A sem4kin hari sem4kin kurang ajar dan kasar, katanya sebab dia anak jantan. Aku biarkan dia sebab aku sibuk dengan bisnes kecil aku. Dia masih ambil duit dari aku dan mak ayah dia. Memang malas bekerja tetapi asyik cakap dia anak jantan. Akhirnya, aku mula berkira duit dengan dia.
Kami asyik berg4duh. Aku halau dia dari hidup aku, dia tak nak pergi. Aku suruh dia balik kampung sebab aku tak nak bayar sewa bilik dia dah, dia tak nak. Aku tinggalkan dia dan pindah ke KL, cakap dekat mak ayah aku jangan bagitau sesiapa.
A mula fitnah aku pada kawan aku dan dia buuru aku sebab dia nak aku balik. Buat kecoh di tempat awam sampai aku murung dan giIa sebab tak tahan dengan kelakuan dia. Polis tak nak terima report cover pun dari aku.
Memanglah aku jadi hilang w4ras. Takut! Lagipun dia memang pernah menced3rakan aku kerana dia tak kasi aku berniaga. Kaki dia naik ke badan aku. Dan, tak pernah minta maaf seolah – olah aku layak kena. Sedangkan, aku hanya nak bekerja cari makan.
Apabila ada lelaki mula merisik aku, dia cari lelaki – lelaki tu. Paling aku sedih, ada seorang lelaki yang tuduh aku perempuan jahat, penggoda, nak kikis duit sedangkan, aku tak kenal pun lelaki tu. Hahaha! Dahsyat penangan bekas pasangan aku.
Aku pindah lagi jauh dengan saud4ra mara aku untuk menyorok dan menyihatkan diri. Apabila aku sihat kembali dan boleh bekerja, aku check email aku, rupanya dia curi hasil kerja aku dari Google Drive aku kerana dia tahu password.
Sampai sekarang, dia ada 3 FB akaun. Salah satunya, tempat dia meluah perasaan cakap pasal aku dan asyik respond pada post IG aku. Apabila aku ada bisnes baru, dia acah – acah dia terlibat dengan perniagaan aku dan kononnya sedang bekerjasama membina jenama dengan aku.
Kawan – kawan aku yang percaya pada dia, m4kin percaya yang kononnya kami ada berhubung dari jauh dan bekerjasama. Aku terp4ksa tukar strategi perniagaan aku untuk pastikan dia tak tahu progress bisnes aku. Aku tidak punya online profile untuk bisnes aku, susah nak ke depan sebab asyik takut dia mengganggu aku.
Dia pernah mengganggu aku! Membuuru aku. Tahun 2017, aku rajin berniaga di market dan bazar, dia pun muncul di situ, cuba ganggu aku dan pujuk aku untuk menerima dia kembali. Merata – rata dia buuru aku. Kini, aku tetap tak berani nak berniaga ke bazar dan hanya jadi vendor letak barang pada orang lain.
Aku risau dia akan buat per4ngai lama dia kembali. Paling aku takut, dia pos di FB dia untuk acah – acah memujuk aku keluar dari buih keselamatan aku. Aku tidak layan dan terus fokus menjadi vendor. Cuma, aku terfikir juga masa depan aku, sampai bila hendak hanya menjadi vendor semata dan tidak berkembang?
Aku jujur, memang rindu nak berniaga di bazar, pesta atau punya kedai sendiri di bandar, tapi kalau dia ser4ng lagi? Ah!!! Aku buntu. Lagi aku geram, mak ayah dia tak tahu ke anak dorang macam itu? Pernah saud4ra mara dia cakap aku jahat nak kahwin, nak bernikah dan ganggu A untuk fokus.
Aku tak kisah sebab setahu aku, aku memang kuat kerja pun. Puas hati aku tinggalkan dia. Aku memang fokus kerja, kumpul mesin dan aset, tapi dia tetap buuru aku. Aku rasa dia sangat hip0krit dan menyusahkan hidup aku.
Aku harap pakcik dan makcik dia nampak dari mana datangnya kekayaan bekas pasangan aku dulu. Bukan dari dia tetapi dari aku yang dia hari – hari paw. Aku harap mereka belajar malu dan tidak prejuudis kepada perempuan.
Kemudian, aku harap mereka pasang leash pada tengkuk anak saud4ra dorang agar tak kacau aku dah. Baru – baru ini, memang ada seseorang masuk merisik. Aku masih tak kasi jawapan. – Shila (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Norazura : Apa kata awak masuk kelas silat atau taekwando. Kalau jantan tak guna tu terjumpa jugak dan ganggu awak lagi. Awak tunjuk je skill yang dah awak pelajari. Bior dia sedar diri dan tak berani ganggu awak lagi. Dah alang – alang dia dok mereka cerita bukan – bukan tentang awk baik buktikan rekaan dia tu. Biar dia rasa tamp4ran wanita. P/s: cekalkan hati. Semoga sis dalam lindunganNya.
Qaisara Aishah : 1. Buat medical check up kInik psiki4tri. Takut ade tr4uma ke etc.
2. Report polis kata keselamatan diri terganggu. Tak boleh buat bisnes kerana asyik diganggu, dibuuru ex. Ex pernah pukuI, sebarkn fitnah. Dapatkn bukti post ig, fb yang ex buat fitnah kata terlibat dalam bisnes sis etc. Bawa medical result sebagai document sokongan repot polis. Tanye perlu ke bawa ke court minta perintah perlindungan jarak 5 meter ke etc. Minta nasihat peguam yang bertauliah. Banyak page peguam yang boleh follow.
3. U can do it. Teruskan bisnes ape yang sis nak buat.
4. Istikharah jika hati bersedia terima lamaran. Tapi kene cerita dulu pada bakal tentang tr4uma dan ex yang selalu mengganggu. Orang t0xic dan psych0 macam tu memang jadikan sis sebagai slave dia. Dia berjaya manipulate your brain, action dan thinking. Moga sis berjaya keluar daripada ex macam ni dan teruskn cari bahagia hidup sendiri. Harap bakal suami faham dan melindungi sis daripada ex yang t0xic lagi psych0.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.