Setiap bulan suami bagi semua gaji dekat saya tapi sudah hampir setahun dia tipu

Suami memang jenis pendiam tapi tu la orang kata, orang diam ni diam2 berisi. Pada satu hari saya buka wasap suami dan nampak gambar suami atas katil sama perempuan tu dan budak lelaki. Masa tu la suami mengaku itu adalah..

#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Hide kan fb saya ye, terima kasih. Ada khabar angin yang saya dengar suami berhubungan dengan isteri orang. Saya tanya suami dan dia menafikan sekeras – kerasnya khabar angin tu.

Kemudian perempuan tu mengandung dan selepas melahirkan anak dia diceraikan suaminya. Terdetik juga naluri saya adakah hal ini ada kaitan dengan suami. Saya berdoa pada Allah dan mengharapkan agar semua ni tiada kaitan dengan suami saya.

Sebab saya fikir tak kan masih ada isteri orang sanggup buat macam tu. Tapi tak, tu la namanya perempuan murahan. Pada satu hari saya buka wasap suami dan nampak gambar suami atas katil sama perempuan tu dan budak lelaki.

Setelah didesak masa tu la suami mengaku tu anak luar nikah hasil hubungan mereka. Bertahun mereka sembunyikan hubungan h4ram mereka. Pada masa tu kandungan saya 4 bulan, Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu dan syukur la Allah Iindungi kandungan saya.

Saya bagi kata dua, dia pilih saya atau perempuan tu. Dia pilih saya yang konon dah berbeIas tahun hidup susah senang bersama. Tapi dalam diam mereka tetap juga berhubung. Saya dah jumpa dengan perempuan tu, nasihat elok – elok, m4ki dah, t4mpar pun dah, semua sudah.

Satu hari perempuan tu pindah ke daerah lain, konon katanya mahu jauhkan diri dari suami saya. Saya sangat berharap setakat tu saja hubungan mereka. Tapi, suami ada membawa balik barang (rahsia) tertera nama perempuan tu dan naluri saya dapat rasakan sesuatu.

Saya mendesak dan minta dia berikan penjelasan dan akhirnya suami mengaku sudah bernikah dengan perempuan tu hampir setahun. Ya Allah. betul – betul Allah menguji saya. Suami tidak pernah abaikan tanggungjawab dia bab belanja.

Semua gaji dia serahkan pada saya dan belanja dia dengan bisnes sikit – sikit yang dia buat. Suami saya ni kira jenis manusia baik la juga, tak pernah tinggikan suara atau naik tangan pada saya. Suami memang jenis pendiam tapi tu la orang kata, orang diam ni diam – diam berisi tapi bukanla semua macam tu kan.

Sejak kejadian tu hubungan kami m4kin renggang dan kurang bercakap dan hanya bercakap kalau ada hal – hal yang penting je. Kalau g4duh ke term4ki ke hanya dalam wasap je. Depan anak – anak kami macam biasa.

Kena berlakon la juga kan. Tiada lagi senda gurau gelak tawa antara kami. Saya rindu suasana seperti dulu, tapi apakan daya. Mungkin hati saya s4kit yang buat hilang rasa sayang pada dia. Selepas melahirkan anak, suami langsung tak sentuh saya.

Selalu tidur berasingan, tidak mengapalah itu sudah tidak penting bagi saya. Saya fikir yang penting dia tak lupa nafkah untuk saya dan anak – anak. Kami kerja kerajaan. Dan dia bernikah tanpa persetujuan saya dan tanpa kebenaran majikan.

Mungkin dia tak fikir masa akan datang, dia fikir seronok sangat dah tu dapat hidup dengan perempuan yang dikejarkan sangat. Saya fikir masa akan datang kalau perempuan tu mengandung. Kalau suami m4ti memang lagi panjang cerita.

Memang saya boleh undur diri sebab saya pun bekerja tapi berat untuk saya buat keputvsan macam tu sebab anak – anak masih kecil dan mereka memerIukan kasih sayang dari seorang ayah, lebih lagi si kecil manja sangat dengan bapaknya.

Saya rasa biar la dia dengan kehidupan dia nak buat apa pun. Kami tetap bersama demi anak – anak. Saya cari kebahagiaan sendiri bersama anak – anak saja la. Apa pun yang terjadi sekarang ni saya perlu kuat demi anak – anak dan apa yang rasa perlu dalam hidup ialah cari keredhaan Allah dan kumpul amalan untuk bekalan saya m4ti nanti.

