Tengah tunggu hari nak bersalin, suami sibuk nak ikut Jemaah. Dia kata kalau s4kit call ambulans. Aku kemas baju suami, halau keluar

Malam tu aku kemas baju dia, aku minta dia keluar rumah. Kalau tak mahu ke mahkamah, tulis surat cerai pun cukup. Dia keluar, seminggu tak balik. Waktu aku kerja…

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Yana. Umur baru masuk 39 tahun tapi kalau dengar kisah hidup aku, mesti orang ingat aku dah 60. Aku bukanlah nak buka pekung di d4da, cuma aku rasa, ada benda yang patut aku kongsi. Supaya kawan – kawan yang senasib, atau hampir nak senasib, tak ulang silap yang sama.

Aku dah dua kali jadi janda. Perkahwinan pertama bertahan sembilan tahun. Masa tu muda lagi, kahwin dengan kawan sekampung. Orangnya nampak baik, kerja pun stabil, tapi rupa – rupanya tak tahan godaan. Mulanya aku memang tak perasan apa – apa. Kami dua – dua sibuk kerja. Aku cikgu, dia juruteknik.

Tapi satu hari, datang kawan dia sendiri cerita. Katanya suami aku dah lama curang. Siap ada dua tiga orang perempuan. Aku terkedu. Bila aku tanya elok – elok, dia kata aku terlalu mengongkong. Kononnya nak balik kampung pun aku tak izinkan. Padahal aku cuma minta dia beritahu awal, itu pun salah?

Dia siap cakap sebab aku garang sangat, dia jatuh cinta dengan perempuan yang lebih lembut dan manja. Aku senyum je masa dia cakap macam tu, tapi dalam hati aku rasa macam dit4mpar. Akhirnya dia failkan cerai. Katanya dia tak tahan hidup dengan aku.

Tapi masa dekat mahkamah, janji macam – macam nak bagi nafkah anak. Hakik4tnya, setahun pun tak nampak duit. Jadi aku terp4ksa jumpa tempat dia kerja, tunjuk surat mahkamah, baru bos dia p0tong gaji untuk bayar nafkah anak – anak aku.

Empat tahun lepas bercerai, aku hidup tenang. Fokus kerja, besarkan anak – anak. Tapi langit tak selamanya cerah. Satu hari masa balik dari Melaka, tayar kereta pancit tepi lebuhraya. Anak – anak tengah tidur, aku pun panik. Masa tu, muncul satu kereta berhenti belakang aku. Seorang lelaki keluar, pakai kopiah, muka tenang.

“Cik, nak saya tolong?” dia tanya. Aku was – was. Tapi sebab dia nampak ikhlas dan anak – anak aku pun dah mula merengek, aku benarkan dia tolong. Namanya Faizal. Orang kampung sebelah rupa – rupanya. Sepupu aku pun kenal dia. Dari situlah semuanya bermula.

Faizal kerja bawa van penghantaran. Katanya dia selalu ikut jemaah tabligh. Nampak macam lelaki baik – baik. Solat jemaah tak tinggal, cakap pun lembut. Beberapa bulan lepas tu, dia datang rumah dengan emaknya nak merisik. Aku teragak – agak nak terima, tapi emak aku tolong pujuk.

“Kau dah lama hidup sorang, cubalah buka hati sikit,” kata emak aku. Aku pun akhirnya bersetuju. Mula – mula okey. Tapi masuk tahun pertama, sikap dia mula berubah. Dulu rajin, sekarang asyik lesu. S4kit kepala, s4kit pinggang, tidur banyak.

Kerja pun mula culas. Bila aku tanya, katanya bos tak ada job. Tapi aku pelik, dulu seminggu sampai dua tiga trip, sekarang dua minggu sekali pun susah. Aku mula tanya kawan – kawan dia. Baru aku tahu Faizal ni sebenarnya sekolah pun tak habis. Tingkatan tiga lari dari rumah.

Katanya sebab keluarga susah sangat. Dia menumpang di surau, dari situ kenal tabligh dan ikut berdakwah. Aku tak kisah pun latar belakang dia. Tapi janganlah malas dan lepas tangan. Lepas setahun, aku mengandung. Tapi waktu tu, Faizal dah mula minta duit belanja.

Katanya lambat dapat gaji, barang dapur tak cukup. Aku hulur juga sebab fikir dia suami aku. Tapi m4kin lama m4kin menjadi – jadi. Sampai duit minyak, duit topup pun aku tanggung. Aku kerja cikgu, ada gaji tetap. Tapi tak bermakna aku kena tanggung semuanya.

Bil api, air, sewa rumah, ansuran kereta – semua aku kena bayar. Faizal m4kin selesa duduk rumah, tidur siang, keluar malam konon pergi masjid. Tapi kadang – kadang balik lewat pun bukan sebab tabligh, sebab lepak dengan g3ng dia. Waktu aku sarat nak bersalin, aku minta dia duduk rumah.

Tapi dia nak juga keluar ikut jemaah. “Kalau nak bersalin, telefon ambulans lah,” katanya selamba. Aku tak tahu nak menangis atau marah. Tapi aku diam. Sampai satu malam, aku betul – betul s4kit. Aku tak berani call ambulans sebab sebelum tu dua kali panggil tapi tak jadi bersalin. Aku malu.

Jadi malam tu aku drive sendiri pergi hospital. Anak – anak aku tinggal dengan jiran. Faizal? Tak tahu dia di mana. Masa berpantang, aku jaga diri sendiri. Emak cuma dapat datang seminggu. Selebihnya aku masak sendiri, urus anak sendiri. Faizal masih macam tu. Bila aku tegur, dia mula naik suara.

Aku jadi penat sangat. Fizikal, mental, emosi. Malam – malam aku menangis dalam bilik. Aku tanya diri aku, kenapa aku buat semua ni dekat diri sendiri? Dua orang anak aku dah boleh jaga, kenapa aku tambah satu lagi beban? Emak aku kata, suami tetap suami. Tapi aku fikir, suami yang bagaimana? Yang menumpang hidup kita? Yang hilang bila susah, tapi senang datang bila lapar?

Aku bukan wanita dulu – dulu yang duduk rumah tunggu suami balik bawa rezeki. Aku kerja, aku berdikari. Selepas dua tahun, aku nekad. Aku ajak Faizal bincang. Aku cakap aku tak boleh teruskan. Kalau dia betul – betul lelaki beriman, dia patut tahu apa itu tanggungjawab. Tapi dia marah. Tuduh aku tak bersyukur, tak redha.

Aku diam. Malam tu aku kemas baju dia, aku minta dia keluar rumah. Kalau tak mahu ke mahkamah, tulis surat cerai pun cukup. Dia keluar, seminggu tak balik. Waktu aku kerja, dia datang kemas barang dia, dan pergi. Sekarang dah masuk setahun.

Aku masih tunggu proses cerai selesai. Tapi aku tenang. Aku hidup dengan anak – anak, aku kerja macam biasa. Cukuplah sekali lagi aku jatuh. Kali ini aku pilih untuk bangun, tapi bukan dengan harapan orang lain akan sambut aku. Aku sambut diri aku sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :