[Vide0]Baru dua hari dah boleh cakap Jepun. Muka Jep pun dah iras orang Jepun dengan rambut panjang stail tak terurus

Dua hari yang lepas pasukan Superlawak FC yang terdiri dari seIebriti tanah air dan juga bekas pemain profesionaI tempatan telah berangkat ke Osaka, Jepun. Antara seIebriti yang terlibat adalah Jep, Pak Ya, Rahim, Chiwan Tomok, Shah Slam, Imam Muda Asyraf dan Roy Azman.

Mereka ke Osaka untuk bertemu dengan pasukan dari Jepun, Young Town, dalam Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak Amatur. Kiranya bukan biasa-biasa la pasukan Superlawak FC ni. Mereka telah banyak memenangi beberapa perlawanan yang dianjurkan dalam Malaysia sehingga melayakkan diri untuk bertemu dengan pasukan Jepun.

Dah nama pun Superlawak FC dengan beberapa seIebriti yang memang asalnya seorang pelawak. Memang tak akan kering gusi tengok gelagat mereka. Tengok pakaian yang dikenakan semasa berangkat ke Osaka pun dah buat para netizen. Sebijik macam pasukan bola antarabangsa. Yang penting gaya kena ada.

Osaka Day 2

Coach pesan x boleh makan luar sebab esok match day @superlawakfc

Selaku Kapten pasukan, Jep memang nampak saling tak tumpah seperti mamat Jepun. Video yang dimuat naik di IG membuatkan para peminat terhibur. Baru dua hari sampai di Jepun, Jep dah fasih berbahasa Jepun. Yang pening keyakinan yang tinggi.

Skali dgr ala2 jepun..2x dengar dah mcm jawa toqtoq pun ade..

So sweet lah jep dah mcm rupa org korea dah dgn rambut mcm tu

Tgok kali kedua bru la dpt tangkap dia sebut nama sorg2 tu

Iya2 lh dia ckp Jepun tu… tkperlh @jepsepahtu aslkn ada no no no kt blkg tu jdlh hihihi

Awat lah rambut camtu bang jep oiii.. Mcm payung kuncup dahhh!!! Rimasss nengokkk

Fuhhh…kehebatan dan comfiident level tu ada nampak….good luck team

@jepsepahtu Buktikan Freekick terbaik #superlawakfc …Berjuang dengan darah,kalah dengan Maruah. Ini kami Anak Johor.

Kami ucapkan semoga berjaya dalam perlawanan persahabatan dengan Jepun nanti. Harap Superlawak FC dapat harumkan nama Malaysia malam ni ye.

Vide0 : 

Sumber : IG Jep by Media Cite Heboh


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..