Waktu iddah isteri merayu nak rujuk, skrg bila aku nak kembali dia reject sambil ketawa

Sepanjang iddah, isteri merayu ajak rujuk tapi aku nekad untuk tamatkan semuanya. Aku tak tahan tengok keadaan rumah tak terurus, anak melaIak baIing makanan merata. Tapi lepas cerai, aku nampak anak aku ‘dengar’ cakap, rumah bekas isteri pun dah tak bersepah. Jadi aku rasa nak balik semula dekat bekas isteri..

#Foto sekadar hiasan. Lepas bercerai, aku dan dia bawa haluan masing – masing. Aku gelarkan bekas isteri aku ni sebagai Sab. Rumah baru dia dalam 50km dari tempat aku. Memang aku nak bagi dia dan anak aku duduk dekat apartment yang kami duduk masa berkahwin tapi dia kata tak nak.

Katanya lebih senang jika dia yang pindah, nak cari rumah sewa dekat dengan pejabat katanya. Selamatlah berpindah dua beranak itu. Syukur dekat sahaja, jadi aku boleh melawat anak bila – bila masa. Dia sewa rumah teres 3 bilik landed, ada ruang sikit untuk anak kayuh – kayuh basikal, ruang untuk dia bercucuk tanam.

Masa bercerai, anak aku umur dua tahun, memang masa nak melasak lah. Lepas berpisah aku ibarat ternampak sisi sifat isteri aku yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Suka beramah mesra dengan jiran – jiran, suka menanam tiap kali aku datang dia akan masak sedap – sedap pastu cerita masak lemak ni daun kunyit petik dekat laman, cili extra pedas sebab tanam sendiri.

Dia siap buat ruang ala – ala montessori untuk anak sepahkan dan main sampai puas. Aku gembira tengok mereka bahagia. Perkembangan anak aku pun laju dari kawan – kawan dia. Umur 3 tahun dah pandai membaca, pandai cakap thank you, sorry, ambil air dan snek sendiri sebab isteri aku set up macam station kecil untuk latih dia.

3 tahun dah boleh diaper free, tidur bilik sendiri. Aku bangga sangat dengan anak aku. Aku bangga walaupun kami berpisah, anak aku tak terganggu development dia. M4kin lama m4kin aku rasa bahagia dan nak balik semula dengan isteri aku.

Biar kami ada kehidupan bersama – sama semula. Masa tu aku rasa, sudah pasti dia nak balik pada aku. Aku flashback sekejap. Dulu aku lafazkan taIak sebab aku tak tahan dengan keadaan rumah tak terurus, isteri aku busy kerja dan anak aku yang selalu melaIak dan baIing makanan merata – rata.

Bila aku suruh isteri aku control sikit per4ngai anak, alasan dia biarkanlah sebab tu cara budak belajar. Lepas ni saya kemas. Selalunya part lepas ni saya kemas tu memang sekadar cakap saja la sebab anak kami tidur kena menyusu badan.

Masa menyusu dengan dia – dia sekali tertidur last sekali aku yang kena mengemas. Sampai satu hari aku memang dah tak boleh, campur dengan d4rah muda, aku lafazkan cerai. Sepanjang tempoh iddah dia memang merayu ajak rujuk tapi aku nekad untuk tamatkan semuanya.

Aku janji yang aku tak akan abaikan dia dan anak kami walaupun sudah bercerai. Kalau korang boleh tengok macam mana bersungguhnya dia ajak aku rujuk dalam tempoh iddah tu, dengan cara baik dia layan aku masa jenguk anak, memang kau pun ada perasaan macam aku.

Yang bila – bila masa dia akan terima lamaran aku untuk berbaik semula. Tapi gais, lamaran aku ditolak. Ditolak pulak dengan serta merta dengan siap kena gelak dengan dia. Ayat dia aku ingat lagi “Kau giIaa?? Hahahahahaha.. lawak antarabangsa,” begitu gais jawapan dia dekat aku.

Memang terkedu. Lepas dia tengok muka aku baru dia cakap, “jap.. kau serius ke?” Masa tu aku memang malu giIa, terus aku ajak adik aku balik (kalau tengok anak memang aku ajak adik perempuan aku sekali). Dia panggil pun aku tak peduli sebab dah malu sangat.

Adik aku tanya kenapa memang aku tak jawab. Aku geram sangat. Dia dah ada orang lain ke atau h1na sangat ke aku ni. Aku serius dia kata lawak antarabangsa. Senyap – senyap adik aku contact Sab tanya apa yang jadi..

Adik aku pun mengambil langkah membasuh aku. Dia soal aku kenapa nak balik dengan Sab. Aku cakap la aku nak kami bahagia sebagai satu keluarga. Dia tanya lagi aku, sekarang tak bahagia ke? Aku cakap aku akan lebih bahagia kalau Sab dan anak kami ada dengan aku.

