Memang sebelum kahwin aku tengok Ara ni pendiam dan jarang bercakap dengan lelaki. Itu yang buat aku suka. Tapi lepas kahwin dia memang pendiam sangat. Sepatah tanya, sepatah jawab. Bayangkan selama 4 tahun kami kahwin aku jadi bosan. Aku habiskan masa lepak kat luar dengan perempuan lain yang boleh gelak – gelak dengan aku. Sehinggalah satu hari Ara jatuh s4kit dan aku sangat terk3jut bila dapat tahu s4kit Ara yang sebenar..
#Foto sekadar hiasan. Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat – sangat. Tapi dia tak seperti yang aku harapkan masa kami belum berkahwin dulu. Masa belum kawin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang giIa cakap dengan laki.
Member – member memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu, segan. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so tak ada la cemburu sangat sebab dia jarang borak – borak dengan laki.
Cantik? Memang la, kalau tak aku comfirm tak sangkut punya. Haha. Cantik pada mata aku la. Member – member pon ade yang cuba usha. Sori la dia nak layan. Memang market. Last – last aku yang dapat, memang rasa bangga giIa.
Eh, dok ngumpat je pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggiIan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Aku tengok cara yang elok, pergi jumpa bapak dia dulu. gentIemen! Slow talk dengan bapak dia. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw – kaw la, sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Aku cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia?
Aku cakap sebab minat. Minat sebab apa? Aku cakap tak tau.. Habis kalau tak dapat anak dia? Aku cakap nak jugak! Bapak dia s0und la, “ko ni, macam mana ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal? Aku jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik, pastu sengih – sengih, pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down giIa. Bapak dia macam tolak mentah – mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Masa tu aku dah terpikir nak cari calon lain je. Aku memang ada lagi sorang yang aku suka. Haa yang ni aku memang kamceng giIer. Yang ni pulak nama dia Ika. Aku memang serasiIah dengan minah ni. Tapi last – last orang lain gak yang aku pinang.
Hari keputvsan proposal aku akhirnya tiba. Keputvsannya tak seperti yang aku jangka. Aku ingat kena reject, rupanya family diorang terima. Warghh happy giIer. Alhamdulillah. So, memang sah la tak ade jod0h aku dengan Ika. Masa aku bgtau Ika aku nak kawin, dia terima je. Kejam giIe aku. Dia kata semoga aku bahagia, lepas tu kami dah tak jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku, Tuhan je tau. Dekat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang. Ara taklah ‘bisu’ sangat.
Kadang – kadang dia bersuara gak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur.. Macam tak supportive sangat. Last – last aku dah malas nak borak. Oh boringnya.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja, sengih. Macam yang aku buat dekat bapak dia dulu.
Nak jadik lagi tension, aku ni jenis perok0k sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak memang macam f0bia giIa dengan asap rok0k. Bau nafas aku yang bersisa rok0k pon, dia mesti batok. Tak bau rok0k pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu..
Sebab sayang bini, mak1n lama mak1n kurang aku merok0k, kalau gian sangat pon aku merok0k time kat ofis je. Bini aku keje hospitaI, bahagian ubat – ubatan. Aku lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari – hari aku yang hantar, ambik dia pergi spitaI. Masa ambik dia balik, memang hari – harilah baju dia ubat dalam kereta. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sket.
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh bukak tingkap kereta, aku dah memang pening – pening lalat dah sebab bau ubat. Dengan penglihatan yang kabur lagi, kami kemaIangan! Langg4r bont0t kete orang depan. Kat hospitaI, doktor kata bini aku keguguran akibat kemaIangan tu. Hah?? Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti kerja . Duduk rumah je. Aku dah k0rbankan rok0k aku, so dia kena k0rbankan kerja dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup sara idup kami! Dekat setahun kami kahwin, Ika tiba – tiba datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup.
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang tak kamceng mana dengan bini aku sekarang.. And banyak benda yang kami tak ada persamaan.
Ara memang tak banyak bercakap. Kalau aku cuba buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul, tak pandai nak borak. Kalau jumpa member – member aku lagi la dia sunyi sepi. Dah la hari – hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu kan?
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing – masing. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat – ubat kat baju – baju Ara dulu, cuba berhenti merok0k waktu awal – awal kahwin dulu.. Ara plak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda – benda lain (jarang la menjadi). Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku tak boleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terp4ksa terima hak1kat tu. Itu memang last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besar, dekat 4 tahun la. tapi dah pandai mengaji sikit – sikit. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab – bab agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok – elok ngaji al-Quran.. Alhamdulillah, semoga esok – esok dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la pelaburan yang sangat – sangat menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Mak1n hari aku mak1n bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang – panjang. Aku pulak suka keluar lepak dengan kawan – kawan. Mak1n lama mak1n jarang aku duduk rumah.
Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi – pagi aku dah kena pergi kerja.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang selalu aku ajak kluar malam, teman aku borak – borak, kadang – kadang sampai pagi!
Aku sedar aku seolah – olah mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kahwin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang – kadang g4doh, kadang dia menc4rut siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku memang terhibur bila bersama ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok – elok, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu.
Aku pelik, apa kaitan?? Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari – hari kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambik air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!
So aku tunda dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kut sikit – sikit, tapi masa bencinta pon asyik Iawan ape aku cakap. So sad!
Ketika perkahwinan aku dengan Ara mencecah 4 tahun, rumahtangga kami ditimpa dug4an yang maha besar. Ara mula j4tuh s4kit, batuk dia mak1n teruk, akhirnya masuk hospitaI. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap peny4kit bar4h tekak.
Ya Allah!! Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena bar4h tu, peny4kit yang akan buat dia selalu batuk, dan terp4ksa menahan s4kit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusvk dengan anak panah yang tumpuI bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, peny4kit tu mak1n lama mak1n teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara j4tuh s4kit. Jantung dia sekarang mak1n r0sak akibat bar4h tu.
Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai peIincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa s4kit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara tak boleh selalu minum ubat tu sebab harga dia sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami tak penah bert1kam lidah, tak pernah g4duh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi aku tak sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain.. Dia pula sanggup tanggung d3rita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak penah luahkan d3rita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas – puas, walaupun doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni. Dia dah bagi aku macam-macam, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak penah Iawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat – ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan abang Ara.. Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan – kenangan kami..
Aku beIek – beIek, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terk3jut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula – mula ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
Buat suami yang baru ku punya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu – tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru ku punya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.
Buat suamiku yang baru ku punya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis di bahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meIeburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap di hati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berder4i lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu pend3ritaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala – galanya dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari – hari memang kerja ulang alik hospitaI. Masuk ofis pon kejap – kejap. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giIer. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia meIancong. Aku nak temani dia puas – puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa – sisa hayat dia. Biar dia terlupa akan d3rita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia s4kit kami hanya berbaIas tulisan kat kertas dan kertas – kertas tu aku kan simpan sampai bila – bila.
Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. Ya Allah hari – hari itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah mak1n lemah. Aku dah tak mampu tengok dia d3rita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengs4raannya, biar kurang kesengs4raannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kem4tian yang dapat mem4tikan sengs4ra isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin di telinganya berulang – ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeIuk – meIuk ibunya.. Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila ku lihat dia pergi dengan tenang.
Sempat ku ajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir.. Kini, hampir 5 tahun perkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian – helaian tulisan terakhir Ara..
Komen Warganet :
Kardina Kamaruddin : Masa keluar nama ika pastu keluar nama lisa.. Aku dah nak mula geram dah.. Nasib baik rajin membaca.. moga penulis tabah menghadapi dug4an ini dan moga arw4h ditempatkan di dalam syurga yang terindah
Rimuru Tempe ST : Adik cuba tahan air mata, namun tak kuat.. tumpah juga air mata ni.. walaupun hanya di saat – saat terakhir baru kau sedar, itu dah cukup baik. Sekurangnya isteri kau pergi dengan kebahagiaan yang dia damba dari seorang suami..
Yang tak baca sebab panjang tu, korang rugi beb. Ada banyak pengajaran korang boleh dapat tapi tu la, orang malas memang rugi. Penulisan dia cantik, bila baca senang faham dan boleh feel. Aku syorkan korang baca..
Myishabella Umor : Bagus penulisan, mula – mula masa muda dia tulis macam perbualan remaja, bila dah akhir – akhir penulisan agak mat4ng. Cerita macam novel, peng0lahan yang baik.
Mia Zul : Menangis akak baca kisah ni. Aduhai, mudah t0uching betul. Kisah benar ke ni? Al-fatihah wat Ara.. Be strong sang suami tu.
Rosiah Kasim : Selalunye kebenaran itu datang terlewat namun Allah masih bagi peluang untuk menghargai saat – saat akhir yang berbaki. Semoga roh isterinya berada dalam golongan orang – orang yang solehah..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.