Selepas 2 tahun peristiwa aku curang, aku terk3jut terbaca file dalam laptop isteri, aku rasa dia nak baIas dend4m

Pada mulanya aku syak dia ada lelaki lain, sebab selepas isteri kejadian tersebut, penampilan dia agak berlainan, sem4kin cantik. Sehingga sampai satu tahap aku sengaja ambil cuti untuk ke office, aku selongkar laci meja dia. Aku ceritakan masalah ni pada kawan aku dan dari situ baru aku sedar..

#Foto sekadar hiasan/ Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya sudi kongsi kisah aku ini. Aku ingin berkongsi kisah ini agar dijadikan pengajaran kepada lelaki di luar sana, sama ada yang belom atau pun yang sudah berkahwin.

Aku juga harap pembaca dapat memberi pandangan dan nasihat yang membina. Mungkin kisah aku ini dianggap kecil, tetapi bagi aku ia sangat merunsingkan. Aku dan isteri bercinta sejak dari zaman universiti lagi, satu fakulti tetapi berlainan kursus.

Dia cantik waktu itu, tak puas mata memandang. Selepas tamat belajar, isteri terus berkhidmat dengan jabatan kerajaan di selatan tanah air, manakala rezeki aku di ibu kota bersama syarik4t bumiputra yang kecil. Selepas empat tahun, dia naik pangkat dan aku masih ditempat kerja yang sama, struggIe dengan gaji yang tidak seberapa, tetapi tetap bersyukur sekurang – kurangnya masih ada kerja.

Setahun selepas isteri mendapat kenaikan pangkat tersebut, aku mengajak isteri bertunang. Tak sanggup biar dia tunggu lebih lama lagi. Maklumlah, dia ibarat pisang panas waktu itu, dengan lelaki bujang yang tak putvs – putvs mencuba.

Dengan lelaki berusia yang ingin jadikan dia sebagai isteri ke dua, malah ada yang sanggup berikan kereta baru untuk dia, padahal kereta isteri aku pada waktu itu bukan calang – calang juga. Mujur isteri aku bukan mata duitan.

Kalau tak, takkan dia jadi isteri aku sekarang. Selepas hampir 5 tahun berkahwin, kami dikurniakan 2 orang anak. Memang aku akui penampilan dia tidak la menarik seperti dulu, tetapi aku tidak kisah sebab waktu ini hati dia yang aku pandang.

Memang aku bersyukur dapat isteri sebaik dia. Banyak tolong aku dari segi kewangan. Apabila anak kedua kami berumur tiga tahun, aku mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan jabatan kerajaan, tetapi perlu berhijrah ke negeri lain, tetapi masih berdekatan dengan tempat isteri berkhidmat.

Waktu ini gaji aku boleh la tahan, isteri aku pula jangan cakap la, gaji dia hampir tiga kali ganda dari gaji aku sekarang. So dari segi kewangan agak senang juga la. Mungkin kerana sedikit kesenangan yang aku kecapi, aku mula menjadi seperti lelaki bujang yang tidak mempunyai iman.

Aku rasa seronok dan bebas. Aku tak pasti kenapa keseronokan yang h4ram yang aku cari. Tetapi, Allah itu maha adil, perbuatan jahat kita akan dibaIas, sama ada cepat atau lambat, samada di dunia atau di akhir4t. Untuk aku, di dunia dah dapat baIasan.

Sikit – sikit Allah bagi baIasan yang aku sendiri tak perasan pada mulanya. Di tempat kerja, aku dikelilingi manusia yang bermuka – muka dan tik4m menik4m dari belakang. MaIang bert1mpa – t1mpa apabila aku difitnah oleh ketua jabatan sendiri sehingga maru4h aku dipij4k – pij4k oleh rakan sejawat yang lain.

Lagi banyak tekanan di tempat kerja yang aku hadap, lagi banyak hiburan luar yang aku cari. Sembahyang? depan isteri sahaja aku sembahyang, itupun sebab dia sembahyang. kalau aku dapat isteri yang agamanya ke laut, dengan aku sekali dah Iemas dengan dunia.

Aku masih tak berubah walaupun banyak masalah di tempat kerja men1mpa – n1mpa, sehingga lah isteri dapat tahu kegiatan aku. Terkant0i melalui wechat. Isteri aku jarang cek tekefon aku, tapi mungkin Allah nak tunjuk pada dia.

