Sebelum kahwin, isteri menangis – nangis, sanggup derh4ka dengan emak bapak sebab nak juga kahwin dengan aku. Sekarang ni asyik cakap nak bercerai. Rupanya kantoi bercinta dengan suami orang. Puncanya, aku belikan laptop..
#Foto sekadar hiasan. Selamat malam. Nak mintak pandangan kawan – kawan, bini asyik nak cerai.Dia langsung tak boleh taat walaupun suruh keluar pakai tudung elok – elok. Kelmarin nak pergi makan tengahari, dia dah tau dah aku tak bagi pakai tudung singkat – singkat, macam – macam dalih.
Dulu tudung labuh, sekarang hidup m4kin senang, m4kin jarang, singkat plak tudung tu. Kiranya aku kahwin sebab terpedaya dengan tudung labuh dia, nak kata cantik sangat tu, biasa je la. Sebelum kahwin menangis – nangis dia, sanggup derh4ka dengan emak bapak sebab nak juga kahwin dengan aku.
Sekarang ni asyik cakap nak bercerai. Paling aku s4kit hati, anak aku yang berumur 5 tahun, asyik tanya, cakap cerai – cerai. Pelat lagi tu, mana dia tahu? Kalau nak cerai sangat tak ada masalah, aku lagi suka. Biar m4ti derh4ka takkan aku ampun tapi anak kami dah 3 orang.
Dalam duk anak 3 tula dia menggatal dengan laki orang. Laki orang tu dari sebelum kahwin aku tak bagi kawan, itu syarat kalau dia nak kahwin dengan aku. Kemain bersumpah dia tak akan kawan sampai m4ti. Dulu aku tak bagi berfacebook tapi dia meIawan, katanya takde nak kawan dengan lelaki tu.
Aku hadiahkan laptop, kalau aku balik kerja, dia duk mengadap tu je tengok drama konon. Sampai laptop dia, aku usik pun kemain marah bukan kepalang. Ada sekali aku sentuh HP dia, lagi meng4muk. Itu pun aku usik, anak nak main game kat HP dia.
Ye aku bertahan sampai anak tiga, bukan sebab kasih sayang tapi kerana aku percaya dia pandai selindung simpan tembelang. Bila aku percaya, sampai naik lemak. Pergi mana – mana rahsia dari aku, tak minta izin. Sepanjang perkahwinan, setiap masa aku je yang minta maaf, perempuan ni ego nak minta maaf.
Sanggup cerita hal keluarga kat kekasih dia, laki orang tu. Baru – baru ni jer tembelang pecah, dia sebut tak tahan dah hidup dengan aku kerana terp4ksa taat tak boleh buat rutin derh4ka dah. Adik beradik dia pun pert4hankan dia sampai megah, dia kebal derh4ka, kebal d0sa. Buat d0sa takpe, nanti ada modal boleh taubat.
Aibkan, jaja cerita kata aku giIa, fitnah aku tak pernah bagi duit nafkah. Padahal advance aku bagi hujung bulan aku bagi sampaikan bila anak – anak minta anak beli mainan ke apa, aku takde duit. Anak – anak aku sendiri marah kat aku sebab bagi semua duit kat emak dorang, takda duit langsung beli mainan.
Semua duit aku bagi kat dia tapi yang dia jaja kata aku tak pernah bagi. Aku sumpah biar merebak membiak b4rah dalam badan dia selagi tak minta ampun bersihkan nama aku. Sebelum ni aku s4kit, dah la dia subahat dengan mentua, jampi tabur garam tepung.
Biar aku langkah masa keluar rumah. Kata aku kena buatan orang padahal mereka yang tabur jampi. Semua orang salahkan aku dengan tak tahu hujung pangkal. Dia kata aku meroyan. Ye, sekarang memang aku betul – betul meroyan sampai aku luahkan dekat sini.
Isteri aku sembahyang tak tinggal tapi dalam masa yang sama derh4ka. Adik beradik kata aku tak ada hak nak ajar isteri aku, sekarang bukan zaman nabi – nabi kata mereka. Abang dia pun tahu tapi boleh dia sound aku kata, “dah bini kau tak taat setia, ingkar cakap kau, buat ape ko simpan lagi? Ceraikan saja! Nak orang panggil kau dayus!?”
Tolong, aku buntu nih. nak cerai takde hal tapi anak – anak aku terlalu rapat dengan aku. Apa – apa hal ayah, sikit – sikit ayah. Kalau dorang mengendeng dekat mak, asyik kena marah. Nak apa semua tak dapat. Cuma kebelakangan ni je aku tak boleh control marah, tengking – tengking sebab aku str3ss dengan per4ngai bini yang sengaja pr0voke aku.
Itulah yang dijadikan modal bini yang derh4ka ni. Dia hasutlah cakap, ayah jahat la bagai. Kalau kata, kena plak cerai lepas nih, ayah akan jadi sy4itan ibIis la modal di mata mereka, ayah tak bertanggungjawab, tinggal anak bini. Aku dah boleh agak apa akan jadi kalau kami bercerai.
Aku tak dapat bayangkan anak – anak dalam rumah takde emak atau dalam rumah, balik sekolah takde ayah. Bila ada program sekolah ke apa ke memerIukan ayah, ayah takde atau memerIukan emak, emak takde. Bila ditanya, jawab mak dan ayah dah bercerai.
Senang cakap bagi orang tak pernah lalui macamana rasanya hidup takde mak ayah yang normal kerana hakik4tnya mak ayah aku berpisah dari semenjak aku kecik lagi. Mak aku suruh sabar jangan terburu – buru ambil masa bertenang dalam 2 minggu untuk hilangkan marah dan d3ndam dalam hati.
Fokus masa dengan anak – anak, jangan tinggalkan benci dan d3ndam, nanti dah besar pandai reti la diorang menilai. Macam aku cakap, aku takde hal kalau nak bercerai, cuma aku dah ada 3 orang anak. Bantu aku, korang boleh je komen kecam – kecam supaya aku sedar.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.