Tinggal Anak Dalam Stroller Masa Hari Hujan & Dijadikan Peminta Sedekah Sebab Nak Bayar Hutang Ah Long.

TuIar dilaman facebook hari ini apabila seorang lelaki menggunakan akaun Joe Bagan memuat naik gambar seorang kanak-kanak lelaki berumur 3-4 tahun sedang meminta sedekah.

Anak kecil tersebut ditinggalkan bersendirian seorang diri di dalam stroller dan dibiarkan dalam keadaan hujan renyai. Menurutnya, bapa kanak-kanak berkenaan terpaksa membuat perkara tersebut untuk membayar hutang sebanyak RM38 sehari yang dipinjam daripada AhLong. Jumlah hutang sebenar tidak diketahui.

Katanya lagi kejadian tersebut berlaku di Uptown Perda, Kedah. Taktik yang digunakan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini dengan mengumpan anaknya bertujuan untuk ‘mengaburi’ perhatian dan belas kasihan orang ramai.

Bapak har4m jadah!!!..sendiri buat hutang xleh bayanq pakai anak mintak sedekah..

Kes kat uptown perda tadi…

Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak tersebut yang sanggup mempergunakan anak sekecil ini semata-mata untuk membayar hutang Ah Long.

Allahu. Kenapa amanah Allah kamu mk bapa buat mcm ni. Mcm mana Allah nak jaga kamu kalau amanah Allah tak jaga. Sampai hati jadikan anak hamba cari duit kamu.

Sejenis mahkluk yang xda hati perut..anak hang kot..smpai hati la sanggup buat anak sendiri lagu tu..benda boleh keja..la keja kdai makan pown blh 30,40.. kalau diri sendiri sampai xda jalan nak usaha kuar dri kesusahan sampai mampuih la hang lagu tu.. kesian kat anak2..mak pak pnya angkara ank jd mgsa…

Malah mereka turut memberi cadangan agar orang ramai membuat laporan kepada pihak yang berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Sumber fb Joe Bagan


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..