Terkejut bila madu namakan anaknya dengan nama arw4h anak kami dulu

ekisahdotcom warning

Aku dan suami berkahwin muda selepas SPM, di awal perkahwinan kami diuji dengan masalah kewangan hinggalah aku menyuarakan pendapat untuk suami mengambil SPM memandangkan dia hanya ada PMR dan sukar untuk dia cari kerja. Ketika itu juga kami diuji apabila kandunganku gugur, mungkin ada hikmah kerana kami belum mampu…

#Foto sekadar hiasan. Hari ini aku mendapat kekuatan bila satu – satunya yang aku hajati ditunaikan Dia. Doa yg bertahun – tahun ku pohon minta diangkat akhirnya dimakburkan olehNya. Hampir 15 tahun aku menangis, merintih dan akhirnya aku pasrah dan bila aku yakin akhirnya aku redha…

Aku menikahi dia, yakni suami ku setelah aku tamat tingkatan 5. Mungkin kalian merasakan aku terlalu muda untuk men3mpuhi gerbang perkahwinan pada usia bergitu. Waktu itu mungkin kalian sedang bergembira melalui saat – saat remaja yang bebas berterbangan umpama burung.

Aku bahagia bersuamikan seorang pemandu teksi. Suamiku baik dan bertanggung jawab. Suamiku menyayangiku sepenuh hatinya. Mencintai aku pada setiap kelebihan dan kekurangan aku. Suamiku rajin dan gigih bekerja untuk memenuhi kehendak aku dan aku bersyukur kerana aku tidak dikurniakan nafsu berkehendakkan yang meIampaui batas. Cukup la sekadar apa yang mampu.

Biasalah dalam rumah tangga, langit tidak selalunya cerah. Rumah tangga kami diuji. Suami tersayang jatuh s4kit dan aku terp4ksa membantu dia dalam mencari rezeki sendirian bagi menampung perbelanjaan keluarga walaupun pada waktu itu hanya ada aku dan dia. Maklumlah kos hidup di bandar4ya tidak seperti hidup di kampung. Walaupun aku hanya bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel mewah di bandar4ya tapi aku bangga kerana aku mampu menghulurkan sedikit daripada gajiku kepada orang tua dikampung. Sebulan lebih suamiku s4kit, tidak mampu membawa teksi akhirnya suamiku diminta supaya berhenti kerja.

“Takpalah, mungkin bukan rezeki kita.” Suamiku bersuara memujuk hati. Setelah sembuh, suamiku cuba untk bekerja semula, malangnya teksinya dahulu telah diambil oleh pekerja lain. Suamiku mula keluar mencari pekerjaan lain. Namun sia – sia. Hanya bebekalkan sijil PMR mana mungkin ada syarik4t atau majikan yang ingin menawarkan pekerjaan padanya. Tiap kali dia pulang dalam keadaan yang hampa, aku akn cuba untuk senyum walaupun pahit.

” Tak apa, cuba lg..” Setahun tanpa pekerjaan, kereta kami ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Saluran ku kepada orang tua di kampung juga kadangkala terputvs. Tapi ayah dan ibu tak pernah merungut. Mereka faham dengan situasi kami. Hanya mertua sahaja yang bising. Mereka menuduh aku cuba untuk control poket anaknya. Mungkin silap aku juga kerana tidak pernah menceritakan kepada mereka keadaan sebenar keluarga kami.

Aku tidak suka menjatuhkan air muka suami dengan mengatakan yang dia telah menganggur hampir setahun lebih. Aku juga malu jika mak dan ayah di kampung tahu yang aku menanggung keluargaku selama ini. Biarlah dia sendiri yang membuka cerita, apa yang patut aku simpan biarlah terpend4m disudut hati yang paling dalam. Pahit jerih kehidupan rumah tangga tidak elok dijaja.

