Umur bapak dah 54 tahun, anak 11 orang tapi masih tergiIa-giIakan janda. Satu hari mak dapat tahu, bapak dah rujuk dengan janda

Masa tu bapak aku pakai kereta Volvo (Volvo lama), janda tu ingat bapak aku kaya la kot. Bapak jadi macam orang tak betul lepas kenal dengan janda tu, macam lembu kena cucuk hidung. Ustaz kata kena b0moh siam..

#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Ni kisah tentang keluarga aku. Hurm… Tak tahu apa nak jadi dengan bapak aku. Sampai mak aku dah putus harapan, putus kasih sayang dan putus hati dengan bapak aku hinggakan mak meluahkan untuk tuntut fasakh dengan bapak dekat aku.

Bapak aku dah tua pun, umur 54 tahun dah, mak aku pun sama. Anak – anak pun ramai, 11 orang. Dah ada menantu dan cucu yang akan lahir dalam masa 5 bulan lagi. Anak – anak yang besar umur 28 tahun, yang paling kecil umur 5 tahun..

Mak aku baik orangnya, banyak tolak ansur, pendek kata best la kalau dapat mak macam tu. Masalahnya kat sini adalah bapak aku. Tak tahu la kenapa tak habis – habis bapak aku ni punya masalah. Dulu, bapak aku kahwin senyap – senyap kat Siam dengan seorang janda.

Mak aku tak tahu, tapi tahun 2006 terbongkarlah semua rahsia… Mak aku memang meng4muk sakan tapi sebab fikir demi anak – anak, mereka berbaik. Janda tadi tu bapak aku dah ceraikan (bak kata bapak aku la, kalau dia tipu, maksudnya aku tipu korang la). Family aku bahagia kembali.

Tahun 2012, bapak aku kena VSS dan balik ke kampung satu family. Kat kampung pulak, ada janda lagi seorang berkenan dengan bapak aku. Kekdahnya masa tu bapak aku pakai kereta Volvo (walau Volvo lama), janda tu ingat bapak aku kaya la kot.

Bapak aku jadi macam orang tak betul lepas kenal dengan janda tu. Mak aku pergi ustaz dan b0moh Islam dan majoriti mereka cakap bapak aku dah kena guna – guna dek janda tu dan guna – guna tu payah nak ubatkan sebab dia pakai b0moh Siam (Wallahuaklam aku pun tak tahu nak percaya ke tak).

Tapi yang pastinya bapak aku memang macam lembu kena cucuk hidung kalau dengan janda tu. Mak aku meng4muk lagi buat kali kedua. Sampailah satu hari tu, Mak, bapak dan janda berg4duh depan – depan. Bapak aku disuruh buat pilihan.

Bapak aku pilih mak aku dan janda tu diceraikan. Buat kesekian kali, family aku happy kembali. Hidup macam biasa. Kemudian, satu hari bapak aku buat keputusan untuk kerja jauh dari kampung. Kira luar daerah la. Jadi, bapak aku akan balik tiap hujung minggu je.

Mak aku tak kisah sebab tujuan nak cari rezeki kan. Tapi akhirnya, mak aku dapat tahu bapak aku rujuk balik dengan janda tu dan hidup bersama – sama di daerah lain tu. H4ncur kembali hati mak aku. Sekarang mak aku nekad nak tuntut fasakh.

Aku sebagai anak, dah tentulah aku sedih tapi aku redha kalau mak aku nak bercerai pun sebab kalau tak bahagia, buat apa nak bersama lagi. Tapi kesian juga kat bapak aku. Betul ke dia kena buat orang yang membuatkan dia jadi macam tu?

Dalam masa yang sama, aku marah juga dengan bapak aku sebab dah tua tapi tak reti nak bertaubat. Asyik nak buat masalah je dan tak puas – puas bawa masalah dalam family. Banyak lagi masalah – masalah yang bapak aku buat tapi malas la nak cerita kat sini.

Kes yang paling teruk, bapak aku kena lokap dan mak aku pergi jamin dia kat lokap. Entah la… Aku rasa bapak aku yang buang family aku. Dia totally pilih janda tu sekarang ni. Dah lama tak balik rumah, masa Raya hari tu pun balik setakat tunjuk muka dan tergesa – gesa keluar daerah balik, tak tidur pun kat rumah, hanya pass barang je.

Nombor telefon pun dah tukar lain dan tak bagitahu apa nombor baru dia. Alasan, tak ada duit nak beli handphone. Padahal member dia cakap, ada je handphone cuma dah tukar nombor. Aku tak faham apa yang bapak aku nak sebenarnya?

Keluarga kami bahagia. Alhamdulillah anak – anak semua menjadi, bijak – bijak, rumah ada, tanah ada. Dah tua – tua ni apa yang lelaki nak? Apa yang tak cukup lagi? Dah la nafkah anak – anak tak bagi, berbulan – bulan tak jenguk anak – anak, barang keperluan anak tak bagi, sekolah anak pun tak pantau.

Makan minum adik – adik aku sekarang ni berg4ntung pada duit mak aku kerja dengan duit yang aku hulur je la. Adik – adik aku ada dua yang duduk universiti, tiga sekolah menengah, dua sekolah rendah, seorang tak sekolah lagi. Mak aku kerja kampung je, berapa sangat la yang dia dapat.

Mak aku dah tua weh, dah umur 50+. Kesian tengok dia kerja. Dia kerja pun sebab bapak aku dah lari tanggungjawab. Dulu masa bapak aku ada, dia duduk goyang kaki kat rumah je. Bapak aku duduk senang lenang dengan janda tu.

Biasanya dalam satu family, anak – anak yang bermasalah (men4gih d4dah, buang anak, b0hsia, b0hjan, etc). Tapi dalam family aku, bapak aku yang bermasalah. Anak – anak semua ok, tak ada pun yang buat hal. Aku str3ss, penat dan dalam masa yang sama aku kena kuat untuk mak aku. Aku kena tolong mak dan adik – adik aku.

Komen W4rganet :

Liyana Nor : Simpati dengan nasib TT. Beritahu mak.. teruskanlah niat dia minta fasakh.. jika itu yang boleh buat dia tenang. Biar je lah. Dia dah tua.. berilah dia kebebasan memilih jalan sendiri. TT sebagai anak berikan sokongan dan perhatian yang penuh pada dia.

Jangan bagi tekanan dan masalah lain. Sian dia.. dah banyak tahun dia mend3rita dan makan hati.. di hujung – hujung usia ni biarlah dia mengecap kebahagiaan yang dia pilih sendiri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.