[Vide0] Ramai terpegun dengar suara pasangan romantis Fattah dan Fazura

Baru-baru ini telah berlangsungnya The Singing Pizza Concert. Konsert tersebut telah dijalankan di Bentley Music Auditorium, Petaling Jaya.

Antara artis yang turut serta ialah Alivin Chong, Aman RA, Shalma Eliana dan pasangan yang ditunggu-tunggu Fattah Amin dan Fazura. Memang ramai yang hadir ke konsert tersebut untuk sama-sama memberi sokongan kepada artis kesayangan masing-masing.

Kami sempat mendengar rakaman yang dibuat oleh para peminat nyanyian antara Fattah dan isterinya yang cantik Fazura. Fuhh.. Meremang bulu roma.

Dapat rasakan ‘feel’ cinta tu. Antara lagu yang dipersembahkan oleh Fattah ialah Isterimewa, 1234U dan semestinya lagu yang dinanti-nantikan lagu duetnya Paling Sempurna.

Alahai sweet betul pasangan ni. Patut la menjadi kesayangan ramai.

Rugi plak tak pergi konsert ni semalam


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..