Bukak hadiah kahwin dpt seterika je, makcik aku tolak dgn kaki. Sampai satu kotak kecil, dia menjerit terk3jut

Biasalah bila malam akan ada majlis buka hadiah oleh pengantin. Kami adik beradik semua berkumpul keliling pengantin. Makcik aku boleh buat muka bila dapat hadiah ‘biasa – biasa’, siap tolak dengan kaki je. Sampailah ada satu hadiah kotak kecil, dengan sampul plastik Milo. Bila bukak makcik aku terus menjerit..

#Foto sekadar hiasan. Sejak majlis kahwin dah boleh buat semula, keluarga sebeIah ibu aku memang ramai buat kenduri. Kami ni orang Jawa. Faham – faham sajaIah bila buat kenduri kahwin, memang sangat meriah. Tidak mewah tapi jemputan yang terdiri dari orang kampung dan sed4ra terdekat tu hav0c giIa.

Ramai – ramai datang merewang sambil gurau – gurau p0tong sayur. Cuma dah norma baru, suasana ramai tu tidaklah segiIa macam dulu. Dipendekkan cerita, makcik aku yang merupakan anak bongsu dalam keluarga mak telah bernikah minggu lalu.

Umurnya 33 tahun. Jumpa j0doh sedikit lambat padahal dulu kami kenal dia ni banyak juga bercinta. Itulah j0doh siapa yang tahu. Pendekkan cerita malam selepas majlis kahwin habis dibuat, kami memang ada 1 tradisi buka hadiah kahwin ramai – ramai.

Masa tu pengantin akan duduk tengah dan keluarga lain perhatikan untuk buka satu – satu. Jadi seperti biasa ada yang berikan gelas, pinggan, tuala, lain – lain. Tapi keadaan jadi kurang seronok sebab si pengantin ni mula merungut macam

“Ala barang – barang biasa je ni dia bagi” Masa tu dia buka hadiah macam tupperware, seterika, blender semua. Muka dia memang takde excitement langsung seolah – olah tak berpuas hati dengan hadiah pemberian orang tu.

Mula – mula aku sangka baik mungkin pengantin penat agaknya siang tadi bersanding. Tapi sampai ke tahap tidak menghargai hadiah tetamu, agak disturbing juga. Bila mereka k0yakkan sampul hadiah dan dah nampak sipi – sipi apa benda, diorang akan ke tepikan pakai kaki je.

Bayangkanlah andai kata pemberi hadiah tu di kalangan sed4ra yang tengah tengok sesi tu? Mungkin kecil hati agaknya. Hadiah pula ada yang tulis nama ada yang tidak. Paling menusvk sekali bila dia terbuka hadiah orang berikan frame gambar.

Boleh pula mereka kata : “Eh dah tahun 2021 pun ada lagi orang bagi hadiah macam ni” Lepas tu terus hulurkan hadiah tu pada nenek sebab mereka rasa tak suka. Katanya tu HADIAH ORANG TUA PADANLAH. Bila buka lagi nampak hadiah jam dinding, berulang – ulang ayat sama dik4takan. Hadiah klise and bosan katanya.

Masa ini aku dah mula jengkel tapi diamkan sajaIah. Tapi sesekali aku lirik mata pada mak kat sebeIah dengan pandangan t4jam menggambarkan betapa kami rasa tak selesa dengan respon pengantin yang tak hargai pemberian orang.

Tak lama kemudian, terdapat 1 kotak kecil and sampulnya pun nampak biasa je. Mula – mula pengantin tak nak buka sebab dia syak maybe sekadar Snow Glob macam tu. Tapi Mak Ude kami (kakak ibu) masa tu suruh k0yakkan juga.

Mana tahu hadiah kecik ni lagi power kata Mak Ude. Pengantin buka mula – mula pelik sebab ada sampul plastik Milo. Tiba – tiba tak lama kemudian dia jerit. Alangkah terk3jutnya rupanya kawan dia selit box berisi sebentuk cincin chrome putih dengan gelang emas.

Oleh kerana tak percaya, dia terus telefon kawannya dan disahkan itu memang emas tulen. Pengantin cakap terima kasih dan puji kawan dia tu THE BEST sebab bagi hadiah paling best. Lepas tu ayat dia : “Kau punya effort padu sangat. Orang lain bagi hadiah klise biasa je. Dari tadi aku boring unboxing. Tiba – tiba dapat emas segar mata aku”.

Bayangkan masa tu kami sekeluarga macam ketawa campur situasi janggal yang tak tahu nak react macam mana. Buat – buat iyeeee sajaIah. Aku faham perempuan mana yang tak suka bila dapat emas? Tapi apalah rasa orang lain yang bagi hadiah jika dengar pengantin cakap macam tu?

