Tiada seorang pun keluarga sudi pijak lantai rumah kami, kerana kami miskin h1na. Rumah takde lektrik, takde air sebab makcik

Semua yang mengh1na dulu perlahan – lahan terima kifarah sendiri. Aku lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka satu – persatu dilanda masalah. Ada yang anak mengandung luar nikah, bukan sekali, dua kali pula. Ada pen4gih, main sih1r..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Nama aku Teja, bukan nama sebenar. Di sini aku ingin berkongsi beberapa cebisan hidup buat sempadan dan teladan masyarakat di luar sana. Aku anak sulung, seorang perempuan dan ada empat orang adik di bawahku.

Aku dan keluarga bukan orang senang dan kami dibesarkan dalam keadaan serba susah, pernah tak ada elektrik dan tak ada air kerana ibu saud4ra sendiri yang buat hal maka aku belajar untuk PMR menggunakan pelita.

Esoknya aku turun ke sekolah dengan jelaga hitam di hidup dan muka, asbab belajar guna pelita. Ya, jangan tak percaya zaman itu masih ada yang belajar guna pelita. Akulah itu, hehe. Setiap malam aku merintih dalam solat mendoakan semoga mereka yang menganiayai kami sekeluarga mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan,

Seikhlas-ikhlasnya aku meluah kerana yang jahat pada keluarga kami itu bukannya orang lain, tetapi keluarga sendiri, sebeIah bapa. Walaupun belajar guna pelita, result aku tetap cemerlang. Jujur, akulah harapan keluarga untuk mengubah nasib keluarga.

Jadi, bahu aku sudah terlatih untuk belajar bersungguh – sungguh dan mengubah nasib keluarga kami yang miskin dan dipandang h1na. Tiada seorang pun keluarga sudi memijak lantai rumah kami, kerana kami miskin yang h1na.

Lucu bukan manusia? Aku abaikan walau hati bagaikan dicarik mendengar mak dan bapa aku dik3ji dic4ci dim4ki, bahkan dipergunakan sesuka hati. Mak aku sampai menangis kerana difitnah ipar birasnya dan diumpat sesuka hati.

Bapa aku pula sentiasa menyabarkan aku dan adik adik, meyakini baIasan Tuhan sentiasa ada kepada mereka yang berbuat zaIim. Kepada Tuhan aku meluah semuanya dan benar, jalur langit tidak pernah menghampakan.

Masa berlalu dan semuanya sem4kin kelihatan. Semua yang mengh1na dahulu perlahan – lahan menerima kifarah sendiri. Apa yang mereka ani4yai, berbalik kepada diri mereka sendiri. Ada mak cik aku yang seronok mengh3ntam anak orang lain, di belakang anak perempuannya sendiri bermain dengan lelaki tanpa pengetahuannya.

Aib anak perempuannya aku simpan rapi, enggan jatuh ke level emaknya yang batu api. Biarlah emaknya tahu dari mulut orang lain, bukan aku. Nenek yang dahulu pilih kasih, mengata aku hitam dan tak ada lelaki yang akan mahukan aku, mencerca keluarga aku, kini merintih ke mana – mana mengatakan aku cucu derh4ka, hehe.

Lucu betul kenangkan balik bagaimana semuanya boleh terbalik. Adik – adik aku memang tak jejak langsung ke rumah nenek, aku apatah lagi. Bukan kerana s4kit hati menyimpan d3ndam walaupun parutnya masih ada, tetapi aku ingin menjaga keluarga aku dan hati aku sendiri daripada dis4kiti lagi.

Nenek masih sama walau usia sudah menjengah senja, masih sibuk menjaga tepi kain orang lain dan mengadu domba anak menantu. Memang sudah lama aku tidak melihat orang tua itu, biarlah dia, nanti m4ti diam juga mulutnya. Jahat kan aku?

Tapi inilah kesan perbuatan nenek aku sendiri kepada keluarga aku, hilang rasa kasih aku sebagai cucu bahkan aku lebih rela mengabaikan saja bila disuruh menjenguknya setiap kali balik kampung. Hati batu. Jangan salahkan aku dan adik – adik aku kerana nenek sendiri punca kami jadi begitu.

Tidak semua orang boleh memaafkan dan jika sekalipun boleh memaafkan, melupakan itu sangat sulit sekali. Makcik pakcik aku? Aku juga melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka satu – persatu dilanda masalah, tak pernah tenang nampak gaya hidup mereka.

Ada yang anak mengandung luar nikah, bukan sekali, dua kali pula. Ada yang anaknya berkira dengan ibu bapa, langsung tak menghulur duit. Ada yang suka bermain sih1r nampak termakan sih1r dan s4ka sendiri, sampai buang air besar pun di bilik saja kerana tak mampu berjalan.

Ada yang sampai hilang harta dan benda bahkan porak peranda kehidupan keluarga. Ada anak lelaki mereka yang jadi kaki perempuan dan pen4gih, tapi masih juga disanjung dan dipuja dan yang ini merupakan antara cucu kesayangan nenek kerana wajahnya kacak (bagi aku tidaklah kacak kerana peribadinya sudah h4ncur disebabkan n4jis d4dah).

Semua itu berlaku kepada mereka tetapi mereka masih juga tidak belajar sesuatu, bahkan lebih teruk dari dulu. Entahlah labu, hidayah milik Allah. Aku? Aku sudah bekerja tetap dengan gaji yang agak tinggi. Sekaligus menutup mulut mulut pu4ka yang suka mengata dan mengeji.

Aku bergraduasi dengan Ijazah Kelas pertama sekaligus tak perlu bayar PTPTN sebab jadi biasiswa. Aku belikan barang – barang untuk mak bapa aku, bayar apa yang aku mampu macam bil rumah mereka, barang – barang keperluan harian mereka dan kalau raya, akulah yang bersemangat membawa keluarga aku shopping raya.

Seronok adik adik aku dan aku sekarang sudah berkahwin dengan insan yang mampu menerima aku dan keluarga aku seadanya. Kehidupan keluarga aku juga sudah tidak sesukar dahulu, alhamdulillah. Aneh kan seorang insan miskin biasa dapat besarkan anak sehingga menyambung ijazah tetapi itulah bapa dan mak aku.

Pelangi selepas hujan, aku percaya itu semua ada hikmahnya dan kini aku masih usaha membalas jasa orang tuaku. Doakan aku. – Teja (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zafeera Masri : Semua benda, susah mahu pun senang, adalah ujian. Kalau sesuatu tu buat kita ujub, buat kita rasa lebih baik dari org lain, jaga – jaga.. Bab kifarah, baIasan ke apa, biar kat Allah saja. Itu kerja Dia. Kita manusia tumpu saja pada macam mana cara nak masuk syurga

Aqueen Textile : Kadang – kadang macamtu la kita rasa orang lain dah kena kifarah dan kita plak sebaliknya dah berjaya. Masih masih panjang, tt masih muda berbanding makcik dan pakcik, hati – hati takut yang disangka pelangi tu tak kekal lama, kelak sendiri terima kifarah.

Zuhaibah Najjah : I am on your side Teja… well, kita manusia biasa. Kalau saban waktu since chilhood parents dikeji dih1na sape je tak berbekaskan.. Alhamdulillah awak dah melepasi fasa perit. Now enjoy ur life. Bahagiakan parents cukup – cukup. The rest awk abaikan je.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.