Aku ada 3 orang dan masih duduk dengan keluarga mertua. Nak cari duduk rumah sewa pun suami tak mampu, bila dia keluar khuruj 4 bulan langsung dia kerja, takde gaji. Aku yang kena tanggung semua. Kadang – kadang aku kesian, aku bagi suami duit aku untuk dia keluar tabIigh. Tapi aku tak redha..
#Foto sekadar hiasan. Hai assalamualaikum admin dan pembaca semua, nama aku Peah, semestinya bukan nama sebenar. Aku cuma nak luah dan minta pandangan dari semua. Aku mempunyai 3 orang anak dan suami.
Sudah 5 tahun kami berkahwin dan kami masih duduk bersama dengan ibu bapa suami. Suami aku seorang yang islamik, dia kumpulan tabIigh. Aku cuma s4kit hati dengan orang sekeliling aku yang menyokong perbuatan suami yang keluar tinggalkan aku dan anak – anak.
Ye, tak salah perbuatan suami join tabIigh dan sentiasa keluar khuruj. Selalu ada yang keluar 3 hari, kadang – kadang 40 hari, dan setiap tahun wajib 4 bulan. Aku harap takde lah yang kecam aku, tak islamik tak memahami.
Cuba korang lihat dari sudut seorang isteri yang kena tinggal ni. Aku nak tanya sikit, wajib ke khuruj ni? Setahu aku ini ialah fardu kifayah, kalau buat dapat pahala, kalau satu orang islam tak buat baru dikira berd0sa semua orang islam.
Tapi dalam jemaah yang suami aku ikut, keluar khuruj ni jatuh wajib. Aku tak kisah kalau suami aku nak keluar khuruj, tapi tolong la berperikemanusiaan sikit. Hulur – hulur la duit nafkah sepanjang keluar tu. Hulur duit perbelanjaan untuk anak – anak dan isteri, sediakan segalanya cukup.
Dah la dari segi nak tolong jaga pun tak boleh, nak tolong bab duit pun takkan tak boleh. Ye aku pun ada duit, bekerja. Tapi takkan nak harap semuanya duit daripada aku? 100% perbelanjaan diri dan anak aku tanggung.
Aku teringin nak merasa pemberian nafkah daripada seorang suami. Bukan kah nafkah itu wajib? Kenapa culas dan abaikan? Pentingkan lagi keluar jalan Allah, sedekah kepada orang lain berbanding isteri dan anak sendiri. Kenapa?
Bila gaji aku tak mencukupi, aku sampai terp4ksa pinjam orang lain demi meneruskan hidup. Kadang kala duit aku, aku plak yang kena hulur dekat suami. Aku kesian sepanjang dia keluar khuruj kadang – kadang tak cukup duit untuk belanja dia.
Tapi islam ajar begitu ke? Keluar jalan Allah sampai susahkan orang lain? Bila aku luah kepada keluarga, keluarga suruh aku redha. Tolong bagitahu macam mana aku nak redha kalau satu sen tak diberi? Aku sendiri kena usaha cari duit untuk diri, anak – anak dan kadang kala untuk diberikan kepada suami pula.
Macam mana aku nak redha? Macam mana aku nak ikhlas? Ramai tuduh aku isteri jahat, tak redha suami keluar jalan Allah, tak senangkan urusan suami, tapi diri aku dan anak – anak siapa nak senangkan kalau bukan diri sendiri?
Macam mana nak ajar ye orang orang macamni apa yang mereka semua buat tu silap. Patut kena utamakan keluarga dulu. Bukan susahkan anak isteri. Aku teringin nak duduk rumah sendiri. Anak ramai, anak sem4kin membesar, nak hadap menjaga anak sendirian bila suami takde lama.
Nak cari rumah sewa pun suami tak mampu, orang sekeliling siap marah aku lagi jika aku suruh suami cari rumah sewa, kata mereka, mampu ke suami kau nak bayar nanti? Kenapa duduk rumah keluarga tak okay ke? Mesti g4duh dengan keluarga ni? Mesti kau banyak buat masalah ni.
Ye orang semua tahu judge je tanpa tahu keadaan aku macam mana, tanpa tahu perasaan aku macam mana. Cakap memang senang, tapi tak sesenang nak hadap apa aku rasa. Tolong bagi aku nasihat dan pandangan apa perlu aku buat.
Sejujurnya aku penat. Penat nak lalui semua ni sendirian, penat nak dengar kata – kata orang suruh aku sabar dan jadi isteri yang redha dalam urusan dakwah dan jadi isteri yang kena sentiasa senangkan urusan suami.
Bila suami dah keluar 4 bulan, sah – sah dia tiada pekerjaan, mesti aku kena hulurkan duit. Bukan macamni cara dia. Tapi orang suruh aku sabar dan redha. Macam mana nak redha. Aku tak salahkan tabIigh, aku tahu tabIigh ni bagus.
Cuma individu je kadang – kadang tak bagus. Kadang – kadang sebab sorang, habis rosak satu nama tabIigh. Aku cuma buntu tak tahu nak buat apa, saya perIukan nasihat dan pandangan orang untuk saya terus kuat dikemudian hari. Terima kasih.. – Peah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Sharena Rusli : Suami yang join tabIigh macam ni la yang merosakkan nama baik agama Islam. Ajaran Islam ni menyeluruh tak boleh pilih – pilih mana rasa nak tanggungjawab dan mana nak abaikan. Dia ingat buat kerja dakwah dapat masuk syurga.
Tapi nanti isteri dan anak – anak akan tarik kaki dia tuntut hak yang diabaikan. Orang macam ni kena disekolahkan semula dengan orang bijak ilmu agama. Cakap orang biasa ni dia tak layan punya. Walhal orang biasa ni lagi elok ikut suruhan agama daripada dia yang ala – ala berdakwah atas nama agama tapi isteri dan anak – anak hidup tersiksa.
Fara Maya : Sebelum suami tu keluar melangkah kaki nak pegi khuruj tu ko bagi kata dua nak keluaq pegi tu atau ko tak redha dunia akhir4t walau satu sen pun ko belanja untuk nafkah ko dan anak ko. Kalau ada iman di hati macam konon abes tawaduk pegi berdakwah bagai tu dia tak akan jadi melangkah keluar. Tapi kalau dia keluar juga sendiri mau ingat laki macam mana ko nak jadi ayah kepada anak – anak ko.
Shiekin Aswam : Kesian TT itu bukan islamic tapi lupa d4ratan. Saya hidup dengan bapa saya seorang tabligh 20 tahun lebih. Tak pernah sekali pun bapa saya bila keluar khuruj tak kisah berapa kali setahun dia tak tinggalkan nafkah pada ibu saya.
Ibu saya cuma seorang suri rumah. Bapa saya akan plan financial dia sebelum keluar. Buat pengetahuan tt bapa saya cuma seorang pemandu teksi je. Jadi sebenarnya t0ksid dia ialah suami tu sendiri. Yang wajib itu tanggungjawab pada keluarga. Orang luar memang pandai berkata tapi tak paham tekanan tt. Tt boleh bagi kata 2 pada suami. Kisah saya ini contoh. Tabligh tak salah yang salah sikap. Sekian..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.