Ustaz fitnah aku dekat sekolah, dia panggil mak ayah aku datang sekolah. Balik je rumah bapak ceraikan mak depan aku

Ada 2 orang pelajar ni buat bising lepastu terus lari keluar surau. Takde angin, takde ribut ustaz tu bila dah siap bagi salam tiba – tiba dia bangun Iempang aku. Aku cakap bukan aku, tapi dia tarik aku pergi bilik disiplin. Dia call mak ayah aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada satu confession. Aku ada berd3ndam dengan seorang ustaz sekolah menengah aku sampai sekarang. Aku ni bukan pelajar pandai mana boleh dik4takan average. Waktu ni aku tingkatan 5 pertengahan tahun semua tengah sibuk dan all out untuk SPM nanti termasuk aku.

Selalu balik lepas kelas tambahan semua lebih kurang dalam 2:30 – 3:00. Waktu ni aku balik dalam pukuI 2:45 jadi sebelum balik tu aku solat zohor dekat surau sekolah aku. Aku ambil wudhu dalam tu nampak lah dalam 3-4 orang termasuk seorang ustaz ni tengah solat dia ni cikgu paling garang, cikgu disiplin.

Aku pun masuk lepastu berdiri selang 2 saf dekat belakang ustaz ni. Ada lah 2 orang pelajar  ni aku tak kenal dia berg4duh buat bising lepastu terus lari keluar. Tapi kau tahu dengan tak ada angin dengan ribut ustaz tu bila dia siap bagi salam tiba – tiba dia bangun t4mpar muka aku.

Lepastu marah aku “dalam surau pun kau buat bising” aku macam terk3jut lah kena t4mpar kot dah lah s4kit. Aku pun sambil menggigil, tahan nak nangis cakap dekat ustaz tu, “bukan saya itu budak 2 orang tadi dah keluar lari, saya baru masuk”

Tapi ustaz tu aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dia ajak aku masuk bilik disiplin aku dah mengalir air mata cakap bukan saya itu budak lain saya baru masuk surau nak solat. Dia pun tulis aku kertas macam untuk disiplin aku ingat dah itu penamat dia.

Tapi tak ye aku tak tahu apa sy4itan ustaz ini dia jumpa guru kelas aku dia nak nombor telefon mak, ayah aku. Lepastu kecoh ye dalam bilik guru aku kena maIukan dia cakap aku buat bising dan main dalam surau padahal aku baru masuk.

Sekali dia call mak dan ayah aku. Ayah aku pun datang sebab dia paling dekat dia pun minta maaf apa semua. Balik tu dalam kereta aku menangis cakap bukan aku yang buat tapi budak 2 orang tu tapi ustaz tu tak percaya.

Ayah aku tak cakap apa dia cuma, “kau ni memang buat malu aku sampai aku kena datang sekolah.” Balik tu ayah dengan mak aku berg4duh salahkan antara satu sama lain cakap tak reti didik aku jadi anak yang baik. Aku dalam hati dia punya rasa benci dekat ustaz tu dah meluap – luap padahal bukan salah aku.

Tengah berg4duh ni ayah aku pun lafaz talak dekat mak aku. Aku tergamam ye waktu tu. Mak aku dia menangis – nangis sambil keluar dari rumah lepastu salahkan aku, mak cakap, “kenapa aku dapat anak macam kau!”

Mungkin akan ada yang kata, “mungkin hubungan mak dan ayah kau memang dah retak,” memang lah dah nak retak tapi apa yang ustaz tu buat call mak, ayah aku ialah the tipping point. Ayah aku pun menjerit cakap ni salah aku.

Aku pula menangis macam nak giIa ye ni semua disebabkan ada 2 orang yang buat bising dan lari serta ustaz orang dewasa yang berper4ngai sy4itan. Esoknya pergi sekolah habis satu sekolah tahu aku kena t4mpar. Aku selama beberapa bulan tu macam nak giIa.

Rumah duduk sorang mak aku dah entah ke mana ayah aku dah tak balik rumah. Aku duduk dekat rumah sorang termenung setiap hari. Setiap kali aku terserempak ustaz tu setiap kali tu dalam hati aku doakan dia m4ti ke apa.

Aku ingat lagi nampak dia lepastu aku tunduk malas nak salam sebab benci. Sekali dia marah aku cakap, “kau ni memang kurang ajar” aku tak tahu kenapa dia marah. Lepastu kena sebat ye 3 das. SPM aku teruk, terlampau teruk.

