Lelaki ni, kalau isteri pertama dia sayang 100%. Maka isteri ke-2 pun dia sayang 100%. Isteri ke-3 dan yang ke-4 pun dia akan sayang 100%. Itulah kelebihan lelaki. Maka tidak adalah istilah ‘berkongsi kasih’. Sebab semua dapat 100%. Wanita selalu salah faham..
#Foto sekadar hiasan. Setelah berbincang dengan kawan aku. Aku ada idea nak luah. Tapi kalau aku luah guna akaun aku, memang nak kena kecam hidup – hidup. Aku rasa ini platform paling tepat untuk aku menulis. Sebab korang tak kenal pun aku siapa.
Aku ada abang yang beristeri empat. Kehidupannya amat unik. Banyak yang aku belajar darinya. Hikmah poIigami ni sangat besar. Khususnya bagi kaum wanita.
1. Bini nombor satunya, orang melayu. Kerja kerajaan. Mereka kahwin masa dua – dua masih bujang. Sekarang ada 3 orang anak.
2. Bini nombor 2, seorang janda. Tapi tiada anak. Kerja kerani di sebuah bengkel kereta.
3. Bini nombor 3 pula andartu. Abangku kahwin dengan dia sebab bini ke-2 yang cadangkan. Umur bini ke-3 waktu tu 35 tahun. Kerja cikgu sekolah rendah. Dengannya abangku ada 2 orang anak.
4. Bini ke-4, orang Pakistan. Janda anak 3. Kawan abangku yang kerja pejabat agama perkenalkan. Yang ni agak kompleks ceritanya.
Ringkas, abangku kesiankan dia. Selamatkan dia dari tak ade tempat berg4ntung. Setelah bercerai dengan suami lama yang kaki pukuI dan m4buk. Dengannya abangku ada 2 orang anak. Campur 3 dengan suami lama. Jadi kakak iparku yang Pakistan ni ada total 5 anak.
Masa nak mula poIigami dulu. Bini pertama sukar terima. Lama – lama akhirnya lembut. Bini ke 2, 3 tak ade masalah sangat. Bini no-2 lagiIah. Siap dia yang offer bini no-3 kepada abangku.
Ini hanya point sampingan, tapi point sebenarnya:
Kalau perasan, besarnya hikmah poIigami. Bini no-2 yang janda ada orang tengokkan, bini no-3 yang andartu akhirnya bersuami, bini no-4 yang tengah sesak hidup, berjaya abang selamatkan.
Tu masa berbual dengan kawan. Keluar idea nak sedarkan masyarakat.
Kami perhati ke sekeIiling kami. Tempat kami bekerja. Bersepah perempuan yang andartu. Umur 30 tahun, usahkan tunang. Kawan lelaki pun mungkin tak ade. Padahal, dari perbualan status FB. Memang nampak sangat tengah mencari.
Tu belum cerita yang janda lagi. Lagi kesian, janda muda. Umur 25-27 tahun dah janda. Belum kira andartu yang umur 40-50 tahun lagi.
Kami perhati pula kepada kawan – kawan lelaki sekeIiling kami. Dari tempat kerja hinggalah kawan sekolah. Berapa orang je yang tak kahwin.
Kalau adapun, mesti budak praktikaI atau baru grad. Atau sebab ada goal lain. Contohnya jaga mak ayah, workahoIic. Atau memang jenis tak nak kahwin. Jarang yang jenis mencari, tapi tak kahwin – kahwin.
Kerana tu, bila fikir tentang abang. Aku fikir, bagus juga budaya poIigami ni dihias dan dirancakkan dalam masyarakat kita. Kita dapat selamatkan ramai kaum wanita.
Wanita kena fikir panjang. Kena ada rasa simpati, untuk selamatkan kaum – kaum kita yang andartu, janda, wanita miskin hatta yang bekerjaya sekalipun.
Wanita selalu salah faham. Selalu anggap cinta kelaki terhadap isterinya tu macam kek. Kalau kerat 70%. Maka tinggal 30%. Salah.
Lelaki ni. Kalau isteri pertama dia sayang 100%. Maka isteri ke-2 pun dia sayang 100%. Isteri ke-3 dan yang ke-4 pun dia akan sayang 100%. Itulah kelebihan lelaki. Maka tidak adalah istilah ‘berkongsi kasih’. Sebab semua dapat 100%.
Mohon maaf kalau ada yang terguris. Saya cuma nak sedarkan semua. – Pembantu Janda (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Naquiah Mohd Hanapi : Disebabkan confessor beria sangat kongsi hikmah poIigami, mohon sambung confession ini dengan menjawab soalan – soalan berikut:
(1) Abang kau kerja apa dan berapa gaji dia sebulan?
