Tiga tahun saya bersabar, akhirnya saya angkat tangan menyerah kalah kepada anak-anak tiri

Sebelum saya kahwin dengan suami, duda anak tiga, semua anak tiri duduk dengan bekas isteri suami. Tapi bila saya kahwin, anak – anak tiri duduk dengan kami. Kehadiran mereka amat meny4kitkan hati. Pernah saya tegur, tapi saya terk3jut dengar jawapan dari mereka. Saya terp4ksa beli tv baru sebab mereka tak bagi anak – anak saya tengok.

#Foto sekadar hiasan. Pada pandangan saya masalah ibu tiri sama saja, biar macam mana baik pun anda, anda tetap ibu tiri. Kerana itu saya setuju kalau ada yang nasihat jika ibu tunggal yang mempunyai anak janganlah berkahwin lagi dengan bapa tunggal.

Sebab mereka bukan membina istana bahagia, sebaliknya mencipta huru hara dalam keluarga. Bertambah kaIut jika si ibu tunggal mempunyai anak – anak yang masih kecil dan perIukan perhatian.

Namun tidak dinafikan ada ibu dan bapa tunggal boleh bahagia dalam perkahwinan mereka, tetapi jumlah mereka mungkin dalam kadar satu dalam seribu.

Saya bercakap dari pengalaman sendiri, walaupun peristiwa ini sudah enam tahun berlalu, tetapi rasanya baru semalam saya lalui hari – hari yang menyiksakan itu. Akhirnya setelah tiga tahun bersabar, saya angkat tangan menyerah kalah kepada anak – anak tiri saya.

Walaupun mereka menang, tapi ingatlah dunia ini umpama roda sentiasa berputar, ada masa kita ke atas ada ketikanya kita di bawah, waktu itu rasakan s4kitnya, dan ingat setiap perbuatan kita sama ada baik atau buruk ada pembaIasannya dari Allah satu hari nanti.

Saya bercerai ketika dua orang anak saya masih kecil, ketika itu saya berusia 30 tahun, bekas suami nak kahwin lagi, jadi kami bercerai dengan baik, pada saya biarlah saya undurkan diri untuk apa saya bertahan jika suami tak sukakan kita lagi.

Saya tak suka panjat tangga mahkamah untuk kaunseling, minta nafkah dan sebagainya, biarlah saya tanggung anak – anak, kalau bekas suami beri nafkah Alhamdulillah, jika tidak jawablah di akhir4t nanti.

Kerana saya yakin Allah ada bersama orang yang terani4ya. Lepas cerai, kerana usia masih muda, keluarga cadangkan saya kahwin lagi, walaupun saya menolak awalnya, tetapi saya tak berdaya meIawan kehendak ibu yang mahu menj0dohkan saya dengan anak kawan lamanya yang juga seorang bapa tunggal.

Dua tahun lamanya bersabar, akhirnya saya nikah dengan dengan Mahdi. Katanya tiga orang anaknya dipelihara bekas isterinya dan dia berhak melihat anak – anaknya sebulan sekali, namun Mahdi tetap beri nafkah setiap bulan.

Mahdi minta saya berpindah ke KL kerana saya boleh mohon bertukar sedangkan syarik4t tempat dia bekerja tidak ada cawangan di tempat lain. Dan kami tinggal di rumah yang baru Mahdi beli, kerana rumah lama diserahkan kepada anak – anak dan bekas isterinya.

Kerana cerita awalnya tak ada masalah, maka saya pun bawa anak – anak ikut pindah sama. Tetapi setahun sahaja kami hidup aman dan bahagia, lepas itu keadaan berubah seperti diIanda angin t4ufan.

Sedihnya bila anak – anak saya mula disayangi suami sebagai pengubat hatinya, anak – anaknya sendiri mula rasa cemburu dan member0ntak. Kalau mengikut perjanjian anak – anaknya dibenarkan jumpa ayahnya sebulan sekali, tetapi akhirnya mereka minta sebuah bilik disediakan untuk mereka balik ke rumah kami.

Nasib ada bilik extra. Kalau dulu mereka datang cuma waktu cuti sekolah, tetapi akhirnya dua orang anak Mahdi terus tinggal bersama kami. Saya melihat masalah mula datang. Sebab kehadiran mereka amat meny4kitkan hati.

Pertama bilik tidur tak pernah berkemas, mereka tidak tahu cuci panggan makan selepas makan. Pakaian sekolah dan harian bertaburan di bilik, beg sekolah dan buku – buku bertaburan di meja tak pernah bersusun.

Sedang mereka bukan budak kecil sebaliknya sudah gadis sunti, dah sekolah menengah berusia 14 tahun dan 16 tahun. Mereka berbeza dengan anak – anak saya, bilik mereka bersih tak bersepah, mereka bantu berkemas lepas makan, buku sekolah tersusun. Itu didikan saya pada mereka sejak kecil.

Anak – anak Mahdi bila dinasihati mereka meIawan, “kalau kita orang nak buat semua benda tu apa guna makcik jadi isteri ayah kita?” Terk3jut saya. Walaupun saya cuba menasihati dan memberi tunjuk ajak yang baik, tapi mereka Iawan.

Saya bawa masalah ini kepengetahuan Mahdi, awalnya dia cuba nasihati anak – anaknya, tapi mereka tak ambil peduli. Dalam pada itu anak keduanya pandai memujuk ayah mereka.

