Dari awal sampai balik duduk melayan, main dengan semua anak – anak aku. Nak tunjuk depan laki aku lah yang dia ni penyayang, boleh jaga anak – anak aku. Perempuan tu forw4rd video kat laki aku, pasal lelaki yang bahagia bermadu…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan luahan saya. Aku nak cerita kisah aku masa tengah sarat mengandung anak ke-3 (tengah tunggu hari) kira – kira 6 bulan lepas. Ringkas cerita, aku dan suami ada jalankan 1 centre kelas tuition online sejak 2017.
Jadi sekarang kami dah ada lebih 10 orang guru lelaki dan perempuan yang sama – sama membantu secara part time. Salah seorangnya bernama A, bekerja di sebuah bank di KL. Aku dan suami memang dah kenal dia dalam 5 tahun sebab asalnya dia pelajar kami, jadi bila nampak dia boleh bantu, kami ajak dia dan kawan baik dia bantu di centre kami.
A ni selalu tolong suami aku buat kerja komputer dan aku biarkan je walaupun dah banyak kali orang pesan jangan percaya sangat perempuan ni rapat dengan suami aku. Tapi aku fikir aku percaya suami aku, suami aku memang takde niat nak kahwin lagi (dia yang cakap).
Dan hp dia, mesej – mesej wasap dia semua aku selalu cek, tolong pegang. Si A ni pun aku percaya takkan dia nak khi4nat aku. Ini kesilapan pertama aku – terlalu selesa untuk terus percayakan suami dan si A ni. A ni umur dah 35 tahun, belum berkahwin.
Dipendekkan cerita, masa aku tengah tunggu hari nak bersalin baru – baru ni. Rupanya suami aku ada tanya dia kenapa dia tak kahwin lagi bla bla bla.. Jadi si A ni pun meluahkan lah perasaan dia, tanggungjawab dia sebagai anak sulung yang menanggung keluarga. (Ini suami aku sendiri yang cerita).
Suami aku pun kesian lah kat dia, suami aku pun ajak dia kahwin dengan alasan aku dan si A ni boleh sama – sama bantu dia naikkan centre. Suami aku ingat selama ni aku ni baik – baik dengan si A ni, jadi kalau kahwin pun senang lah boleh terus berbaik.
Tapi dia silap, kebaikan aku ada had, bukan sampai tahap macam tu. Dah seminggu lebih diorang ni duduk berbincang, mula – mula si A ni tolak, dia kata kesian kat aku tengah mengandung, nanti aku buang dia dari centre, nanti orang cakap dia penyondol.
Lepas tu diorang kata takpelah tutup cerita dulu nanti lepas aku bersalin bincang balik. Tup tup Allah nak tunjuk, aku mula perasan perubahan sikap suami aku. Kita isteri kan, boleh tahu bila suami ada buat salah, cara dia bercakap cara dia pandang, gerak geri dia aku terus boleh rasa ada something.
Aku cek hp dia takde jumpa apa – apa tapi mula perasan hp suami dah start melekat kat tangan. Dulu hp bersepah je sampai habis bateri, aku yang tukang kutip caskan. Mesej mesej call orang tak berjawab, aku yang tolong ingatkan, tolong balaskan. Tapi ni dah start tak boleh tinggal hp.
Jadi aku cari lagi bukti, sampailah 1 hari aku terjumpa mesej dia dengan si A, dia lupa padam dari telegram. Aku terus tanya ada apa ni? Suami kata takde apa. Aku diam dan masuk mandi sambil menangis. Dah sudah aku ambil wuduk dan solat asar masa tu.
Suami aku masuk, terus dia mengaku, dia ajak si A ni kahwin sebab kesian kat dia, kesian mesti si A ni pun teringin ada anak lah, apa lah. H4ncurnya hati aku hari tu Allah je tahu, aku tengah sarat mengandung, sepatutnya suami aku fokus pada aku, tapi dia boleh sibuk kesian kat orang lain.
