Tiba-tiba dapat email dari seorang perempuan mengaku janda, yang nak bermadu dengan saya

Saya dan suami dah 20 tahun berkahwin tapi masih tidak ada anak. Dulu suami cakap, tak ada anak pun bahagia juga. Sekarang bila jumpa dengan Rozy, dia cakap nak kahwin dengan wanita lebih muda dan lebih cantik kerana tidak ada anak. Suatu hari ada seorang lelaki call yang mengaku suami kepada Rozy..

#Foto sekadar hiasan. Dahulu bila baca pend3ritaan hidup orang lain dan masalah rumah tangga kerana suami curang, kaki pukuI, kaki perempuan dan berjvdi, saya bersyukur kerana suami bertanggungjawab, solat tak pernah tinggal, kacak walaupun tidak berpangkat besar. Dan kami belum dikurniakan anak lagi.

Berumur 40an tahun sudah 20 tahun berkahwin. Berjawatan pegawai kerajaan. Dan bahagia kerana suami sayangkan saya. Tetapi keadaan berubah selepas ibu saya meninggaI dunia, suami saya mula tunjuk belang.

Mungkin semasa ibu masih hidup dia segan tapi sekarang dia bebas. Kepada siapa saya nak mengadu, saya tak ada kakak kandung atau adik perempuan untuk mencurahkan perasaan. Memang saya ada ramai kakak ipar tapi saya tidak mudah menceritakan masalah saya pada mereka, apatah lagi kepada rakan – rakan sekerja.

Suami saya kakitangan kerajaan juga. Dulu kami kerani biasa. Saya pilih dia jadi suami kerana dia baik dan bertanggung jawab. Walaupun ramai pegawai lain cuba mengurat saya tapi dia tetap jadi pilihan, saya rasa selamat memilih suami tidak berjawatan tinggi.

Kemudian kami sama – sama melanjutkan pelajaran ke ITM untuk memperbaiki kehidupan. Saya berjaya dapat diploma tapi Muzafar kandas. Saya naik pangkat jadi pegawai, dia tetap jadi kerani. Namun kami bahagia dalam kekurangan.

Tapi saya tak pernah berhenti berusaha mendapatkan anak. Pelbagai usaha dibuat, dari perubatan tradisi0nal hingga berubat keluar negeri semuanya saya cuba. Doktor membuktikan kami berdua tidak manduI mungkin belum ada rezeki.

Nasihat orang tua – tua cuba ambil anak angkat mana tahu ada rezeki saya mungkin hamil. Kami pun ambil anak angkat. Kini dah pun remaja. Dan rezeki kami bertambah apabila Muzafar naik pangkat, walaupun dalam jangka waktu lewat. Namun saya tak pernah kecewa.

MaIangnya kebahagiaan kami tidak sampai ke petang, ketika saya merancang kehidupan yang lebih selesa, dengan tidak diduga akhir tahun lalu saya menerima email dari seorang wanita yang mengaku mengenali saya dan tahu banyak perkara tentang saya juga kehidupan saya. Paling dahsy4t dia ajak saya bermadu dengannya.

Bagai nak runtvh dunia ini seketika selesai saya membaca email tersebut. MenggigiI tangan saya, terasa macam nak pitam. Gelap dunia ini seketika. Setelah tersedar kembali, saya ulang lagi membaca bagai tak percaya, apakah betul ejaannya, tak tertinggal sepatah perkataan pun saya ulang lagi. Saya tak salah memang benar apa yang disebutkan dalam email tersebut.

Rasa geram dan marah bercampur gaul. Siapa perempuan yang berani mer4suk hidup saya ini. Kalau dia ada depan saya mahu saya tarik – tarik rambutnya, cak4r mukanya tapi saya banyakkan beristighfar. Saya kuatkan hati saya bawa mengucap, ingat Tuhan. Fikirkan yang baik – baik, fikir positif. Mungkin penulisnya tersalah orang, salah hantar email. Mungkin juga dari orang jahat yang sengaja nak merosakkan rumah tangga saya.

Setelah kembali tenang saya baca email tu lagi, penulisnya menamakan diri Rozy, mengaku janda dua anak, berumur belum 30 tahun. Yang meny4kitkan hati tanpa rasa malu dia beritahu dia amat cintakan Muzafar suami saya.

Katanya mereka dah lama memadu cinta, dah lama bersabar memend4m rasa, kini tibalah masanya mereka hendak berkahwin. Katanya dia tak mahu lebih lama buat d0sa, jadi dia hendak tamatkan hubungan suIitnya selama ini berkahwin dengan Muzafar seperti yang dijanjinya selama ini.

Tanya punya tanya, email punya email dengan wanita tersebut sambil menyelidik lebih mendalam lagi. Akhirnya saya terus bertanya dan meny3rang Muzafar. Siapa boleh sabar, siapa boleh tenang kalau wanita itu menceritakan setiap inci hubungan dia dengan suami kita sejak sekian lama. Yang suami kita ni duduk rumah macam tok s4mi, baik, pijak semut tak m4ti. Memang kita tak sangka dia boleh buat muka seIamba dengan kita.

