Sampai la bulan lepas suami pergi bercuti dengan isteri dia kat Sabah. Perut saya s4kit sama seperti keguguran dulu. Saya call mesej suami bertalu – talu. Tak sangka, suami marah saya sebab ganggu dia dan isteri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca. Saya dah banyak kali taip kat sini dan banyak kali juga saya padam. Sebab takut kene kecam dengan pembaca – pembaca semua. Saya tak pandai nak cerita dan saya harap pembaca – pembaca semua faham cerita saya ni.
Saya berusia 20 an. Seorang pelajar universiti dan seorang pekerja sambilan di sebuah cafe di Selangor. Mak saya dah meninggaI 5 tahun lalu. Ayah saya pula meninggaI masa saya sekolah rendah lagi. Sekarang hanya menumpang kasih dari ibu saud4ra sahaja.
Saya dah berkahwin dan usia perkahwinan saya baru mencecah 3 tahun. Saya menjadi isteri kedua. Berkahwin di seberang. Saya kenal suami saya di cafe tempat saya berkerja 4 tahun lalu. Di awal perkenalan saya, Demi Allah saya tak tahu dia suami orang.
Dia memang ada friend di facebook dan instagram saya, tapi tak ada satu pun gambar isteri dan anak dia. Seandainya saya tahu mungkin saya tak kan berada dia situasi maIang sekarang. Dia yang mulakan perkenalan kami.
Dia yang minta nombor telefon saya. Dari berbaIas whatsapp dia ajak saya keluar lepas habis waktu kerja. Saya terima pelawaan dia. Dan dari situ la bermula semuanya. Saya terlanjur dengan dia. Terhanyut dengan ayat manis dia.
Sampai la saya disahkan mengandung. Saya minta dia bertanggungjawb. Ye dia bertanggungjawab. Tapi dia ajak saya berkahwin di seberang sana. Saya tanya dia kenapa dan baru dia bagitahu dia dah ada isteri dan seorang anak.
Masa tu baru saya sedar saya ni seorang perempuan paling b0doh kat dunia ni. Nak tak nak saya kene juga kahwin demi anak dalam kandungan saya. Saya akur permintaan dia. Sampai saya abaikan wali di kampung. Selepas siap semua proses kahwin kat sana dan daftar kahwin kat sini baru saya balik kampung jumpa makcik pakcik saya.
Mereka memang kecewa dengan saya tapi nasib saya baik mereka masih terima saya. Dan wife suami saya tahu hal kami. Wife dia tak ada ser4ng saya. Kami hanya berkawan di facebook. Kadang – kadang berbaIas komen.
Giliran suami saya pula saya minta 4 hari kat sana 3 hari untuk saya. Saya tak pernah minta untuk dia adil dengan saya. Apa yang dia bagi kat wife dia, tak perlu dia bagi kat saya. Cukup 3 hari dia balik jumpa saya dan bagi nafkah secukupnya saja pada saya, sebab saya sedar, saya cuma yang kedua. Suami ikut kan saja.
Suami saya sewakan saya apartment. Walaupun di beIah sana, rumah banglo mewah. Itupun dah cukup bagi saya. Dia cakap senang dia nak jumpa saya nanti. Tak perlu sewa hotel lagi. Tapi yang indah tu tak kekal lama. Mungkin ini karma untuk saya.
Kandungan saya gugur selepas 3 bulan saya jadi isteri dia. Dia tenang je bila dapat tahu saya keguguran. Tapi saya sebaliknya. Saya jadi kemurungan sekejap. Selepas saya keguguran tu, suami saya m4kin hari m4kin berubah.
Kadang – kadang ada je yang tak kene di mata dia. Salah saya sikit je, terus dia marah, m4ki – m4ki saya. Saya cuba ajak dia slow talk. Saya tanya, saya ada buat salah ke? Tapi dia mengelak. Dia cakap saya yang terlalu overthinking, saya punya per4ngai macam budak – budaj.