Normal ke eh suami macam ni? Dan suami aku macam takde rasa bersalah buat macam tu sebab dia kata ini hak dia, dia bukan minta benda h4ram. Oklah nanti kita sambung part 2 ya sebab aku taip ni pun tak sanggup dah. Sedih.. – Isteri. (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Salam semua. Sori lambat sambung, maklumlah ada baby 4 orang ni termasuk suami sendiri, semua benda kena masuk kepala. So lepas tu suami aku cakap oklah kita tutup cerita ni sekarang, jangan sebut – sebut dah pasal kahwin.
Aku macam cool down tapi dalam kepala bermain jugak soalan, “kenapa kena tutup ” Sekarang”, bukan tutup “terus???” maknanya niat tu masih ada lagi. Betul tak? Tapi aku malas nak panjang cerita. Esoknya suami aku call si A ni depan aku, bagitau yang aku tak setuju bla3, dan kita tutup cerita ni sekarang bla3.
Si A ni menangis – nangis cakap, “kalau M (aku) tak redha, saya pun taknak bla3.” Aku be like, apesal kau nak nangis plak? Patutnya aku yang melalak pasal korang khi4nat aku macam ni. Dia pernah cakap dengan suami aku, keluarga dia cakap nak kahwin biar beradab minta izin aku dulu bla3, kalau aku tak redha, diorang pun taknak.
Nanti orang gelar dia per4mpas, peny0ndol lah ape lah. Pastu dah sudah call tu, aku tulis la mesej panjang – panjang kat dia, aku cakap sori aku selesa bekerja dengan dia macam keadaan sekarang sahaja, bos dan staff. Bukan lebih dari tu.
Si A ni pun jawab la takpe tak payah fikir apa – apa sekarang, fokus pada kandungan dan rehat – rehat. Dia kata dia yakin kalau aku dan suami takde nanti, dia boleh jaga anak – anak aku. Sekali lagi aku be like, “eh? Kau sape plak nak jaga anak – anak aku?”
Again, perkataan “tak payah fikir apa – apa sekarang” tu buat aku sekali lagi tak selesa. Sesuatu sangat kan? 2 minggu lepas tu aku pun bersalin, masa aku dalam labour room si A ni beriya nau dalam group wasap staff tanya khabar aku, katanya takleh fokus kerja sebab risaukan aku bla3.
Aku yang baca ni kan jadi macam menyampah, kau jangan nak try hard sangat tunjuk kat laki aku dan semua orang yang kau kononnya “sayang” kat aku boleh? Sebab aku lagi menyampah. Bukannya jadi terharu. Lepas tu takdir Allah baby aku kena tahan wad sebab kuning tinggi, berulang alik lah aku dan suami ke hospitaI melawat anak dalam keadaan aku berpantang, badan letih belum cukup rehat.
Sekali kantoi diorang bercall mesej belakang aku, kononnya bertanya khabar pasal anak aku lah. Aku kan macam tak boleh brain, korang berdua ni kenapa eh? Memang takde hati perut ke kat aku buat aku macam ni? Hati aku jangan cakap la punya r3muk bila tau laki kita berhubung dengan perempuan lain di masa kita sendiri perIukan laki kita.
Si perempuan pun melayan kononnya nak jadi pendengar setia, pujuk – pujuk laki orang tengah sedih. Macam tu eh? Masa pun berlalu selama aku berpantang, boleh kata hari – hari aku ni menangis, nak solat nak mengaji belum boleh, jadi doa dan zikir jelah jadi penguat aku.
Aku syukur sangat tak mer0yan. Memang pernah sekali ada rasa nak bvnvh diri sebab dah penat sangat mental, tapi aku cepat – cepat istighfar. Kesian kat anak, kita kena kuat untuk anak, anak – anak lebih perIukan kita, jangan jadi b0doh.