Tiba tiba… aku hamil, aku tidak pasti samada itu adalah satu berita gembira atau duka dalam hidupku dikala ini. Air muka suami berubah bila aku menunjukkan UPT kepadanya. Ada senyum hambar dilirik mukanya. Aku tahu dia kecewa kerana zuriatnya tumbuh ketika kami susah. Dia usap perutku dan mencium dahiku. “Maafkan abang Karina”

Hanya sepot0ng ayat yang keluar daripada bibirnya. Aku meneruskan juga langkahku demi sesuap nasi. Dalam keadaan m4buk – m4buk kerana alahan yang teruk aku tetap bekerja. Turun naik teksi dan kadangkala terp4ksa menapak jika tiada duit yang mengcukupi untuk membayar tambang teksi. Dalam keadaan bergini aku kadang kala terp4ksa mengik4t perut dengan memakan sepot0ng roti dan sebotol mineral water. Aku tidak pernah mengeluh atau merungut kerana aku tahu dia tidak pernah berhenti berusaha, kerana kadangkala ada juga dia menghulurkan note seratus dua untuk mengisi tong beras dan lauk di dapur.

“Ada rezeki sikit, tolong kawan cuci kereta” Dia menceIah sebelum sempat aku bertanya. “Abang… Apakata kalau abg sambung belajar. Abang bukan tak pandai. Cuma desakkan keluarga abang tak dapat sambung belajar. Usia abang pun baru 25 tahun. Muda lagi…” Terkebil – kebil dia memandangku. Aku ihklas… Sampai bila nak hidup macam ni. Akhirnya dia setuju setelah hampir 6 bulan aku memujuknya. Dia mengikuti kelas malam dan waktu siang pula dia membantu kawannya mencuci kereta. Hampir 2 tahun kami tidak pulang ke kampung selain pada Hari Raya Puasa.

“susah nak cuti mak ” Alasan yang mampu ku beri. Alhamdulillah mak dan ayah faham. Mertua seperti biasa menuduh kami lupa diri. Nasib tidak menyebeIahi kami. Zuriat yang baru tumbuh akhirnya gugur jua sewaktu usia kandungan mencecah 5 bulan. Aku x pasti apa sebabnya… Mungkin Dia tahu bahawa kami suami isteri masih tidak mampu. Orang tua ku dan mertua datang menziarahi kami. Aku tahu ayah sedih melihat kekurangan kami suami isteri. Ibu tak henti – henti menangis sayu… Berbeza dengan mertuaku. Tidak sudah – sudah menyalahkan aku. Mereka kata aku sengaja tidak menjaga kandungan kerana irihati suami sambung belajar…

Ya Tuhan… untuk apa aku irihati sedangkan aku yang menyuruh dia sambung belajar. Mertua kata aku cemburu dengan pelajar – pelajar perempuan yang sebaya dengan aku, kerana itu aku sengaja gugurkan kandungan supaya suami sentiasa menempel dengan aku… Sedihnya aku… Aku sabar demi suami… Mereka juga kata aku jenis yg pentingkan diri sendiri kerana aku tidak bagitahu pada mereka anak mereka mend3rita s4kit.. Untuk apa aku bagitahu sedangkan mereka juga susah.

Mereka datang menziarahi aku pun dengan menaiki bas. Mereka orang susah. Mereka kata aku sengaja tidak bagitahu kepada mereka yang anak mereka telah sambung belajar kerana aku nak hidup senang sendirian.. Mereka menuduh aku sengaja ingin pisahkan aku dengan anak mereka.. “ haaa…kau rasa la baIasan tuhan..Tuhan ambil anak kau..” Suami hanya membisu sahaja bila ibu dan bapanya menghambur pelbagai fitnah kepadaku..