Mahdi jadi lemah dan mengikut kata mereka maklum bimbang anaknya terganggu pelajaran sebab nak periksa PMR dan Mahdi takut anak tak sayangkannya lagi. Akhirnya saya makan hati, terp4ksa memasak atau membeli makanan bila balik pejabat.

Anak – anak saya jadi m4ngsa. Saya d3ra mereka bantu saya kemas rumah dan meja selepas makan, mencuci pinggan mangkuk dan mencuci pakaian gunakan mesin cuci walaupun mereka baru berumur 10 dan 12 tahun dan yang sulung nak periksa UPSR.

Awalnya anak – anak saya tidak member0ntak, tetapi bila dia lihat kakak tirinya langsung tidak membantu, mereka mula bertanya. Kalau periksa alasannya, dia juga bakal menduduki UPSR, dia terp4ksa belajar, tetapi mengapa dikerah berkemas rumah dan sebagainya, mengapa kakak tirinya tidak membantu?

Ketika itu saya memang tertekan, kena uruskan rumah, menyediakan makan minum pagi dan malam, berkemas, hantar anak ke tusyen sedangkan anak – anak tiri duduk depan tv. Tambah kecewa suami sering mengadu tak cukup duit sebab kena bagi nafkah, sedangkan anak – anaknya tinggal bersama kami.

Untun membantu Mahdi yang selalu ‘kering’ saya terp4ksa keluar duit. Kata Mahdi anak – anaknya sudah besar perIukan banyak duit untuk transport ke sekolah, duit saku setiap hari, tusyen dan sebagainya.

Dalam pada itu Mahdi tak berani kurangkan nafkah anak – anak, dia tetap membayar seperti biasa, kadang – kadang lebih seperti Hari Raya. Mahdi memang suami yang baik, tetapi kebaikannya menyusahkan saya.

Apakah saya mesti bantu dia beri nafkah untuk anak – anaknya. Sedangkan saya perlu tanggung anak – anak saya sendiri sebab tak dapat nafkah dari bekas suami. Hidup saya ketika itu memang tertekan itu belum masuk kerenah anak – anak Mahdi yang suka melepak dengan kawan – kawannya konon nak belajar bersama, tetapi mereka enjoy menonton wayang.

Kalau di rumah mereka control remote TV sedangkan TV itu saya punya. Untuk mengelakkan anak – anak saya merajuk, saya terp4ksa beli tv lain untuk mereka. Itu belum masuk bayaran tambahan kepada Astro jika mereka menonton wayang di tv.

Adakah mereka sedar saya yang bayar duit Astro setiap bulan, bukan ayah mereka? Semua perbelanjaan itu belum masuk belanja untuk beli pakaian mereka yang berjenama.

Agaknya inilah sebab ibu mereka sendiri tak sanggup uruskan hal anak – anaknya maka dia biarkan mereka tinggal dengan kami. Mahdi pula kerana nak jagi hati anak – anak dia terp4ksa sediakan segala – galanya walaupun terp4ksa berhutang kad kredit.

Bila perbelanjaan bertambah, hutang meningkat, hidup mula tak tenang, kami sering berbaIah semuanya kerana anak tiri. Anak – anak Mahdi kalau makan mahu yang sedap kalau lauk di rumah tak menepati selera, mereka oder Pizza atau McD.

Mereka sanggup makan depan anak – anak saya langsung tak pelawa. Bila nak bayar minta pada Mahdi. Anak – anaknya tidak pernah diajar menabung, berjimat apa lagi bersifat tolong menolong. Mereka hanya pentingkan diri sendiri.

Kerana keadaan terdesak saya terp4ksa hantar anak – anak duduk dengan emak supaya ringan beban saya, tetapi keadaan tambah p3rit bila bekas isterinya desak supaya hantar anaknya ke kolej swasta yang memerIukan belanja lebih besar.

Sedihnya Mahdi mengikut tanpa beri nasihat dan tanpa melihat kemampuan diri sendiri. Sebab takut anak tak sayangkan dia. Bila keadaan bertambah teruk saya terp4ksa angkat kaki minta Mahdi lepaskan saya.

Niat saya dapat membawa anak – anak kembali tinggal bersama saya di KL tanpa berkongsi rumah dengan adik – beradik tiri. Kesimpulannya memang tidak ada baiknya ibu tiri biar macam mana baik si ibu tiri cuba tunjukkan

Komen Warganet :

Kamisah Umi : Saya punya side pulak, kata bekas isteri dia nak jaga anak yang dah besar. Anak umur lelaki 10 tahun tak boleh jaga. Sebab nak jaga aur4t anak perempuan dia. Boleh ke gitu?

Niknoor NYusoff : Sedih! Amalan agama yang terabai oleh kepala keluarga merugikan masa depan anak – anak!

Fatimah : Nasib baik puan cepat bertindak keluar dari rumah tu. Mungkin bekas isteri sengaja suruh anak – anak tiri tu datang tinggal satu rumah dengan awak untuk ‘buIi’ awak. Ataupun memang mereka ada niat untuk pisahkan awak dan suami.

Biasanya bekas isteri akan takut, kasih sayang dan nafkah dari bekas suami ni akan terputvs bila dah kahwin lain. Yang jadi m4ngsa mestilah isteri baru. Tapi sepatutnya sebagai suami dan ayah, suami awak kena pert4hankan awak dan bertegas dengan anak – anaknya.

Apa kata anda?