Aku saki baki tu memang dah give up untuk belajar. Aku sambung tingkatan 6 sebab terp4ksa. Aku sebenarnya dah putus asa entah berapa kali rasa nak cabut nyawa sendiri. Aku banyak kali fikir nak naik tingkat 4 sekolah aku tu lepastu kalau nampak ustaz tu aku nak terjun depan dia.

Mak dan ayah aku sah bercerai. Waktu tu aku pergi mahkamah syariah jumpa dan berbual dengan mak aku. Terus terang hubungan kami dah jauh sangat, baik ayah atau dan mak aku. Kalau ada yang cakap “eh ini bukan salah ustaz tu je ini salah budak 2 orang tu” iya budak tu salah.

Tapi yang paling salah besar ada lah ustaz tu. Takkan dia tak boleh bezakan bunyi bising 2 orang dan seorang. Macam mana aku nak buat bising kalau aku situ sorang je. Aku siap explain kan logik aku ye dekat ustaz tu. Aku cakap, “ustaz tengok ni wudhu saya belum kering lagi ustaz cakap dari rakaat pertama diorang bising mesti lah wudhu dah kering surau tu dah lah air con,” dia tak layan ye setakat menjeling je.

Sejak haritu aku terp4ksa hidup sorang cuma dapat duit setiap bulan kena berjimat. Sebulan sekali jumpa mak, ayah aku. Setiap hari aku bangun dari tidur dan fikir semuanya berpunca dari ustaz tersebut. Kalau dia t4mpar aku dan bagi kertas disiplin sejujurnya aku akan masih boleh terima “mungkin hari itu bad luck” tapi bila dia call mak, ayah waktu call tu pula dia cakap dengan nada kasar ye.

Lepastu bila ayah aku sampai dia nada kasar cakap “encik tengok anak encik ni tak diajar agama ke dekat rumah” kau bayangkan ayah mana yang tak baran dan marah kalau cikgu cakap macamtu. Dah lebih 10 tahun benda ni jadi tapi sampai sekarang aku masih berd3ndam dan tak tenang.

Kalau punca dia memang kesalahan aku. Tak apa aku terima dan ikhlas. Tapi ini bukan kesalahan aku, m4ngsanya aku. Aku kena tanggung. Aku nak teruskan hidup memang sangat tersiksa. Aku pernah stalk ustaz tu tengok happy dia kahwin ada anak. Aku punya s4kit hati tu sampai sekarang tak hilang.

Kalau ada yang cakap ikhlaskan. Jujur aku cakap banyak kali aku cuba. Tapi sampai sekarang tak boleh dan mungkin sampai m4ti pun tak boleh. Aku sekarang pun teruskan hidup just for the sake of living itu sahaja. Tujuan hidup tak ada, apa semua tak ada.

Setiap pagi aku pergi kerja bawa kereta aku tak kisah kena Ianggar dan m4ti. Nak bernafas setiap hari pun rasa payah. Aku asyik terfikir pasal sejarah lebih dari 10 tahun lepas. Kalau ustaz tu dengar penjelasan aku dan baik dengan sabar fahamkan keadaan sebenar mesti mak dan ayah aku tetap bersama dan aku tak ada teruskan hidup macam ni.

Tapi tidak dia tak dengar dia taknak faham dia ikut eg0 dia dan kesan dia terus ubah kehidupan aku. Ustaz tu mungkin dah lupa lama kes aku dia pun mungkin anggap habis situ dah habis tapi hakik4tnya sampai sekarang aku merana. – Azlan (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Haspah Sidek : Aduh s4kitnya. Saud4ra maafkan saya. Saud4ra perlu berjumpa pakar untuk psik0logi kaunseling, berat beban yang saud4ra tanggung (tuduhan ustaz, tuduhan keluarga, penceraian ibubapa, pengabaian ibubapa).

Please saud4ra.. saud4ra boleh pergi yang private / kerajaan. InsyaAllah beban saud4ra akan berkurang dan rasa ringan. Saya doakan segala urusan saud4ra dipermudahkan dan ditemukan dengan insan yang memahami keadaan saud4ra. Aamiin..

Nurul Hazwani : Taknak maafkan ustaz tu takpe sebab memagn ustaz tu salah tapi kamu tu tolonglah move on. Berhenti meyalahkan orang lain atas kegagalan hidup sendiri. Mulai sekarang. Baiki khidupan sendiri. Yang lepas tu jadikan pengajaran untuk meningkatkan kehidupan yang lebih baik.

Jangan h4ncurkan hidup sendiri kerana d3ndam. Dendam yang indah adalah dengan membuktikan pada semua orang yang kamu boleh berjaya walaupun dituduh dan dih1na.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.