[Vide0] Eyra Hazali sebak abangnya buat kejutan balik dari Jepun semasa majlis resepsi semalam

Pelakon Eyra Hazali, 20 telah selamat bernikah dengan pasangan pilihan hati yang juga pemain bola sepak negara Haziq Nazli, 21 pada Jumaat lepas.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu selamat disatukan dengan sekali lafaz sahaja. Dengan mas kahwin sebanyak RM3001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Majlis resepsi juga telah berlangsung pada hari Ahad dengan meriahnya. Pada majlis tersebut Radin dari radio Era menjadi pengacara majlis manakala One Avenue Band menjadi artis yang bertanggungjawab membuat persembahan menghiburkan para tetamu.

Dalam kegembiraan menyambut hari bersejarah buat Eyra dan Haziq, satu kenangan indah pasti terpahat dalam ingatan pasangan ini apabila mereka mendapat kejvtan dari abang kandung Eyra sendiri.

Setelah selesai persembahan silat dari beberapa orang lelaki memakai topeng, mereka dilihat datang kedepan untuk salam dengan pasangan pengantin. Apabila sampai ke lelaki terakhir, jelas riak terk3jut dari wajah Eyra apabila menyedari lelaki tersebut merupakan abangnya.

Video :

Menurut pengacara majlis, abangnya baru sahaja tiba dari Jepun dan itu merupakan kejutan yang dirancang oleh ibu Eyra sendiri. Sebak tengok Eyra menangis, sudah semestinya akan jadi kenangan sampai bila-bila.

Peminat-peminat tidak lepaskan peluang untuk memberikan ucapan tahniah buat pasangan sejoli ini.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..