Umur dah 65 tahun tapi ummi mintak izin kahwin lagi. Setakat ni dah 4 kali ummi kahwin!

Ummi dah masuk 65 tahun. Tiap – tiap hari mengadu s4kit. Kalau betul bosan, duduk laa dengan anak – anak yang dah bercucu, layan cucu. Batin sunyi? Boleh pergi surau. Kakak aku cakap, umur macam ummi tu patutnya fikir nak ke masjid, bukan fikir nak kahwin. Mak aku setakat ni dah 4 kali kahwin!

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi kongsi kisah saya.. Nak mintak pendapat semua ni. Siang tadi waktu aku betul – betul nak bertolak balik ke universiti, tiba – tiba ummi cakap, “ummi nak mintak izin adik ni.” Mula – mula tu aku macam bIur jap, nak mintak izin apa plak ni? Tapi tiba – tiba terIintas kat kepala aku, terus aku tertinggi suara cakap, “tak boleh!” Lepas tu aku macam asyik fikir je, macam mana nak halang ummi ni.

Macam tajuk yang semua orang baca’ Ummi nak kahwin lagi’, ye mak aku nak kahwin lagi. Mungkin akan ada yang cakap, biarlah mak nak kahwin lagi. Dia sunyi, dia nak teman tapi, meh dengar cerita aku dulu. Mak aku kahwin setakat ni dah 4 kali. Setiap satu perkahwinan dia mesti ada masalah. Dan yang pasti bukan masalah laki bini yang biasa – biasa laa.

Suami pertama, jenis yang suka kahwin. Dia kahwin lepas tu dia tinggalkan anak bini dia. Kemudian pergi cari lain, lepas tu tinggal lagi. Dengan ummi ada 3 org anak lelaki, kira abang aku lah.. Adik beradik abang aku ni yang sebapa, tak cukup jarilah nak kira.. Ummi cakap ni berpisah m4ti tapi akhirnya dia sendiri yang cerita yang sebenarnya dia kena cerai tak lama sebelum arw4h suami pertama dia meninggaI dunia.

Suami kedua pilak, dia sempat kahwin sebulan jer. Sebab katanya suami dia ni tak boleh terima anak – anak ummi. Suami kedua ni, dia tak pernah cerita. Cuma seingat aku, ummi ada terlepas cakap dalam dua kali je dekat aku..

Suami ketiga, arw4h ayah aku. Maaflah,aku bukan sengaja nak burukkan ayah aku. Ayah aku ni seorang yang baran dan kaki pukuI. Tapi sebab ummi aku kahwin atas dasar cinta, satu – satunya cinta dia, dia bertahan hampir 20 tahun jugak sebelum bercerai dengan 3 kali taIak. Ada 6 orang anak dan aku yang bongsu. Ummi pernah dimadukan dalam 6 tahun masa akhir perkahwinan . Ummi aku tak tahan dan ummi aku lari dari rumah bawak aku jer. 3 tahun jugak g4ntung tak bertali sebelum cerai taIak kali ke 3. Alhamdulillah, ayah dah kurang baran dia lepas tu dengan mak tiri aku.

Ummi p4ksa tuntut cerai sebab dia nak kahwin lain. Dia fikir nak besarkan aku, waktu tu aku baru 9 tahun. Ayah tiri aku plak, suami ke-4 ummi, baik sangat. Dia sayang aku macam anak dia sendiri. Tapi, anak – anak dia pulak jeIes dengan ummi.. Tuduh ummi nak ramp4s harta ayah tiri, buat macam – macam sampai tersiksa ummi.. Waktu aku habis SPM, ummi tak nak lagi tinggal dekat rumah ayah tiri. Masa tu ayah tiri dah kena pot0ng kaki sebab k3ncing manis.

Ummi tak tahan dengan anak – anak tiri ayah. Ayah tiri pilih nak ikut ummi, ummi jaga ayah tiri sampai dia hembus nafas terakhir. Lepas tu anak – anak dia tak bagi pun bahagian ummi dari harta arw4h ayah tiri. Ummi tak kisah asalkan anak – anak ayah tiri tak kacau ummi lagi.

Lepas tu, ummi duduk dengan abang – abang aku, kakak plak belikan rumah kat dia, konon tak nak dah bagi dia fikir pasal kahwin. Kakak bawak ummi dan ayah sekali pergi umrah sebab tak nak ummi ngan ayah g4duh – g4duh berdend4m lagi.. Berbaik lah mereka.

Lepas ayah kandung aku datang kenduri tunang aku, tup – tup ummi berangan yang ayah nak rujuk balik dengan ummi. Aku macam, haish tepuk dahi je laa.. Waktu tu aku tak setuju, mungkin sebab aku tak maafkan ayah lagi.

Setahun lebih lepas majlis aku tu, ayah pergi tinggalkan kami. Haaa sejak tu laa, ummi asyik cakap nak kahwin ajeeeeeee. Ada plak kawan baik dia ni dok cari calon. Kejap orang tu, kejap orang ni. Aku tetap jugak cakap tak.

Aku bukan apa, aku serik. Aku kesian dekat ummi. Nanti ummi dah kahwin, apa lah lagi masalah rumahtangga yang ummi kena hadap. Aku tak nak ummi tanggung semua tu. Ummi dah 65 tahun taw, tapi lawa lagi, orang tengok macam 40 lebih. Kelengkapan dia semua anak – anak dah bagi.

