Sejak suami kakak meninggaI, dia buat suami saya macam suami dia. Tengah suami kerja dia call suruh belikan makanan

Dulu masa arw4h abang ipar ada, kakak saya memang queen control habis. Duit, kad bank arw4h semua dia pegang. Sekarang bila arw4h takde, kakak langsung tak nak kerja, tak nak belajar bawak kereta. Dia akan call tanya suami saya untuk bawak dia jalan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Maaf admin tolong hide profile saya. Saya hanya nak berkongsi dan minta pendapat dari semua yang membaca.  Ia adalah berkenaan dengan kakak kandung saya. Kakak saya sudah kem4tian suami pada tahun lepas.

Mempunyai dua orang anak yang masih kecil lagi. Yang jadi masalah pada saya sekarang, semua benda dia nak harapkan family, tak nak bergerak sendiri. Dulu jaga anak pun suami dia yang uruskan, senang cerita queen control, duit arw4h suami dia, kad bank arw4h semua dia pegang masa masih hidup dulu.

Dia tinggal dengan family saya, ayah saya sampai s4kit pinggang bongkok sikit dah sebab hari – hari drive bawak dia nak keluar berjalan. Mak ayah saya terlalu ikutkan kehendak dia. Waima sedikit pun saya tiada perasaan dengki atau cemburu, cuma saya kesian dekat mak ayah saya, dah macam orang suruhan dia.

Mak ayah saya ni boleh dik4takan orang senang juga, serba serbi cukup. Dulu masa arw4h suaminya ada, dia agak susah nak makan itu ini, gaji suaminya kecil. Sekarang lain macam jadi lepas dapat KWSP suaminya, walaupun dia dapat tak banyak, dia sakan shopping, dah pandai melawa.

Arw4h suaminya pernah borak dengan suami saya, kakak saya tak bagi OT balik lewat, suruh balik awal untuk bawak dia dengan anak jalan – jalan. Masa keluarkan kwsp icitra pun semua kakak saya pegang. Raut wajah arw4h tu memang nampak penat. Arw4h suaminya memang baik, ringan tuIang.

Sekarang saya jadi malas nak balik rumah mak ayah sebab kejap kejap ajak saya keluar. Saya dah suruh dia ambil lesen tapi dia tak endah. Dari dulu saya banyak mengalah walaupun saya yang bongsu, mak ayah saya sendiri cakap saya jenis berdikari, dari zaman study sampai dah ada anak, tak pernah minta tolong dan susahkan sesiapa.

Kakak saya ni jenis tak boleh ditegur, semua dim4ki hamunnya. Semua dia yang betul, mak saya cakap biar la, memang per4ngai dia macam tu. Yela tapi sampai bila dia nak per4ngai macam tu, umur m4kin meningkat. Kalau tak menyusahkan orang takpe la. Saya tak tau nak susun ayat macam mana nak cakap kat dia.

Pernah sekali suami saya tengah kerja, dia call suami saya suruh belikan makanan, apa yang korang rasa? Dia suruh suami saya cuti sebab nak suruh kami bawa dia pergi holiday. Saya tinggal tak jauh dari rumah mak ayah, selalu dia akan wasap saya tanya suami saya balik pukuI berapa sebab kalau saya keluar, dia nak ikut.

Allahhuakbar sebak d4da saya bila dia per4ngai macam ni. Dari dulu saya diamkan. saya buat tak endah tapi m4kin menjadi per4ngainya. Saya dan family macam takde privasi, point dia sikit – sikit guna nama anaknya. Macam – macam dah saya bagi anaknya, tak pernah berkira sikit pun.

Bila saya cakap sedikit, tarik muka buat ayat sedih, cakap dia orang miskin, anak dia anak yatim, saya tak pernah anggap macam tu. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang memahami, yang ikhlas dengan keluarga saya.

Cuma saya jadi segan bila semua ni libatkan suami saya. Sekarang saya jadi sedih bila mak ayah saya terlalu jaga hati dia, nampak sangat raut wajah mereka memang penat. Saya dah nasihat pun tetap sama. Saya tahu kakak saya tu anak kesayangan dari kecil, kemahuan dia semua dia akan dapat, saya jenis tak meminta, ada rezeki adalah.

Tapi kat suami tu memang mintak jugaklah, hehehe. Saya risau macam mana keadaan anak – anak dia nanti andai kata umur mak ayah saya tak panjang. Dia sentiasa berg4ntung hidup dengan orang, tak pernah berdikari sendiri.

Sekarang sentiasa mintak simpati orang lain untuk orang kesian pada dia. Langsung tak nak bergerak sendiri. Hurmmm.. Maaf ya panjang pula karangan saya ni. Tak tau nak luah pada siapa, suami hanya mampu nasihat je sebab dia cakap dia orang luar, tak nak masuk campur lebih lebih. Terima kasih semua sudi baca luahan hati saya.

Komen Warganet :

Hassan Azhar Mat Sarib : Maaf nak bagi pendapat, tolong sekadar mampu sis. Jangan sampai gadaikan rasa sendiri. Saya pun Balu juga dah 3 tahun, alhamdullillah boleh berdikari tak menyusahkan orang lain. Sis mesti bertegas, kalau rasa tak mahu membantu sebab sikap keterlaluan dia, sis abaikan saja permintaan dia. Sis Ada hak. Orang macam ni sikapnya jangan cakap banyak. Nanti lagi banyak cekadaknya. Pendapat saya lah.

Azura Dhiya : Melampau ye kakak awak tuh.. haishh patut amik iktibar atas kem4ian suami. Berdikari sendiri dengan anak – anak. Jangan susahkan keluarga.. sekarang ni hanya parents awak jea yang boleh nasihat dia. Dia bukan budak lagi dah jadi mak orang kan.

Patut boleh fikir kot. Saya rasa awak dan suami jangan ikut lagi kehendak kakak awak sebab nanti awak yang susah. Takut nanti suami awak diamiknye even kakak sendiri berhati – hati ea kalau tengok per4ngai camtu.. ish jauhkanlah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.