Umi pilih kasih layan adik ipar doktor, isteri saya hanya jual cuckoo. Skrg isteri izinkan saya kahwin lain

Umie dan abah selalu cakap depan isteri, kalau saya kahwin dengan anak angkat mereka dulu, mesti saya bahagia sekarang. Isteri saya diam tiada bantahan. Bila kami duduk berdua, isteri berbunyi memberikan keizinan untuk saya bernikah dengan anak angkat umie dan abah. Allah, saya marah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide fb ni ya, saya pinjam FB kawan. Terima kasih admin sekiranya sudi siarkan cerita saya ni. Saya seorang lelaki yang dah berkahwin, bulan 12 ni genaplah setahun usia perkahwinan saya dan isteri.

Saya bekerja sendiri manakala isteri saya pula sales girl cuckoo. Hidup kami sederhana, kerja pun biasa – biasa je tapi tak jadi masalah sebab kami bahagia dengan cara kami sendiri. Saya berkahwin dengan isteri atas dasar cinta sama cinta namun masalah timbul apabila umie dan abah saya memang tidak merestui hubungan kami dari awal lagi.

Semuanya kerana isteri saya bukanlah datang dari keluarga yang berada. Isteri saya seorang yang bijak tapi takdir tak menyebeIahi dia kerana dia tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana dia orang susah. Hidup sebatang kara, tiada ibu bapa, tiada saud4ra mara.

Disebabkan itu isteri saya berkerja selepas habis SPM untuk menyara hidupnya. Ya, hubungan kami tak direstui hanya disebabkan latar belakang keluarga isteri. Pelbagai kisah buruk mengenai isteri yang ternyata tidak benar pun tersebar.

Umie dan abah saya mempercayainya bulat – bulat disebabkan itu, umie dan abah saya tak berkenan dengan pilihan hati saya. Saya sangat mengenali isteri saya, saya memilih untuk tidak mendengar kata orang. Ternyata, isteri saya sememangnya seorang bid4dari yang dikirimkan olehNya untuk saya.

Saya ada 7 orang adik beradik, saya yang nombor dua sulung. Abang saya yang sulung meninggaI ketika kami bercuti di suatu tempat akibat Iemas. Bawah saya ada adik – adik perempuan. 2 bulan lepas, adik saya yang nombor 3 kahwin, adik saya ni kerja dengan company engineer dan suami dia doctor.

Sebelum diorang kahwin, tunang adik saya ni selalu datang ke rumah. Layanan dari umie abah dan adik – adik saya yang lain sangat mesra dengan tunang adik. Setiap kali tunang adik datang, saya perasan isteri saya selalu menjauhkan diri dan kurang bercakap.

Saya tahu isteri saya kecil hati sebab isteri saya tak pernah dapat layanan begitu dari keluarga saya. Saya sendiri pun terasa sedihnya sebab isteri saya tak diterima baik dalam keluarga kami. Saya paham apa yang isteri saya rasa tapi saya tak boleh nak bersuara.

Bila saya suarakan apa yang saya rasa pada umie dan abah, umie dan abah selalu katakan saya berfikir negatif pada mereka. Saya sebagai anak terp4ksa mendiamkan diri. Sejak adik berkahwin, kami pindah rumah. Saya  bawa isteri keluar dari rumah sebab saya tak sanggup nak tengok hati isteri saya sem4kin terIuka.

Saya perasan, sejak kami pindah rumah isteri memang susah untuk diajak menjenguk umie dan abah tapi isteri tak pernah menghalang saya menjenguk umie dan abah. Bahkan isteri tak pernah lupa bertanya khabar umie dan abah. Saya tak salahkan isteri.

Sesekali bila isteri datang melawat umie dan abah, mereka tetap belakangkan dia. Itu yang buat isteri saya tawar hati. Dia sedar, adik ipar saya doctor, isteri saya hanyalah jurujual cukckoo disebabkan itu adik ipar saya selalu didahuIukan oleh umie dan abah.

Sedangkan s4kit demam isteri saya umie dan abah tak ambil tahu. Kadang – kadang ada benda ni mengganggu fikiran saya. Bila saya ajak isteri ke rumah umie dan abah dan isteri selalu menolak, saya rasakan isteri tak suka bergaul dengan keluarga saya.

Saya pernah bertengkar dengan isteri tentang hal ni. Masa tu isteri menangis, isteri saya kata dia sayangkan keluarga saya tapi layanan yang berbeza buat dia berkecil hati, buat dia rasa tak berguna. Dia minta saya letakkan diri saya di tempat dia.

Dia nak sangat rasa kasih sayang dari umie dan abah tapi dia kata dia yakin dia tak akan mampu memenangi hati umie dan abah walau macam mana pun dia buat baik. Dan dia minta diberikan masa. Saya sedih, saya rasa saya tak dapat memahami isteri saya.