(2) Berapa sebulan dia bagi duit belanja kepada anak isteri dia?
(3) Anak – anak dia dari segi pelajaran dan sahsiah macam mana, ada tak yang terlibat dengan basikal lajak contohnya?
(4) Nafkah tempat tinggal, kenderaan, pakaian, dan makan minum 100% dia tunaikan atau harap isteri – isteri yang tanggung sendiri?
(5) Nafkah batin termasuk em0si dan perasaan anak isteri macam mana dia tunaikan?
Nak juga tahu sebab confessor beria sangat menggalakkan poIigami.
Lau Siu Hong : Sebagai guru saya sudah jumpa dengan ramai pelajar yang mend3rita sebab bapanya berpoIigami. Jangan fikir faktor nak selamatkan janda dan andartu ya. Tapi fikirlah nasib anak – anak yang mend3rita depr3ssion dan masalah kewangan kerana bapanya berpoIigami. Kesian dengan anak – anak, merekalah m4ngsa sebenar akibat bapanya suka tolong orang lain sedangkan anak – anak terabai.
Saiful Fauzi Muhamad : Semuanya berbaliklah pada kemampuan dan matlamat akhir kehidupan. Apakah kita sebagai suami yakin mampu membimbing dan berlaku adil? Sebab apabila lafaz disebut, segala d0sa pahala anak dan isteri terpikuI di atas bahu kita sebagai suami. Jika sorang pun masih payah nak dijaga dari segi aur4tnya, solatnya dan perlakuannya. Rasanya boleh ditangguhkan seketika niat tersebut. Dikhuatiri kita tak tenang tidur di dalam kubvr nanti, sekadar pendapat.
Siti Hajar Almuansyah : Saya rasa point awak betul. Memang tu lah salah satu hikmah poIigami. Tapi yang kena disedarkan tu lelaki tu, si suami tu. Bukan isteri. Ramai yg kahwin semata – mata nak lepaskan nafsu je, padahal duit tak ade. Tak mampu tapi buat – buat mampu. Mampu ke nak sediakan keperluan yang cukup dan gembirakan semua isteri dengan adil? Apa – apa pun abang kau tu pun kena check balik, adakah semua perbelanjaan empat – empat isteri termasuk anak tu ditanggung sepenuhnya oleh dia? Kalau isteri yang tolong dia sediakan keperluan semua dan asbab gaji – gaji isteri tu lah dia jadi mampu nak kahwin lebih, tu maknanya dia bukannya betul – betul mampu. Dia jadi mampu atas ihsan isteri – isteri dia.
Farah Hanis Awang : Suami tak menjamin pun sebagai penyeIamat wanita dan yang sebenar – benar penyeIamat kita adalah Allah. Bila kahwin orang kata kena ada anak nanti anak akan selamat jaga kita bila tua. Tapi hakik4tnya berapa ramai ibu bapa terabai tak dijaga anak – anak pada zaman sekarang? Bila bujang disuruh kahwin katanya nanti suami akan jaga kita. Sekali lagi, hakik4tnya berapa ramai yang mend3rita nafkah tak cukup, hati s4kit sebab pasangan tak bertoleransi. Jadi hanya Allah SWT sahaja yang sebenar – benarnya mampu menjaga kita walau apa pun status kita. Tak perlu nak poIigami semata nak cari orang untuk selamatkan kita. Tapi kalau dah nak juga tepuk dad4 tanya iman.
Wann Asmah : Dik pendapat akak senang je, kalau berkemampuan silakan. Dari segi kewangan dan sebagainya. Tapi yang akak nampak zaman sekarang ni kewangan untuk membina satu keluarga pon belum tentu cukup. Isteri bekerja untuk membantu membina institusi keluarga, adakala besar lagi perbelanjaan yang dikeluarkan oleh si isteri Dr suami baik Dr segi komitmen bayaran rumah, utiliti, dan barangan dapur. Si isteri bukan sahaja bekerja, malah berhemp4s pulas pula mengemas dan memasak, sedangkan suami tak membantu, padahal isteri telah mengurangkan beban suami membayar segala perbelanjaan masa kini yang mencab4r. Alangkah bahagia kalau suami saling membantu pula kerja – kerja di rumah, kerana bila mana isteri bekerja kudrat dia dah berkurangan, pada saya kalau suami mampu baik dari segi kewangan dan keprihatinan, tak salah pon kalau nak poIigami tu