Aku terk3jut lihat tetamu yang tak diundang datang ke majlis kahwin aku. Aku nampak Opah, atok, makcik dan anak – anak dia, datang dengan pakai baju style kampung. Aku nak bangun, rasa marah tapi mak mertua tarik halang aku..
#Foto sekadar hiasan. Hi warga FB. Hari ni aku kongsi kisah pahit manis hidup aku sebagai anak luar nikah. Nama aku Mey, berusia 27 tahun. Aku dilahirkan sebagai anak luar nikah. Aku berd4rah kacukan melayu korean.
Mak melayu dan bapa korean. Mak aku meninggaI selepas melahirkan aku. Aku dibesar oleh atok dan opah. Di situ segalanya bermula. Pada umur 5 tahun aku sudah pun diajar untuk mengemas rumah dan buat kerja hal rumahtangga yang lain.
Aku selalu dipukuI. Yelah, pada usia kanak – kanak, aku sepatutnya bermain dengan kawan – kawan tapi aku langsung tak dibenarkan berkawan dan semua orang pun tak nak kawan dengan aku sebab aku anak h4ram. Waktu tu aku tak tahu apa itu anak h4ram.
Aku langsung tak tahu apa itu kasih sayang apa itu belaian manja. Apa yang aku tahu, bila aku salah aku akan dipukuI dan dim4ki hamun. Pakcik makcik pun tak suka aku. Aku pun tak pernah bersekolah dan mengaji seperti kanak – kanak lain.
Aku pernah cakap dekat opah, aku nak sekolah, waktu tu umur aku 7 tahun kalau sekolah masuk darjah 1. Opah aku m4ki aku cakap, “kau ni nak malu kan aku lagi ke macam mak kau?? Kalau ikutkan hati nak je aku c4mpak kau dalam gaung.”
Itu je lah yang aku ingat. Selepas dari itu aku tak pernah tanya lagi. Sampai umur 9 tahun, adalah orang pindah duduk tepi rumah aku, dia ada anak lelaki bernama nur firdaus umur 12 tahun. Jiran aku ni baik sangat – sangat.
Ada satu hari tu, aku teruk dir0tan atok sebab pecahkan sarang burung dan burung terkukur atok terlepas. Kena pukuI dengan getah paip, berbirat betis aku. Aku menangis tak ada siapa peduli, akhirnya jiran aku, Firdaus datang tanya, kenapa aku nangis?
Aku cakap la aku s4kit sambil tunjuk betis aku yang terkeluar kulit dan nak berd4rah. Dia cepat – cepat panggil mak dia. Mak dan ayah dia datang dukung aku dan ubatkan kaki aku. Ya Allah, baiknya dorang. Selama ni aku tak pernah dipedulikan oleh sesiapa pun.
Sejak dari tu aku ceritakan semuanya kat mereka. Barulah aku tahu maksud anak h4ram tu apa. Aku jadi rapat dengan keluarga Firdaus. Mak dan ayah dia pun suruh aku panggil dia orang dengan gelaran Mak dan ayah, dapatlah aku merasa kasih sayang waktu tu.
Bahagianya hidup sehari dapat 1, 2 jam mesti aku pergi jumpa mak, ayah dan abang firdaus. Selebihnya kena tolong opah buat kerja rumah dan kerja kutip getah skrap. Setiap petang Mak dan abang firdaus ajar aku membaca bahasa melayu, english dan mengaji.
Diusia 12 tahun aku dah pandai membaca dengan fasih, matem4tik pun aku pandai tambah tolak d4rab dan bahagi. Bahasa english pun tau baca dan memahami maksud. Kira ok lah kan untuk budak yang tak pernah jejak kaki ke sekolah ni.
Satu hari pada ketika aku 15 tahun, datang la seorang lelaki asing yang tidak aku kenal. Dia datang terus peIuk aku di hadapan mak dan ayah, terk3jut ayah masa tu. Lelaki tu mengaku dia adalah bapak kandung aku yang dicari – cari selama ni.
