Tiba2 sikap cikgu berubah, dia jadi tak suka aku. Rupanya sebab adik aku, cikgu pelik ‘bin’ kami tak sama

Masa tingkatan 1, cikgu selalu puji aku malah kami sangat rapat. Entah kenapa masa aku tingkatan 2, cikgu berubah. Rupanya kant0i aku anak luar nikah. Aku tak tahan dengan cikgu yang selalu cari salah aku dan maIukan aku depan orang ramai. Aku nekad balik rumah, dan pura – pura s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Hai dan asalamualaikum semua. Nama aku Nur (nama samaran) aku nak luahkan sesuatu yang dah lama aku pendam sejak aku berumur 15 tahun lagi. Ini tentang cikgu aku. Biarlah aku gelarkan dia sebagai cikgu H.

Aku tergerak hati untuk mencoret kisah ini kerana aku terkesan dengan kisah seorang guru yang viral sekarang. Aku sangat menyokong tindakan cikgu itu. Anak murid yang kurang sopan harus dididik jika tidak kelak masa depanya akan h4ncur.

Tapi tidak aku, aku anak murid yang sangat takut akan cikgu. Sehinggakan cikgu sendiri telah mematahkan semangat aku untuk belajar. Sekolah aku terletak di utara tanah air. Ketika aku di tingkatan satu, semuanya berjalan dengan baik.

Aku belajar dengan tenang, aku ceburi banyak bidang kokurikulum. Aku aktif dalam sukan. Aku merupakan pelajar dalam kalangan yang menyerlah. Aku ingat lagi pada waktu itu cikgu wanita itu mengajar kami sekelas mata pelajaran sejarah.

Aku pernah membentang kerja kumpulan di hadapan kelas. Cikgu Hani pada ketika selalu memuji kepetahan aku berkata kata. Aku sangat seronok belajar dalam kelas cikgu Hani. Namun semuanya berubah apabila aku melangkah kaki ke tingkatan 2, segalanya berubah sekelip mata.

Cikgu Hani selalu cari kesalahan aku. Dia merupakan guru kelas aku, aku ingat lagi ketika kami semua berbincang untuk melantik penolong ketua kelas semua majoriti kelas menyokong aku, tapi cikgu Hani membangkang sekeras – kerasnya.

Pelik bukan, kenapa per4ngai cikgu H berubah sekelip mata. Ini semua kerana, status aku sebagai anak luar nikah. Bagaimana dia tahu aku anak luar nikah? Selepas adik aku menjejakkan kaki ke tingkatan satu, bin kami tak sama. Menjadi kemusykilan buat semua guru – guru.

Sejak dari itu cikgu Hani selalu memandang jelek pada aku, ilmu yang dia curahkan buat kami sekelas tidak pernah lekat dalam jiwa dan minda aku. Mungkin kerana dia tidak ikhlas mendidik aku. Dia bukan saja pulaukan aku, sesiapa yang berkawan baik dengan aku juga dipulaukan olehnya.

Sehinggakan ramai yang menjauhkan diri dari aku. Aku malu. Aku segan. Allah saja yang tahu keadaan hati aku ketika itu. Aku merupakan pengawas pusat sumber, aku jalankan tugas aku seperti biasa, seperti yang termaktub di dalam jadual yang disediakan.

Kebetulan, cikgu Hani merupakan cikgu pusat sumber, jadi aku sekali lagi menerima pelbagai kritikan dari cikgu Hani. Sehinggakan aku tidak tahan dan ingin menarik diri dari menjadi pengawas. Aku maklumkan pada dia. Dia hanya tersengih.

Aku ingatkan segalanya akan terhenti di situ, rupanya tidak. Dia memanggil aku berjumpa dia di kantin sekolah, pelbagai kata – kata kesat dihamburkan kepada aku di hadapan pelajar dan guru – guru lain. Sehinggakan seorang guru di situ juga ikut memerli aku.

Ya allah, apa d0sa aku. Aku tak minta dilahirkan menjadi anak h4ram. Aku tak minta. Segalanya tidak terhenti di situ, sehinggalah pada suatu hari hati aku betul – betul remuk dan s4kit menerima segala perkataan sarkastik yang keluar dari mulutnya.

Aku nekad. Aku pulang ke rumah. Berlakon s4kit, tidak mahu ke sekolah. Badan aku penuh birat dibalun mak tapi aku tetap berdegil. Aku ingin berhenti belajar, akhirnya mak akur. Dan ya, aku berhenti belajar hanya kerana seorang guru yang berasa diri dia mulia. Tidak h1na. Yang berasa keturunannya juga akan mulia.

