Waktu lepas PMR, aku pergi pejabat zakat sorang2. Aku pakai baju cantik-cantik, kemas-kemas

Aku anak yatim, mak kerja B40 dan ada 7 orang adik beradik. Lepas PMR aku dah kerja dengan sorang tokey cina. Bila dapat result PMR aku dapat straight A, tokey aku ni dia canang, usung sederet rumah kedai tu result PMR aku. Bila kawan – kawan dia datang kedai pun dia cingcong2 cakap fasal result aku pastu tahu – tahu saja dorang hulur angpau dekat aku.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Lily (bukan nama sebenar). Aku sebenarnya marah lepas baca confession yang dia kata keluarga dia t0xic sebab tak bagi dia duit. Lagi satu yang merungut asyik dapat barang second hand dari adik beradik dia. Adoi dik. Umur 20-an dah kot, dah besar panjang. Kenapa harap duit mak bapak lagi? Bayangkan kalau mak bapak awak dah tiada, awak nak minta dekat siapa pulak?

Kalau ikut logik kepala aku, lepas habis SPM saja patut dah pandai – pandai dah cari kerja part time, cari duit sendiri nak berfoya – foya bersuka ria. Korang ni patut bersyukur tau ada mak bapak lagi, makan cukup, tidur lena tak berlapar.

Ni cerita aku. Aku ni anak yatim, ayah tiada, mak kerja b40, adik beradik 7 orang. Banyak mulut nak kena suap. Adik beradik atas aku ada 2 orang tapi jenis buat hal sendiri.

Biasa lah adik beradik ramai, perangai pun macam – macam. So aku la jadi macam anak sulung sebab aku fikir kalau bukan aku yang ambil kisah fasal adik – adik, siapa lagi?

Habis PMR aku terus cari kerja part time. Waktu tu PMR dah habis tapi sekolah jalan macam biasa sebab tak cuti sekolah lagi. Jadiaku masuk kerja pukuI 3 sampai malam, weekend baru masuk pagi full time.

Bila dah cuti sekolah, aku masuk pagi sampai malam. Sebenarnya salah kalau ambil pekerja bawah umur, susah tau aku nak dapat kerja tapi nasib baik ada tokey cina ni kesian dekat aku. Aku kerja dekat kedai borong. Sebulan dapat la dalam RM450 macam tu.

Aku ingat lagi perasaan dapat gaji pertama tu. Rasa banyak sangat dah RM450 tu. Aku beli baju sekolah adik – adik, beli botol air ada tali yang adik aku nak sangat tu,

Lepas tu aku kumpul sikit dapat la beli phone secondhand. Sebab bila cuti sekolah kan aku kerja full, so dapat la gaji dalam RM600 macam tu.

Perjalanan hidup aku ni orang kata mudah la jugak. Tokey cina tempat aku kerja ni pun baik. Anak dia sebaya aku.

Bila dapat result PMR aku dapat straight A, anak dia dapat result biasa – biasa saja tapi dia tak marah pun anak dia. Sebab anak dia rajin tolong dekat kedai kot. Orang cina ni dia suka tau kalau budak pandai.

Tokey aku ni dia canang, usung sederet rumah kedai tu result PMR aku. Bila kawan – kawan dia datang kedai pun dia cingc0ng cingc0ng cakap fasal result aku pastu tahu – tahu saja dorang hulur angpau dekat aku.

Banyak juga aku dapat. Aku kumpul sebab aku nak masuk asrama penuh, mak aku dah pesan banyak nak pakai duit nanti.

Bila dah dapat tawaran asrama penuh tu jauh juga dari negeri aku duduk, duit banyak nak kena guna untuk persiapan semua.

Aku nak minta duit dekat mak aku memang tak sampai hati. So aku pergi pejabat zakat sorang – sorang, aku pakai kemas – kemas, cantik – cantik dan tanya orang zakat dekat situ macam mana nak dapat duit sebab aku anak yatim, aku nak masuk asrama penuh.

Aku tahu ramai kata pejabat zakat ni kadang – kadang tak boleh percaya, susah nak tolong la apa la. Tapi aku dari zaman sekolah, masuk matrikulasi, buat degree, pejabat zakat la banyak tolong aku.

Aku dapat duit belanja, ada dapat surat yang zakat bayarkan yuran, dan orang – orang zakat tu pun hulur duit dekat aku.

Cara aku, aku confident, tak malu nak mengaku aku orang susah. Aku bawak slip gaji mak aku, surat beranak adik beradik aku, result aku, sijil – sijil aku.

“Saya anak yatim, adik beradik ramai, tapi saya pandai belajar. Saya rajin belajar sebab saya taknak jadi orang susah dah, saya tak nak susahkan mak saya, adik – adik saya ramai lagi nak sekolah”.

Terus orang dekat zakat tu semangat nak tolong haha. Yelah, budak lagi kan, orang cepat kesian.

Lepas SPM pun aku buat part time. Kerja kedai makan, pam minyak. Cuti matrikulasi dan cuti degree pulak aku jadi cikgu ganti.

Cikgu – cikgu lama aku tolong. Bila dorang tahu aku cuti saja dan ada cikgu lain yang nak bersalin dorang dah booking dah aku. Kalau time sekolah lama aku tak available, aku apply dekat sekolah lain.

Selalunya senang lah aku dapat kerja cikgu ganti ni sebab result aku tiptop. Untung tau jadi budak pandai walaupun tak kaya, orang sekeIiling sayang saja.

Sed4ra mara aku saja yang tak suka family kitorang, faham – faham saja la kenapa. Sed4ra mara tak suka family susah, anak ramai ni. Aku tak ambil hati pun. Hidup ni jangan cepat ambil hati, move on saja, hati kena kental.