Nafsu makan jangan cakaplah, drop habis – habis padahal aku ni jenis suka makan. Dari berat aku lepas bersalin 80, sampai berat aku tinggal 63 je. Bukan sebab berpantang tau, tapi sebab memang takde selera. Aku p4ksa diri makan sebab kesiankan baby menyusu. Itulah penguat aku.
Oh ya masa dalam pantang tu, staff – staff kami ada datang melawat aku termasuklah si A ni. Aku macam gerammm je kan, kau dah buat aku macam ni kau boleh selamba datang buat muka tak malu. Tapi aku pikirkan staff – staff lain yang tak tahu cerita, aku buat – buat macam biasa je tapi dalam masa yang sama aku memang tak pandang muka dia, tak layan dia sangat.
Yang kelakarnya, si A ni dari awal sampai balik duduk melayan pegang main dengan semua anak – anak aku. Nak tunjuk depan laki aku lah kot yang dia ni penyayang, boleh jaga anak – anak aku. Oi sori sikit eh. Bila dah jadi macam ni, jangan harap kau boleh sentuh anak – anak aku lagi.
Dia macam takde common sense tau, tak boleh rasa ke aku ni tengah s4kit hati dengan kau? Aku pernah mesej dia tau, kenapa kau buat macam ni bla3, kenapa tak tolak eh masa laki aku lamar kau? Dia jawab kenapa kita tak boleh bahagia sama – sama, kenapa dia perlu tolak benda baik?
Dia kata dia pun kena fikir kalau suami aku ada niat nak kahwin lagi. Aku jawabkan je, oh suruh aku sabar redha, tapi kau pun tak boleh terima? Hari tu kau cakap kalau aku tak redha, kau taknak. Habis ni sekarang apa? Keb4ngangan apakah ini?
Kalau kau tolak sebab fikir benda ni akan s4kitkan hati aku, bukan ke itu 1 kebaikan jugak? So dah 6 bulan ni aku asyik la berg4duh dengan lelaki aku teruk jugak lah. Dia kata aku ni penting tapi aku tak nampak effort dia yang menunjukkan aku penting.
Aku suruh dia tinggalkan si A, tapi entahlah apa yang susah sangat entah. Kerja kat centre pun banyak terabai, projek – projek banyak tertangguh pasal kami asyik berg4duh je. Laki aku pun tak boleh nak fokus kerja. Dia kata dia dah penat dengan hal ni, jadi kenapa tak putuskan je hubungan dengan si A?
Si A ni pun padah kuat mengadu secara haluss, forw4rd screensh0t mesej – mesej aku pada suami aku, alasannya sebab suami aku yang suruh, lepas tu laki aku berg4duh dengan aku. Eloklah kan per4ngai macam ni memang per4ngai batu api.
Aku pernah mesej mak dia tanya apa perasaan dia eh kalau suami dia buat macam tu masa dia mengandung, dalam pantang, Iuka jahit beranak pun belum sembuh. Mak dia minta maaf dia tak tahu sangat cerita, anak dia cuma cakap bos dia nak ambil dia jadi isteri no.2, isteri dia dah setuju. Otak dia.
Lepas tu mak dia plak backup anak dia siap block nombor aku. Dia lupa ke awal – awal dulu dia yang pesan kat anak dia kalau aku tak redha, keluarga dia pun taknak? Aku ni lah masih ada rasa hormat kat orang tua, nak je aku jawabkan patutlah anak kau macam ni, kau pun sama je. Kau dan keluarga tunggu jelah baIasan dari Allah.
Kawan baik si A pun sama backup, padahal dia dah kahwin patut dia lagi faham perasaan aku. Katanya dia yakin benda ni atas perbincangan bersama bukan nafsu semata – mata. Aku kan macam, eh heloo? Kalau ikut akal w4ras, tak buat macam ni. Takde timbang rasa, takde hati perut.
