Tiba2 adik ipar tanya, tak takut ke kahwin dgn suami, sbb dia sbnrnya ‘s4mseng’

Kami dengar suara perempuan menjerit dekat ruang tamu. Rupanya suami aku tengah b4ntai adik perempuan dia yang umur 18 tahun. Tergolek – golek budak tu, masa tu suami pegang rambut adik nak h3mpuk. Aku cuba halang suami aku, dan perkataan yang keluar dari mulut aku..

#Foto sekadar hiasan. Thanks admin sudi approve cerita aku. Salam semua, cerita aku ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, sekadar hanya nak berkongsi pengalaman selama aku bergeIar seorang isteri. Suami aku anak sulung dari 8 adik beradik, 2 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

Kita semua sedia maklumkan, anak sulung ni jenis yang berdikari, tegas, bajet – bajet garang, anak kesayangan mak. Dan ye, suami aku tak terkecuali. Sekali pandang suami aku ni, orang akan cakap dia ni jenis yang garang, tegas, susah nak senyum.

Tapi, tidak dengan aku, setakat 2 tahun ni suami aku tak pernah pon tinggi suara dengan aku, kalau ada salah faham sikit – sikit pon memang sekejap sangatlah nak marah, sangat bertolak ansur, penyayang, lemah lembut, tapi dalam lembut ada tegas dia.

Oh ye, suami aku orang kelantan, aku orang kedah. Orang kelantan memang cakap lembut – lembut kan. Peristiwa ni terjadi masa raya tahun lepas. Inilah kali pertma aku lihat ‘personaliti’ suami aku yang satu lagi. Kami beraya di kampung suami aku.

Untuk makluman, 4 orang adik perempuan suami aku dah kahwin dan semua dah ada anak. Anak buah ada 8 orang, paling besar umur 9 tahun, paling kecil umur 2 tahun. Memandangkan suami aku berumur 29 tahun dan aku berumur 23 tahun, memang cara pemikiran tu lain sikit lah, suami aku jenis jimat duit, aku suka perabis duit.

Tapi suami aku tak kedekut, tambah – tambah bab makan. Pertama kali balik beraya di rumah mertua, memang lain sangatlah rasanya, tambah pulak aku ni susah nak tangkap loghat kelantan kan, yelah, suami aku kalau cakap dengan aku akan guna loghat luar tak pon cakap kedah teruih.

Sebelum sampai kampung, suami aku dah pesan siap – siap, nanti tolong ape yang patut dekat dapur, jangan malas – malas, jangan panggil – panggil dia nama pelik – pelik sangat, jangan merengek, jangan mengada – ngada, buat rilek, buat cool je.

Macam – macam dia pesan, mula – mula aku iyekan aje sebab aku ingat dia sekadar pesan biasa – biasa je. Tapi bila aku sampai je rumah dia, panggggggggg. Suami aku totally jadi org lain, suara memang serius je bila cakap, bajet – bajet abang sulung katekan.

Bayangkan lah anak – anak menakan aku semua takut dengan suami aku, suami aku baru naik tangga pintu depan, anak – anak menakan yang tengah seronok lari – lari ni, terus berhenti, senyap, rumah dari riuh suara budak – budak, tiba – tiba jadi senyap.

Suami aku cakap sekali je, budak – budak akan buat terus. Bukan anak menakan je, adik – adik suami aku pon kira “respek” giIa dekat suami aku. Hari kedua di rumah mertua, banyak dugaan aku lalui, misalnya, masa aku tengah dok sibuk – sibuk tolong p0tong daging, tiba – tiba adik ipar aku tanya tak takut ke kawin dengan suami aku, tak takut ke jadi m4ngsa pukuI.

Aku terk3jut, m4ngsa pukuI? Aku cakap lah, aku tak faham, ape maksudnye, along okey je, setakat ni tak de pulak dia naik tangan ke ape ke. Masa tu mula lah adik – adik dia cerita, suami aku ni ganas rupanya, semua orang dalam rumah tu, paling kurang pon mesti pernah makan pen4mpar suami aku, p4ntang buat silap sikit, pen4mpar lah jawabnye.