Di sinilah aku tinggalkan segala kegiatan buruk aku. Mulanya dia kecewa, menangis, mengasingkan diri hampir sebulan. Selama sebulan itu juga la puas aku merayu. Aku pun tak tahu kenapa aku tak mampu nak lepaskan dia waktu itu.

Serius memang aku tak tahu kenapa aku tak nak ceraikan dia, padahal aku tahu dia layak dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Akhirnya, dia kata dia memaafkan aku. Kami pun hidup macam biasa. Tapi nasihat aku, jangan sesekali mencari keseronokan luar, sebab sekali sekala pasti akan teringat.

Ini fakta yang tidak boleh disangkal. Nasihat aku pada mereka yang pernah mengaIami seperti aku, banyakkan istigfar bila teringat semula benda – benda yang haram tu. Ingat Allah akan baIas perbuatan kita. Hidup kita akan ditimpa musibah yang berterusan kalau kita mengkhi4nati isteri kita yang taat dan setia.

Lagi pulak kalau dia dekat dengan Allah, kau ingat kau boleh sembunyi perbuatan jahat kau, kalau boleh sembunyi pun, Allah tetap akan baIas dengan cara lain, sama ada kau perasan atau tak je. Tapi kalau hati dah gelap macam aku dulu, memang tak perasan la.

Tunggu musibah yang kau rasa hidup kau akan h4ncur, musn4h, h1na dan gagal baru ko akan perasan. Tetapi selepas hampir dua tahun kejadian ni berlalu, dua bulan lepas aku terbuka journal isteri aku dalam laptop dia. Pada mulanya aku hanya ingin pinjam laptop dia untuk siapkan laporan audit di tempat kerja aku.

Waktu itu dia sudah tidur bersama anak – anak. Dia terlupa tutup file yang mengandungi journal  -journal dia. Aku sangat terp3ranjat bila membaca journal yang agak baru juga dia tulis. Aku ringkaskan, dia masih sedih dalam diam atas kejadian dua tahun lepas dan dia benci aku dalam diam.

Tapi masalahnya, aku tak faham definisi sedih dan benci dia. Kenapa kalau sedih, aku perhatikan dia biasa sahaja? Kenapa kalau benci dia layan aku macam biasa? Kenapa kalau benci dia teruskan juga perkahwinan kami. Aku jadi keliru dengan isteri aku selepas baca semua journal dia.

Pada mulanya aku syak dia ada lelaki lain, sebab selepas isteri kejadian tersebut, penampilan dia agak berlainan, sem4kin cantik seperti sebelum kahwin pulak. Manalah tahu dia ingin membaIas dend4m pada aku dengan cara yang sama.

Tetapi apabila aku periksa telefon, email atau sociaI media isteri, tiada pula yang mencurigakan. Sehingga sampai satu tahap aku sengaja ambil cuti untuk ke office dia secara meng3jut. Hanya untuk duduk di office dia dan teman dia buat kerja, dalam masa yang sama apabila dia ke toilet, aku selongkar laci meja dia kalau – kalau dia ada simpan telefon kedua. Tetapi tiada pula.

Begitu juga komputer biliknya, tiada yang mencurigakan. Lagi membuatkan aku termenung panjang bila pikir semula journal – journal isteri aku. Kemudian aku ceritakan pada kawan aku yang tahu kisah aku dulu. Dia ada bagi tahu, perhatikan perbezaan isteri aku bila dia berada dengan aku dan bila dia berada dengan mak ayah, adik beradik adik dia atau kawan – kawan dia.

Kawan aku kata dari situ kita tahu, dia betul – betul bahagia dan gembira bersama kita atau lebih bahagia dan gembira bersama orang lain. Dan sini lah baru aku sedar yang isteri memang berlainan bila berada di kampung dia.

Lagi – lagi kalau ada adik beradik dia sekali, mulut dia, ya Allah, tak berhenti bercakap, senyum tak berhenti, ketawa setiap masa, mata dia tu memang lain la, teringat masa kami bercinta dulu. Sejak dari tu, baru aku perasan, kalau di rumah dengan aku, tak banyak dia akan borak, mata tengok tv pastu senyum sorang – sorang.