Cikgu, seandainya cikgu baca confession saya, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih untuk semua ilmu yang cikgu curahkan. Kerana kau yang bergelar cikgu masa depan aku gelap. Tapi sang pencipta itu maha kaya sungguh pun aku tidak berjaya menggengam segulung sijil spm, tapi aku masih mampu mencari rezeki yang halal.

Masih mampu membeli kereta. Makan pakai aku masih cukup. Tidak seperti yang cikgu hamburkan pada aku pada tarikh 4.5.14 cikgu mengelarkan aku tak guna, tapi aku masih berguna cikgu, aku masih mampu berbakti buat ibu ayah aku walaupun aku tidak bergelar cikgu.

Aku sayang semua cikgu yang pernah menabur ilmu buat aku. Aku menjadi manusia sekarang kerana cikgu – cikgu aku yang lain, yang sentiasa mendoakan dan menyokong aku. Yang sentiasa memberi kata – kata semangat untuk aku terus melangkah maju.

Cikgu Hani, semoga cikgu diampunkan oleh Allah atas semua kata – kata dan perilaku cikgu kepada aku. Sesungguhnya aku telah memaafkan mu. Kerana aku tahu. Cikgu juga masih bergelar MANUSIA. Buat guru – guru di luar sana, didik lah kami dengan ikhlas.

Tidak kira apa saja latar belakang kami, didiklah kami dengan sebetulnya supaya kami menjadi bangsa yang bermaru4h dan berilmu. Cikgu halalkan ilmumu. Aku tahu masih raai lagi cikgu yang baik dan betul – betul sayangkan pelajar. Semoga kebaikan itu dibaIas balik olehNYA. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Katifah Safer Ahmed : Sem0ga adik berjaya dan dipermudahkan segala – galanya. Adik seorang yang baik, alhamdulillah adik dapat buktikan pada orang sekeliling bahasanya tidak semua anak luar nikah ni tak berguna. All the best adik.

Pasal cikgu yang tak berhati mulia tu. Mudah – mudahan cikgu tu sedar atas kesilapan dia. Mungkin cikgu tu iri hati dengan adik walaupun adik anak yang tidak tahu asal tapi pandai tak macam anak cikgu tu sendiri.

Khairun Najmi Amir : Salam dik, kat sekolah cikgu pun banyak anak tak sah taraf. Setiap tingkatan mesti ada paling kurang seorang. Apa yang cikgu selalu pesan kat diorang ialah “kita memang tak boleh pilih keadaan kita dilahirkan tetapi kita boleh berusaha nak m4ti dalam keadaan macam mana. Pengakhiran hidup kita lebih penting dari asal usul kita.”

So buat adik confessor, maafkan sahaja guru H tersebut, doakan supaya cikgu H tersedar dari kesalahannya insyaallah hati adik lebih tenang. Fokuskan diri untuk menjadi lebih baik supaya sentiasa dipandang tinggi terutamanya di sisi Allah.

Abibah Semis : Kebanyakan ibubapa pelajar saya akan beritahu anak saya anak angkat. Terbiasa… bila ada yang daftar anak dengan nama bapa lain dari penjaga. Saya akan tanya, anak angkatkah? Dan saya kagum biasanya mereka mengaku.

Anak saya ni anak tak sah taraf cikgu. Penjaga tu memang ayahnya. Ada juga yang tidak berkahwin, malu cikgu. Biasanya itulah ungkapan mereka. Biasanya saya katakan pada mereka. Anak mereka suci dan bersih dan saya percaya mereka semua sudah bertaubat.

Allah tak menilai permulaan tapi pengakhirannya. Semua manusia berd0sa tapi sesal dari d0sa itu jauh lebih baik. Sepanjang saya mengajar, anak – anak begini baik dan cerdik. Macam mana pun mereka, kita tak boleh merendahkan mereka.

W Haslina : Saya pernah menjadi cikgu sekitar tahun 2001 – 2005. Pernah jumpa anak murid yang dijadikan anak angkat anak tak sah taraf. Tapi namanya budak tak pernah rasa h1na kepada mereka. Bila tengok layanan ibu dan keluarga angkat yang sangat menyayangi.

Bayangkan dalam sijil kelahiran tercatat di jumpai di tong sampah sekian. Rasa nak menangis. Rasa belas rasa sayang. Sejak tu memang bagitau suami tak kira ada anak atau tak nanti nak ambil anak angkat juga. Allah makbulkan doa dia pembuka rezeki keluarga kecil kami.

Kalau ditakdirkan ke depan anak saya pulang menangis beritahu cikgu h1na dia kerana anak tak sah taraf memang minta penampar lah cikgu tersebut. S4kitkan dia s4kitkan saya juga maknanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?