Tengah duduk kedai makan, asap rokok kepul-kepul kena muka. Fadzil Zahari relax je tegur

Seperti kita tahu sekarang kerajaan telah melarang perbuatan menghisap rok0k di kawasan kedai makan. Melainkan dengan jarak 3 meter dari premis berkenaan.

Tetapi akan ada segelintir masyarakat yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan. Itu yang dialami oleh pelakon Fadzil Zahari dan lsteri, Yana Samsudin.

Melalui status vide0 yang dimuat naik oleh Fadzil Zahari, beliau sedang duduk bersama ahli keluarga yang mempunyai anak kecil, tetapi pelanggan dimeja sebelah sedang menghisap rok0k.

Walaupun jelas diatas meja ada larangan menghisap rok0k di kawasan kedai.

Apa yang menariknya, Fadzil terus direct menegur lelaki terbabit dan menerangkan bahawa terdapat anak-anak kecil dibelakang.

Bila hang kat kedai makan bersama anak & lsteri, orang sebelah hisap rok0k asap kepul kepul hembus mai kat meja hang? apa hang buat?

Sabaq… husnuzon mungkin dia tak tau kat kedai makan takleh hisap rok0k, kita tegur baik2 mesti dia ok… Apa yang abang nak pesan, hisap rok0k tu suka hatilah, tapi tengok kawasan, tengok sekeliling, hormat manusia di kiri kanan kita juga insyaAllah Malaysia aman

Fuhh..respect la dengan Fadzil ni. Terus tegur depan-depan je.  Rata-rata netizen bersetuju dengan cara yang ditunjukkan oleh beliau.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..