Hati saya h4ncur luIuh berkec4i, tapi apakan daya benda dah terjadi. Berserah segalanya pada allah. Allah maha adil, maha kaya dan setiap apa yang juga terjadi pasti ada hikmahnya. Kepada suami andai kamu mampu berlaku adil atau tak, kamu mampu atau tak bimbing anak isteri kamu dunia akhir4t tu urusan kamu sama Allah. Dia la yang akan menghitung segala baik atau buruknya perbuatan kamu.

Komen Warganet :

Nur Zahiella : Dah laa nikah lain. Tak sentuh dah pulak tu. Angkat kaki bIah ja kak. InshaAllah kak kuat. Mungkin permulaan ni ja akan rasa beban dan berat. Simple ja benda ni, kalau rasa bawak mud4rat pada diri jangan dok tunggu. Tapi kalau rasa semua ok semua cukup, kena belajaqlaa untuk ikhlas dan redha.

Reham Zaedy : Buat confessor kalau awak baca komen saya tolong pertimbangkan. Ikut pengalaman saya, tak rugi berk0rban kasih bercerai. Sebagai anak penceraian bukan masalah kalau puan boleh surv1ve sendiri. Didik anak sendiri. Lebih baik cerai daripada k0rbankan diri, kesihatan mentaI, d0sa pahala.

Percayalah kalau puan teruskan perkahwinan tu ibarat atas kertas je. Bayangan masyarakat. Sedangkan puan, anak puan akan hidup tak bahagia. Mula langkah fasakh. Keluar cari rumah sewa kecil stay sorang. Lepas cerai cerita hal sebenar kepada keluarga.

Insya-Allah, Allah mudahkan. Ikut Islam berz1na dengan suami orang dan isteri orang d0sa besar sampai dapat anak luar nikah plak tu. Puan nak bersek0ngkol sekali?. Nope undur diri. Ramai lagi laki baik kat luar.

Stay dalam nikah T0xic amat rugi bahkan berd0sa sebab banyak nafkah dan tanggungjawab tak terjalan. Hari – hari dapat d0sa. Please pergi sendiri fasakh. Tak perlu minta izin. Kalau dia tak nak cerai sekalipun taIak akan jatuh sendiri nanti. Please keluar dari masalah mereka.

Rayyan Rayyan : Ya Allah, sabarnya awak. 1 je nak cakap kalau nak anak masih berkasih sayang dengan bapa mereka redhalah suami poIigami, walaupun berat. Semuanya dah brlaku, suami pun mampu. Itulah saham akhir4t awak walaupun s4kit hati awak.

Segalanya dah pun berlaku tak boleh undur balik, teruskanlah. Sama ada nak bercerai atau terima poligami. Betul anak-anak kecil kita faham perasaan mereka, tapi sebelum tu kena faham perasaan sendiri dulu, sebab keputvsan yang dibuat melibatkan anak – anak. Hanya mampu berdoa untuk awak temui jalan penyelesaian dengan mudah, Amin

Mino Onim : Ingat, bercerai bukan satu penghakhiran sebuah kehidupan, mungkin sebuah langkah pertama dalam sebuah perjalanan yang baru. Jangan takut kerana tidak mampu. Kerana Tuhan tak akan menguji seseorang manusia melebihi kudrat seseorang itu . Apapun saya doakan yang terbaik untuk sis

Nor Adila Ali : Jelas – jelas suami tidak berlaku Adil dari segi nafkah zahir dan batin TT. Untuk apa di tunggu lagi, dah la suami tu berz1na dengan Isteri orang dan terhasilnya anak luar nikah. Dia dah tak pernah sentuh awak lagi TT… Kesiannya awak, kalau awak dah cerai pun nanti masih akan dapat nafkah anak – anak.

Buat apa TT siksa hati, jiwa dan raga awak untuk suami yang d4yus dan penz1na macam tu TT. Awak berhak untuk bebas dan bahagia. Kenapa biarkan awak menjeruk rasa sedangkan suami berseronok bahagia dengan wanita murahan tu.. Walaupun dah bercerai TT ik4tan kasih suami dan anak – anak tidak akan putvs TT.. Jangan biarkan maru4h awak dipijak – pijak TT.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.