Tengah kupas oren saya nampak resit hotel. Suami mengaku langgan ‘freelance’ 800 sebab str3ss kerja

Habis handphone suami pecah berderai, dalam mengandung – mengandung saya meng4muk. Kaki tangan semua naik sedangkan saya isteri yang lemah lembut. Suami bawak saya nak berdepan dengan perempuan tu tapi tak sangka dia sangat profesional!

#Foto sekadar hiasan. Salam hai. Saya isteri dan surirumah yang sedang mengandung anak ke-3. Family saya sempurna. Anak – anak yang comel dan bijak, suami yang sedang berjaya, ada syarik4t sendiri, dari takda apa – apa.

Dah 7 tahun saya kenal suami, 5 tahun berkahwin. Suami seorang yang sangat baik. Nafkah batin zahir memang terjaga, kami pun tak pernah berg4duh mungkin 2 kali je kot sepanjang kenal. Bulan 10 lepas, dia start busy. Busy teramat sangat.

Saya faham kerjaya dia, run bisnes sendiri, dan agak sibuk dengan pilihanraya. Saya seorang isteri yang agak matang, jadi saya tak pernah persoalkan dia punya jadual. Sorang sorang uruskan anak – anak di rumah, dengan sarat mengandung.

Suami pun tak pernah tunjukkan apa – apa yang pelik. Suami pasti cari masa untuk luangkan bersama kami. Bawak jalan – jalan, bawak makan shopping. Jadi saya tak pernah curiga. Satu hari atas kuasa Allah yang Maha Melihat, Maha Mendengar.

Saya tengah kupas oren untuk anak kedua, di atas meja makan ada resit – resit suami. Dia memang suka letak merata, jadi saya tak pelik. Cuma, naluri hati ni suruh baca one of the receipt. “In Room Dining” @ hotel JW Marriot. Saya terus, tak keruan.

Suami tengah tidur masa tu, saya k3jut. Dia cuba menidakkan lagi. Hari tu baru saya check handphone dia, dan tengok waze, ye memang dia ke sana. H4ncur hatiku ini Ya Allah. Bila saya tengok gallery, banyak ye gambar perempuan tu.

Perempuan tu suami cakap “freelance”, dia takda hubungan dengan perempuan tu. Dia bayar RM800 untuk servis. Dia cakap mereka terIanjur sekali. Kecewanya saya rasa, kenapa saya diduga begini. Suami merayu – rayu mintak maaf, menangis ciuum kaki saya.

Saya memang dah macam orang hilang akal. Dunia saya gelap. Suami yang saya agung – agungkan sangat, how perfect he was, buat begini dekat saya. Habis handphone dia pecah berderai, dalam mengandung – mengandung saya meng4muk, sep4k ter4jang, c4kar dia.

S4kit hati punya pasal. Padahal saya seorang isteri yang lemah lembut je pun. Fast forward, dah sebulan kes kant0i ni jadi, hari – hari suami mintak maaf dekat saya. Perempuan tu memang lesap on the day kant0i. Sungguh profesional.

Suami pernah bawak saya nak confront perempuan tu dan tanya semua details sebab saya tak percaya sekali je mereka selingkuh. Tapi perempuan tu terus lesap hingga kini. Suami cakap dia memang tak bercinta, dia cuma bayar perempuan tu.

Katanya sebab “str3ss” kerja? Cam b0doh kan alasan. Saya cuba bagi peluang terakhir untuk suami, suami dah tak busy lagi. Sejak kant0i hari – hari saya ikut suami pergi ofisnya, dia share live location, dan hari – hari saya pegang phone, kad bank semua. Sebab saya memang tak percaya!

Dan dia merayu taknak lepaskan saya. Saya memang fikir cerai jalan terbaik untuk kecurangan ini, tapi hati jadi sedih lihatkan anak – anak yang masih kecil, masih dalam kandungan yang sangat sayangkan ayah mereka.

Until now ada hari – hari yang saya memang akan melepaskan amarah saya dekat suami. Baling cawan periuk belanga semua, suami saya sabar je tadah je. He deserves it. Padan muka. Cuma saya nak mintak followers kat sini tunjukkan saya macam mana saya nak redha?

Caranya bagaimana untuk melupakan, dan move on. Saya pun tak suka sedih lama – lama. Cuma terlalu perit untuk menerima kesilapan suami. Saya tetap sayang suami saya, dan keluarga saya. From, Isteri perfect 10 pun kena curang. No one save in this world. Man is a piece of shizz. – Isteri Ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum. Aku kemboja, sudah berkahwin selama 8 tahun dan mempunyai sepasang cahaya mata. Straight to the point, lepas baca kisah yang ditulis oleh Isteri Ters4kiti, benda ni mengingatkan aku perihal suami aku sendiri 3 minggu yang lepas.

Untuk pengetahuan, kami kahwin atas dasar suka sama suka. Suami aku sangat menyayangi dan utamakan dulu aku dalam apa – apa hal. Apa yang dipesan dari awal perkahwinan, lepas habis belajar, aku tak perlu kerja, hanya jaga anak. Duit nanti dia sediakan.