Dia berbahasa english dan tak tau berbahasa melayu. Dia ceritakan semuanya dekat mak dan ayah. Dulu semasa mak kandung aku hamil, dia nak kahwin dengan mak kandung aku tapi ditentang oleh opah atok. Dia kena halau.
Sekarang bapak kandung aku sudah pun berkeluarga di Korea. Dia datang sebab nak bertanggungjawab, dia rasa bersalah sebab tak dapat nak jaga besarkan aku. Sebelum balik, dia sempat hulur cek bernilai RM50k berserta alamat dia tinggal di Korea kat ayah.
Tak sampai sejam berjumpa, datang pakcik dan halau bapak kandung aku. Itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa bapak kandung. Ketika dihalau aku sempat lari peIuk dan civm sambil menangis peIuk bapak kandung aku.
Selepas kejadian tu ayah diam – diam bawa aku pergi buat buku bank dan clearkan check 50k tu masuk dalam acc aku. Ayah berpesan jangan sesekali ambil duit tu keluar. Jika dalam keadaan darurat dan perlu sahaja keluarkan sikit – sikit.
Pada tahun 2007 keluarga angkat aku pun berpindah ke KL. Tinggallah aku kat kampung dengan penuh kesengsaraan, aku hampir nak bvnvh diri. Aku jadi down dan tak ada tempat mengadu bila dimarah dan dipukuI. Selepas 5 bulan tak ada Mak dan ayah, opah marah teruk kat aku sebab lupa kutip dan jual getah skrap.
Teruk aku dibeIasah oleh makcik. Aku dah tak tahan, dengan nada suara yang perlahan aku tanya, kenapa layan aku macam ni? Aku pun keluarga mereka jugak, aku sayang keluarga aku. Lepas tu opah bungkus kain baju aku dan halau aku.
Makcik hantar aku kat perhentian bas dan bagi aku RM500 dan cakap, “pandai – pandailah kau nak hidup, jangan kau balik lagi. PergiIah!” Aku blur, tak tahu nak pikir apa. Sepanjang aku hidup, aku tak pernah pergi mana – mana dan cuma terperuk dalam kampung jer.
Aku teringatkan mak dan ayah. Aku beli tiket bus menghala ke KL sebab mak dan ayah kat sana. Sampainya aku kat Pudu Raya tu, aku m4ti akal. Orang terlalu ramai, terlalu asing. Dulu mana ada HP pun, duit ada lagi RM470, aku berjimat cermat.
Aku berjalan tanpa arah dan terjumpa dengan 2 orang perempuan cina. Dia berbahasa cina dengan aku sebab paras rupa aku memang macam orang cina. Aku pun berbahasa english yang aku belajar dari Firdaus dulu. Aku ceritakan semua.
Masa tu aku tak mampu nak fikir sama ada dia baik ke jahat. Mereka berdua, Erene dan Suzy ajak aku tumpang kat rumah dia orang sebab kesiankan aku. Nasib baik lah mereka bukan orang jahat, dorang banyak tolong aku dan bagitau yang b4bi tu haram sebab aku beragama Islam.
Dorang ni berkerja di sebuah kelab malam sebagai waitress. Pakai s3ksi dan canti k- cantik, kerja plak malam sampai ke pagi. Lepas seminggu duduk dengan dorang, duit aku pun dah tinggal RM250. Aku perlu kerja dan cari duit.
Erene offer aku kerja sekali dengan dia kat kelab malam tu. Sudah tentu aku tolak sebab aku takut sebab aku ingat kerja tu kena bagi laki peIuk kena tidur dengan laki dan minum ar4k. Erene yakinkan aku yang kerja tu cuma order beer sahaja, tak perlu minum tapi kena la cantik dan s3ksi.
Aku pun setuju. Korang janganlah kecam aku buat kerja tu sebab aku pun tak tahu apa lagi yang aku boleh buat. Itu je jalan yang aku nampak. Malam tu hari pertama kerja. Aku make up dan pakai baju Erene, skirt pendek dengan singlet dan kasut tumit tinggi.