Saya kesiankan isteri. Dulu saya pernah berjanji dengan isteri saya akan bagi dia sebuah keluarga besar yang bahagia tapi kini isteri banyak makan hati. Sudahlah isteri tak ada keluarga, keluarga saya pula sentiasa membelakangkan dia.

Saya tahu betapa isteri saya sehabis daya cuba mengambil hati umie dan abah dari awal kami kenal pada tahun 2017. Tak pernah dia putvs asa. Tak sikit pun kebaikan dia yang umie abah pandang. Mungkin sekarang dia dah penat dan memilih untuk menjauh.

Saya bukan nak sebeIahkan isteri tapi saya sendiri dapat rasa tambahan saya pun bukanlah orang senang. Kerja pun kerja sendiri. Layan umie dekat saya pun berbeza dengan adik – adik yang lain tapi saya tak kisah. Saya boleh bekerja keras demi menyara keluarga.

Masalahnya isteri selalu merasa rendah diri dengan saya. Sekarang ni masalah saya bertambah sebab isteri selalu meminta untuk saya berkahwin dengan anak angkat umie abah. Umie dan abah selalu cakap pada saya depan isteri, kalau saya kahwin dengan anak angkat mereka dulu, mesti saya bahagia sekarang.

Isteri saya diam, langsung tiada bantahan. Bila kami duduk berdua, isteri berbunyi memberikan keizinan untuk saya bernikah dengan anak angkat umie dan abah. Allah. Perasaan saya bercampur baur. antara rasa marah, sedih, macam – macam.

Bukan sekali dua isteri berbunyi begini. Saya sayang isteri saya, hanya dia di hati saya, tak mungkin saya nak bernikah satu lagi sedangkan saya sendiri tahu saya tak mampu. Belanja harian saya pun kadang – kadang isteri yang hulurkan.

Tujuan saya berkongsi dengan pembaca semua adalah untuk mendapatkan pendapat dari anda, apa yang perlu saya buat untuk rapatkan hubungan antara umie abah dan isteri saya. Saya buntu. Saya nak isteri saya rasa memiliki mertua bagaimana orang lain rasa.

Saya nak isteri saya rasa kasih sayang dari seorang ibu dan bapa tanpa perbezaan. Dalam masa yang sama saya tak nak jadi anak derh4ka. Isteri saya juga selalu nasihatkan saya untuk tidak menderh4kai umie dan abah saya.

Sejak seminggu dua ini, isteri ada juga berjalan ke rumah umie dan abah itupun sekiranya saya ada bersama. Kadang – kadang isteri sendiri yang akan mengajak saya jenguk umie dan abah, mungkin kerana rindu terhadap orang tua.

Saya tahu isteri mencuba untuk memberi semangat kembali pada dirinya untuk tidak berputvs asa tapi umie dan abah tetap tak menunjukkan perubahan untuk terima isteri saya seadanya. Saya tahu juga isteri saya masih terIuka, cuma demi menjaga nama baik saya, isteri membuang segala rasa di hati dia.

Sampai bila harus begini, saya teringin nak tengok umie dan abah layan isteri saya bagai anak mereka sendiri sebagaimana umie dan abah layan adik ipar saya. Bantu saya ye, apa yang patut saya buat untuk melembutkan hati umie dan abah. Bantu saya yang buntu. Mohon kata – kata nasihat dan komen yang positif daripada anda semua. Terima kasih admin. terima kasih semua. Saya yang buntu.

Komen Warganet :

Shizuka Shizuka : Saya paham apa yang tt alami. Kalau wife tt dah try hard untuk memenangi hati parents h4ng pun, tapi parents h4ng tetap berkeras pun no point. H4ng jage bini h4ng elok – elok. Gembirakan hati dia dengan cara h4ng sendiri.

Kalau boleh buat sementara jarakkan dulu wife dan parents h4ng. Bagi masing – masing ruang untuk tenangkan diri. Dan untuk h4ng syabas sebab masih mampu berfikir w4ras dan tak berat sebeIah. Adat dunia orang yang keje baik dan kaya akan dipandang mulia. Mereka lupa orang – orang yang kurang mampu juga ada hati dan perasaan.

Umi Aisyah : Umi dan abah awak tak tahu nak bela anak yatim piatu dan besar pahala? Satu saya nak pesan jangan p4ksa bini awak pergi rumah keluarga awak kalau dia nak pergi biar la. Jaga hati isteri 2 selagi awak tak jawab mulut mak bapa awak.

Awak tak dikira derh4ka. Kalau awak kahwin dengan anak angkat mak bapa awak bini awak sem4kin terasing dengan keluarga awak sah – sah la mak bapa layan bini no 2 awak lebih – lebih dan bini awak m4kin tersisih. Biar masa yang mengubah segalanya.

Pdk BaguihDok Ado : Alhamdulillah, dia anak yatim piatu bro jagalah dia dengan baik, insya Allah psal umie abah tu pelan – pelan usahakan. Tunjukan yang terbaik, mula – mula memang lah amik masa mungkin dalam beberapa bulan or tahun family bro boleh terima.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?