Sepanjang saya pergi kerja, mak mertua memang tak akan masak, tak akan usik kerja rumah. Dia malas yang melampau. Kami pasang CCTV nak tengok apa dia buat dekat rumah. Dia rela tak makan, sanggup tunggu saya balik masak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca dan terima kasih buat admin yang sudi siarkan confession saya. Saya terasa ingin meluahkan dan menerima nasihat terbuka dari kalian semua. Saya seorang isteri bekerjaya, belum ada zuriat, dan tinggal di rumah mertua.
Suami saya anak tunggal lelaki, ada seorang kakak kakak yang tinggal di negeri berlainan dengan kami. Lepas kahwin, memang dia jarang sangat balik sini sebab mak mertua saya tak suka suami dia. Jadi, memang dah jadi tanggungjawab suami dia untuk tinggal dan jaga syurganya.
Mak mertua saya dah berumur 70-an, normalkah dia ada sifat yang cerewet dan maaf cakap macam malas yang melampau. Kami pasang cctv di rumah, senang nak pantau keadaan mak semasa keluar bekerja. Bayangkan, setiap pagi suami saya akan beli sarapan untuk kami.
Kadang – kadang saya buat sarapan sebelum pergi kerja, tapi mak mertua akan komplen katanya jemu makan makanan asyik ulang – ulang yang sama. Harini nasi goreng, esok mee goreng, lusa mihun goreng, begitu lah ulang – ulang.
Saya sendiri pun tak tahu nak masak apa, takkan nak masak spaghetti, nasi kerabu, nasi dagang pagi – pagi, mana saya sempat. Jadi, saya cakap kat suami bla bla bla.. Sebab macam umi saya, dia lebih suka masak sendiri. Tapi yela, sifat orang lain – lain, saya faham.
Sepanjang saya pergi kerja, dia memang tak akan masak, tak akan usik kerja rumah. Ya, saya bukan nak suruh mak mertua jadi orang gaji, tak sama sekali. Cuma saya terfikir dia tak bosan ke, saya tengok kat CCTV dia lebih masa untuk tidur dari kami keluar bekerja, sampai pukuI 2, 3 baru bangun mungkin solat zohor.
Setiap hari macam tu kalau ada masa terluang dia akan main hp, ataupun oncall dengan kawan – kawan dia. Dia sanggup tak makan sepanjang kami keluar bekerja, tunggu saya balik kerja pukuI 5, baru saya masak dan dia makan.
Saya kadang – kadang penat, saya cuma berharap mak mertua masakkan nasi je, kemudian tolonglah keluarkan lauk untuk masak dari peti, nanti saya uruskan yang lain tapi memang bila saya balik memang takde apa. Pernah sekali dia marah saya, sebab tak kemas dapur lepas masak.
Saya diam je, saya tahu salah saya, tapi bukan saya sepahkan dapur, cuma ada kesan – kesan sambal yang terpercik dan saya tak sempat nak lap. Saya rasa macam sedih, saya dah la penat bekerja, balik saya yang masak, bila saya lambat tersilap sikit kemas, terus kena marah.
Mungkin ini nasib seorang menantu yang menumpang. Lagi satu, yang ini memang antara dia dengan Allah tapi saya tertanya – tanya logik ke andaian suami saya. Setiap kali mak mertua tak sihat, dia akan tinggal solat, dari subuh sampai isyak, tapi kadang – kadang dia boleh keluar pergi mengaji, pergi rumah kawan, tapi balik rumah melepek tak solat, kalau dia sihat, baru dia qada solat – solat yang dia tinggal.
Kalau pergi jalan – jalan pun dia tak nak solat dia kata seluar kena k3ncing la, apa la.. Tapi boleh kan bawak kain batik. Solat tu kan wajib. Tapi suami saya tak daya nak tegur sebab setiap kali tegur akan disudahi dengan perg4duhan.
Suami saya cakap mak dia jadi macam tu sebab kena buatan orang, saya kata pulak, kalau kena buatan orang kenapa ada masa solat, ada masa tak solat, lepastu kenapa tak gi berubat. Saya selalu cakap kat suami, seronoknya kalau ada rumah sendiri, rumah sewa, kecik pun takpe.
