Umur dah 60, ayah masih tak solat, kantoi ada skandal. Ibu nekad nak bercerai tapi ayah ugvt akan halau mak keluar dari rumah

Pada mulanya saya macam sokong ibu, tapi bila fikir balik, dah tua-tua ini berbaloi ke untuk bercerai? Kalau ibu hanya buat tak peduli sahaja terhadap ayah, tak boleh ke? Dia tidak solat ke, buat benda h4ram ke… Biar je la…

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca sekalian, selama ni saya silent reader je tapi disebabkan masalah ni, saya ingin bertanya pendapat kawan – kawan semua sebab saya buntu. Terasa malu nak bertanya kepada kawan yang mengenali saya, malahan suami sendiri pun tak tahu tentang masalah saya sebab sangat mengaibkan ayah dan saya juga… wuarghh sedihnya.

Tolong beri pendapat ya kawan – kawan, sama ada saya perlu beri sokongan kepada ibu atau membantah permintaan beliau sebab ibu nak menuntut fasakh. Ayah ada bermain perempuan belakang ibu. Ibu ada simpan segala bukti beserta pengakuan perempuan berkenaan.

Bila ditanya kepada ayah, adakah mahu berkahwin dengan perempuan tersebut, ayah kata tak mahu. Dan ibu juga tak rela bermadu. (Ayah berumur 60 tahun, ibu 55 tahun). Selain tu, ayah malas solat, suka menipu dan banyak hutang (dah lama ibu kata, sejak dia muda lagi).

Sebelum ni, ibu dah pergi pejabat agama untuk minta kaunseling tapi ayah yang tak mahu pergi, dia buat tidak peduli sahaja. Ego mungkin. Tahun ni baru ibu luahkan segala masalah yang dia pendam kepada saya selama ini.

Sebelum saya berkahwin, iaitu masa tinggal bersama dengan keluarga, saya tahu ayah saya tak solat, ibu je yang solat. Lepas tu mulut ayah memang lah ada kasar jugak. Dia takde mem4ki kami adik beradik, cuma kalau dia tak jumpa barang ke, mulut dia menyumpah – nyumpah jugalah. Tapi kami buat tak peduli sahaja.

Memang ibu dah lama pendam pun. Kami tak pernah tengok ibu dan ayah berg4duh depan kami. Cuma kalau nampak ibu senyap, seorang di sana seorang di sini, saya tahulah masa itu ibu ada krisis. Cuma kebelakangan ini, mereka dah berg4duh depan – depan adik – adik yang lain.

Saya tak pernah nampak lagi sebab tinggal di tempat lain tapi saya rajin juga balik kampung sebab dekat sahaja. Sebenarnya, saya bukan nak membantah ibu hendak bercerai. Saya rasa ibu kecewa sebab ayah tak mahu berubah.

Minggu lepas sepatutnya ada sesi kaunseling ibu dan ayah. Ibu berharap sangat bila ada sesi ini, bolehlah ibu luahkan segala rasa dan harapan di depan kaunselor. Sebab selama ini, bila ibu nasihat atau cuba nak bercakap perlahan – lahan, ayah tak mahu dengar, marah – marah dan mem4ki – m4ki sahaja.

Jadi ibu harap masa kaunseling itu ayah datang tapi memang dia tidak datang. Jadi ibu sangat kecewa. Atas nasihat dan pandangan ustazah serta persetujuan ibu, ibu mahu teruskan tuntutan fasakh. Jadi saya tak tahu sama ada ibu akan gembira atau tak dengan penceraian ini sebab saya rasa ibu hanya akan mendapat kesedihan atau kekecewaan kerana ayah tak mahu berubah.

Ayah akan lebih rela bercerai daripada berubah, itu yang ibu rasa kecewa. Saya mahu ibu rasa gembira, lepas bebanan, bukan kecewa atau murung. Iyalah kan, mereka sudah hidup hampir 40 tahun bersama, mesti ibu berharap jodoh hingga ke hujung nyawa.

