Tengah malam buta, 2.30 pagi handphone suami tak henti bunyi. Mesej reply daripada tunang dan isteri orang dalam instagram. Ramai!

Macam – macam cara aku buat untuk tarik keinginan sang suami, tapi dia tiada perubahan. Aku buang rasa malu walaupun aku umpama terhegeh – hegeh. Ada anak sorang ni pun aku yang pujuk untuk bersama. Tahun ni paling sedih..

#Foto sekadar hiasan. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan ingin juga meminta pendapat. Aku seorang isteri, yang dulunya pernah bekerja dengan jawatan yang bagus. Namun, demi menyelamatkan rumahtangga, aku nekad letak jawatan.

Memang aku salah buat keputusan masa ni. Sekarang, hanyalah seorang surirumah yang menjalankan perniagaan atas talian sahaja. Seorang yang suka pergi spa, wangi – wangian dan ceria. Tahun ni, genap usia perkahwinan kami yang ke lapan tahun.

Masing – masing berusia hujung 20an. Punyai seorang bid4dari yang sangat cantik berusia 3 tahun. Lambat dapat anak. Suami pula? Seorang pegawai swasta, elok rupanya dan seorang yang pendiam di kalangan ahli keluarga.

Suami datangnya dari keluarga yang pecah beIah, mak ayah suami juga pernah bercerai dan masing – masing pernah berkahwin tiga empat kali. Suami aku ini sangat bertanggungjawab, baik pada aku juga pada anak. Juga seorang yang rajin membantu aku.

Tapi dia ada satu sisi, yang sudah menjadi sebati dalam diri dia ataupun tabiat. Iaitu tabiat suka tengok video Iucah dan mesej – mesej perempuan. Ceritanya begini, aku dan suami berkenalan melalui seorang arw4h sahabat aku.

Hanya ambil masa beberapa bulan perkenalan, kami terus bertunang. Ingat lagi ajakan suami “jom kita kahwin”. Bahagia sangat rasanya. Namun bahagia tu hanya seketika. Orang kata alam bertunang inilah banyak cab4rannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Dan aku juga diuji tika bertunang. Suami aku kantoi mesej – mesej berkenalan dan mesej Iucah dengan perempuan lain dalam satu aplikasi iaitu wech4t. Paling s4kit, salah seorang perempuan yang dia mesej itu adalah kenalan aku.

Kenalan aku yang forward semua mesej pada aku. Malunya aku masa itu. Aku ajak berjumpa dan pertama kali aku spotcheck handphone dia sepanjang perkenalan. Nah, tak sanggup aku teruskan membaca mesej – mesej dalam tu.

Aku menangis teresak – esak, sampai minta putus tunang. Dia tak setuju memandangkan lagi sebulan je kami nak berkahwin masa itu. Mulalah drama airmata dia sumpah janji tak akan buat lagi. Dan aku pun terpesona dengan drama dia, terus maafkan dia dan bagi peluang yang mungkin dia akan berubah lepas kahwin, haha.

Awal tahun 2014 kami bernikah dan terus pindah ke rumah sewa. Awal – awal pindah sangat manis. Sama – sama beli perabot rumah, barangan elektrik. Balik kerja pukuI 7-8 malam pun rajin masak untuk suami. Sebulan kahwin, baru kami berbulan madu.

Sebulan kahwin jugalah kami tidak pernah bersama. Aku fikir mungkin dia penat bekerja. Bulan seterusnya baru dia ada hati dengan aku, haha. Enam bulan perkahwinan, sekali lagi dia buat hal. Tengah malam buta dalam 2.30 pagi handphone dia tak henti berbunyi.

Aku yang tidur m4ti boleh terjaga. Aku ambil kesempatan masa dia tidur untuk check. Mesej reply daripada tunang dan isteri orang dalam instagram. Wech4t juga tidak ketinggalan. Aku tanya berapa lama mesej – mesej gini.

Dia mengaku dari sebulan lepas kahwin. Allah. No wonder masa berbulan madu pun dia takde keinginan sentuh aku. Luluh hati seorang isteri. Aku dari seorang yang ceria terus berubah jadi seorang murung. Tiga tahun perkahwinan, masih dengan tabiat sama dia.

Aku tanya kenapa dia jadi camni, dia jawab sebab hati dia sunyi dan bosan tiada teman berborak. Banyak kali aku pesan pergiIah keluar riding lepak – lepak dengan kawan – kawan. Dia menolak, katanya zaman dia dah berakhir untuk buat semua itu.

Akhirnya, aku putuskan untuk berhenti kerja agar dapat sentiasa ada dengan dia. Masih tidak punyai anak ketika ini. Lima tahun perkahwinan, aku mula rasa kosong sangat – sangat. Selama ini tiada borak gelak – gelak, tiada gurau senda, tiada kucupan peIukan, tiada kemesraan, tiada belaian kasih sayang, tiada pujukan dari dia dan tiada solat bersama. Keinginannya untuk bersama aku juga kurang selama berkahwin.

