Saya berjaya tangkap suami berz1na di hotel, hasilnya ketika itu juga saya diceraikan

Suami memang marah, tapi dia tarik tangan saya masuk bilik, dan terus terang tanya saya apa saya mahu? Dia boleh ceraikan saya ketika itu juga. Katanya kalau saya nak report, reportlah, pada siapa pun dia tak takut, sebab mereka memang nak kahwin.

#Foto sekadar hiasan. Anda tergolong wanita yang bertuah jika suami anda bukan kaki perempuan, tidak bercakap bohong dan bertanggungjawab kepada anak – anak dan isteri. Kalau sesekali dia suka keluar makan dengan rakan – rakan sekerja, anda lepaskanlah kerana dia masih sayangkan anda dan anak – anak.

Tetapi jika dia berubah, lebih sayangkan kawan daripada keluarga, anda mesti berhati – hati. Sebab jika tidak ditegah dari awal, sikap seperti itu boleh h4ncurkan rumahtangga anda.

Saya bercakap dari pengalaman, dulu ketika ada 2 orang anak, suami saya punyalah baik, setia dan amat bertanggungjawab, tetapi setelah dapat kawan yang agak ‘mereng’ otaknya, suami saya Ezzwan bertukar 360 darjah, dia terikut – ikut dengan perangai kawannya.

Pada dia kawan yang terbaik, sedangkan isteri cuma perhiasan rumah. Oleh kerana awalnya dia baik, saya kurang bertanya ke mana dia pergi dan dengan siapa. Sebab dia jujur. Apa berlaku di luar dia akan beritahu saya.

Tetapi setelah kawan lebih penting daripada anak isteri saya mula risau, bila saya tanya dia mula meninggi suara dan tuduh saya sekat pergerakannya dan queen control.

Saya katakan kalau berubah jadi orang masjid atau surau saya tak larang, tetapi jadi kaki rambu ramba, setiap minggu tentu tak baik. Mulanya saya fikir kawan cuma lelaki, tetapi entah masa bila tetiba ada pulak kawan perempuan.

Awalnya memang saya tak tahu, tetapi kawan dia sendiri bongkar rahsia. MaIangnya bila tanya, Ezzwan tak penah mengaku, mula tuduh saya kaki cemburu, suka serkap jarang, suka dengar cerita orang untuk memburukkan maru4h suami.

Apa yang pelik salah seorang kawan Ezz bagi tahu saya nama teman wanita Ezz, dan di mana mereka suka lepak. Hairan juga, kenapa kawannya bersungguh – sungguh membongkar rahsia Ezz. Adakah mereka sudah berg4duh atau ada masalah lain.

Kerana ketika itu perasaan ingin tahu tentang kebenaran info yang diberi, saya pergi ke tempat yang diberitahu. Sah, mereka sedang berdua – duaan dalam bilik hotel budget. Ezz, cuma pakai tuala saja bila pintu saya ketok dibuka.

Jelas mereka sedang berasmara dana. Ezz terk3jut. Dia memang marah, tapi dia tarik tangan saya masuk bilik, dan terus terang tanya saya apa saya mahu, dia boleh ceraikan saya ketika itu juga. Katanya kalau saya nak report reportlah, pada siapa pun dia tak takut, sebab mereka memang nak kahwin.

Oleh kerana terk3jut dan marah, saya meng4muk dan menangis. Hasilnya ketika itu juga saya diceraikan. Seminggu selepas peristiwa itu, Ezz balik ambil pakaian dan serahkan surat cerai. Mudah sungguh.

Keputvsannya muktamad. Menangis air mata dar4h pun saya sudah bergelar ibu tunggal. Takdir sudah tidak boleh diubah lagi, sudah ketentuan Allah jua. Berbulan saya menangis mengenangkan nasib, tak sangka saya boleh diceraikan dalam sekejap masa.

Emak datang duduk sebulan di rumah tenangkan hati saya. Kata emak kuasa cerai di tangan lelaki, kalau dia dah tak suka jangan merayu. Pandai – pandailah bawa diri, jaga anak – anak mungkin ada baiknya kemudian hari.

Tetapi saya tak boleh sabar, saya merayu Ezz, minta dia pulang dan fikirkan anak – anak. Keputvsan Ezz muktamat dan mereka akan berkahwin sebab wanita itu takut rahsia mereka terb0ngkar, kerana saya terjumpa mereka berdua – duaan dalam bilik hotel.

Lebih setahun saya hidup mer4na, anak – anak terbiar, nasib kakak saya yang belum berkahwin mahu datang membantu tinggal bersama di rumah sewa saya. Ketika itu Ezz sudah pun berkahwin.

Tetapi Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, pepatah orang tua – tua ada berkata, ‘bangkai gajah tak boleh ditutup dengan nyiru.’ Tanpa disangka, keburukan terserlah juga. Saya dapat cerita isteri Ezz itu sebenarnya bekas kekasih kawan baik Ezz sendiri.

