3 tahun lepas, aku kenalkan seorang duda, bakal suami dekat ibu ayah aku. Tapi ayat yang paling aku ingat dari ibu aku, “Ibu lagi sanggup tengok kau tak kahwin sampai tua, dari kahwin dengan lelaki entah siapa – siapa keturunannya!”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga Facebook. Terima kasih admin sebab approve tulisan ini. Aku merupakan pembaca setia confession sejak zaman belajar lagi. Aku tidak tahu di mana hendak diluahkan rasa ini.
Aku namakan diri aku Maw4r. Aku berusia 32 tahun masih bujang dan tinggal dengan kedua orang tua ku. Aku boleh dik4takan yang paling berjaya dalam keluarga aku. Gaji aku boleh aku katakan hampir mencecah 5 angka.
Dalam keadaan hidup yang masih bujang, aku boleh dik4takan dalam kategori yang berjaya dalam adik beradik aku. Mempunyai sebuah rumah di Selangor dan memiliki sebuah kereta, aku masih mewah dalam pebelanjaan bulanan aku. Tiap – tiap bulan keluar negeri, membawa ibubapa aku bercuti.
Ibubapa aku merupakan orang biasa – biasa. Ayah aku merupakan penjawat awam yang telah berpencen. Ibu aku tidak pernah bekerja sejak dia menamatkan pengajiannya 35 tahun yang lalu. Aku anak kedua dari 4 beradik dan merupakan anak perempuan pertama dalam keluarga. Aku punya seorang abang dan 2 orang adik perempuan.
Walaupun aku mempunyai seorang abang, tapi aku rasa aku adalah anak sulung. Anak yang akan menjadi tempat rujukan ibubapanya. Anak yang akan berlari dapatkan ibubapanya, jika ibubapanya dalam kesusahan. Anak yang membela nasib ibu bapanya, saat ibu bapanya dihentam oleh orang luar. Anak yang akan menguruskan adik – adiknya.
Memandangkan abang adalah satu – satu anak lelaki dalam keluarga, makanya ibubapa aku sangat menyayanginya. Pada aku, terpulanglah kepada mereka jika mereka nak sayang mana – mana anak pun, itu hati mereka. Siapalah aku untuk mem4ksa mereka menyayangi aku.
Sedari kecik, aku memang seorang anak yang sangat patuh dan taat kepada kedua ibubapa aku. Aku sangat sayangkan mereka. Dari sesudah SPM, aku telah diatur jalan hidup. Asalnya, aku memilih untuk menjadi seorang peguam kerana itu adalah impian aku sejak kecil.
Tapi memandangkan keputusan SPM cemerlang, ibu mem4ksa aku untuk menyambung pengajian dalam bidang kesihatan. Di usia sekarang, hampir kesemua sahabat – sahabat aku telah berkahwin dan mempunyai anak sendiri.
Tapi aku? Mungkin ini ujian untuk aku. Aku punya segalanya atas muka bumi ini. Rumah, kereta, duit, apa saja aku nak, aku mampu beli. Ke mana saja aku mahu pergi, aku akan pergi. Tapi satu je aku tiada, suami. Bukan aku tidak mahu berkahwin. Aku sangat ingin berkahwin.
Lebih – lebih lagi melihat adik sudah berkahwin. Aku juga wanita yang punya fitrah. Fitrah ingin disayangi dan ingin menyayangi. Sejak kecil, ibubapa aku melarang kami bercinta semasa belajar. Sesudah aku menamatkan pengajian, aku telah berkenalan dengan beberapa orang lelaki.
Ada yang baik. Ada yang tidak. Kukira semuanya berjumlah 6 orang dalam tempoh 8 tahun. Tapi setiap lelaki yang aku kenali, semuanya ditentang keras oleh ibu. Ye, kerana semuanya bukan berasal dari orang senang, bukan dari golongan amak yang berpengaruh, dan kononnya tidak setaraf dengan keluarga.
Dan yang paling membuat aku sedih, bila dia kata, semua lelaki yang mendekati aku hanya inginkan duit dan kesenangan aku. Konflik bermula ketika mana aku berkenalan dengan seorang lelaki. Aku namakan dia B. B ini merupakan seorang duda anak tiga.