Dia suka bandingkan saya dengan wife dia. Saya minta maaf walaupun kadang – kadang bukan salah saya. Sampai la bulan lepas dia pergi bercuti dengan isteri dia kat Sabah. Dan masa tu saya tak sedar yang saya mengandung lagi.
Saya sedar selepas saya rasa perut saya s4kit yang macam ada paku menyucuk – nyucuk, sama seperti saya keguguran dulu. Saya call dia banyak kali tapi tak berjawab. Bila dia call semula saya, dia cakap “tolong jangan ganggu dia dengan family dia”.
Ayat tu saya ingat sampai sekarang. Saya order grab pergi kIinik sendiri. Semua saya buat sendiri. Saya tak bagitahu dia yang saya keguguran lagi. Dari situ saya mula sedar, dia tak pernah sayangkan saya. Mungkin dia berkahwin dengan saya atas dasar untuk bertanggungjawab je dulu. Mungkin sebab tu dia berubah sikap dengan saya.
Macam biasa selepas habis dia bercuti dengan wife dia, dia akan balik rumah saya. Mungkin dulu saya akan gembira sambut dia balik, tapi kalini tak. Saya hanya sambut dengan senyuman taw4r. Saya tak ada niat nak kurang ajar tapi ayat dia cukup buat saya terIuka.
Saya layan dia macam biasa. Tapi tak ada lagi cerita panjang saya. Dia ajak saya sembang saya, tapi apa yang dia cerita saya tak mencelah pun. Hanya jadi patung mendengar je setiap cerita dia. Tapi dari mana datang nya semangat saya, saya minta dia lepaskan saya.
Saya cakap saya dah tak nak jadi penggangu keluarga orang. Saya cakap saya tak kan tuntut apa – apa dari dia walau satu sen. Saya nak fokus dengan pelajaran saya. Saya minta dia lepas kan saya cara baik. Dia terk3jut. Dia tanya dah habis fikir ke, saya jawab ye.
Dia suruh saya fikir semula. Saya jawab keputusan saya muktamad. Dia minta untuk dia fix kan semula. Dia minta maaf kalau dia tak mampu nak jadi adil. Saya hanya mampu tersenyum je. Dan keputusan saya tetap muktamad. Sampai sekarang dia masih cuba pujuk saya lagi. Dia tak salah. Saya yang salah. Salah pilih tempat untuk menumpang kasih. – MEDINA (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Syafika Sazwani : 2 kali awak keguguran, mungkin petunjuk dari Allah untuk awak lep4skan ik4tan awak dengan dia tanpa ada sebab kukuh lagi (anak). Pada saya, dari cerita awak, dia memang tak sayangkan awak pun. Awalnya dia hanya suka – suka sampai makan luar dan amik kesempatan kat awak yang masih kebudakan lagi waktu tu.
Dan lepas awak gugur kali pertama, dia macam lega dan cuba cari masalah dengan awak untuk awk mintak cerai sendiri. Nampak tak permainan dia? Semoga dipermudahkan urusan dan teruskanlah niat tu sis. Fokus pada pelajaran dan jaga diri baik – baik lepasni. InsyaAllah jodoh yang baik menanti awak akan datang.
Nur Cahya : Tahniah kerana menjadi bijak setelah diri dipij4k. Adik bukan seperti sebahagian wanita yang rela jatuh ke lubang sama berkali – kali. Bangkitlah, kekal menjadi kuat, tidak mengalah dengan pujukan dan jaga maruah diri. Jangan tinggal solat dan berdoa sentiasa. Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik buat adik. Hugs..
Miera Wahab : Virtual hugs for you, sis. Saya doakan urusan awak dipermudahkan dan dikabulkan segala hajat untuk kebaikan awak. Moga awak dapat bertemu dengan lelaki yang lebih baik lepas ni. Jaga diri dan jaga maruah dengan lebih baik jika ditakdirkan menjadi janda. Hidup seorang wanita bukanlah terus h4ncur tanpa cinta seorang lelaki.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.