“Takpa…mungkin dia tak nak jadi anak derh4ka..” Bisik hati ku memujuk diri.. Kerana suami ku sendiri banyak mengajar supaya aku tidak lupa jasa ibu dan bapa. “Jika ada gaji lebih tak salah salurkan kepada org tua…” Aku pegang kata – katanya… Seminggu berpant4ng aku kembali bekerja. Aku bimbang jika cuti lama – lama akan dibuang kerja. Siapa nak menampung perbelanjaan keluarga dengan suami yang masih belajar. Aku serik bila melihat suamiku hilang pekerjaan gara – gara cuti s4kit yang agak lama

Kawan – kawan ditempat kerja simpati melihat keadaan aku maka disuruhnya aku berehat dan jangan banyak bergerak. Suami aku juga meIarang aku kembali bertugas sehingga aku tamat tempoh berpant4ng. Aku berkeras, jika aku tidak bekerja mana datangnya sumber wang untuk menampung belanja dapur, bil – bil dan sewa rumah. Suami terp4ksa akur kerana selama dia belajar aku yang menanggung semua perbelanjaan. Bukan aku mengungkit tetapi sekadar ingin dia tahu yang apa aku k0rbankan demi dia dan keluarga.

Nur Ain… Ya nama anakku yang pertama. Walaupun arw4h hanya sekujur tubuh kecil, namun tetap ku namakan jua sebagai tanda dia pernah wujud dalam hidup kami. Terasa amat berd0sa kerana tidak mampu menjaganya sehingga dia terkuIai di bilik air… Sayang… Maafkan umi nak.. In sha Allah kita akan bertemu di sana nanti.. Setahun berlalu…. Akhirnya suamiku tamat belajar. Sijil SPM berjaya diperolehi dengan cemerlang dan bercadang melanjutkan pelajaran ke IPT…

Memandangkan gaji dan pangkatku telah naik, aku telah membeli sebuah kereta kancil secara tunai untuk kemudahan suami berulang alik ke univesiti. Suami mengambil jurusan perniagaan memandangkan dia minat berniaga. Aku gembira dan bersyukur kerana keluarga aku mula berubah daripada duduk rumah setinggan, kami berpindah ke rumah teres yang lengkap walaupun tidak mewah. Namun rezeki untuk memperolehi cahaya mata masih lagi hambar.

Mungkin disebabkan dahulu aku tidak berpant4ng dengan betul. Sekali lagi aku dihambur dengan fitnah oleh mertuaku. Katanya aku nak jaga badan sebab dah naik pangkat. Mereka juga salahkan aku kerana tidak berpant4ng. Terlalu kejarkan duit sampai tak jaga diri waktu berpant4ng. Ya Allah aku tidak tahu bagaimana harus aku terangkan andainya aku manja kan diri ketika berpant4ng apakah anaknya kini berjaya menggenggam segulung ijazah..??

Ya 5 tahun berlalu.. Tanpa aku sedar… Suami juga berjaya mendapat kerja di sebuah syarik4t perumahan sebagai pengurus jualan. Gajinya melebihi gaji ku. Aku bersyukur kepadaMu tuhan… Hidup kami kembali seperti mula – mula kahwin dahulu. Bahagia dan tenang walaupun rindu ku pada Nur Ain sem4kin kuat. Aku berusaha untuk mendapatkan pengganti Nur Ain. Namun gagal. Memandangkan suamiku anak tunggal lelaki, mertua sem4kin mendesak supaya kami memperolehi cahaya mata secepat mungkin. Namun hampa. Segala kisah lama sering diungkit sekiranya kami pulang ke kampung.. Semua kesalahan diletak ke bahu aku walaupun suami cuba pertah4nkan aku.

“Haaa… Cepat – cepat la kau suruh Zulaikha beranak seorang lagi kalau bini kau tak nak beranak” Zulaikha..? Siapa Zulaikha..? Aku lihat wajah mertua berubah seperti rasa bersalah kerana terlepas cakap. Aku merenung suamiku yg turut terdiam kaku. Aku capai kunci kereta dengan perlahan aku melangkah. Suamiku cuba memperlahankan langkahku yang memang sudah lemah. Dia mencapai kunci kereta di tangan ku dan mengajak ku untuk berbincang.