Aku mengenalinya saat dia masih lagi suami orang. Aku bukan penyondol ye. Di awal perkenalan kami, kami hanya berkawan. Sama macam aku berkawan dengan lelaki lain. Tapi saat itu, dia dalam proses penceraian. Aku yang memberi dia semangat untuk meneruskan hidup.
Hubungan kami terputus beberapa bulan dek kerana kesibukan kerja aku. Kami dipertemukan semula di hari lahir aku, di mana dia mengucapkan selamat hari lahir pada aku. Saat itu, aku baru memutuskan hubungan dengan seorang lelaki yang ditentang hebat oleh ibu aku.
3 tahun yang lalu, Aku nyatakan hasrat aku untuk berkahwin kepada ibubapa aku. Bapa tiada halangan. Setuju pun tidak, menghalang pun tidak. Itu pilihan aku. Dia akur dan redha dengan siapa pilihan aku. Tapi ibu, hatinya sangat keras. Dia sangat menentang. Kali ini, alasannya adalah, duda anak tiga.
Aku mengerti, tak semua ibubapa rela anaknya menjadi ibu instant. Tapi ini adalah pilihan aku. Aku yang memilih dan aku yang akan hidup bersamanya. Aku minta pengertian ibubapa aku. Selama 32 tahun ini, hidup aku telah diatur oleh mereka, mengikut corak hidup mereka.
Aku memberi peluang kepada mereka untuk memilih lelaki untuk aku sejak 8 tahun yang lalu. Semuanya ditolak oleh ibu. Tapi kali ini aku berkeras. Ayat yang paling meIukakan hati aku, sehingga hari ini. Ayat tu seperti rakaman suara yang sentiasa bermain dalam minda dan telinga aku.
“Ibu lagi sanggup tengok kami tak kahwin sampai tua, dari kamu kahwin dengan lelaki itu atau mana – mana lelaki yang entah siapa – siapa keturunannya.” Semestinya aku terdiam, sangat terIuka. Air mata berjuraian. Kecewa?
Ini adalah kecewa aku yang teratas. Akhirnya, aku memilih untuk akur pada ibu aku. Kerana B yang telah yakinkan aku. “Restu ibu sangat penting. Kita tunggu dan terus doa agar hati ibu terbuka. Percayalah, Allah yang memegang hati manusia. Dia yang akan buka kan hati ibu agar menerima B”
“B taknak Ibu benci kita nanti. B taknak hubungan anak dan ibu terputus”. “Percaya lah pada kuasa Allah. Satu hari nanti, Ibu akan terbuka hati untuk menerima B’. “B akan tunggu walau bertahun lamanya. Walau sehingga usia kita mencecah 50 tahun. Atau walau ajaI menjemput.”
Keyakinan yang B berikan menjadikan aku wanita yang setia. Sehingga kini, hubungan kami masih baik. Perasaan sayang dan cinta sem4kin menebal. Aku tersepit. Dalam usia aku 32 tahun, aku masih bujang. Aku inginkan suami dan zuriat aku sendiri.
Tapi apalah daya aku insan yang lemah dan sangat kasihkan ibubapa aku. Pernah satu waktu, aku dik4ta oleh saud4ra mara depan ibubapa aku. Semestinya aku malu. “Maw4r bila lagi? Anak aunt yang muda ni pun dah kahwin” “Aunt bila lagi? “Bila apa?” “Bila nak m4ti?”
Terdiam saud4ra mara aku dengan mulut laser aku. Aku membaIas dengan nada sahaya kepada mereka. Lembut tapi t4jam. Biar mereka tahu, aku tidak boleh dipij4k – pij4k. Berbalik kepada kisah aku dengan B. Dalam tempoh 4 tahun perkenalan aku dengan B, aku telah diuji dengan kes4kitan.
I was at my lowest point of my life. Allah menguji aku dengan injury kepada tulang belakang dan lutut. Aku membuat pembedahan sehingga 2 kali. 2 kali itu, ibu tiada dengan aku. Bila aku discharge, aku perIukan pertolongan untuk ke tandas dan sebagainya. Ibu banyak menekan aku.
“Tengok bila s4kit, Ibu yang uruskan kamu. Mana lelaki yang kamu sayang tu?”. “Ni jatuh ni sebab ingkar cakap Ibu”. Aku diam. Diam sediamnya. Tapi diam aku bererti aku memendam. Walhal terlalu banyak rahsia aku pendam dalam hati ini.