Masa sekolah menengah suami aku pernah Iibas adik – adik dia dengan getah paip yang dalamnye ada kayu sebab adik – adik dia tak solat subuh. Suami aku pernah jugak h4ram kan api air selama 1 jam sebab tak nak belajar mengaji.

So, nak tak nak adik – adik dia duduk lah luar rumah selama sejam. Suami aku s4mseng. Ada lagi, suami aku pernah letak anak – anak buah tu atas almari, dalam mesin basuh, ik4t dekat tiang tengah rumah, r0tan, salotep mulut dan sebagainya, kenapa? Sebab diorang degil.

MeIawan cakap, budak – budak biasa lah kan. Tapi dengan aku, tak pernah dia berkasar, padahal aku ni kategori gedik dan suka menyusahkan dia. Mesti korang tertanya – tanyakan mana ayah mertua aku, ayah mertua aku dah tak ade.

Aku pon tak pernah jumpa arw4h ayah mertua aku. Kebetulan, pada masa kami tengah sembang – sembang dekat dapur, tiba – tiba ade dengar suara perempuan menjerit dekat ruang tamu, terk3jut, kami semua pon pergi lah tengok.

Rupanya suami aku tengah b4ntai adik perempuan dia yang umur 18 tahun. Tergolek – golek budak tu, masa tu suami aku marah sangat, suami aku pegang rambut adik, memang nak h3mpuk dah aku rasa. Dan entah macam mana aku dapat satu keberanian, cuba haIang suami aku, dan perkataan keluar dari mulut aku,

“Kalau awak boleh pukuI adik – adik, tak must4hil awak akan pukuI saya, pukuI anak – anak nanti, sudah lah.” Seharian aku tak cakap dengan suami aku, adik – adik yang lain pon buat macam tak dak apa – apa jadi. Tapi dari dalam bilik aku boleh dengar depa dok sembang pasai aku dengan abang depa.

Suami aku ada je cakap – cakap dengan aku, tapi sekadar jawapan *hmmm* yang aku bagi kat dia. Ada satu perasaan marah, takut, sedih dalam hati aku masa tu. Sampai lah masa tengah tengok tv, mak dia mai duduk sebeIah aku, lepastu cakap, along pukuI adik – adik ada sebab, adik dia yang umur 18 tu memang Iiar sikit, suka keluar ikut lelaki, sebab tu along marah.

Mak dah banyak kali pesan tapi dia tak dengar, dengan along dia takut lah. Masa tu ada adik – adik ipar aku yang lain pon mengiyakan, along pukuI mesti ada sebab, untuk kebaikan. Tapi bagi aku, cara dia dah melebih sangat.

Benda kan boleh bawak bincang, bagi aku, pukuI – pukuI ni dah tak relevan, nanti adik – adik rasa benci, tunjuk pr0tes, rasa takut lebih banyak dari hormat. Sejak tu, aku ada satu perasaan macam tak selamat bila dengan suami aku, dekat seminggu jugak aku tak layan dia, dah kurang mesra, tak ade nak manja – manja, merengek – rengek, membebeI, panggiIan manje pon dah tak ade.

Banyak kali aku menolak bila dia datang dekat, selama seminggu aku tidur dengan adik – adik dia dekat bilik lain, sanggup aku berhimpit – himpit. Pernah dia haIang aku tapi aku tarik muka, sebab aku tak suka lelaki kasar – kasar.

Sampailah malam raya, suami aku ade pesan, “jangan suka sangat nanti menangis,” tapi aku jeling je kat dia. Aku buat tak tahu je, aku ni jenis gedik sikit, jenis suke terkinja, meloncat, berlari – lari, main bunga api sekali dengan anak – anak saud4ra.

