Saya tunggu skandal suami tepi pagar rumah. Belum sempat dia mengaku, saya dah hayun payung

8 tahun kahwin ada anak 4 orang, sampai mertua perli dan benci cucu – cucu yang ramai ni. Dapat tahu plak suami curang walaupun dia tak mengaku, saya nekad ser4ng skandal dia. Saya puas hati dapat maIukan perempuan tu depan jiran – jiran dia. Tetapi sebaik sahaja saya sampai ke rumah…

#Foto sekadar hiasan. JIKA setiap orang faham apa makna jodoh pertemuan, hidup m4ti, dan rezeki itu adalah ketentuan Allah, maka saya rasa tak ramai manusia yang mend3rita hidupnya. Terutama ibu – ibu tunggal tetapi  oleh kerana kurang faham, tak mahu faham dan berkeras mahu orang kesayangannya ikut kehendaknya, maka sana sini kita dengar ramai pasangan suami isteri bercerai berai.

Namun sebagai manusia kita tidak boleh nafikan kita sering kalah kepada kehendak dan nafsu demi mencapai kebahagiaan hidup yang kita idamkan. Hingga terlupa bahawa Allah adalah perancang terbaik untuk kita. Kerana tak mahu faham kewujudanNya dan perancangNya adalah yang terbaik.

Maka saya tak malu mengaku kelemahan saya dalam melalui hidup yang penuh c4baran ini. Saya bertindak kerana terlalu s4kit hati dan terasa diri ditipu oleh orang yang amat kita sayang. Terus terang saya ceritakan kerana kelemahan saya terlalu mengikut hawa nafsu yang jahat ini, saya pernah ser4ng kekasih suami sambil tuduhnya dia per4mpas suami orang.

Saya tunggu di tepi pagar rumahnya ketika dia balik kerja. Sebelum sempat dia mengaku namanya Nani, payong saya sudah sampai ke kepalanya, ke badan dan tangannya. Walaupun dia berusaha menahan, tetapi dia kalah dengan payong saya yang lebih kuat itu.

Memang dia cuba meIawan dan bertahan, tetapi kerana saya besar sikit, dan saya sudah buat persediaan, sudah pasti saya dapat membeIasahnya. Setelah puas hati membeIasah dan dileraikan oleh teman serumahnya, maka sump4h seranah saya pun bermula.

M4ki hamun, umpat keji, dan kutukan satu persatu saya lepaskan untuk memuaskan hati. Memang saya puas hati ketika itu, selain dapat membeIasahnya, saya dapat maIukan dia pada teman – teman dan jiran tetangganya.

Tetapi sebaik sahaja saya sampai ke rumah, saya pulak kena m4ki hamun dari suami saya Farhan. Peliknya dulu dia tak pernah mengaku ada buat hubungan dengan wanita lain, tetapi malam itu walaupun dia tak mengaku, tetapi dia marahkan saya kerana menyer4ng wanita yang tak ada hubungan dengannya.

Dan dia kata tak kenal. Saya kata kalau tak ada hubungan, apa pasal dia meng4muk. Bukan setakat marah siap beri amaran jika saya berani pergi menyer4ng Nani lagi. Ini sudah lebih! Kalau tak kenal Nani kenapa membela wanita tersebut.

Dan macam mana Nani tahu nombor telefonnya dan Farhan balik cepat tunggu kepulangan saya. Kalau biasanya jam 11 malam baru balik. Tapi hari itu, 8 malam dah tunggu saya depan pintu. Oleh kerana saya tengah hot, di tambah pula kena marah dengan Farhan sudah pasti pertengkaran berterusan.

Saya kata Nani kekasihnya, jika tidak takkan dia meng4muk sakan. Farhan nafikan. Tetapi akhirnya tersembur keluar dari mulut Farhan, Nani cuma kawan biasa. Hah? Kawan biasa macam mana? Nani bukan kawan sepejabat, kawan sekolah pun bukan! Habis kawan macam mana?

Namun Farhan tetap nafikan Nani kekasihnya. Jadi saya beritahu Farhan esok saya akan jumpa Nani minta maaf kerana pukuI dan m4ki hamun dia. Tetapi Farhan tak izinkan. Apa hal? Nak minta maaf pun tak boleh. Malam tu hingga jam 12 malam kami masih bertengkar.

Anak – anak menangis dan ketakutan. Untung yang sulung dah 7 tahun bolehlah dia pujuk tenteramkan adik – adiknya yang tiga orang lagi tu. Memang anak saya ramai 8 tahun kahwin anak 4 orang. Mertua saya kata anak – anak saya macam anak mancis, kadangkala dia kata macam buah rambai.

