Teruk makcik kena dengan pakcik sampai buta mata sebeIah. “Agaknya sampai m4ti pun mak lang tak rasa bahagia.”

Sepupu aku janji nak tolong larikan mak dia dari terus jadi m4ngsa. Makcik bungkus beg baju semua gembira nak keluar dari neraka dunia. Konon nak lari pukuI 2 pagi, sampai pukuI 6 pagi, anak dia call nangis – nangis, tak nak derh4ka dekat ayah dia…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, aku ni mak aku baru telefon tadi, menangis – nangis cerita pasal makcik aku kena d3ra dengan suami dia. Aku nak tolong makcik aku tapi aku tak tau cara. Aku dah cuba google tapi tak dapat penjelasan yang aku cari, jadi aku ambil keputvsan untuk buat luahan dekat sini, mana la tau ada confessor yang boleh bagi jalan untuk aku tolong makcik aku.

PENGENALAN. Mak cik aku umur awal 50 an, orang kampung, tak berpendidikan dan tak pernah bekerja. Banyak s4kit kr0nik dan dah buta sebeIah mata. Suami makcik aku umur lewat 50-an, tak berpendidikan juga tapi berkemahiran tinggi sebagai ahli perniagaan. Duit berkepuk la orang kata.

Masih fit dan tak nampak macam umur 50 lebih. Beza dengan makcik aku yang banyak peny4kit. Diorang ada 4 orang anak, semua dah bekerja kecuali yang bongsu masih sekolah.

ISU. Pak cik aku seorang yang panas baran dengan makcik aku tapi amat lemah lembut dengan anak – anak dan orang luar. Dari muda pakcik aku tuduh makcik aku perempuan jahat, kaki z1na dan banyak jantan. Yang ni aku dengar sendiri sebab ada sekali aku termasuk bilik diorang waktu diorang balik kampung.

Aku sekolah rendah lagi waktu tu tapi aku memang ingat benda tu sebab aku terk3jut pakcik aku yang soft spoken tu naik tangan dekat makcik aku dan hempas ke almari. Dipendekkan cerita, ke umur lewat 40-an diorang, pakcik aku mulakan giIakan perempuan siam. Janda anak 1.

Mula dari kemunculan perempuan tu, pakcik aku m4kin teruk layan makcik aku secara mentaI dan menyebabkan makcik aku tak tahan sangat dan bagitau mak aku pasal benda ni. Mak aku cerita kat aku dan bagitau yang dia tak berapa nak percaya apa yang makcik aku cakap sebab pakcik aku kan nampak macam malaik4t.

Lepas tu anak – anak makcik aku pun masuk beIah ayah diorang. Tiap kali pakcik aku m4ki dan mencarut dekat makcik aku, anak – anak dia akan cakap “mak la tu saja pr0vok ayah”. Kemuncaknya bila dia kant0i berciuum dengan perempuan siam tu dalam kereta dan anak dia bukak pintu kereta sebab ingatkan nak surpr1se ayahnya.

Sejak tu anak – anak diorang pun mula tak cakap dengan pakcik aku. Tapi diorang masih tak pertahankan atau lindung mak diorang waktu kena m4ki. Pak cik aku dah tak pukuI fizikaI sekarang, tak tau kenapa. Tapi m4kian dia, segala jenis kata carutan keluar.

Dia cakap makcik aku betina murah, bawak jantan masuk rumah, mak bapak tak reti ajar dan macam – macam la.. Sampai aku yang dengar ni pun rasa macam nak pergi balun je kepala orang tua tu sebab h1na arw4h nenek aku.

Lepas tu dia akan tengking dan ugvt untuk buat yang bukan – bukan. Kadang – kadang kalau lauk tak kena selera, dia tonyoh muka makcik aku dalam pinggan makan pastu dia Iudah muka makcik aku (aku dah double confirm cerita ni dengan 2 orang sepupu aku).

Mak cik aku dapat severe hypertension dan minor str0ke pun sebab per4ngai pakcik aku ni la yang tiba – tiba jerit jerit ugvt nak sep4k dia bagai. Punca yang boleh tr1gger pakcik aku? Tak ada sapa tau, selalu dia balik rumah terus meng4muk – ng4muk tuduh makcik aku berz1na dengan jantan.

Mak cik aku tu tak boleh bawak motor, tak boleh drive. Memang 24 jam dia dalam rumah tu. Tak kan la dia nak bawak masuk jantan dalam rumah tu dengan anak – anak ada ja kat dalam. Jadi kitorang syak perempun siam tu yang hasut pakcik aku atau pakcik aku tu memang giIa.

MASALAH. Situasi sekarang ialah makcik aku diagnosed dengan severe depr3ssion dan hypertensive em3rgency yang sebabkan dia buta sebeIah mata. Ayat dia yang buat aku menitik air mata ialah, “Agaknya sampai m4ti pun mak lang tak rasa bahagia dalam hidup ni”.

