Dalam masa seminggu kami telah check in di sebuah hotel. Hinggalah saya kantoi dengan isteri. Sebenarnya, saya memang nak kahwin dengan doktor tu lepas dia cerai dengan suami. Tapi tak sangka suami dia datang tunjuk kebenaran..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat warga alam maya. Ini sekadar luahan hati saya. Buat pertama kali dalam hidup, saya telah curang terhadap isteri saya dan saya sangat menyesal atas perbuatan saya serta bertaubat kepada Allah.
Saya juga percaya, ini adalah ujian dan cara Allah tunjukkan kepada saya jalan kembali kepadaNya. Ceritanya bermula di mana saya berkenalan dengan seorang doktor wanita di satu laman media sosiaI. Doktor wanita ini tidak lah cantik dan bentuk tubuh badan tidak lah hot dan ambil gambar semua pakai filter.
Permulaan perkenalan dimulai oleh sebab doktor wanita ini menunjukkan tanda – tanda sedang menghadapi masalah rumahtangga dengan suami nya (sekarang ini bekas suami) dan mereka ketika itu sedang dalam fasa penceraian kali ke-3.
Doktor wanita ini bekerja di sebuah fasiliti kesihatan di negeri X manakala suaminya bekerja di Negeri Y. Rumah kediaman kelamin mereka adalah di negeri Z. Saya menjadi kasihan terhadap nasib yang menimpa kepada dia, bilamana dia menceritakan banyak sekali perkara buruk dan pend3raan yang dilakukan terhadap dirinya oleh suaminya.
Dia menceritakan penceraian mereka yang pertama, ke-2 disebabkan suaminya membuat pend3raan. Dipendekkan cerita, dalam masa seminggu kami telah check in di sebuah hotel. Selepas daripada itu, berlaku beberapa siri check in lagi termasuk di rumah doktor wanita tersebut.
Akhirnya, dengan kuasa Allah, terbongkarlah hubungan sulit saya dan doktor wanita ini dengan isteri saya dan seterusnya juga bekas suami doktor wanita tersebut. Saya memang berniat untuk menghalalkan perhubungan h4ram tersebut dan memang sudah beberapa kali mengutarakan rancangan itu kepada doktor wanita itu tetapi dia tetap tidak memberi kata putus.
Punca penceraian ke-3 mereka itu bukanlah disebabkan oleh saya. Pada suatu ketika, bekas suami doktor wanita itu menghubungi saya dan meminta penjelasan. Dia juga telah memberikan maklum baIas dan cerita sebenar yang mana bertentangan dengan yang diceritakan oleh doktor wanita tersebut pada mula – mula perkenalan kami.
Bekas suami doktor wanita tersebut menunjukkan bukti – bukti penceraian mereka yang terdahulu dan yang ke-3. Saya memang terk3jut melihat semua bukti – bukti tersebut padahal sepatutnya sudah ambil maklum dan tahu bagaimana per4ngai doktor wanita itu (seminggu sudah boleh check in) tetapi menolak untuk tidak mendengar kata hati instinct pada mula – mula perkenalan.
Antara kifarah yang Allah tunjuk cash kepada saya ialah doktor wanita itu diceraikan kali pertama, ke-2 dan ke-3 adalah disebabkan doktor wanita itu terlibat dengan perhubungan sulit dengan doktor lelaki di tempat kerja lama dan baru.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Maha Kuasa, kerana telah memberikan petunjuk dan pengajaran secara langsung bahawa apa yang saya buat itu menzaIimi isteri saya dan merosakkan saya dan keluarga.
Alhamdulillah, saya bersyukur juga kerana tidak terlanjur berkahwin dengan doktor wanita tersebut. Isteri saya menyatakan kifarah kepada saya sepatutnya dapat berkahwin dengan doktor wanita itu, barulah padan penz1na berkahwin dengan penz1na.
Apa yang boleh diambil iktibar daripada kisah saya ini, jangan sesekali membuka pintu ke jalan penz1naan apatah lagi antara suami orang dan isteri orang. Saya meminta maaf atas kesilapan saya memilih jalan yang h1na itu dahulu dan saya tagih doa daripada pembaca sekalian supaya hubungan saya dengan isteri cepat kembali pulih dan isteri juga cepat pulih daripada tr4uma ini.
Saya harap suami – suami di luar sana ambillah iktibar daripada kisah saya ini, semoga cukuplah dapat memberi sedikit pun peringatan dan pengajaran jika ada niat hendak curang kepada isteri anda. Pesanan saya buat isteri – isteri di luar sana, jangan lah sesekali mencari tempat lepas kesunyian dan menceritakan masalah rumahtangga kepada orang lain khususnya berlawanan jantina kerana tidak ada persahabatan antara wanita dan lelaki.
Komen W4rganet :
Nur Syafa : En, cara En tulis ni macam En nak cakap En m4ngsa doktor tu je. Actually, dari cerita En ni, korang sama – sama salah. Sama je per4ngai En dengan doktor tu. En yang layan luahan hati dia tu dah kenapa. Baru kenal seminggu, sama – sama dah berani check in, sama – sama tak fikir hati perasaan pasangan masing – masing.
Lelaki ke perempuan ke, sama – sama kena jaga la kan batas tu. Pemegang kunci ner4ka bukan perempuan tu, tapi En sendiri sebab En bertanggungjawab atas semua perbuatan En (assuming En w4ras la).
Shima Ali : Kamu kata doktor tu tak cantik, body biasa – biasa aje. Tu pon kamu boleh check in banyak kali. Eemmm tak de taste langsung. Agaknya kamu ni pon tak kacak orangnya. Betul lah isteri kamu tu cakap, patutnya kamu kahwin ajelah dengan doktor tu, sangat sesuai ibarat isi dan kuku.
Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada isteri kamu. Tambahan lagi, jangan lah diri sendiri yang menggoda dan membuka pintu ke lembah keh1naan itu, kunci di tangan anda mengikut pengalaman saya di atas. Sekian luahan hati daripada saya. Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. – Mr S (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.