Walau apa pun sindirnya saya senyum. Nak buat macam mana dah rezeki Allah nak bagi. Mertua saya tak suka cucu ramai. Katanya menyusahkan anaknya cari duit untuk besarkan anak. Tapi beliau lupa saya pun bekerja cari duit bantu anaknya.

Anak – anakkan rezeki dari Allah. Beliau tuduh saya tak makan perancang. Dua orang anaknya cuma ada 2 orang anak saja, mertua saya tak bagi beranak ramai. Nak jadikan cerita entah macam mana perg4duhan saya dengan Nani sampai ke telinga mertua saya.

Aduh!! reaksinya memang meny4kitkan telinga. Saya syak Farhan sendiri bercerita dengan emaknya. Saya tak faham mengapa masalah rumah tangga mesti diceritakan kepada emaknya. Apa yang saya kesalkan sepatutnya sebagai ibu jika anak ada masalah, tolong nasihatkan supaya Farhan jangan buat hal, sebab Farhan sudah berumahtangga dan dah ada anak.

Tetapi lain pulak per4ngai mertua saya. Entah angin apa yang datang dia berleter dan marahkan saya kerana buat fitnah memaIukan suami. Saya mulanya diam kerana sedar diri cuma menantu, tetapi bila dia ulang berkali – kali rasanya b0dohlah saya jika tidak menjawab tuduhan liar beliau itu.

Niat saya cuba terangkan cerita sebenar, tetapi mertua saya tuduh saya cemburu, tak sedar diuntung. Katanya lagi, kalau lain jantan daripada Farhan sudah pasti saya kena cerai. Amboi! cerai! saya pun bukan pendiam, saya terus cerita.

Niat saya supaya mertua saya faham, tolong nasihatkan Farhan supaya berubah. Tetapi beliau terus bersungut marahkan saya yang dituduh tak sedar diri, dapat suami baik sengaja cemburu buta. Saya cuba ceritakan Farhan selalu balik lambat.

Kalau dia baik, tentu dia bertanggungjawab sama – sama jaga anak – anak. Ini dia tak pedulikan anak – anak sibuk main telefon dan suka balik lewat, banyak kerja konon. MaIangnya mertua saya buat pek4k. Satu hari kerana tak tahan dengan per4ngai Farhan saya tanya dia adakah dia hendak kahwin lagi? Semua dia nafikan.

Sebaliknya kalau dia ada di rumah dia lebih suka duduk sendirian, berkhayal hingga tak dengar anak jatuh dan menangis. Mata tengok tv tapi bila tanya cerita apa dia diam, atau dia kata entah. Pernah tengok Perdana Menteri berucap di tv bila tanya apa PM cakap, dia kata entah, tak penting.

Sebagai isteri, biasanya dia boleh tahu perubahan sikap suaminya. Bila kita kata dia hayal dia nafikan. Tetapi berapa lama nak sorok nak nafikan, akhirnya terbongkar juga kesilapan demi kesilapan yang terang – terang berlaku depan mata kita.

Saya bersabar dari anak bongsu umur setahun jadi tiga tahun, per4ngainya sem4kin meny4kitkan hati dan mata. Sebab itu saya jalankan siasatan sendiri, cari apa sebenarnya berlaku. Akhirnya terbukti dia ada kekasih, lepas itu baru saya ser4ng Nani.

Saya ada bukti lengkap, bukan buat ser4ngan semberono. Saya bukan b0doh. Cuma Farhan fikir saya b0doh. Saya pun tahu undang – undang kalau tidak ada bukti saya pun tak berani ser4ng orang, sebab saya takut didakwa ke mahkamah.

Kalau masuk penjara sapa nak jaga anak – anak saya. Bila dah dapat bukti barulah saya ser4ng. Saya s4kit hati Farhan tak mengaku ada kekasih, tetapi tak suka duduk di rumah, suka balik jauh malam. Kerja pun takkan selalu balik malam – malam.

Kecuali masa PKP, tak dapat keluar, telefon jadi taman setia, langsung tak pedulikan anak – anak. Isteri mana boleh sabar ada suami tapi membatu, tak mahu berbual sebaliknya suka cari salah kita. Keadaa tambah haru biru bila kes sudah terbongkar, hidup kami tidak aman lagi.