Aku akur, aku memang teringin sangat untuk tahu dan mendengar cerita yang hampir 15 tahun dirahsiakan. Bagai batu besar terhemp4s di kepalaku bila suamiku mengaku yang dia telah pun menikahi seorang gadis di tempat kerjanya hampir 4 tahun yang lalu. Suamiku mengatakan dia kesian dan simpati kepada aku kerana didesak oleh orang tuanya untuk memperolehi zuriat sedangkan dia tahu aku telah berusaha namun rezeki tidak menyebeIahi aku. Dia penat melihat aku yang ke hulu ke hilir pant4ng dengar di mana tempat untuk berurut atau berubat asalkan dapat mengandung.

Dia lelah melihat aku munt4h – munt4h jika tidak mampu menelan segala ubat yang diberikan oleh pakar berubatan atau bidan kampung. “Abang sayangkan Karina. Kerana itu abang mengikut kehendak orang tua abg untuk menikah seorang lagi asalkan mereka tidak menyebut tentang zuriat di hadapan Karina. Cukuplah 15 tahun ini Karina tersiksa… Abang nak Karina tenang sayang..” Dia mengucup dahiku dan memeIuk aku seerat – eratnya dapat aku rasakan ada air jernih membasahi bahuku.

“Percaya la Karina cinta kasih abang kepada Zulaikha tidak sehebat cinta dan kasih abang kepada Karina..” Sambungnya lagi sambil tersedu sedan. Buat kali kedua aku melihat air matanya mengalir semenjak dia meninggaIkan aku selama dua hari kerana ada urusan di luar negeri 3 tahun yg lepas. Baru lah kini aku mengerti kenapa dia menangis waktu itu. Aku sedar selama 3 tahun dia beristeri dua dia tidak pernah meninggaIkan aku dikala aku suka dan berduka.

Tiap – tiap malam dia sentiasa ada di sisi wlaupun kadangkala dia lewat pulang bekerja. Hari – hari sejarah dalam hidupku tidak pernah dia lupa. Nafkah zahir dan batinku tidak pernah terabai kadangkala melebihi. Syukur padamu Tuhan. PeIukkannya tidak pernah dingin terhadapku malah sem4kin hari sem4kin erat tidak kira dia penat atau lelah setelah berper4ng di pejabat dengan pelbagai kerenah pelanggan dan kertas kerja. Masalah di pejabat tidak pernah dibawa pulang ke rumah dan hari – hari yg kami lalui ibarat pengantin baru.

Tidak pernah dia mengasari aku apalagi untuk meny4kiti aku. Walaupun hidup kami berubah daripada rumah sewa kini mampu membeli sebuah banglo kecil, daripada kancil kini telah bertambah dengan sebuah lagi jenama Honda namun aku hairan kenapa hati kecil ini masih terlalu ingin bertemu dengan Zulaikha. Aku sampaikan niat hati pada suami. Dengan berat dia mengizinkan. Jam 2 petang, dari jauh aku lihat Zulaikha turun daripada teksi dengan memimpin anak kecil berusia dalam linkungan 2 tahun. Comel dan manja. Anak itu berlari memeI uk suamiku sambil menjerit… “abah…”

Erat sekali ank kecil itu memeIuk dan mencium pipi suamiku bertubi – tubi. “Ya Allah…apa yang dah aku lakukan.. gayanya seperti rindu benar anak itu kepada ayahnya yakni suamiku ini..” Bisik hatiku. Zulaikha menyaIami aku. Dia tidak cantik. Kalaulah nak dibandingkan dengan aku jauh bezanya berkulit gelap dan di pipi kanannya ada sedikit kesan parut seperti terbakar. Mahasuci Allah betapa mulianya suamiku menikahi bukan kerana paras rupa, bukan kerana nafsu dan bukan kerana harta.