Kat situ juga dia sarung and memang tak dapat digambarkan rasa suka dia. Dari takde mood terus happy. Kemudian ada juga kawan – kawan dia berikan air fryer, vacuum mahal dengan kupon / tiket pembelian katil jenama mahal (lebih kurang begitulah).

Lupa nak beritahu. Makcik aku ni kerja memang have – have sikit. Mungkin sebab itu kawan – kawan dia pun mampu bagi hadiah yang loaded pada hari kahwin tu. Tetamu nak bagi hadiah apa bukan masalahnya. Cuma bila tengok pengantin membandingkan dan merendahkan – rendahkan hadiah orang lain, hati aku pula jadi sedih.

Balik keesokan harinya dalam kereta, ibu pesan pada aku jangan bersikap macam tu. Pemberian orang sebagai hadiah kahwin hatta sekampit garam macam dalam cerita Ahmad Albab tu pun kita kena hargai. Mungkin dalam puluhan hadiah klise and kita kata bosan tu, ada orang yang kurang mampu yang usahakan juga kos untuk berikan hadiah kenang – kenangan pada pengantin.

Setiap hadiah ada nilainya. Nilai kejujuran dan simbolik harapan murni semoga perkahwinan yang dibina kekal. Unboxing hadiah perlu ada adabnya. Jika tak suka, tak perlu remehkan. Ucap kata syukur. Janganlah kita meremehkan pemberian orang hanya kerana nilainya murah.

Tetamu yang datang majlis itu membawa rezeki dan rahmat buat kita. Mungkin mereka tak dengar pun pengantin mengeluh. Tapi kita sebagai manusia perlulah ada timbang rasa. Hadiah tu bukannya wajib. Bukannya berd0sa kalau tak bagi.

Takde syarat atau mandatori pun. Jadi hatta sekecil – kecil hadiah pun, semailah rasa syukur. Harap kisah ini jadi pengajaran untuk kita semua. Pendapat kalian bagaimana pula? – Dik Hani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nazihah Ramli : Memang satu keluarga mereka macam tu ke? Tolak hadiah pakai kaki, mengutuk barang cliche, ‘kot barang yang ni lagi power’, etc. Patutlah tak de siapa yang menegur. Kiranya Dik Hani dan ibunya terp4ksa diam je lah.

Patutnya kalau dia tu berduit kan, buat salam keruk je patutnya. Biar polisi kawan – kawan dia je yang hadiahkan barang kahwin mewah. Tapi seriuslah, dia menjatuhkan air muka dia sendiri depan orang ramai dan di hari perkahwinan dia.

Habis aib dia dan keluarga terbongkar. Even kalau saya jadi suami dia pun, mungkin saya dah tahu memang per4ngai dia macam tu dan terima je atau saya terk3jut macam ni rupanya per4ngai antara dua darjat. Tak dinafikanlah ramai je yang beri benda macam set cawan, sudu garfu, pinggan, etc.

Tapi semua tu berguna tau in the long term bila ahli keluarga bertambah. Janganlah pendek sangat akal tu fikir benda – benda tu tak berguna sekarang.

Alyna Adam : Aku tak nak kutuk j0doh orang awal atau lambat tapi dengan per4ngai macam tu tak sangka ada juga yang nak kat dia. Cringe sangat per4ngai. Good luck pengantin lelaki. Bakal berg4duh banyak hal nampaknya, sebab bini jenis yang tak bersyukur dan mulut jahat tak pandang kiri kanan, unless pengantin lelaki tu jenis pak turut la.

Sherri Hazmi : Kalau macam ni gayanya, esok lusa laki ada masalah, memang bercerai la jawabnya. Tamak dan mata duitan. Bayangkan dalam puluhan mata tengok lebih separuh mendoakan yang tak elok, haaa… Tak lama la tu. Jangan esok dia buat confession kat sini pulak. Tak larat nak layan makhluk camni.

Farah Amira Zakaria : Saya kawen 7 tahun lepas. Semua hadiah kawen saya unboxing, susun lawa lawa atas meja, ambik gambar and post dekat fb. Siap tag kawan kawan yang bagi hadiah tu cakap thank you. Sejenis menghargai sekecil kecil pemberian pun.

Sebab tau semua tu effort, masa, duit lagi orang nak kena spend nak hadiahkan ke kita. Sampai sekarang sapa sapa bagi saya apa apa pun saya akan hargai sangat. Sebab kadang – kadang rasa tak layak dapat macam macam tapi dapat kawan baik baik tu dah happy sangat. Kita kena belajar bersyukur apa yang kita dapat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.