[Vide0]Alahai comelnya adik Isabelle datang Meletop! Masuk-masuk je terus jadi Mumia

Sejak bermula sesi persekolahan dua minggu lalu beberapa kanak-kanak telah menjadi perhatian netizen dek kerana telatah mereka yang sangat comel sehingga mencuit hati rakyat Malaysia. Jika minggu lepas adik Mayah telah dijemput ke set Meletop, hari ini giliran adik comel Issabelle pula.

Beberapa hari lepas tuIar tentang video kecomelan seorang kanak-kanak perempuan dari Kuching, Sarawak, Issabelle. Video yang mulanya tuIar apabila dia menari lagu Mengantuknya dari Didi and Friends. Tak sangka rupanya adik Issabelle sebenarnya memang sudah selalu memuat naik video tariannya yang comel di TikTok.

Sejak tuIar video tersebut, adik Issabelle mula dipanggil oleh stesyen-stesyen televisyen dan juga radio. Malah jumlah pengikutnya pun dah mencecah angka setengah juta! Memang cepat rakyat Malaysia buat kerja.

Sementara itu, ada juga yang menyamakan wajah kanak-kanak bernama Isabella itu mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sekali imbas memang sama!

Nasib tgk nie..klu tggal ketapi nak tgk melentop

@issabelle_2013 best dpt masuk meletop… Cute biak tok

Kan dah ckp msuk tv si cute ni…mengantok, mengantok

Alah comelnya, tak sabar nak tgk issabelle

Wahhh dh setengah juta follower budak ni….cpt btl org melayu buat kje hehehe

Adik Issabelle nampak tidak kekok untuk berada di atas pentas bersama-sama dengan Nabil dan Sherry. Walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia, dia tetap confident dan tersenyum. Sesekali nampak adik Issabelle melambai-lambai kearah peminat dan kamera. Cayalah dik!

Vide0 :


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..