Oleh kerana kawan Ezz tak berani nak ambil wanita itu jadi isteri, setelah sekian lama mereka bercinta, kerana takutkan isterinya. Maka dia kenalkan kekasihnya kepada Ezz. Dan Ezz terus jatuh cinta dengan wanita itu dan kemudiannya Ezz ceraikan saya.

Kawan Ezz beritahu saya, hubungan Ezz dengan wanita itu sebab dia nak lepaskan diri sebab dia mahu kahwin dengan wanita itu. Nak tinggalkan wanita itu sendirian dia kesian akhirnya dia kenalkan dengan Ezz.

Bila cerita dan kebenaran itu tersebar, ia seolah – olah jadi perangsang kepada saya untuk memperbaiki diri saya demi masa depan anak – anak. Saya langsung tak ada minat nak rayu Ezz semula. Saya macam orang baru bangkit s4kit, saya tidak mahu menangis dan merayu Ezz lagi.

Untuk melegakan fikiran setelah berbincang dengan emak, saya buat keputvsan minta bertukar kerja kembali ke negeri saya walaupun jauh dari kampung, tetapi memudahkan emak datang melawat saya dan anak – anak. Kawasannya tak sibuk seperti KL, tetapi aman damai.

Mungkin kawan dan bos di pejabat bersimpati dengan masalah saya, permohonan bertukar kerja segera diluluskan. Tak sampai 6 bulan saya bertukar ke negeri saya. Sukanya hati hanya Allah yang tahu.

Saya harap di tempat baru ini keadaan saya jadi lebih baik dan hidup anak – anak lebih terkawal demi masa depan mereka. Di tempat baru, suasana baru dan saya bersemangat untuk memperbaiki diri. Memang tenang, ramai kawan.

Di tempat baru ini saya mula berkawan dengan ramai teman khususnya wanita. Berbanding semasa berkahwin dahulu, hidup saya banyak terik4t dengan Ezz. Saya tak ada ramai kawan kerana Ezz tak suka.

Tetapi setelah berpindah di tempat baru ini saya bebas berjalan ke mana suka ikut kawan – kawan. Kalau musim buah, memang kenyang anak – anak saya. Maklum musim buah ada kalanya berbuah tak sekata, ada kalanya musim buah menjadi di kampung saya tidak di kampung kawan saya dan begitulah sebaliknya.

Anak – anak juga saya bawa ke majlis – majlis seperti hari keluarga, sukan sekolah, majlis kenduri kahwin atau tahliI di rumah kawan. Semuanya saya ikut serta bersama anak – anak. Tujuan saya untuk tenangkan fikiran, kedua, saya mahu ramai kawan, ketiga saya mahu anak – anak gembira di tempat baru dan ada ramai kawan selain kawan sekolah dan saud4ra mara.

Memang mereka seronok. Tetapi tanpa saya duga saya menjadi perhatian beberapa orang lelaki lebih tepat suami orang ada yang satu pejabat dan ada yang satu bangunan. Peristiwa ini berlaku selepas setahun saya berpindah ke daerah ini. Ianya bermula bila satu hari.

Kawan saya nama Mizz nasihatkan saya supaya berhati – hati dengan En Sy, katanya En Sy suami orang, suka menggoda wanita tak kira anak gadis, isteri orang apatah lagi ibu tunggal. Dia memang baik, mulut manis, tetapi dia tak pernah serius, dia cuma suka – suka lebih teruk lagi nampak luar aja gagah, tetapi di rumah takut bini.

Pernah isterinya datang ser4ng seorang gadis yang selalu tumpang keretanya bila balik kerja. Akhirnya gadis itu tep4ksa ditukarkan ke tempat lain. Jadi dia tak mahu saya jadi seperti itu. Terus terang saya beritahu Mizz saya tak berminat suami orang, kalau nak kahwin lagi pun dengan bekas suami saya Ezz.

Tetapi itu dulu, sekarang pintu hati saya tertutup rapat, sebab saya memang tak boleh percayakan dia lagi. Memang tak saya nafikan En Sy kalau bercakap memang lebut gigi dari lidah, bab memuji nombor satu, tetapi saya tak layan.

Saya jadi serius selepas tahu perangainya. Dan saya berjaya jauhkan dirinya daripada saya. Selamat. Tetapi seorang lagi lelaki En Hairol dia nasihatkan saya supaya kahwin lagi, tak baik menjanda selamanya. Anak – anak perlukan ayah, terutama anak lelaki sementara anak perempuan perlukan perIindungan.