Ni memang ikut nafsu lah sebab tu tak boleh berfikir secara w4ras. Apekebende bukan nafsu semata – mata. Apesal tak kahwinkan je laki kau dengan si A tu? Kau kan kawan baik dia. Si A ni pun rajin la hantar video tiktok kat lelaki aku, kisah madu – madu yang boleh berbaik, dia kata kenapa aku dengan dia tak boleh macam ni?
Aku nak je jawabkan, kau pergiIah tanya orang tu nak madu lagi tak? Apesal aku plak nak kena terima kau. Lepas tu selalulah hantar kat lelaki aku mendoakan semoga Allah selamatkan rumahtangga aku dan suami aku, oi kau tu punca, kalau nak rumahtangga aku selamat kau pergi la jauh – jauh. Cakap tak serupa bikin.
Depan laki aku kemain dia punya terpaling lemah, forw4rd mesej aku lepas tu cakap “minta maaf saya lemah” “Saya takde daya” “Terima kasih sebab selalu berjuaang untuk saya” Siap drama emoji sedih terpaling airmata. Nak je aku jeritkan kat telinga dia.
Oi yang patutnya laki aku perjuaangkan tu aku, isteri dia, bukan kau. Dengan aku kemain dia punya menjawab – jawab dalam mesej, hilanglah segala “lemah tak berdaya” tu. Hipokrit. Dah lah kadang – kadang malam – malam takde apa saja mesej suami orang, lepas tu berlove – love mesej. Aii panas je mata aku baca.
So cerita ni sampai sekarang belum ada ending. Last mesej si A cakap dia tunggu masa kena pecat je, dah berapa kali kena panggil kaunseling. Dia kata berkat doa aku kot. Eh fitnah je, aku ni takdelah jahat nau sampai nak doakan benda tak baik kat orang. Tapi kau kena ingat Allah tu Maha Membalas.
Aku tau mereka masih berhubung sebab hp suami aku masih berlock. Aku macam takleh nak brain kat suami – suami yang lock hp atas alasan privacy. Setiap inci badan kau pun isteri dah hafal, apa yang privacy nya? Cakap dengan aku takde contact dah perempuan tu, tapi senang je Allah nak tunjuk, anak aku umur 5 tahun kantoikan bagitahu “ayah call nombor sekian – sekian”.
Nampak tak? Isteri ni ada darjat khas jugak di sisi Allah, bukan suami je. Macam mana isteri ada d0sa dengan suami, suami pun kena tau mereka pun boleh berd0sa dengan isteri. Dan aku pernah dengar ustaz cakap doa isteri adalah antara doa yang mustajab.
Aku sampai doa, ya Allah kalau kaya buatkan aku dan suami lupa diri, aku redha rezeki aku cukup – cukup dengan keperluan. Berd0sa ke ya doa macam tu? Dan aku bukanlah nak mengh4ramkan benda yang Allah kata halal.
Kalau aku tak makan petai, adakah maksud aku petai tu h4ram? Tak kan? Bagi aku poligami ni bukan untuk semua orang, dan bukan semua isteri boleh terima. Kau boleh tunjuk, “Kenapa orang tu ok je, bini – bini dia boleh jalan sama – sama?”
Aku pun boleh tunjuk, “kenapa orang tu ok je, lagi mampu dan kaya tapi pilih untuk setia dengan bini sorang?” Lagipun ada ke orang nak tunjuk scene bini – bini dia bergaduh? Mesti la tunjuk yang indah – indah je kan supaya orang tak kecam.
Nak cakap sunnah? Monogami pun sunnah jugak, Nabi saw tak kahwin masa Siti Khadijah masih hidup. Kalau nak cakap mampu kewangan, biarlah sampai tahap isteri kau tak payah kerja dah. Jaga anak – anak, duit masuk dia boleh belanja apa – apa dengan selesa, bukannya suruh berjimat cermat, bini pulak kena cari duit sendiri.
