[VIDE0] Lagu Drama dari Drama Band dinobatkan lagu terbaik! Tapi persembahan dari Nora dan Ramlah Ram memukau penonton.

Hari ini berlangsungnya Muzik-Muzik separuh akhir bagi pusingan pertama. Terdapat 11 lagu yang dipertandingkan untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan tahun depan. Antara lagu yang berentap malam ini..

1. Drama Band – Drama

2. Shila Amzah – Tiada Dirimu

3. Sufian Suhaimi – Mencuba

4. Khai Bahar – 123#

5. Ara Johari – Paku

6. Luqman Faiz – Kepuraanmu

7. Usop – Aku Yang Bersalah

8. Ismail Izzani – Bidadariku

9. Siti Nordiana – Hatiku Milikmu

10. Wany Hasrita – Terlalu Memuja

11. Siti Nordiana dan Khai Bahar – Satukan Rasa

Kesemua peserta telah membuat persebahan yang sangat mantap dan menghiburkan. Drama Band dipilih sebagai lagu terbaik dengan lagu Drama hasil ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib & Ammar Habir.

Namun yang paling menarik peminat para penonton adalah persembahan penutup oleh dua orang penyanyi senior yang pernah menggeg4rkan pentas Anugerah Juara Lagu, Nora Ariffin dan Ramlah Ram.

Mereka berdua masing-masing menyanyikan lagi single Hanyalah Satu dan Cintaku Hanyut di Lautan Sepi. Kemudian mereka beradu tenaga menyanyikan lagu Romancinta. Paduan tenaga dua artis ini mendapat tepukan gemuruh malah mendapat pujian dari para penonton. Meremang bulu roma!

Video :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..