Mula – mula aku tak biasa.tapi selepas 2, 3 jam aku terus biasakan diri. Aku order beer dan ramai cust nak aku yang orderkan. Tips pun banyak aku dapat dari baki duit beer tu cust bagi kat aku. Malam hari pertama tu sahaja aku dapat RM350 duit tips sahaja.
Aku jadi happy dan dah tak fikir susah lagi. Aku seolah – olah menjadi Superstar yang digiIai ramai lelaki. Walaupun menjadi perhatian ramai lelaki, aku tak pernah minum setitik pun ar4k tu. Aku tak pernah ikut mana – mana lelaki keluar dan masih menjaga kehormatan diri.
Mungkin nasib aku baik aku tak pernah dikasari walaupun aku menolak permintaan g4ngster dan sams3ng yang minum kat sini. Semua menghorm4ti aku sebagai perempuan. Di kelab malam ni la aku rasa macam keluarga, pelanggan semua baik – baik.
Mungkin dia orang tau yang aku ni tak ada mak bapa, dia orang bersimpati. Pada satu malam, ada seorang pelanggan datang, orang cina yang bernama Andy, kacak, tinggi dan jenis badan sado kuat main gym. Aku tahu dia ada hati dekat aku tapi dia tak pernah ambil kesempatan.
Bila dia datang, dia akan order beer sekali 10 bucket padahal dia cuma minum 2 bucket je, lepas tu dia munt4h. Yang lain semua dia bagi je dekat orang lain. Hari – hari dia datang order macam tu. Dia datang cuma nak melihat aku, dia bazirkan duit sehari 100 – 150 kat aku.
Sebulan aku kumpul dapat lah 3k – 4k dari duit tips dia bagi sahaja, belum termasuk pelanggan lain lagi. Hidup aku mewah sangat waktu tu. Pada usia aku genap 21 tahun akhirnya Andy meluahkan isi hati untuk memperisterikan aku, dia nak aku tinggalkan kerja ni.
Tinggalkan semua ni dan hidup bersama dia tapi aku cakap la aku ni beragama Islam. Dia cakap dia nak memeIuk agama Islam sebab dia pun banyak kawan melayu. Andy pun pergi belajar ilmu agama Islam. Mula – mula aku ingat dia tipu.
Ada satu hari tu, dia ajak aku keluar waktu tengahari. Dia cakap, “siap – siaplah nak pergi sekolah.’ dia bawa jubah dan tudung untuk tutup aur4t aku. Aku terk3jut sangat, tak sangka memang dia betul – betul belajar agama dan memeIuk agama Islam.
Selepas seminggu aku ikut Andy belajar agama Islam, aku terus berhenti kerja tu. Ustazah Mariam ajar aku mengaji dan cara – cara solat. Ramai orang ingat aku mualaf jugak sebab aku tak ada rupa orang melayu. Aku tanya ustazah, aku ni anak luar nikah, aku ni h4ram yang macam mana?
Ustazah pun bagitaulah, ‘anak ni bila lahirkan diibarat kain putih, tiada d0sa. Tengok la siapa yang mencorakkan aku. Jika cantik, cantik la jadinya, jika buruk, buruk la jadinya. Tiada manusia ingin dilahirkan anak luar nikah, yang berd0sa adalah ibubapanya, bukan anaknya. Berd0sa hvkumnya bagi yang mengejek mengh1na dan menghvkum anak luar nikah disebabkan d0sa ibubapanya.’
Sebulan belajar ilmu Islam, hidup aku menjadi tenang dan bahagia. Ustazah Mariam menjadi Ibu angkat aku, aku amat bahagia. Suatu hari aku ikut ibu balik rumah temankan ambil telekung dan sejadah. Ibu menyapa seorang perempuan yang tengah mendodoi baby di luar rumah atas Sofa.
Ya Allah.. aku kenal perempuan tu. Dia adalah mak angkat aku yang aku cari – cari selama di KL ni. Aku lari dan peIuk mak, aku rindu mak. Abang firdaus dah kahwin dan comel babynya. Pada hujung tahun, Andy bawa aku jumpa ibubapa dia, aku takut sangat. Takut kena marah.
