Tiga tahun saya tersiksa tanggung anak2 tanpa nafkah, saya nekad buat keputusan ‘k3jam’ untuk anak2

Gaji saya memang tak cukup nak sara anak – anak tambah lagi bekas suami tak bagi nafkah. Saya sampai jumpa dengan ibu mertua untuk bantu nasihatkan anaknya, tapi dia tak nak masuk campur. Sampailah ada kawan-kawan nasihat saya untuk buat tindakan ‘k3jam’ ini. Terk3jut beruk bekas suami saya datang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi buat semua pembaca. Nama saya Ashiqeen, di sini saya ingin berkongsi pengalaman membesarkan anak – anak tanpa nafkah dari ayah mereka.

Benar cerita ini bukan cerita baru, kerana ramai ibu tunggal di luar sana hadapi pengalaman pahit membesarkan anak sendirian khususnya jika si ibu tidak bekerja tetap, tinggal di bandar dan kalaupun bekerja gaji tak mencukupi untuk tanggung anak dalam dunia hari ini.

Memang dulu saya hadapi masalah yang sama gaji tak banyak, anak 3 orang semua sudah bersekolah, berbeIas kali saya ke pejabat agama, naik mahkamah syariah masih gagal, sebab bekas suami, Hekal tak datang dan bicara ditangguh berkali – kali.

Bukan saya tak usahakan pergi jumpa Hekal di pejabat, tapi sampai pintu saja pengawal tak benarkan masuk, katanya ini pejabat bukan mahkamah syariah. Urusan peribadi tolong bereskan di luar pejabat.

Saya tahu itu bukan suara ketua pejabat tetapi arahan Hekal kepada pengawal. Mestilah mereka kawan baik. Berkali kali saya telefon dan tunggu di luar pejabat siap bawak anak lagi sebelum pergi sekolah sebeIah tengah hari tetapi hampa.

Hekal tak dapat dikesan, saya tak tahu macam mana dia masuk pejabat. Agaknya ada pintu belakang kot? Kerana bosan dengan semua masalah ini bertahun – tahun masih tak selesai saya jumpa bekas mertua, ceritakan masalah saya.

Jawapan yang keluar dari mulutnya memedihkan telinga, “itu urusan engkau suami isteri, aku tak boleh campur. Kalau nak mintak nafkah pada aku memang aku tak berduit. Kau carilah dia!”

Tujuan saya datang bersama anak – anak bukan nak minta duit mertua saya, tetapi berharap mertua saya dapat nasihatkan anaknya supaya ingat tanggungjawabnya kepada anak – anaknya sendiri, bukan anak tiri?

Masalah kami berg4duh semasa Hekal bercinta dan berkahwin dulu sudah saya lupakan walaupun s4kit hati. Tetapi saya terima Qada dan qadar Allah bahawa dia bukan j0doh saya hingga ke akhir hayat.

Hanya satu permintaan saya tolong bagi nafkah anak – anak. Sebab gaji saya kecik, sedangkan anak – anak perIukan belanja ke sekolah, tambang bas, makan minum, yuran sekolah, duit tusyen dan pakaian.

Tiga tahun lamanya saya tersiksa menanggung anak sendiri, mana nak bayar sewa rumah, bil air dan letrik. Akhirnya kerana terlalu susah seorang kawan nasihatkan saya supaya hantarkan saja anak – anak ke rumah ayahnya biar dia yang jaga dan dia akan tahu berapa banyak belanja dia harus keluarkan untuk besarkan anak.

Sebelum buat keputvsan yang amat k3jam itu saya berbincang dengan anak – anak, ketika itu yang sulung dalam tingkatan satu, kedua darjah enam, dan yang kecil darjah empat.

Memang mula – mula mereka tak mahu kerana mula bencikan ayahnya sebab hidup tidak seperti dulu, sekali sekala dapat makan kfc atau Mcd. Tetapi setelah kahwin baru ayahnya tak pernah belikan baju raya, kalau datang pun cuma sesekali hulurkan RM10 seorang. Dia datang ketika saya bekerja.

Anak lelaki sulung saya walaupun tak suka, katanya dia akan cuba tinggal dengan ayah dan bawa adik – adik bersama. Mungkin ayah boleh sayang mereka seperti dulu, dan dia akan pastikan adik – adik tidak dipukuI oleh ibu tiri macam cerita dalam filem zaman dulu.

Walaupun sedih, tetapi saya terp4ksa lepaskan mereka sambil mengingatkan jika mereka tak suka mereka boleh kembali semula duduk dengan saya, biarlah kami sama – sama makan bubur atau makan Maggie.

Saya sendiri bukan pekerja tetap. Kerja kontrak menggantikan orang. Bila habis kontrak saya terp4ksa cari kerja tempat lain yang memerIukan khidmat saya. Kalau jauh sangat dari rumah saya terp4ksa tolak, sebab tambang bas mahal.