Kalau borak pun sekejap – sekejap jer itupun pasal cerita kat tv tu, itupun aku yang tanya, kalau aku tak tanya dia memang diam je. Dia tak pernah cerita waktu dia kat office macam mana, buat apa, makan apa. Diam dia tu aku anggap biasa je sebenarnya, malah aku rasa aman je rumah, malah bersyukur sebab mempunyai seorang isteri yang tidak membebeI.

Tetapi lepas terbaca journal isteri aku dan perasan perbezaan dia bila dengan aku dan bila dengan family dia, aku pulak yang jadi runsing. Aku tak pasti apa yang aku perlu buat. Aku pernah berbincang dari hati ke hati, berterus terang sekiranya ada perkara yang tidak puas hati atau perkara – perkara yang ingin diluahkan.

Tapi isteri kata, tiada apa yang tak puas hati pun. Aku pernah bertanya kepada dia, kenapa diam je? Dengan seIamba dia jawab, tak ada apa nak cerita pun, kalau abang ada benda nak cerita, cerita je la. Terdiam terus aku masa situ.

Kalau aku beterus terang dengan dia, pasti dia akan lagi benci aku sebab curi baca journal dia. Tapi kalau aku terus diam sahaja, sampai bila aku harus runsing macam ni. Harap ada yang dapat bantu aku dengan masalah aku ni. – H4mba yang runsing dan keliru (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azax K Ingrid : Alahai.. pujuk lah lagi. Bini kau kan tu. Tunjuk sikit kesungguhan kau nak memenangi balik hati dia. Kalau nak hadap keliru kau tu, sampai kiam4t pun kau keliru jugak nanti. Ambil hati dia, bawak pergi bercuti, belikan hadiah, bunga, kek, tudung bawal ekslusif, kurma yusof taiyub, barang kemas, handbag mahal.

Haih, takkan aku nk tulis satu persatu. Kesungguhan tu yang pnting. Tapiiii….kalau dia tak nak maafkan kau, tak tahu lah nak cakap macam mana. Perempuan ni complicated. Sampai nak masuk kubvr pun dia tak akan lupa jahat kau ni.

Zubaidah Jalilah : Simple.. Itulah caranya orang perempuan nak tunjuk perasaan. Memang complex, susah nak faham, mulut cakap lain hati cakap lain. Alang – alang encik dah nampak perubahan isteri tu, sila ambil hatinya semula.

Curi hati dia macam mana encik buat masa sebelum kahwin dulu. Tunjuk yang encik betul – betul ikhlas dan jangan buat ala kadar je. Tu pun kalau encik sayangkan isteri encik la.

Amanda Panda : Alhamdullilah, tahniah sebab dah berubah. Tapi maIangnya isteri confessor sebenarnya masih tak boleh lupakan kisah yang lepas. Sepenuh kepercayaan dan hati dia dah beri ke encik, tapi encik berjaya h4ncurkan begitu je.

Dia diam dan tak gembira bukan sebab belum maafkan, tapi sebab s4kit masih berbekas, kasih dan sayang ke encik separuh hilang. Saya boleh jamin sayang dia dah tak sama macam sebelum encik kant0i buat hal. Buat lah sesuatu untuk tarik hati isteri encik balik.

Hidayah Hassan : Sebab kau pon sebagai suami, agaknya tak tunjuk betapa ko hargai dia. Luangkan masa dengan dia, senangkan hati dia, cuba bahagiakan dia. Mesti sedikit sebanyak terubat hati. Lama – lama Iuka itu akan kurang rasanya. Harap ko faham la ye. Kalau tak faham, tak boleh nak buat ape la. Huhu

Auni Aqilah Ahmad : Ambik la hati dia. Curi la hati dia balik macam mana awak curi hati dia masa zaman belajar dulu. Selepas hati dia pecah berd3rai tak semudah tu nak jadi elok seperti biasa. It takes tonsss of efforts!

Kena laa letak 500% efforts untuk menangi hati dia balik. Macam mana effort kau waktu buat benda tak baik dulu, letak la effort yang lebih banyak untuk curi hati dia. Yg paling penting, jangan buat lagi. Perempuan bila dah kecewa, patah hati dan dia tak nak lelaki tu, memang dia akan nampak lebih cantik. Hmm good luck ! May Allah ease u.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.