Dia tanya aku lagi, habis Sab bahagia ke bila dengan kau, bang? Bagi aku soalan tu mengarut. Of course dia bahagia dengan aku, kalau tak takkan dia nak merayu rujuk dulu. Adik aku tanya lepas dah habis iddah, ada tak dia ajak kau kahwin balik bang?

Ada ke kau nampak dia tak bahagia? Aku macam blur jap.. masa hujung – hujung masa, aku yang bantu dia pindah rumah sewa. Masa tu mata dia memang lebam sedih, jadi aku tau memang dia nak balik pada aku. Adik aku cakap, kalau kau ni bukan abang aku, memang dah lama aku t4mpar kau.

Lelaki selfish. kau nak tau kenapa aku ngan mak tak pernah haIang kau bercerai? Sebab kami nampak betapa penatnya Sab masa jadi bini kau. Anak kau biarkan dia jaga sorang – sorang, rumah pun kau beli dekat dengan tempat kerja kau, kau biar dia drive jauh – jauh dengan tol mahal.

Bila balik lewat sebab s4ngkut jem, kau beng4ng sebab dia tak sempat masak, balik dah penat. Selama dia jadi bini kau, berapa kali saja dia makan benda yang dia suka, semua ikut kepala kau bang. Mainan anak pun kau tak bagi beli sebab takut sepah.

Anak nak berkolam pun tak boleh, banyak sangat undang – undang kau. Kau nak rujuk dengan dia pun kau fikir kebahagiaan kau saja. Kebahagiaan dia bang? Aku cakap yang aku dah berubah, aku yang sekarang lebih baik dari aku yang dulu.

Adik aku gelak saja. Kalau kau lebih baik, takde la kau ajak dia kahwin macam ajak orang pergi pasar. Kau ajak dia selamba macam tu sebab kau ingat dia giIakan kau kan bang? Kau ingat kau bila – bila saja boleh dapat dia balik kan?

Sebab tu kau tak nampak yang si Sab tu sekarang tengah bahagia tak payah fikir pasal suami yang banyak cekadak macam kau tu. Kau rasa kau saja yang bagus, sebab tu kau tak boleh terima hakik4t yang Sab tu dah tak nak dengan kau.

Memang aku meng4muk la, sebulan juga aku tak bertegur dengan adik aku. Sebulan jugak aku tak jumpa Sab dengan anak aku. Ada juga Sab text tanya khabar tapi aku tak mampu nak baIas. Betul ke aku macam mana yang adik aku cakap tu?

Aku ambil masa untuk buat self reflection. Aku terfikir balik, harijadi dia aku tak sambut, sekadar wish saja. Anniversary memang sekadar nombor bagi aku. Kemudian aku teringat yang aku pernah complain dekat adik aku penatnya drive setiap minggu pergi rumah Sab tengok anak.

Padahal masa dia dengan aku, hari – hari dia drive same distance pergi kerja dan balik.. peak hour pula tu, hari kerja yang memang jem teruk. Masa lafaz pun aku tr1ggered sebab dia sebut yang dia penat. Bagi aku masa tu, aku lagi penat.

Aku terlupa yang aku tak pernah jaga em0si dia. Aku buat keputvsan tak pernah fikirkan kebahagiaan dia. Masa dia ajak aku rujuk pun aku tolak sebab aku tak nak bagi apa yang dia nak, bagi aku kalau aku rujuk aku kalah, dia menang.

Aku tak fikir yang sebenarnya dia nak rujuk demi anak. Sekarang bila dia dah dapat berdiri kaki sendiri, aku sibuk nak enterframe sebab kononnya kami akan lebih bahagia sebagai satu keluarga. Padahal sebab aku tak sanggup nak terima yang bekas isteri aku dan anak aku lebih bahagia tanpa aku 24 jam dalam rumah yang sama dengan mereka.

Aku kemurungan dan hampir sebulan tak keluar rumah. Aku ambil cuti tanpa gaji, berkurung dan asingkan diri. Abah dan adik aku datang rumah jenguk aku. Mengucap panjang bila nampak rumah aku dengan pinggan, polisterin bertimbun, air milo basi dalam cawan tak berbasuh, sampah dah berapa lama tak buang.

Diorang datang tolong kemas, masakkan dan cuba bagi semangat. Aku nampak lah sedikit sinar kehidupan. Satu malam, aku dengar abah dan adik berbual, abah tanya betul ke kak Sab dah taknak rujuk dengan abang kau?

Adik aku tak perasan aku dekat belakang, dia jawab kak Sab pun pernah cakap dengan orang, dia happy dengan hidup dia sekarang, dapat berkebun, bermasyarakat. Dia tak rasa abang suka hidup macam tu.

Abang nak duduk apartment sebab nak rumah yang takyah jalan jauh nak buang sampah, nak yang kemas, fully furnished lah. Bila Sab nak tanam pokok kena marah takut semut la nyamuk la. Anak pun tak bebas bermain.

Jatuh terduduk aku dan memang meraung sekuat – kuatnya, terk3jut beruk dua orang tu, terus bawak aku pegi bilik. Aku menangis sampai tertidur. Aku tak sangka aku seorang suami yang tak guna. Dalam pemikiran aku, aku lah suami yang paling sempurna.. aku ada rupa, Sab biasa – biasa saja dari segi rupa.