Ye lah kan, anak dia tukar agama dan nak kahwin dengan aku. Sampai kat rumah keluarga Andy, aku disambut baik oleh keluarga dia. Dorang terima aku, dorang tak kisah pun. Aku nampak gaya hidup dorang pun moden. Mungkin sebab tu berfikiran terbuka.
Setelah 3 tahun mengenali Andy dari hari pertama jumpa di kelab malam baru aku dapat tahu yang Andy adalah pemilik gym yang terkenal dan ada 5 cawangan gym dia di kawasan KL dan Penang. Aku tanya dia, kenapa dulu cakap kerja sebagai traning kat gym tu?
Dia cakap sengaja menguji aku. Sepanjang aku dengan dia, aku tak pernah minta apa – apa pun sebab aku sendiri ada duit hasil kerja kelab malam tu. Simpanan aku banyak sebab aku datang dari keluarga yang susah, bila ada duit aku berjimat – jimat.
Ayah pun dah pulangkan buku Bank dan cek bernilai 50k tapi aku sedekahkan kat ayah. Ayah pun bagi alamat bapa kandung aku sekali. Pada awal tahun 2016 aku bertunang Andy, meriahnya majlis kami. Ibu, mak, ayah semua ada kecuali daddy aku yang tak ada.
Aku minta satu permintaan kat Andy, aku nak di majlis nikah dan majlis bersandingan nanti bawakan daddy aku (bapak kandung). Andy cakap insyaallah dia akan cuba cari daddy. Setelah 6 bulan kami pun bernikah. Hari yang ditunggu dah tiba.
Semua orang datang tapi orang yang aku tak jemput dan tak nak jemput pun turut hadir. Aku nampak bapa, aku tak terk3jut melihat daddy sebab aku tahu Andy pasti cari. Tapi yang aku terk3jut melihat orang yang menyiksa aku, mengh1na aku, pukuI aku tanpa belas kasihan.
Yang tak pernah menyayangi aku pun ada tapi masih di luar rumah. Mereka adalah opah, atok, makcik pakcik dan anak – anak diorang. Memang nampak la rupa orang kampung seperti aku dulu dengan pakaian style lama. Aku menjadi marah, aku nak bangun tapi mummy (ibu mertua) tahan aku sambil berbisik ‘hal lama biar jangan pi ingat’.
Selepas akad nikah aku, sambil bersalam – salam sampai giliran opah, aku tak tahu nak salam ke tak. Aku pandang mata opah, berkaca – kaca mata opah seperti menahan airmata. Opah terus menangis tersedu – sedu, dia minta ampun maaf.
Dia cakap dia dah berd0sa pada aku dan makcik – makcik aku turut mengalirkan air mata. Aku cuma menganguk dan salam je. Hati aku keras seperti tak ikhlas memaafkan dia orang. Semua tetamu dah balik, ibu pun masuk bilik.
Ibu bagi ceramah la apa lagi. Ibu cerita kisah – kisah zaman nabi dulu yang mengampunkan umat – umatnya. Sebesar mana pun kesalahan yang dorang buat tapi lihatlah aku pada hari ni. Semuanya ada hikmah. Dulu aku dih1na dan hidupnya amat tersiksa tapi lihatlah aku sekarang, ada segalanya.
Berapa ramai yang menyayangi aku sedangkan dulu aku minta dan mengemis untuk disayangi. Sekarang Allah hantar lagi satu keluarga yang dulunya aku sendiri minta disayangi dan kini hadir untuk menyanyangi aku kembali.
Tiba – tiba hati aku kembali lembut dan sedia memaafkan dia orang. Kini pada tahun 2022 sudah hampir 6 tahun menjadi isteri kepada Andy. Kami memiliki 4 orang cahaya mata yang mengeratkan hubungan kami berdua.
Jangan terkejut kenapa 4 orang? Tahun 2018 lahirnya baby kembar 2 lelaki dan hujung tahun 2021 keluar lagi kembar perempuan. Alhamdulilah, hidup aku sangat bahagia. Yang dulunya diuji dengan h1naan masyarakat sekeliling dengan gelaran anak luar nikah, anak h4ram, kini aku hidup sempurna dan bahagia.
