[Video] Perghh!Menurun ke anak pulak!Anak-anak Naqiu nyanyi lagu Di ambang Wati khas untuk papa malam ni

Gegar Vanganza sudah menjadi platform kepada mana-mana penyanyi yang ingin kembali semula dalam bidang nyanyian. Ramai artis yang sudah berjaya kembali menyinar semula selepas menyertai Gegar Vaganza contohnya Siti Nordiana, Liza Hanim dan Elly Mazlein.

Untuk tahun ini, Gegar Vaganza musim ke 6, antara nama yang dilihat semakin diterima semula oleh peminat ialah Naqiu Boboy. Beliau antara peserta yang sering memberi persembahan yang bertenaga dan bagus untuk setiap minggu.

Untuk minggu ini beliau akan menyanyikan lagu dari Dato’ Awie yang bertajuk Diambang Wati. Memang para peminat tak sabar nak tengok persembahan yang akan dibuat oleh Naqiu malam ini.

Di IG milik lsteri Naqiu, @hani_nq, beliau memuat naik video nyanyian dari dua orang anaknya Danial dan Esyana yang turut menyanyikan lagu Diambang Wati. Wah, pandai dan comel anak-anak Naqiu.

Video :

Good luck papa @thisisnaqiu for tonight we love u keep on rocking!

Rata-rata pemiat memuji suara adik beradik ini. Mungkin boleh diasah menjadi penyanyi seperti papa mereka.

Dalam video tersebut, Danial dan Esyana juga sempat memberikan ucapan untuk papanya malam nanti.

Naqiu sudah berkahwin 8 tahun lalu dan sekarang sudah mempunyai 5 orang anak. Semoga Naqiu berjaya membuat persembahan yang terbaik malam ini.


Artikel ini disediakan oleh Media Cite Heboh. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Media Cite Heboh tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..