Bila dekat matrikulasi, dapat elaun. Masuk universiti pun dapat biasiswa. Dan sebab bila cuti saja aku buat kerja part time, makanya dari aku lepas PMR tu memang mak aku tak bagi duit dah dekat aku, aku yang bagi dekat mak aku.

Ni belum lagi aku cerita mak aku tak pernah datang tengok aku dekat asrama sebab jauh. Dekat matrikulasi dan U pun sama. Sebab jauh kan. Ada masa aku sedih juga. Tapi tu lain topik la.

So adik – adik, jangan la harap duit parents. Kalau boleh kerja cari duit sendiri, cari la. Best tau berdikari ni, pegang duit sendiri. Aku pun dah berangan nanti anak aku, aku nak suruh dia kerja part time dengan aku lepas balik sekolah.

Nak jadi macam tokey aku buat. Biar berdikari dari kecik, tiada la nanti anak aku buat confession macam yang atas tu. Sorry tau kalau confession aku macam tiada isi. Aku taip sambil harung jam balik kerja. – Lily (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zulhilmi Jol Hassan : Saya pun tak berkenan dengan confession keluarga t0xic sebab tak bagi dia duit tu. Kisah ini lebih bagus, cerita yang positif. Orang boleh jadikan contoh. Kagum juga dengan confessor dalam menghadap jem pun boleh taip confession best. Kalau taip masa tengah relax gitu mesti lagi best. Apa – apa pun, goodluck in anything you do confessor. Terima kasih sebab kongsi kisah ni.

Kurier Malaya : Bagus kau dik. PMR pun mak kau lepas bagi kerja. Aku anak sulung, kepala degil. Nak kerja kena meIawan. Tak tahulah jatuh ke tak pangkat anak derh4ka. Yang penting aku nak kerja. Sebab nak mintak topup dengan ayah pun ayah bising. Walaupun mak ayah bekerja, makan cukup. Keperluan rumah cukup je. Hp ada, dengan specs cukup syarat je lah. Tapi nak minta topup pun berper4ng. Aku nak kerja pulak, banyak kongkongan.

Tapi aku degil, aku kerja juga. Kalau tak kerja, tak ada kredit la hp aku. Muka aku breakout zaman sekolah, manalah ada mak ayah nak hulur duit beli produk muka. Pendek kata, dah la susah nak minta duit. Nak cari duit sendiri pun susah, sebab mak ayah jenis 0verpr0tective. Kesimpulannya, jangan samakan hidup semua orang. Hidup kau lain, hidup aku lain, hidup orang pun lain. Orang yang kau bidas tu, entah – entah ada kekangan dia pula nak bekerja.

Macam aku. Tapi aku dah cakap kat atas kan, aku degil. Aku meIawan. Tak tahulah jatuh anak derh4ka ke tak. Tapi kalau tak meIawan, memang tak berduit la aku. Nak beli itu ini memang susah la. (Semua ni pengalaman masa masih hidup di bawah kawalan dan tanggungjawab mak ayah)

Yunus Ct : Alhamdulillah. Perkongsian yang baik dan menjadi bukti bahawa usaha yang bersungguh – sungguh tanpa menunggu beIas ihsan orang lain memberi impak yang besar serta berkesan mengubah nasib seseorang. InsyaAllah kalau kita rajin dan gigih Allah mudahkan perjalanan hidup kita. Kepayahan dan kep3ritan hidup akan mengajar kita menghargai peluang yang disediakan.

Anna Kirana : Bagus.. Awak pandai bijak dan tak malu berdikari Lily, semangat macam ni la kita nak. Alhamdulillah anak makcik pun tak malu keje pr0moter masa tunggu SPM, jalan kaki tengah panas pergi kerja jalan dekat 20 min nak pergi jusco. Kawan – kawan suami selalu tumpangkan kalau nampak dia jalan kaki. Dia sangat berdisiplin dan gigih bekerja walau mak ayah bekerja bagi duit tiap bulan.. Makcik suka semangat awak, syukur juga anak makcik macam awak tak malu kerja part time dari buang masa tak berhasil. Beruntung mak awak. Semoga awak terus berjaya dan didik anak – anak jadi sekentaI awak ye.

Ain Razak : Confession ni nampak positif je semua sebab penulis tak cerita habis. Cuba korang baca betul – betul apa yg tersirat kat cerita dia. 1. Mak keje b40, anak 7 orang. Konfem hidup susah giIa. Mana cukup gaji anak ramai mcm tu.

2. Dia terp4ksa jadi anak sulung sebab yang atas tak ambil kisah, tapi dia tak explain lebih – lebih pun dia stop takat tu je. Dia terp4ksa jadi mat4ng dari muda, dia tak bising – bising salahkan adik beradik lain. Dia fokus cara nak selesaikan problem.

3. Dia kata sed4ra tak suka family dia. Mesti ada sebab dia cakap macam tu. Kalau tengok drama, mesti sed4ra dia pulaukan family dia atau tak tolong bila dia minta tolong. Aku rasa la. Kesimpulannya memang dia ni jenis tak salahkan orang. Dia jenis probIem soIver. Sebab tu dia rasa hidup dia mudah je tapi sebab perangai dia tu yang buat dia rasa mudah. Cuba kalau dia jenis meratap nasib mesti tak jd positif confession ni. Peace.

Syukrin Syukur : Sukalah awak ni tak salahkan orang, berdikari dan kecik – kecik kerja siap tolong family lagi. Saya pun dulu kerja dulu lepas SPM pastu bayar sendiri yuran belajar kolej. Mak tiada, parents tak hantar duit bulanan belajar. Pandai – pandailah usaha nak cukupkan belanja, ramai jer kawan – kawan pun sama yang kerja ketika belajar tu.

Apa kata anda?