Memang tak patut saya memaIukannya tapi apalah daya saya ketika itu saya benar – benar terk3jut, terasa tertipu, saya jadi tak tentu hala, sem4kin berfikir sem4kin banyak benda – benda karut mengganggu fikiran saya, akhirnya saya jadi macam orang setengah giIa.

Keadaan saya menjadi sem4kin tidak keruan apabila Muzafar tidak menafikan hubunganya dengan Rozy sejak sekian lama, dia mengaku memang nak berkahwin. Perbuatannya memang sengaja hendak meny4kitkan hati saya, dengan wajahnya yang mencemek, berbeza dari biasa. Membuatkan saya jadi lebih menggiIa. Saya tak sangka dia betul – betul berubah.

Selepas peristiwa hari ini, hidup saya sentiasa diganggu dengan kedatangan email – email yang meny4kitkan hati saya. Tak cukup email, sms dari Rozy membuatkan hidup saya lebih tak tenteram dan tak keharuan. Fikiran saya lebih terganggu bila dia menelefon saya.

Saya pernah baca biasanya isteri yang ganggu dan ser4ng wanita yang hendak mengambil suaminya. Tetapi dalam keadaan saya berbeza, sudahlah suami kita hendak dir4mpas, hidup saya diganggu dan dis3rang tak tentu masa.

Sepatutnya saya s3rang Rozy tetapi saya bukanlah orang yang suka meny3rang. Saya fikir mungkin Muzafar bersalah, saya tak salahkan Rozy, mungkin Rozy m4ngsa pujuk rayu lelaki tua seperti Muzafar yang `diam – diam pucuk lepu, nampak diam tapi mengenyam.’

Apa yang membuat saya benar – benar mend3rita kerana saya tak sangka dan tak terfikir Muzafar yang sangat saya sayang dan cintai sepenuh jiwa raga saya, yang saya amat percaya, kerana baiknya sanggup mengkhi4nati saya, men0dai cinta saya selama ini.

Saya terlalu percaya padanya dan yang paling mendukacitakan dia sedikit pun tidak ada tanda – tanda suami curang, kehidupan kami berjalan seperti biasa tiada kejadian aneh atau pelik, tiap – tiap malam ada di rumah. Jadi siapa sangka? Sungguh saya tak sangka Muzafar begitu Iicik dan pandai merahsiakan hubungan mereka selama ini.

Saya baca juga email yang Muzafar hantar kepada Rozy. Kata – kata yang diungkapkan kepada Rozy benar – benar mervntun jiwa dan perasaan. Emailnya tak lepas perkataan “I luv u. I miss u. I rindukan Yang sampai menonggeng. Kegebuan Yang tak pernah luput diingatan. Kenangan bersama suatu kenikmatan yang indah.’’ Allahhuakbar apa suami saya dah buat ni, tak takutkah dia pada d0sa. Sembahyang rupanya jadi alat mengkaburkan mata.

Macam nak pecah d4da saya dan yang paling memaIukan dia bercinta dengan isteri orang. Rozy belum bercerai. Ketika Rozy ada masalah dengan suaminya mungkin suami saya jadi orang tengah. Rupanya Muzafar merancang dengan Rozy menyuruh dia mengaku janda dan suruh Rozy hantar email pada saya dan ajak bermadu.

Oleh kerana hubungan mereka terlalu intim, mereka membuat pelbagai rancangan supaya Rozy diceraikan, tetapi suami Rozy tetap tidak ceraikan dia kerana suaminya sayangkan anak – anak yang masih kecil dan perIukan ibunya.

Semasa saya menerima email dari Rozy, saya fikirkan tentulah dia sudah janda, sebab Muzafar mendakwa Rozy janda dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tetapi sangkaan saya meleset sebenarnya tidak. Nak jadikan cerita satu hari saya mendapat panggiIan telefon dari suami Rozy dan dia nasihatkan saya jaga Muzafar dan beritahu Muzafar telah menganggu rumah tangga mereka kerana sering menghubungi isterinya Rozy.

Waktu itu barulah saya tahu keadaan sebenar, sememangnya mereka belum bercerai, memang bers3ngketa semuanya gara – gara suami saya mengganggu isterinya, dakwanya. Sebenarnya saya bukan tidak mahu bermadu atau men3ntang poIigami tapi saya tahu kemampuan Muzafar zahir dan batin. Urusan rumah tangga sayalah yang banyak mengeluarkan belanja, dia main lepas tangan.

Tak tahulah saya di mana dia sorokkan duit gajinya setiap bulan, tetapi yang jelas dia memang boros. Suka nak bergaya duit memanjang tak ada. Perkataan yang sering diucapkannya, katanya umurnya tak panjang jadi dia tak perlu simpan duit untuk hari tua, bila bersara nanti ada pencen, cukup dia makan sorang, jadi buat apa nak simpan duit.