“ Zu ank yatim piatu kak… Tinggal dengan nenek yang dah uzur ” Aku terdiam bila Zulaikha menjawab soalanku dengan tenang. Dia hanya menyewa di apartment kecil di pinggir kotaraya. Suami ku hanya akan pulang ke rumahnya bila habis waktu pejabat dan akan segera pulang k erumahku bila tibanya waktu maghrib. Begitulah rutin harian rumahtangga suamiku bersama Zulaikha selama 3 tahun ini. Aku terdiam. Perlukah aku merasa cemburu kepada wanita ini.

Haruskah aku mengh4mbur kata – kata kesat kepadanya sedangkan hidupku terlalu sempurna berbanding dia. Betul kata orang sifat ingin tahu wanita melebihi segalanya. Aku mengikutnya pulang ke rumah dengan alasan aku ingin melawat neneknya. Setiba di pintu rumahnya air mataku menitis. Rumah yang hanya dua bilik itu kelihatan kemas walaupun agak sempit. Teringat aku pada mula – mula aku bernikah dengan suamiku. Jauh disatu sudut terbaring nenek tua yang agak uzur.

“Zu selalu minta cuti sebab nenek selalu s4kit kak. Zu tak mampu nak upah orang jaga nenek. Mula – mula abang bising sebab Zu selalu minta cuti. Bila Zu bawa abang datang jenguk sendiri nenek Zu. Hatinya menjadi simpati pada Zu kak. Kata abang, cukuplah dia tengok isteri dia berk0rban demi menjaga periuk nasi sampai abaikan kesihatan dan kehilangan anak dalam kandungan. Abang tak mahu Zu k0rbankan nenek semata – mata kerana kerjaya kak. Lalu dilamarnya Zu jadi istri kedua asalkan Zu tidak meminta hak akak iaitu tidak melahirkan lebih daripada seorang zuriat sehingga anak keduanya lahir daripada rahim akak….”

Hak aku..? Bukankah kau telah meramp4s hak aku.. Suami aku… Satu – satunya suami yang aku ada, yang aku kasihi…. Astagfirullahalazim.. apa ni… kata – kata sya1tan mana yang mula menghasut… Aku Iayu terkuIai di riba suamiku.. Dunia berpusing laju.. Semuanya gelap… “ Sayang…Maafkan abang Karina….” Aku sedar daripada pengsan, kini terbaring di katil hospitaI… “Puan.. Jangan buat kerja berat – berat yer… Tahniah puan hamil dalam 9 minggu… Jaga makan dan minum, jaga kesihatan..”

Ada riak kegembiraan diwajah suamiku dan Zulaikha… “ Nur Ain.. mari sini dekat ummi sayang.. tak lama lagi Ain nak dapat adik baru…” Zulaikha memimpin anaknya menghampiri ku… “ Ain…??” Indah sungguh perancanganmu Ya Allah… Dalam diam Kau makbulkan doaku untuk pengganti Nur Ain.. Aku mula menerima Zulaikha dengan hati terbuka… Redha dan tenang…

Komen Warganet :

Faizatulakmar Ahmad : Walaupun baca cerita ni rasa macam novel tapi tetap seronok membaca bila si suami yang dah senang tak lupakan isteri dia. Kebanyakan cerita bila isteri sama – sama susah dengan suami bila dia senang dia cari lain dan tinggalkan isteri tapi bab Zulaikha tanak komen. Too sensitif..

Lovely Luvleen : Memula baca nak marah suami tu sebab tak boleh pertahankan isteri.. habis baca rasa mereka bertiga insan yang terpilih dan berhati mulia.. moga urusan mereka di permudahkan. Ha sekarang nak fire mertua dia, dasar mertua tak guna. Ada pun menyusahkan saja bukan nak mendoakan yang baik – baik. Apa jenis hati perut lah mertua dia ni.

Muhammad Firdaus :  Andai poIigami dibuat dengan cara yang betul, pasti indah. Bukan yang seperti kita ketahui dan dengar, penuh dengan keb4bian dan kemughaIIazahan, siap kena kenan kutu b4bi lagi.

Apa kata anda?