Ini memang aku nangis lah bila dengar. Mak cik aku nak bercerai dengan pakcik aku. Dia dah pernah pergi ke pejabat agama, tapi pejabat agama cakap tak boleh buat apa, cuma boleh bagi kaunseling sahaja dulu. Kalau nak terus fasakh, kena bawa saksi yang diyakini.

Mak cik aku pergi jumpa imam belakang rumah diorang, minta jadi saksi sebab imam tu dan keluarga dia memang tiap – tiap hari boleh dengar pakcik aku m4ki hamun. Tapi imam tu cakap dia tak nak tumpang d0sa mer0bohkan masjid.

Mak cik aku proceed kaunseling, dalam bilik kaunseling pakcik aku menangis – nangis mengaku tak pernah mengasari makcik aku dan tuduh makcik aku ada jantan lain. Balik dari kaunseling 1, pakcik aku ugvt makcik dengan pis4u pula, cakap kalau berani pergi la kaunseling sesi 2. Akhirnya benda tu dilupakan macam tu ja.

Pernah sekali makcik aku kol 999 waktu pakcik aku meng4muk rosakkan barang – barang dalam rumah. Polis datang, pakcik aku play v1ctim dan polis nasihatkan makcik aku untuk tak buka report sebab, “masalah dalam kelambu tak payahlah nak cerita semua”.

Aku bagi penyelesaian untuk sepupu aku record waktu ayah diorang meng4muk tu supaya ada bukti untuk bawa ke mahkamah bagi fasakh atau hakam. Tapi tak tau macam mana, kant0i dengan pakcik aku. Dia hempuk telefon tu dan sepupu aku pun kena la dengan ayah dia. Sepupu aku lari ke rumah abang dia di kl.

Sekarang ni, semua anak – anak tak berani masuk campur untuk selamatkan mak diorang. Diorang semua memang macam makcik aku, naif dan lemah lembut. Ada sekali si abang yang di kl tu janji nak tolong larikan makcik aku, so makcik aku pun bungkus beg baju semua gembira nak keluar dari ner4ka dunia.

Plan diorang nak lari pukuI 2 pagi. Makcik aku tunggu dan tunggu anak “jantan” dia. PukuI 6 si abang call menangis – nangis minta maaf sebab dia tak nak derh4ka dekat ayah diorang. Aku nak larikan makcik aku, makcik makcik aku yang lain pun setuju dan nak kongsi kos. Tapi ini terlampau berisiko.

Satu aku perempuan bujang, kalau pakcik aku tau kat mana makcik aku, habislah aku. Kedua, kalau pakcik aku failkan tuduhan nusyuz dan aku pun terbabit sama sebab larikan bini orang. Aku penjawat awam, kalau naik kes mahkamah tak larat juga nak menjawab.

TOLONG AKU. Jadi apa patut aku buat untuk membolehkan makcik aku bercerai dengan pakcik aku. Aku taknak nyawa makcik aku melayang dekat tangan suami tak guna dia tu. Dalam keadaan semua orang termasuk aku tahu akan penyiksaan tersebut tapi tak buat apa – apa.

Kalau boleh, aku nak cara yang makcik aku boleh terus keluar dari rumah tu. Sebab kalau nak ulang balik kaunseling tu semua, memang makcik aku terlalu tr4uma. Atuk nenek aku dah arw4h, kalau diorang masih hidup, Allah, aku tak taulah, mesti h4ncur hati diorang tengok anak perempuan bongsu diorang dilayan lagi h1na dari binatang. Disiksa sampai buta. Terima kasih untuk pertolongan anda semua.. – UselessNiece (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fauziah Zainal Abidin : Bawa lari terus pergi rumah perlindungan. Contact Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lepas tu boleh mengadu di mahkamah syariah berserta bukti – bukti talipon, repot polis yang ada. Semua orang tahu makcik kamu mend3rita did3ra tapi tak ada siapa yang berani menolongnya.

Apa – apa jadi pada dia orang keliling dialah yang kena jawab kelak. Jadi isteri yang taat bukan sampai kena banting pun kena terima dan sabar dan redha. Anak – anaknya pun tu tr4uma sebenarnya.. tapi dia orang hanya nak selamatkan diri mereka sendiri.

Norkiah Mohd Tahrin : Pergi hospitaI bila kene pukuI, minta medical report. Diagnosis s4kit mentaI tu pun boleh digunapakai. Pasang hidden camera beli di shopee. Report polis keg4nasan rumah tangga mention berlaku sejak bila – bila.

Pergi biro guaman negara, mintak nasihat untuk fasakh. Ada ngo – ngo boleh bantu juga seperti talian Nur. Semoga makcik dapat keluar daripada perkahwinan yang zaIim ni.

Nur Hafizah Bulia : Bagus tindakan TT dan juga segala perkongsian dari beliau. Semoga ia dapat membantu mana – mana insan yang berada dalam situasi yang sama. Segala step beliau dah share. Tinggal lagi pilihan di tangan kita. Rela jadi pvnching bag atau tidak. Mak bapak kita lahirkan kita dunia penuh kasih sayang. Kenapa rela di perlakukan sebagai sampah???

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.