Kebanyakan aku tengok macam tula, berbini sampai 2 – 3 tapi takde pulak bini – bini kau rehat takyah kerja. Dia pulak kena iklan itu ini buat bisnes itu ini sebab nak cari duit lebih. Sepatutnya kalau rasa dah mampu, upgradekan lagi lifestyle keluarga sedia ada.
Mewahkan diorang sebagai tanda penghargaan pada isteri dan anak – anak yang dah sama – sama bersusah payah selama ni. Pada aku, selamatkan rumahtangga sendiri tu lagi wajib dari nak selamatkan anak d4ra tua. Kalau isteri ok setuju, takde masalah.
Tapi kalau sampai rumahtangga sedia ada jadi bermasalah, masih nak teruskan niat kahwin lagi, entahlah. Dan amanah pada isteri dan anak – anak, bukan sekadar nafkah, tapi termasuk tanggungjawab tarbiah, bantu isteri jaga dan didik anak – anak.
Tanggungjawab yang tu pun belum tentu lepas di akhir4t nanti, inikan nak tambah tanggungjawab lagi. Janganlah sebab kau suami, kau gunakan kuasa veto suruh isteri taat je. Ada benda namanya ihsan, “oh isteri aku tak suka, oh nanti isteri aku sedih kalau buat macam ni” Cuba letak diri kau kat tempat dia sebelum buat apa – apa.
Ada sesetengah suami rasa kalau dia tak jadi kahwin, ego dia tercalar, isteri akan pandang kau lemah, takut isteri. Tidakk, kita isteri malah lagi bertambah hormat sebab itu maknanya suami kita betul – betul pentingkan kita, perasaan kita. Kita ni sebagai isteri takde pilihan tau selain redha, terima je.
Jadi tolonglah jadi suami yang ada belas kasihan untuk isteri yang selama ni berjuaang untuk suami dan anak – anak. Memang ada kawan suami yang nasihat, “jangan lama – lama, kahwin je cepat – cepat, ala nanti lama – lama isteri oklah tu.”
Habis tu kalau tak ok, rumahtangga orang jadi pecah beIah, kau nak bertanggungjawab? Ada jugak yang nasihat, “poligami ni kena ada persetujuan bersama, kalau tak nanti s4kit kepala je.” Korang doakan lah semoga Allah kabulkan doa aku.
Pulihkan balik hubungan aku dan suami macam dulu – dulu sebelum ada isu kahwin ni, aku sayang suami aku, dia suami yang baik sebenarnya. Cuma kali ni Allah uji, jentik kami setelah 10 tahun selesa bahagia. Semoga Allah jauhkan si A ni dari kami sekeluarga, dan temukan jodoh yang baik untuk dia selain suami aku. Aamiin.
Btw aku confess kat sini bukan sebab nak korang kutuk suami aku dan si A berjemaah. Tapi sebab aku rasa selesa takde sape tau siapa aku, siapa dia. Dan ambil lah pengajaran dari kisah aku,
1) Jangan sesekali percaya bulat – bulan kat orang termasuk suami kau.
2) Jangan buka ruang terlalu luas untuk orang luar sebab ada orang jenis ambil kesempatan atas kebaikan kita
3) Jangan biar orang lain isi kekosongan dalam hati suami, contohnya ayat – ayat manja manis, pujian – pujian, kata – kata semangat, sepatutnya benda tu kita yang selalu ucapkan, bukan orang lain.
4) Aku setuju nasihat orang suruh habiskan duit laki. Sebab bila dia rasa mampu, dia tak fikir kau dulu. Dia fikir nafsu dia dulu.
5) Korang tambahlah sendiri kat komen. Sekian terima kasih sebab sudi baca sampai habis.
Nanti kalau dah ada happy ending inshaAllah aku sambung part 3 pulak haha.. – Isteri (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.