Untuk pengetahuan, suami aku juga businessman. Even dia cakap tak perlu kerja, tapi aku tetap juga tolong suami runkan business. Aku tinggalkan cita – cita aku kerana suami aku. Dari awal perkahwinan, dia selalu cakap, apa yang dia buat, mesti dia akan fikirkan aku.

Untuk pengetahuan semua, aku dan suami terkena sihiir pemisah. Betapa struggIenya kami, waktu awal kahwin, aku langsung tak ada nafsu untuk suami ku. Hanya suami aku yang beria, dan aku membatu sewaktu hubungan suami isteri.

Dia cakap dia ok, tapi ada juga nampak dia seolah sedih. Dalam hati aku, suami aku faham. Aku sendiri langsung tak fikirkan keperluan batinnya. Kadang – kadang 2 minggu hubungan di katil hanya 1 kali. Badan aku akan jadi s4kit – s4kit dan demam.

Demam yang tahap tak boleh bangun. Tapi betul lah, orang tua cakap jaga keperluan batin suami. Sehinggalah, 3 minggu lepas, Allah tunjukkan pada aku perihal suami. Dengan tak sengaja, waktu aku mengemas bilik, bunyi dentingan tak henti dari telegram, aku terdetik untuk buka.

Penuh notifikasi. Pada mulanya aku menyangka suami aku di ‘add’ ke group tanpa pengetahuannya. Group p0rn. Tapi bila aku check satu persatu, aku jumpa conversation yang menanyakan perihal “freelance”. Aku boleh bayangkan perasaan confessor macam mana. H4ncur r3muk hati ku.

Berkecai – kecai. Suami yang selama ini aku sanjung, tergamak cuba makan luar. Ni kali ke dua aku dikhi4nati. Kali pertama dia ketepikan aku dalam soal wang. Duit ratus ribu dia labur untuk kawan, atas pelaburan satu project di kl.

Waktu ni, aku langsung tidak ambil tahu mengenai keluar masuk wangnya. Cuma aku tahu dia ada duit cash almost 200k. Dan yang last aku tahu, duit tu dah habis ditipu kawan. Bila baca confession yang tt tulis, hati aku jadi s4kit.

Setelah kita setia, berk0rban untuk suami, betul – betul jaga anak – anak di rumah, ni baIasan yang suami bagi. Tapi suami aku belum sampai terIanjur, cuma dia bertanya. Yang ni aku desak dia, betul ke belum terIanjur? Dan bila aku tengok semua bukti, betul dia tak sempat terIanjur.

Dan aku bagitahu suami, ni last aku bagi dia peluang. Kalau dia ulang lagi, maka akan terputuslah perkahwinan ni. Dan dia juga melafazkan takIik, jika dia buat lagi, maka jatuhlah taIak atas aku. Dia betul – betul minta maaf, dan waktu dia bertanyakn freelance, dia seolah orang yang hilang akal, dan teramat serabut waktu tu.

Katanya, dia minta dengan aku, aku liat untuk tunaikan. Aku akui, salah aku juga. Tapi silapnya kerana dia tidak berbincang dengan aku mengenai apa yang dia rasa dan mencari jalan yang mudah. Silapnya di sini, tiada 2 way communication.

Dan Allah masih selamatkannya dari berbuat benda h4ram. Aku betul – betul menyerahkan semuanya pada Allah. Dan ayat yang aku ulang – ulang untuknya, aku tiada daya, sekuat mana aku sayang suami aku, tapi jika orang / jalan lain yang dia pilih, maka apa yang aku boleh buat?

Silver lining, aku lebih dekat denganNya. Hanya Allah, yang takkan pernah mengecewakan cinta ini. Cuma di sini, aku cuba untuk cari kerja / runkan business atas nama aku sendiri. Aku tak tahu masa depan aku sendiri macam mana, tapi mulai sekarang aku nak bina kerjaya aku sendiri, duit aku sendiri, bukan lagi duit yang masuk melalui company yang bernamakn suami aku.

Aku cukup terIuka dengan apa yang suami aku lakukan. Untuk TT, moga kita tabah, digantikan kesedihan ini dengan sesuatu yang lebih baik, moga Allah h4puskan kesedihan kita. Kita sama – sama berjaya, dan boleh berdikari sendiri.

Untuk perkahwinan ini, moga dapat diperbaiki dan Allah berikan yang terbaik. Doakan yang baik – baik saja untuk kita. Aku masih sayangkan perkahwinan ni. Anak – anak sangat rapat dengan papanya. Dan papanya juga sangat – sangat membantu dalam urusan harian keluarga.

Kalau aku jemur kain, dia akan lipat, kalau aku s4kit, dia jagakan. Cuma kali ini dia tersilap langkah. Dan bagi aku, dia deserved peluang. Untuk aku sendiri, aku akan bangkit lebih hebat dan dapat mengangkat nilai diri aku, jika bukan di mata suami aku, biarlah di sisi Allah. Buat pembaca, doakan yang baik – baik saja untuk kami. Aku yang menulis dengan hati yang penuh Iuka – Kemboja (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.