Nak jadi cerita, aku terjatuh, sikit je jatuh, anak – anak menakan dok gelak kat aku, tapi tak tahu kenapa, aku yang mula – mula gelak sama tiba – tiba, aku rasa s4kit sangat, s4kit yang amat. Aku panggil – panggil suami aku, keadaan samar – samar memang tak nampak jelas, bila dah masuk rumah, adik ipar aku cakap ada d4rah, terus pergi kIinik.

Doktor cakap aku keguguran. Sedangkan, aku tak tahu langsung yang aku mengandung, dah 2 bulan lebih pulak tu, memang tak sedar langsung aku dah berbadan dua. Masa tu, suami aku cuma cakap, tak ade rezeki lagi, tapi aku tahu dia sedih, aku pon sedih.

Aku duduk kampung suami aku lama jugak, ada hikmah semua ni, kalau aku tak keguguran, mungkin sekarang aku akan masih menolak suami aku, aku mungkin akan abaikan dia. Pagi raya aku memang beraya dekat hospitaI lah.

Suami pon tunggu je, sangat – sangat terharu bila pagi raya, adik – adik suami datang hospitaI, suami aku yg konon bajet – bajet s4mseng tu salam peIuk tiap sorang adik dia dan mintak maaf, banyak lah drama air mata pagi tu.

Ada yang cakap, first time along peIuk lah, first time along mintak maaf lah. Drama. Tiap benda yang jadi, pasti ada hikmah. Yakinlah, walau buruk mana pun saat yang kamu lalui, pasti ada kebaikan dalamnye.

Komen Warganet :

Eris Na : Bersyukurlah dia baik dengan kau. Aku pulak yang geram dengan kau ni. Dia garang pun bersebab. Nak didik 6 orang adik perempuan bukan senang. Lagi – lagi yang degil. dahlah dia abang sulung. Ko ingat senang nak galas amanah dari arw4h ayah mertua kau? aduhaiiii.

Redzanur Rahman : Dia pernah kasar / pukuI / tengking kau? Tak. Kenapa kau nak fikir bukan – bukan pasal suami sendiri. Jauhilah prasangka buruk, dekat syurga kau plak tu. Dia kena tegas dan garang dekat adik – adik, terutamanya adik – adik perempuan yang belom kahwin. Bapak dia dah tak ada, tu tanggungjawab dia. Pikirlah balik

Omma Zaumar Dan Yusuf : Abang sulung atau kakak sulung memang la kene garang. Tak kisahlah macam mane cara pun janji tak sampai membvnvh orang. Awak pun satu, nak tegur biarla beradap. Biarlah dia selesaikan dengan family dia dulu, kemudian baru la turn awak kalau nak masuk campur pun.

Zainab Nafsiah Jenab : Lain kali jangan menyampuk kalau tak tahu hujung pangkal. Kalau dah adik dia jenis keluar dengan lelaki, tak dengar cakap mak, elok dia kena h3mpuk dengan abang dia sebelum dia bawak balik anak luar nikah.

Jangan sesekali jerit kat suami depan family dia. Laki aku pun garang giIa dengan adik beradik dia. Adik perempuan dia pernah kena h3mpuk sebab balik rumah dengan Ioveb1te penuh kat leher, giIa tak malu, padahal masa tu adik dia dah berlaki, tapi buat per4ngai konon tak bahagia, padahal giIa ke jantan lain.

Amira Azman : Hmm, jadi inilah yang dimaksudkan terima seadanya. Betul masing – masing ada personaliti. Bila kita tak tinggal serumah dengan dia, means kita belum kenal dia sepenuhnya. Walaupun kita bercinta atau berkawan bertahun – tahun.

Dan bila dia tunjuk diri dia, kat situlah kita kena belajar terima seadanya. Takpe, baik buruk pasangan mesti benda tu bersesuaian dgn kita. Sebab tu kita ni kena sentiasa bersedia utk terima seadanya pasangan kita nanti. Sebab mungkin apa yang kita tak suka, ada pada pasangan kita. Well mana ada yang sempurna. Dia panas, kita mungkin penyejuk. J0doh tu melengkapi kann..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?