Nak rumah, kakak belikan rumah untuk ummi tinggal. Tak nak lagi sewa rumah. Duit, abang – abang dengan kakak aku bagi. Nak kasut, handbag, kitorang giIir – giIir belikan. Yang terbaru, aku belikan dia smartphone baru, sebab dia cakap semua kawan – kawan dia guna handphone tekan – tekan skrin. Aku beli phone tu guna duit aku kerja part time taw, sebab aku pun masih belajar. TerkiIan kot bila tup tup ummi minta izin nak kahwin..

Umur aku pun dah 25 tahun, aku rasa dalam umur macam ni aku tak boleh terima ‘ayah’ baru dalam hidup aku.. Ikutkan hati, kalau betul – betul ummi jadi kahwin, aku tak nak balik kampung setahun. Cakap ngan ummi, call ummi, tapi tak balik setahun. Raya pun tak nak balik..

Tolonglah jangan cakap, ummi tu sunyi, nak berteman, batin sunyi ke, bagi laa ummi kahwin.. Tolonglah jangan.. Fikirlah logik, ummi dah masuk 65 tahun. Tiap – tiap hari mengadu s4kit. Kalau betul bosan, duduk laa dengan anak – anak yang dah bercucu, layan cucu. Batin sunyi? Boleh pergi surau hari – hari. Kakak aku cakap, umur macam ummi tu patutnya fikir nak ke masjid, bukan fikir nak kahwin.. Ummi ni, tahajud hari – hari bangun..

Tolonglah, aku tak tahu macam mana lagi nak pujuk ummi supaya tak kahwin.. Aku tak boleh terima. Kali ni ummi macam serius sangat. Huwaaa nak nangis.. – Kkl

Komen Warganet : 

Zuraida : Ermmm, tak tahu nak cakap apa. Tapi aku rasa dia patut bagi ja ummi dia kahwin dengan syarat, biar diorang adik beradik yang tolong carikan calon suami tu. Sebab aku faham perasaan ummi dia, setiap orang mesti harapkan kebahagiaan dalam hidup ni. Macam tu jugak ummi dia. Lepas banyak kali kahwin tapi hampir kesemuanya menguji dia, mungkin yang terakhir ni akan memberikan rasa kebahagiaan yg dia cari selama ni.

Nur Aziera : Pandangan saya, biarlah umi awak berkahwin. Sebabnya, kita anak – anak tak akan selalu ada untuk diorang. S4kit susah mereka, sekurangnya ada yang menjaga. Dan kita anak – anak selalunya sangat sibuk mencari duit akibat ekonomi yang mendesak. Perhatian seorang suami lain dari anak – anak. Ikhlas dari saya yang juga ada pengalaman macam awak.

p/s: Doa banyak-banyak moga mak dapat jod0h yang baik dan awak adik – beradik tidak lupakan emak.

Jan Afie : Nasihat saya, jangan pentingkan diri. Awak dah kahwin nanti baru faham beza anak dengan suami. She needs her equal. Awak pun cakap dia tahajjud tiap hari. So saya yakin keputvsan dia tak berdasarkan benda yang tak baik. Itu adalah keperluan. Walaupun awak adik beradik tanggung dia sekarang, bukan hak awak utk izin atau tidak. Dia tak perlu izin awak tapi dia masih mintak sebab hormat anak – anak.

Ingat balik berapa kali dia seorang diri dengan awak sejak kecik sampai besar. People have different needs. Satu hari nanti kalau awak ditakdirkan duduk dalam kasut Mak awak, awak akan faham. Tapi saya doa awak tak akan rasa hilang pasangan hidup and rasa keseorangan. Terutamanya di hujung usia. Kasihani Mak tu. Itu hak dia. Dia tak perlu izin awak sebenarnya. Semoga Allah mudahkan urusan mak awak dan awak dan bukakan pintu – pintu hati yang tertutup.

Nurul Izyan : Mmmm sedih betul baca kisah hidup awak dan keluarga. Saya faham kerunsingan awak. Tapi mungkin kita boleh tengok dari perspective lain. Kahwin tu sunnah.. Sekalipun umur dia dah lanjut tapi pahala yang dia kutip dengan title seorang isteri lain.. Tu yg saya dengar dari ceramah – ceramah. Bukan pasal nafkah zahir batin.. Mak awak pun perlukan teman hidup. Teman untuk dia bercerita. Anak ada kehidupan dia sendiri.

Sebagai anak, awak doakanlah dia dapat suami yang terbaik untuk dia, dunia dan akhir4t. Mintak dia istikharah banyak – banyak. Doa dapat rumah tangga yang diIimpahi mawaddah, rahmah dan sakinah. Kita ni, perancang je awak. Allah Maha mengetahui..

Aleena Rose : Ayah saya dah meninggaI 2 tahun. Sepanjang 2 tahun ni, ibu tak pernah sebut nak kawin lain. Saya percaya 1 benda. Dan selalu ingatkan adik beradik. “Kalau ibu ada cakap nak kahwin, maksudnya kita ada buat silap. Silap tak jaga dan bagi perhatian kat ibu. Jangan salahkan keputvsan ibu”. Tapi alhamdulillah ibu tak penah pikir nak kahwin lain. Ibu cakap kalau orang nak kahwin ngn dia pun mesti sebab harta je. Dah tua – tua ni nak cari apa lagi.

Kepada sis, sila luangkan masa lagi banyak dengan mak sis. Dia sunyi tu. Dan, tolong jangan suh mak awk jaga cucu – cucu ni. Dia dah penat jaga sis adik beradik. Takat nak main jumpa waktu hujung minggu, pergi bercuti takpela. Buat aktiviti sama – sama. Tu je. BergiIir waktu balik rumah mak, biar dia tak sunyi sorang – sorang. Rugi tak balik rumah sis oiiii. Syurga makan sedap! Hahaha

Apa kata anda?