Saya tahu suami mampu tapi mak dia sendiri dah cakap kalau ada niat nak duduk rumah lain, bawak mak sekali. Rumah yang ada ni sekali sekala kita balik tengok. Saya macam apa function saya duduk rumah lain, kalau saya masih kena mengadap dia.
Bulan puasa ni, ada masa saya ada majlis berbuka dengan family. Suami akan join sekali, bila ajak mak mertua, dia kata dia tak suka bukak puasa di luar, susah nak solat. Takpe, saya faham. Saya nak tolong orderkan kat foodpanda, dia tak nak.
Dia kata nanti dia masak sendiri. Tengok – tengok tak sempat balik lagi, dia call suruh tapau nasi goreng, dia bagitahu yang dia tak masak, dia berbuka minum air dan makan roti je. Saya sendiri taktahu ni sifat normal orang tua sebab dia dah tua atau memang dia sendiri yang malas? Yang masih bersabar, – Si Tulip (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Tun Ramos : Dear confessor, Wanita umur 70-an memang begitu. Cerewet seperti anak – anak. Nanti masuk 80an dia akan hilang kudrat, mungkin akan bertambah cerewet. Sesekali panggil lah tukang urut perempuan untuk urut badan ibu mertua.
Orang tua badan s4kit – s4kit tapi tak tahu macam mana nak handle. ‘Kesian kat dia’. Pasak kata – kata ini setiap kali berhadapan dengan orang tua. Muka senyum. Insyaallah Allah beri hati yang lapang untuk menantu solehah.
Tentang solat, cukup beri ingatan. Jika dia enggan, biar kan lah. Itu urusannya dengan Penciptanya. Tak perlu panjangkan sehingga jadi bahan g4duh dengan suami. Abaikan ‘nasihat yang menghasut’. Memang bukan tanggungjawab menantu untuk jaga ibu mertua. Tetapi itu lah ladang pahala anda untuk buat amalan baik kepada suami. Kalau larat, buat lah baik – baik. Kalau tak larat, masuk bilik berehat. Hidup bahagia pilihan kita.
Siti Noormala : Memang bukan tugas menantu untuk jaga mertua tapi sis kalau kita sayang suami dan tahu itu syurga dia. Sabar lah.. orang tua memang begitu sifatnya. Nanti dah masuk 80an ada macam – macam ragam lagi.
Kuncinya sabar itu je.. actually kadang – kadang dia nak attention. Suami pun kan memainkan paling banyak peranan untuk layan mak dia kita ni isteri sekadar tolong yang termampu. Ikhlas dan sabar je sis. Banyak nanti rezeki datang allah ganti.
Anggap la itu ladang pahala kita bantu suami. Sis takkan menyesal bila mertua telah tiada nanit. Masa nikmat rezeki yang Allah bagi di depan mata baru sis akan faham. Doa yang baik – baik untuk suami juga mertua. Insyallah all is well nanti.
Nana Mohamed : Kalau dah masuk 70an, dah sampai peringkat jadi baby balik. Based on pengalaman saya dengan my syurga, memang memerIukan kesabaran yang tinggi. Macam budak, bila pi mall, serba serbi nak cuit itu ini, kat rumah, sepah sana sini.
Tapi alhamdulillah, bab solat tak pernah miss. Malah tertanya – tanya, dah masuk waktu ke belum. Bab masak, macam yang lain – lain komen, dah 40 tahun lebih dia duk dapur. Dah tiba masa dia pencen. Saya bagi contoh kawan saya, dia rela bangun awal – awal pagi untuk masak.
Kalau rajin, dia masak breakfast dan lunch sahaja. Kalau tak, dia masak lunch jer. Breakfast beli kat gerai pagi. Mintak kerjsama daripada suami untuk ringankan beban. Yang penting, both of u kena give and take. Banyakkan bersabar. In Sha Allah, besar ganjarannya jaga orang tua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.