Untuk makluman kawan – kawan, saya anak sulung daripada enam orang adik beradik, jadi ibu banyak meluahkan masalahnya dengan saya sebab saya dah berkahwin dan mempunyai anak. Dengan harapan saya faham perasaan seorang isteri.

Saya ada dua adik perempuan yang belum berkahwin. Seorang di kolej (19 tahun), seorang lagi sudah bekerja (28 tahun). Yang lelaki pula, seorang sahaja yang belum berkahwin, umur 25 tahun. Sekiranya kes fasakh ini diteruskan, saya akan minta ibu menuntut harta sepencarian, supaya ayah tahu tanggungjawabnya.

Saya memang takde masalah sekiranya ibu tinggal bersama, lagi seronok ada nenek boleh tengokkan cucu – cucu di rumah. Cuma kesian kepada adik – adik yang bujang itu, kalau yang bekerja, bila ada keluarga sendiri kelak.

Ayah siap berkata kalau sah bercerai, memang ibu kena keluar dari rumah itu. Bagaimana ya? Ibu boleh je minta harta sepencarian, walaupun dia surirumah sepenuh masa? Untuk makluman, kalau sah bercerai, saya dengan berbesar hati akan ajak ibu tinggal sekali (kena tanya suami dulu, dia tidak tahu apa – apa itu, tetapi rasanya memang tiada masalah).

Tetapi kalau boleh, nak suruh ayah yang keluar rumah itu, supaya ada tempat untuk adik – adik berkumpul bila bercuti, terasa jugalah macam balik kampung. Kalau tinggal di rumah saya, lagipun mesti tak ooleh bergembira sangat di rumah kakak mereka ini. Rumah pun biasa sahaja.. Huaa kesianya kepada ibu…

Bagaimana kawan – kawan, bolehkah ibu meminta harta sepencarian ya? Pada mulanya saya seperti menyokong ibu, tetapi bila fikir balik, dah tua – tua ini berbaloi ke untuk bercerai? Kalau ibu hanya buat tak peduli sahaja terhadap ayah, tak boleh ke? Dia tidak solat ke, buat benda h4ram ke… Itu antara dia dengan Allah. Ibu sudah menasihati ayah banyak kali, jadi buat tak peduli je, tak boleh ke? Hmmm entahlah.

Komen W4rganet :

Amisha Amara : Jika penceraian itu memberi KEGEMBIRAAN pada ibu anda, anda wajar setuju. Apa – apapun tetap pilihan ibu anda. Kalau dia rasa inilah jalan TERBAIK pada dia, tiada guna untuk menghalang. Sedangkan anda sedia maklum per4ngai bapa anda.

Tiap manusia berHAK mendapat apa yang TERBAIK dalam hidupnya. Bukan soal sudah TUA atau tidak. Sepatutnya diusia begini.. biarlah ibu anda menghabiskan sisa hidupnya dalam kegembiraan. Jika itu jalannya, maka wajar sahaja anda berSETUJU.

Bid4dari Anggun : Aib? Bini nak cerai fasakh sebab laki main perempuan (main ni maksudnya bapak ko dah berz1na ke?), laki tak solat. Itu tindakan mengaibkan? Abis bapak ko tu mulia? Oh please la… nak luahkan apapun, tengok la dari sudut agama.

Aku lagi rasa aib hidup dengan laki yang rapuh pegangan agamanya, aib tau berlakikan laki yang tak mampu bimbing kita ke jalan yang betul. Lagi – lagi bila usia dah senja tapi masih leka dengan dunia. Sungguh aib bini gigih belajar agam kat masjid, laki sibuk lepak w4rung kopi ngorat mak leha janda.

Sinis? Nasib la kan… dah ko jugak bukak aib bapak ko kt sini. Aku sokong mak ko. Biar la mak ko buat keputusan dia sendiri.. tua ke, muda ke, dah monopaus ke, age is just a number. Bagi la mak ko hidup tenang di hari tuanya.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.