Sejak dulu lagi saya sering ingatkan dia tentang masa depan, tentang hari tua dan simpanan, tetapi dia tak kisah, dan saya tak boleh cakap banyak bila dia dah angin. Pasti cawan piring terbang melayan. Muzafar memang pendiam tapi baran.

Sebab itu saya lebih suka mendiamkan diri daripada banyak cakap takut dia hangin, dan kerana itu juga saud4ra mara dan jiran tetangga mendakwa Muzafar baik orangnya, cuma saya saja yang tahu siapa Muzafar sebenarnya. Dia bukan baik, tetapi saya yang sabar melayan kerenahnya.

Kadang – kadang tu bila saya tengok dia diam, saya cuba bertanya mengapa dia berubah dan nak kahwin lain, dengan terus terang dia memberitahu saya bahawa selama ini dia tidak pernah bahagia hidup bersama saya. Dia benci dan bosan bersama saya. Cuba bayangkan perasaan saya ketika itu. Pada hal sebelum dia bercinta dengan Rozy dia kata hidupnya amat bahagia. Saya rasa hidup saya kini tidak bernilai lagi. Peng0rbanan saya tidak berharga.

Katanya dia nak kahwin dengan wanita lebih muda dan lebih cantik kerana nak ada anak, sedangkan dulu dia tidak pernah membicarakan isu ini, malah dia pernah berkata, tak ada anak pun bahagia juga. Tetapi sekarang dah lain. Anak dijadikan alasan.

Sejak peristiwa ini berlaku akhir tahun lalu saya sentiasa berfikir. Akhirnya saya buat keputvsan demi kebahagian hidupnya yang sering diucapkan dia tidak bahagia bersama saya, dan saya tak mahu menghaIang dia nak kahwin lagi, maka saya minta diceraikan. Mungkin hidupnya lebih bahagia tanpa saya. Dan bila dapat anak nanti tentu dia lebih bahagia.

Tetapi dengan tegas dia mengingatkan saya dia tidak akan ceraikan saya. Dia tetap mahu saya jadi isterinya. MaIangnya hati, jiwa dan perasaan saya sudah h4ncur, dih4ncurkan oleh dua orang ini, Muzafar dan Rozy. Jadi macam mana saya boleh hidup bersama mereka. Jiwa dan perasaan saya tidak boleh terima Muzafar lagi, dia h4ncurkan segala – galanya. Dia leburkan kasih sayang saya dan kepercayaan saya telah dikhi4nati.

Kini saya sudah nekad, saya tidak mahu lagi hidup dengan suami curang, memperb0dohkan saya dan menduakan saya. Saya tahu mengapa dia tidak mahu lepaskan saya mungkin kerana dia tidak yakin dengan kehidupan barunya nanti. Mungkin Rozy tidak tahan dengan sikap panas barannya yang bertakhta dijiwanya selama ini.

Namun ada kalanya saya rasa takut tidak berani hidup tanpa lelaki di sisi. Saya hanya nak bahagia hingga ke akhir hayat. Saya berusaha memperbaiki diri, membolehkan Muzafar cintakan saya kembali. Saya layan dia dengan baik, tapi semuanya sia – sia.

Saya lakukan segala – galanya sendiri, tanpa pembantu, mengurus rumah, suami dan anak di samping memandu ke tempat kerja 120km setiap hari pergi balik. Saya berk0rban segala – galanya, tetapi dia tetap tak mahu berubah. PerIukan saya berk0rban lagi?

Kalaulah pembca dalam keadaan saya, apa yang anda buat. Suami saya hingga sekarang tetap tidak mahu menceritakan perkara sebenar pada saya. Dan saya tak berani bertanya lagi, kerana dia sangat kecewa sebab masih gagal berkahwin dengan Rozy yang sehingga ini masih belum diceraikan oleh suaminya. Hubungan mereka masih berterusan dan masih menjadi misteri dan tanda tanya kepada saya.

Tak cukup itu, Muzafar juga memberi amaran keras supaya saya supaya jangan diungkit lagi cerita mengenai Rozy. Katanya hubungan dia dengan Rozy itu urusan dia, hati saya sentiasa sedih dan tidak tenteram kerana sms yang saya terima dari Rozy memang meny4kitkan hati, malah dia sering menyamar pelbagai nama untuk meny4kiti hati saya.

Pelbagai cerita buruk tentang hubungan yang sengaja dihantarkan pada saya. Memang mengh1ris jiwa. Tolonglah, saya masih sayangkan Muzafar, saya tak mahu kehilangannya. Tapi setiap kali memandang wajahnya saya terlihat muka Rozy itu yang membuatkan saya sedih. Patutkah saya bersabar saja atau minta dibebaskan. Saya terfikir selepas ini apa lagi rancangannya untuk mengani4ya hati dan perasaan saya.