Kami sering ‘per4ng dingin’. Dua tahun lepas peristiwa itu per4ngai Farhan tetap tak berubah. Akhirnya tercetuslah per4ng besar antara kami yang berakhir ke mahkamah. Perceraian saya tak macam orang lain. Semuanya berjalan lancar.

Sebab Nani tak sabar nak kahwin, dan dia tak mahu bermadu. Demikianlah mudahnya perceraian kami, tak sampai 10 tahun kahwin saya dah jadi janda. Saya terima dengan tenang, walaupun dalam hati s4kitnya Allah sahaja yang tahu.

Ditokok tambah dengan desakan mertua yang tak sukakan saya. Lepas cerai memanglah hubungan dengan Farhan terputvs, dengan mertua pun sama. Saya tak hairan, inilah kenyataan hidup. Hanya emak saya tempat berg4ntung, mendapat nasihat dan semangat.

Lepas bercerai saya buat permohonan tuntutan nafkah anak – anak. Bab ini memang payah. 5 kali saya buat tuntutan, cuma sekali Farhan datang ke mahkamah. Alasannya PKP lah dan macam – macam. Tapi anak – anak nak makan dia tak tahu apa itu PKP.

Mereka tahu bila perut lapar mereka nak makan, nak susu. Kerana susah sangat dapat nafkah saya telefon mertua minta bantuan. Tetapi jawapan beliau memang meny4kitkan hati. Bekas mertua kata kalau saya tak mampu bagi anak – anak makan hantarkan rumah Farhan. Dia boleh beri makan.

Saya kata Farhan tak pernah telefon anak – anak apa lagi bertanya khabar. Macam mana nak jaga anak, isterinya sendiri tak mahu jaga anak. Kalau Farhan tak suka dia boleh jaga anak – anak saya, sedangkan dia tak suka cucu ramai. Sekarang nak jaga pulak? Mengarut.

Lebih meny4kitkan hati beliau hasut Farhan jangan beri nafkah anak – anak, takut nanti hidup saya jadi lebih senang. Nanti Farhan pulak hidup susah kerana tanggung 4 orang anak – anaknya. Dia lupakan nafkah anak – anak jadi tanggungjawab ayahnya, bukan ibunya.

Begitulah b0dohnya bekas mertua saya. Sebenarnya dia kedekut. Setiap bulan dia kutip duit anak – anaknya yang sudah bekerja, tak kira dah berkahwin atau belum, setiap seorang mesti beri sumbangan. Alasannya dari kecil dia besarkan maka jadi tanggungjawab anak – anak tanggung ibu bapanya setelah bekerja.

Habis macam mana tanggungjawab ayah kepada anak – anaknya macam kes saya? Adakah tanggungjawab ibu menyara hidup anak – anak saya? Mana ayahnya? Mana datuk neneknya? Mana bapa dan ibu saud4ranya? Takkan mereka tak tahu tanggungjawab anak – anak sed4ra yang ditinggalkan ini?

Kalaupun tak mahu bantu pun, tolonglah nasihatkan Farhan yang lupa d4ratan ini tentang nafkah anak. Saya rasa di sini peranan hakim Mahkamah Syariah, penasihat ataupun juru nikah, bukan setakat ingatkan tanggungjawab suami isteri selepas kahwin, tetapi juga ditakdirkan mereka bercerai.

Nafkah anak – anak paling utama, jangan sesekali siksa hidup mereka kerana kebencian si ayah terhadap ibu mereka. Ibu bapa dan adik beradik sebeIah lelaki juga mesti tahu tanggungjawab beri nafkah anak – anak saud4ranya yang ditinggalkan ini.

Jangan cuma tahu hendak berebut harta pus4ka ditakdirkan saud4ra lelakinya meninggaI dunia. MaIangnya inilah yang banyak berlaku nafkah untuk anak – anak saud4ra dilupakan tetapi jika harta pus4ka ditakdirkan saud4ra lelaki mereka meninggaI dunia, mereka paling cepat menerpa, konon mereka ada hak atas harta pus4ka yang ditinggalkan.’’ Itu cerita Nurhanis yang sudah bercerai 3 tahun masih belum dapat nafkah lagi.

Komen Warganet :

Hamid Yahya : Tak guna punya mak mertua. Anaknya pun sama juga. Kalau apa yang berlaku pada isteri pertamanya, isteri keduanya ini pun akan terima nasib yang sama dengan bekas isteri pertamanya. Suami yang sentiasa dapat backup ibunya ia tak akan berubah per4ngainya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.