Tengah makan saya tiba-tiba menangis teresak. Saya lap air mata sambil ketawa. Malam ni saya nak lari tinggalkan suami dan anak-anak

Saya selalu cakap jangan tunggu saya m4ti baru menyesal, baru datang untuk peIuk civm saya. Saya terfikir nak larikan diri malam ni ketika anak dan suami tidur. Biar dia tahu rasa kehilangan…

#Foto sekadar hiasan. Hi, saya rasa perlu untuk cari tempat meluah. Sebab hari ini ketika saya bersarapan, tiba – tiba saya menangis dan meraung pilu untuk seketika, dan kemudian saya lap air mata sambil ketawa, mengasihani diri saya sendiri berfikir kenapa perlu untuk menangis untuk benda yang sia – sia.

Puncanya cuma rasa kosong, sudah empat hari berlarutan. Mungkin sebab suami fikir saya sentiasa peIuk dan civm dia ketika pergi kerja, mungkin dia fikir saya okay je, takde apa – apa. Padahal, sebenarnya saya sedang berper4ng dengan perasaan sendiri.

Serba sedikit tentang saya, berumur awal 30-an dan mempunyai empat orang anak. Maaf andai penulisan agak panjang dan bercelaru, tidak tahu untuk mulai dari mana. Suami agak baik, tiada masalah curang dan sangat bertanggungjawab.

Anak – anak pun semua manja dengan suami. Setiap malam kami sentiasa berjemaah bila suami ada di rumah, dan pada pagi hari saya akan ke masjid atau surau mengaji memperbaiki tajwid bersama anak saya dua orang, 4 tahun dan 2 tahun (masih menyusu badan), dan anak saya yang 11 tahun serta 7 tahun bersekolah dihantar oleh suami.

Suami bekerja badan beruniform. Saya suri rumah sepenuh masa, masak, mengemas, mengambil anak, serta menghantar ke KAFA sebeIah petang pula. Andai suami tak sibuk, dia akan mengambil anak pula pulang dari KAFA. Begitulah kehidupan harian. Saya tidak pernah bosan walaupun penat.

Tapi kadangkala saya rasa perlu juga suami untuk ambil berat dan berkomunikasi dengan saya. Biarpun saya hari – hari telefon dengan mak sendiri berbual itu ini, tapi entahlah, saya rasa macam kosong juga, tidak ada semangat untuk hidup.

Saya penat rasa terhegeh – hegeh dengan suami. Saya jenis meluahkan dengan suami selalu, apa yang saya rasa tidak puas hati saya akan bagitahu apa yang perlu dia buat. Contohnya, saya bagitahu, temankanlah saya melipat kain biarpun dia tidak membantu, sekurang – kurangnya adalah di samping saya biarpun dia tetap dengan handphone dia.

Suami saya bila balik kerja, perbualan kami hanya sekadar saya tanya, “Nak makan ke tak?”, kemudian macam tu saja. Kadang – kadang saya cuma cerita tentang per4ngai anak – anak, dia hanya mendengar macam itu tanpa respon pun.

Suami memang pendengar yang baik, tapi cukup hanya dengar saja, tidak pernah pun bagi kata – kata semangat. Bila saya membebel macam – macam, dia cuma akan jawab, “Relax la,” atau “Lama – lama nanti okay la tu.” Tidak ada ayat – ayat lain.

Saya pernah sindir suami dalam beberapa hari ini, mungkin tunggu m4ti baru dia akan bagi saya ayat – ayat perasaan untuk menggembirakan hati. Saya selalu cakap jangan tunggu saya m4ti baru menyesal, baru datang untuk peIuk civm saya.

Selalunya saya yang akan peIuk suami dan salam civm dia sebelum tidur. Tidak pernah sekali pun dia yang cuba untuk buat dengan saya duluan. Kadang – kadang dia marah bila dia baru mahu tidur tapi saya panggil untuk dia datang salam saya sebelum tidur, sebab masa tu anak tengah menyusu badan dan susah untuk saya bergerak risau anak terjaga.

Dan suami mendengus pula bagi alasan macam – macam. Saya rasa di situlah puncanya saya rasa tidak perlu lagi untuk menjaga hubungan baik dengan suami. Cukup teruskan hidup seperti biasa. Saya ada WhatsApp dengan suami saya, saya takde mood dan pandai – pandailah dia urus kehidupan sendiri.

Namun takde kata pujukan ataupun baIasan. Balik rumah pun buat seperti biasa, takdepun nak tanya kenapa saya jadi macam ni. Tapi bila dia tidur, saya yang akan peIuk dia. Padahal saya sedia maklum per4ngai suami yang kurang bercerita soal kerja dia, dan bertahun – tahun memang macam itulah per4ngai dia, kurang komunikasi.

Entah kenapa saya rasa kecil hati. Saya taklah merajuk, tapi entah, saya penat, rasa kosong, dan taw4r hati. Semalam pula saya terfikir untuk buat perkara di luar jangkaan dan cuba cari r4cun apa yang boleh lenyap terus dari dunia ni, tapi saya rasa saya masih ada iman sikit.

Tapi sekarang saya terfikir untuk larikan diri malam ni ketika anak dan suami tidur. Moga saya kuat. Semoga suami saya rasa kehilangan dan tahu macam mana isi hati saya. Bukan tidak pernah saya luahkan, sebab saya memang jenis bercerita dengan suami saya.

Tapi saya rasa macam tiada apa kepentingan dah untuk buat semua tu. Tengok muka anak pun saya rasa kosong dah, tak ada guna semuanya segala perbuatan dan peng0rbanan kecil saya.

Komen W4rganet :

Kamelia : Sis, memang kalau jadi surirumah ni, akan ada perasaan tepu, burn out tambahlagi ada pasangan yang tak memahami. Dia tak faham penatnya seorang wanita di rumah melayan karenah anak – anak, menjaga rumah. Yang mereka tahu, mereka je penat mencari nafkah. Tapi sis, tinggi ganjaran untuk isteri dan ibu – ibu ni.

Sis sampai hati ke nak tinggalkan anak – anak. Walau macam mana sedih pun, tetap berd0sa keluar tanpa izin suami, walaupun sebab nak sedarkan suami. Sis cari hobi, ataupun buat affiliate dekat Tiktok. Nanti sis akan ada ramai kawan, sis pun lupa masalah sunyi tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.