Mungkin itu salah satu aku lambat dapat anak. Macam – macam cara aku buat untuk tarik keinginan sang suami, tapi dia tiada perubahan. Aku buang rasa malu walaupun aku umpama terhegeh – hegeh. Aku tanya aku ada masalah ke hingga dia taknak bersama.

Dia jawab tiada masalah. Aku buntu. Aku berubah, tiada hati untuk masak. Untuk apa memasak pada orang yang tak hargai isteri. Aku tidak lagi kemas rumah yang beriya – iya seperti sebelum ini. Aku jadi seorang pendiam sama seperti dia.

Aku mula rasa putus asa dan berjauh hati. Bila ajak berbincang dia hanya diam. Sememangnya tiada komunikasi dan kemesraan antara kami. Dalam masa putus asa, Allah bagi rezeki pada kami. Aku disahkan hamil. Aku rasa h4mbar. Dia pun tiada perasaan masa ni.

Untuk pengetahuan, anak ini pun hasil pujukan aku untuk bersama. Kebiasaannya, aku buang malu untuk ajak bersama. Masa dalam pantang, dia buat hal juga. Mesej dengan tunang orang pula. Hampir mer0yan aku saat itu.

Dan tahun ini, yang paling aku tak boleh terima perbuatan suami, dia ada handphone lain di tempat kerjanya yang aku sendiri tak tahu kewujudan handphone tu selama ini. Aku dapat tahu melalui anak buah aku yang juga satu tempat kerja dengan dia.

Aku minta dia jujur dengan aku. Mula – mula memang dia tak mengaku. Selepas tunjuk gambar bukti dia sedang pegang handphone lain sambil tersenyum, barulah dia mengaku. Aku minta dia bawa balik handphone tu. Allah, retak seribu hati ini.

Sangat – sangat mesra dan rancak perbualan dengan perempuan – perempuan dalam medium aplikasi michat, omi dan whatsapp. Kata – kata pujian yang aku inginkan selama ini tiada, tapi suami aku hanya memuji perempuan – perempuan dalam aplikasi ada juga history video call dengan perempuan – perempuan dalam medium tersebut. Dengan isteri sendiri tak pernah serancak semesra itu.

Isteri di rumah ni adalah menanti – nanti mesej call suami, tapi tiada. Anak isteri sendiri tak pernah video call, perempuan lain mudahnya nak video call. Ada juga video Iucah. Aku rasa sangat terh1na. Keadaan masa itu membuatkan aku nekad untuk failkan permohonan cerai. Dia tahu tarikh naik mahkamah lagi dua bulan, dan dia setuju.

Mudahnya. Aku berbincang dengan kawan dan ahli keluarga dia. Mereka tidak galakkan untuk bercerai. Ada yang anggap benda ini kecil kerana belum sampai ke z1na. Ada yang menyuruh untuk aku tarik semula permohonan perceraian memandangkan anak kami masih kecil.

Aku buntu. Aku tak tahu betul ke tindakan aku buat ini. PerIukah aku teruskan perkahwinan ini? Atau Wajarkah aku teruskan perceraian ini? Adakah aku seorang ibu yang pentingkan diri demi kebahagiaan sendiri? Mohon pandangan kalian. – Isteri Terh1na (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Ameera Ain : Puan layak untuk bahagia. Saya selalu nasihatkan klien saya, rumahtangga yang bahagia, anak yang bahagia adalah datang dari ibu dan isteri yang bahagia. Meskipun puan mengatakan puan bertahan demi anak yang masih kecil, adakah anak tersebut boleh menjadi anak yang baik dan bahagia sekiranya kedua ibubapanya tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Ramai klien saya beri alasan tidak mahu cerai kerana fikir anak – anak. Bertahan demi anak – anak tetapi anak – anak dibesarkan dalam keadaan rumahtangga yang t0ksik dan tidak memberikan kebahagian. Semoga urusan puan dimudahkan.

Mazni Sukardi : Kalau puan dah tak mampu bersabar dan sudah tiada rasa untuk meneruskan perkahwinan itu, berhentilah berharap pada suami yang tidak mahu berubah. Tapi kalau puan mampu bersabar dan masih menyayangi suami puan, puan kena kerja keras sikit.

Macam mana tu?Saya cuba kongsikan ye. Mana yang baik ambillah dan amalkan, mana yang salah saya mohon maaf. Pertama sekali puan kena bertaubat dan perbaiki solat. Dah buat 2 ni, puan kena istiqamah bangun malam.

Walau dalam terp4ksa sekalipun puan tetap kena buat solat tahajud, taubat dan hajat. Buat sampai puan rasa seronok bangun malam. Hati suami tu milik Allah. Hanya Dia yang mampu mengubahnya. Saya percaya kalau puan jaga hubungan dengan Allah (perbaiki solat, bangun malam, tadabbur alquran, tutup aur4t dengan sempurna, cuba amalkan sunnah – sunnah nabi), pasti Allah akan tunjukkan jalan.

Kalau suami puan adalah jodoh yang terbaik untuk puan, Allah pasti ubah suami puan. Tapi kalau tiada jodoh, puan tetap rasa tenang sebab di hati puan hanya ada Allah yang lebih puan cintai.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.