Terk3jut beruk Hekal bila anak – anak saya hantarkan. Katanya apartmennya kecil mana anak – anak nak tidur. Adakah saya tinggal di banglo? Tapi Ezzey anak kedua saya kata mereka boleh tidor di ruang tamu.

Masam mencuka isteri Hekal. Saya nekad tinggalkan mereka sebab ketika itu sudah sebulan saya tak bekerja. Saya dah pokai! Menurut cerita Along dan Ezzy petang itu ayah dan ibu tirinya berg4duh sebab tak suka anak – anak tiri tinggal dengan mereka.

Lagipun rumah itu milik isteri Hekal. Tiga hari mereka tak ke sekolah. Sebab tak ada duit tambang. Akhirnya ayahnya hantar juga ke sekolah sebab tak larat berg4duh dengan isterinya. Tiap – tiap hari mereka makan nasi bungkus atau mi.

Ibu tiri tak masak sebab sengaja balik lambat. Tengah hari makan di sekolah. Hari Sabtu dan Ahad hari meny4kitkan telinga sebab Hekal mesti bertengk4r dengan isterinya. Selepas sebulan Hekal hantar anak – anak ke rumah saya.

Tetapi ketika itu saya sudah pindah tinggal dengan kawan baik saya. Rumah dah kosong. Akhirnya dia telefon minta saya ambil budak – budak. Saya katakan saya tak ada rumah sebab tak mampu bayar sewa.

Hekal berjanji akan bayar nafkah. Kerana tak mahu tertipu lagi saya suruh dia carikan rumah sewa dan tolong bayar nafkah tertunggak paling kurang RM5,000. Saya berharap dengan duit itu dapatlah saya jaga anak – anak sementara dapat kerja lain.

Dua bulan lamanya saya menunggu jawapan dari Hekal, tetapi hampa. Satu hari ketika saya jengok anak – anak di sekolah, Ezzy beritahu tahun depan mereka akan bersekolah di kampung duduk dengan nenek. Terk3jut saya.

Saya tanya apakah mereka suka. Memanglah tak suka, tetapi mereka mahu cuba. Kata Along, dia akan belajar pandai – pandai supaya dapat masuk asrama. Ketika tingkatan empat nanti. Begitu juga azam Ezzy.

Mereka akan tunggu sambil jaga Ateh supaya dia pun boleh masuk asrama bila naik tingkatan satu. Begitu kuat azam anak – anak saya. Memang saya tak sangka sungguh. Tetapi saya sedih terp4ksa terpisah dengan anak – anak.

Tetapi apakan daya. Nak minta tolong emak bapak saya anak yatim piatu. Adik beradik bukan orang senang. Inilah akibatnya kalau tak ada kerja tetap, nasib kita tak terjamin. Suami bukan tempat berg4ntung.

Dulu saya ada kerja tetap tetapi suami suruh berhenti sebab anak – anak tak ada orang nak jaga. Sekarang ini nasib saya! Walaupun jauh tetapi kami anak beranak sentiasa berhubung. Ezzy cerita nenek membeza – bezakan mereka tiga beradik dengan sepupu mereka yang lain.

Semuanya berpunca kerana ayah mereka tak bagi duit. Nenek selalu bersungut marahkan ayah menyusahkan hidupnya terp4ksa jaga cucu sudahlah tak bagi duit belanja makan minum. Sebenarnya mertua saya bukan orang miskin.

Dia dapat duit pencen suaminya yang sudah meninggaI dunia. Selain itu anak – anaknya yang lain ada beri duit setiap bulan. Mungkin Hekal tak bagi duit itu yang membuatkan emaknya marah.

Cerita Ezzy lagi kalau sepupunya datang, mereka 3 beradik tak dapat makan sedap yang nenek masak sebaliknya mereka disuruh duduk dalam bilik baca buku. Mereka boleh keluar setelah semua orang dah balik.

Kalau mereka bermalam. Lepas semua orang makan baru mereka boleh makan. Saya menangis. Tetapi Ezzy kata, perbuatan nenek membuat mereka berazam belajar bersungguh – sungguh.

Syukur, kini Along dan Ezzy dah masuk kolej dan universiti, Ateh di sekolah berasrama penuh. Azam mereka jaga saya bila bekerja nanti. Doa saya hajat mereka tercapai. Saya bersyukur kini saya dapat kerja tetap walaupun gaji kecil.

Kini rumah flat saya tempat kami berkumpul. Nenek mereka sesekali menyindir marah kerana mereka tak mahu balik kampung lagi. Siapa patut dipersalahkan. Budak – budak sudah besar mereka boleh berfikir samada mereka disayangi atau tidak.

Apa kata anda?