Masa berkurung tu aku turut st4lk fb Sab.. tak pernah aku ambil kisah pasal fb Sab sebelum ni, dia tag gambar pun aku tak like tak komen. Hari tu aku korek sekorek – koreknya, jumpa satu gambar zaman dulu – dulu zaman dia baru habis matrikulasi.

Ada kawan dia tag nama Sab tapi dekat budak lelaki. Dari komen – komen aku dapati tu ex-boyfriend dia, tinggi kulit gelap sikit. Ada kawan dia komen, dapat jugak Sab boyfriend tall dark handsome. Tapi aku ni putih. Aku putih, babyface, tak tinggi mana.. maksudnya aku bukan taste Sab la rupanya.

Selama ni aku ingat Sab tergiIakan aku sebab aku handsome. Patut masa kami masuk meminang dia dulu, kaka Sab terk3jut siap cakap putihnya pilihan hati Sab ni. Aku ingatkan pujian, rupanya terk3jut sebab dia pun tahu taste adik dia bukannya lelaki macam aku.

Sekarang ni bila aku dengar adik aku cakap macam tu… aku dah tak tahu apa lagi yang aku ada untuk offer dekat Sab. Aku bagi dia pengalaman berumahtangga yang teruk, dia pun dah takda perasaan dekat aku sampai lamaran aku pun dia kata lawak antarabangsa.

Sekarang rupa aku adalah perkara terakhir yang aku boleh offer, tu pun bukan taste dia. Penceraian yang aku sangka aku mahukan ini rupanya hukvman untuk aku. Aku tak tahu nak tulis apa lagi Sab.. pedih sangat hati ini bila tau yang perpisahan kita memberikan kau bahagia. Coretan lelaki pentingkan diri. – Selfish selfridge (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rosilawati Binti Mohamed : Lelaki ni kalau berkahwin kena bersedia untuk jadi susah. Nak tanggung bukan saja yang fizikaI tapi juga d0sa pahala anak isteri. Nak hidup senang lenang jangan kahwin. Nanti jadi macam ni lah.

Menced3rakan hati orang lain. Buat adik ni.. Alhamdulillah dari penulisan nampaknya dah sedar diri. Moga terus perbaiki diri. Untung Sab tak buang terus. Masih terima kunjungan dan beri peluang untuk jumpa anak.

Doa, usaha dan tunjukkan perubahan tu dengan ikhlas dan semula jadi. In sha Allah, Allah buka hati Sab untuk terima lamaran adik nanti. Itupun kalau sedia lah berk0rban untuk ikut gaya hidup Sab tu. Kalau tak, cari lah calon lain.

Cik Wiwie Senget : Alhamdulillah kalau confessor dah sedar. Semoga lebih terbuka hati untuk benda – benda positif dan lebih baik. Hal hati dan perasaan tu berbolak balik. J0doh tu pun rahsia Allah. Semoga apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk semua pihak dan kalau ada j0doh lepas ni harap – harap confessor ambil iktibar dari pengalaman lepas.

Nur Mustikarahman : Cerita fantasi ke ni. Kalau betul cerita ni. Jangan dengki. Penat orang tu nak kutip balik hati dia yang berkecai. Mesti abang ni masa kahwin dengan Sab bagi hantaran murah je kan. Sebab tu senang – senang cerai.

Kalau kena hntaran mahal mungkin abang fikir panjang lagi. So perempuan letak je hantaran tinggi biar dia fikir 10 kali.

Intan Shafariza : Tahniah Sab. Single itulah kebahagiaan sebenar. Anda bijak sebab menolak lamaran berbaik semula. Klise kalau nak berbaik demi anak. Dulu masa berpisah tak fikir hal anak. Buat confessor, sesal kemudian tiada gunanya.

Ahmad Hilmi : Ramai yang gelakkan kau bro tapi aku rasa simpati sebab macam kau aIami depr3ssion plak berdasarkan peristiwa yang diconfess ni. Muhasabah diri bro. Ujian boleh jadi hukvman, boleh jadi juga rahmat Allah nak betulkan kesilapan kita.

Aku pun tak sempurna untuk isteri aku dan anak aku. Tak layak pun nak tegur tapi aku boleh rasa sedih tu. Dekatkan lah diri pada Allah, dalami ilmu agama, faham semula tugas dan tanggungjawab seorang suami. Kalau nk kahwin lagi, fikir masak – masak dulu kenapa nak kahwin, sanggup tak galas tanggungjawab sebagai suami.

Insyaallah masih ada sudut baik dalam hati ko. Minta hidayah pada sang Pencipta hati kita. Ubah balik jadi lebih baik. Ambik contoh rasulullah dalam berkeluarga, ambil contoh ulama – ulama hebat dalam berkeluarga macam ust ebit lew, ust azhar idrus, ust zaharuddin. Moga Allah bantu urusan hatimu wahai saud4ra.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?