Aku berharap kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke syurga nanti. Aku bersyukur Andy yang bukan asal Islam tapi dia sekarang membimbing aku ke jalan Allah swt. Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa adanya.
Akhir kata, aku minta korang jangannlah h1na anak – anak luar nikah sebab aku juga tak pernah minta dilahirkan kat dunia ni untuk dih1na orang. Aku juga ada hati dan perasaan sama macam korang. Seperti ibu aku cakap, ‘jangan mengh1na dan menghvkum anak luar nikah oleh kerana kesalahan dan d0sa ibubapanya’. the true story~ maaf agak panjang cerita.
Syafiq Zulkiffli : Saya faham keadaan dia. Sebab saya pun ada kawan baik, dia pun anak luar nikah. Sampai sekarang, mak dia sendiri layan dia macam dia yang bersalah, sedangkan mak dia sendiri yang melahirkan dia, mak dia sendiri yang menjadikan dia sebagai anak luar nikah.
Kesian, dari kecik mak dia hantar dia tinggal dengan nenek dia. Then, nenek dia tak mampu lagi nak jaga. Mak dia pulak terp4ksa jaga dia. Sekolah pergi sendiri, balik sekolah cari duit nak sara diri sendiri. Mak dia memang takkan sara.
Dia cuba berbaik baik dengan mak dia, tapi selalu kena m4ki hamun. Sampai sekaranglah mak dia macam tu, masih takmau terima dia. Bila lepak dengan dia dekat rumah, bila ada drama drama kisah anak luar nikah, dia takkan tengok, dia rasa sedih.
Nur Haslina Nana : Sama kisah macam kawan saya. Dari hidup susah takde kasih sayang did3ra. Finally kahwin dengan mat saleh merantau duk oversea dan bahagia sekarang sambung degree kat sana husband support alhamdulillah semoga dia bahagia dia lah sahabat saya. Apa jua kisah silam orang tak perlu kita rasa jijik kerana masa depan kita belum tentu baik lagi. Muhasabah diri.
Atiyah Quratuaini : Takde yang must4hil berdasarkan cerita awak ni sebab hidup saya pun ibarat novel. Kalau saya cerita pun orang tetap cakap mcm novel je, hanya kita yang melaluinya sahaja akan merasa nikmatnya kesabaran.
Allah bagi ujian yang tak pernah terhenti, di penghujungnya Allah bagi kita pelangi dan kemanisan yang kita tak pernah sangka. Abaikan orang yang cakap tak logik ape semua, sebab aku pernah melalui dicerca dih1na disindir diejek dibenci akhirnya ucapan Alhamdulilah tu kita rasa tak cukup nak puji Allah nak panjatkan rasa syukur kepada Allah. Kebetulan? Tiada yang must4hil, sebab hidup kita ni Allah sebaik – baik perancang.
Meylinda Alexander : Saya adalah pemilik kisah ni. Ape yang saya ceritakan adalah benar bukan rekaan. Setelah 17 tahun saya mend3rita. Saya bangkit teruskan hidup. Semasa menulis saya mengimbas kembali kenangan lama yang dah bertahun.
Saya cuba menghayati dan saya menulis mengikut perasaan saya ketika tu untuk anda semua dapat menghayati kisah saya. Banyak yang saya tak ceritakan dan saya pendekkan cerita sebab itulah kisah saya bernasib baik sahaja.
Kalau saya cerita secara detail memang semua orang tak baca. Kisah saya juga mengikut tahun saya membesar. Apa yang saya lalui sengaja saya ceritakan balik sebab ingin membuka mata masyarakat terhadap kami anak luar nikah.daa
Sesungguhnya orang luar tak akan memahami apa yang dilalui seseorang sehingga dia sendiri yang melaluinya. Saya akui agak riak dan macam drama jalan cerita saya tapi ape yang saya tulis mengikut hati yang penuh perasaan ketika mengimbau kembali sejarah silam saya.
Yang nak percaya percaya lah. Tak nak percaya tak apa. Setiap orang ade pendapatan masing – masing. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari kesilapan saya sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.