Kerana dia berterus terang saya pun jadi lebih serius. Saya katakan hidup saya lebih selamat dan tenang tanpa suami. Saya tak mahu diser4ng kerana rebut suami orang. Nak kahwin dengan orang bujang, siapalah yang mahukan janda anak 3, menyusahkan hidup mereka sahaja. Dan saya boleh berdikari dan boleh tanggung anak – anak sendiri.

En Hairol tuduh saya b0ngkak somb0ng, dan dia mula bersyarah dari segi agama kepada manusia somb0ng seperti saya. Dan dia takutkan saya bahawa Allah akan uji saya beri saya suami seorang lelaki yang saya benci.

Perbincangan saya terhenti bila Mizz masuk campur mempertah4nkan hak saya. Sebenarnya En Hairol bukan mahu goda saya, tetapi untuk menguji kekuatan semangat dan iman saya sebab dia jadi orang tengah kepada kawannya En Fakri yang baru setahun bercerai.

Dia ada anak 4 orang sudah remaja dan isterinya seorang peniaga pakaian dan tudung di sebuah kedai di tempat kami. Satu hari tanpa diduga saya dapat panggiIan telefon dari seorang wanita mendakwa isteri En Fakri, nasihatnya saya jangan cuba goda suaminya.

Katanya lagi jika Fakri tak bagi cukup nafkah anak – anak dia akan ser4ng saya. Terk3jut beruk saya. Bila pula saya goda suami dia dan apa kena mengena suaminya tak bagi nafkah saya akan diser4ng. BerIagak betul.

Saya cuba bertanya, tetapi dia tak mahu dengar, sebaliknya beri amaran. Dan dia akan malukan saya di luar pejabat bila balik nanti. Ketika itu perasaan saya marah bercampur geram. Kerana saya tak kenal En Fakri.

Saya minta Mizz jumpa Fakri dan ceritakan apa yang terjadi. Peliknya Fakri beritahu dia duda dan sudah lebih setahun mereka bercerai. Pelik! Tetapi tak tahulah apa yang berlaku sejak peristiwa itu wanita tersebut tak ganggu saya lagi.

Namun saya tetap berhati – hati. Nampak gayanya ketenangan yang saya nikm4ti telah tergugat. Apakah ini dugaan dan nasib ibu tunggal? Rupanya kelembutan saya membuat saya dipermainkan.

Selepas itu saya mesti tunjukkan ketegasan dan kegarangan saya supaya saya tidak diganggu. Kerana saya memang tidak berhajat berkahwin lagi.

Komen Warganet :

Azanalidza Bt Asmuni : Apasal Kau ni lembut dan em0 sangat. Kena cerai dengan laki, kau merayu mintak dia balik, merana sampai setahun, dah jadi ibu tunggal, jantan – jantan hidung belang kacau pun leh ketenangan tergugat.

Kita pompuan ni, ada masa memang kita perlu lembut tapi ada masa kita perlu tegas. Demi anak – anak, kena hati kering. Orang dah taknak, takyah nak merayu bagai. Bersedih boleh, tak salah tapi jangan melarut – larut.

Tu namanya mengarut. Bangun dan teruskan hidup. Tak nak sudah. Hidup tetap kena teruskan. Lepas tu dah jadi ibu tunggal, memang banyak gangguan. Jangan layan je yang gatal – gatal ni. Tunjukkan ketegasan.

Bukan terpeliot sana sini. Lama – lama orang akan faham kita dan respek diri kita. Pasti kan kita bermaru4h, redha dengan ketentuan Allah dan sentiasa berdoa supaya Allah menjaga kita.

Maaf kalau cakap aku ni kasar sebab aku pun ibu tunggal yang dh besarkan 4 orang anak sendiri dari kecik sampai semua dah besar.

Mael Lejen : Sebab tu kene pandai pilih kawan, sebab tu hidup ni kene bengkang bengk0k, masa bujang acah – acah baik je, pastu dah kwin baru jumpe musibat – musibat macam ni, hati kene kuat, jangan cakap besar, jangan lemah sangat, kene tau mana level diri, bile nak tunjuk hebat sebab nak jadi satu kepala.. Macam – macam padah boleh dapat, buat jahat biar sorang – sorang.

Ellva Andelina : Jangan difikirkn sangat mungikn tak ada jodoh. Lebih baik hidup seorang kalau berdua pun bagi s4kit hati tak ada guna jugakan. Penglaman mengajar kita lebih m4tang dan berhati – hati.

Zaiton Zai : Betul sangat saya dah pun aIami dengan kawan cakap punya lembut tapi dengan isteri kalau bersuara je tengking satu kampung dengar macam – macam m4ki hamun keluar.

Cik Anisa Zainal : Biar je la sabo bebanyak nak sedih buat apa da dapat pasangan b4ngang cam tu so takpa move on pikir cara camna aku nak dapat income yang lebih dapat duit kepuk – kepuk ha gitu.

Apa kata anda?