“Lelaki itu yang menjaga Maw4r sepanjang 6 hari di hospitaI”. “Ielaki tu yang bayar semua perbelanjaan Maw4r di hospitaI”. “Lelaki itu yang membayar hutang – hutang rumah dan kereta maw4r masa maw4r dalam MC”. Tapi tu semua hanya dalam hati. Aku tak mampu lafazkan.
Kerana ibu pernah berkata “Ibu taknak dengar kamu sebut nama dia, cakap tentang dia”. “Langkah m4yat ibu dulu”. Ada satu waktu, aku bertongkat kiri dan kanan. Aku mohon ihsan abang dan adik aku untuk menghantar aku ke hospitaI.
Tapi mereka tidak mahu. Susah untuk cuti. Baru balik kerja dan sangat penat. Mengantuklah dan sebagainya. Makanya, berlalu aku ke hospitaI untuk fisioterapi dan temujanji menaiki grab. Walhal, adik beradik aku sibuk berbakti kepada sahabat – sahabatnya untuk menghantar kawan – kawan ke airport atau terminal.
Kecewa? Aku telah lama kecewa. Apa yang aku tahu, di saat keluarga aku memerIukan bantuan aku, aku pasti ada. Jika aku kerja, aku akan memohon EL demi keluarga. Aku akan bersusah payah untuk mereka. Sehingga terkadang aku juga letih. Tapi aku akan usahakan.
Tapi disaat aku susah, aku memerIukan bantuan mereka, mereka TIADA dengan aku. Aku sangat kecewa. Even, dalam keadaan aku masih menaip confesion ini, air mata tak berhenti berjuraian kerana hati ini terlalu terIuka kerana keluarga aku.
Sering kita dengar, anak yang berbuat salah kepada ibubapanya. Anak yang meny4kiti ibubapanya. Tapi pernah ke kita dengar anak yang terIuka kerana ibubapanya? Anak yang terlalu kecewa dengan ibubapanya? Cakaplah apa sahaja atas muka bumi ini, semua aku turuti.
Beg tangan mewah? Gelang emas? Cincin emas? Semua telah aku beri. Apa lagi yang kurang tentang khidmat aku sebagai anak wahai ibu, ayah? Aku terlalu penat. Jiwa dan raga. Aku hanya memohon satu. Pengertian tentang hati ini.
Hati yang terlalu terIuka. Hati yang terlalu kecewa. Namun, apabila berdepan, aku tak mampu meluahkan rasa sedih dan kecewa aku. Kerana tiap kali memandang wajah tua mereka, hati ini sayu, dan merasa ihsan terhadap ibubapa aku yang telah membesarkan sehingga aku menjadi aku.
Tapi hati aku bagaimana? Bertahun aku pendam rasa ini. Aku numbkan hati aku, kerana mengutamakan kebahagiaan ibubapa aku. Aku numbkan hati ini demi membahagiakan adik beradik. Depan mereka, aku gelak, aku ketawa.
Tapi aku sudah berhenti bercakap tentang aku, tentang hati aku. Tentang kegembiraan, tentang kesedihan, tentang str3ss aku. Semua aku pendam. Kerana aku rasa aku sendiri di rumah itu. Aku di rumah itu hanya untuk menjaga orang tuaku. Mengabdikan diri ini untuk mereka sehingga nafas akhir.
At least, aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, adik dan kakak kepada keluarga. Pada aku, selebihnya biarlah ALLAH yang menilai. Rasa Iuka dan kecewa ini biarlah. Masa akan mengubat hati ini. Allah yang akan ubat hati ini.
Allah la yang maha mengetahui. Setiap inchi Iuka hati aku. Setiap inci rasa kecewa dalam hati ini. Sehingga ke hari ini, aku selalu berdoa supaya Allah melembutkan hati ibu, membuka pintu hati ayah untuk menjadi wali aku yang sebenar dan step up untuk menunaikan hak aku sebagai anak perempuannya.
Doakan supaya hati ini terubat. Supaya Iuka di hati ini sembuh. Mungkin aku adalah anak yang derh4ka. Tapi percayalah, aku sudah berusaha. Berusaha untuk mengutamakan ibubapa aku. Memuliakan mereka. Dan mengunci mulut aku saat mereka meIukakan hati aku. Aku sudah berusaha. Dan aku akan terus berusaha untuk membahagiakan mereka. Doakan aku ye. – MAW4R (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.