Waktu suami kerja kerajaan, mertua gunakan dia sampai hilang kerja. Suami terdengar hinaan keluar dari ibu mertua

Menitis airmata suami dalam bilik, Dia tawar hati dan terIuka dengan keluarga dia, dia nekad takkan jejak kaki kat kampung dia lagi. Sekarang suami aku dah kerja, swasta je. Gaji dia berlipat ganda tinggi dari aku. Kami dah boleh berlapang d4da. Tiba – tiba dapat mesej dari adik ipar suruh balik minta maaf pada mak mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum readers. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana siarkan confession aku kat sini. Aku taknak mukadimah banyak, korang akan faham sendiri daripada story aku nanti.

Story ni memang panjang harap bersabar. Aku seorang wanita, umur pertengahan 20-an, sudah berkahwin dan suami aku tua setahun dari aku. Cerita yang aku nak confess kat sini ada kaitan dengan suami aku. Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk dijadikan pengajaran kepada semua.

Aku dan suami aku berkenalan 2 tahun lepas, kami bekerja sebagai pegawai kerajaan dalam jabatan yang sama tapi sorang di barat, sorang di selatan. Nak dijadikan cerita, masa pertengahan tahun 20xx arw4h ayah suami a.k.a ayah mertua aku jatuh s4kit. K4nser.

Suami aku ada 7 adik beradik, dia no 3. Memandangkan 2 paling atas dan seorang bawah suami aku dah kahwin, masing – masing susah nak balik uruskan ayah keluar masuk hospitaI dengan alasan komitmen, suami isteri tak dapat cuti dan lain – lain alasan.

Suami aku kerja syif, 2 hari kerja 2 hari cuti. Suami aku lah yang kerap balik jenguk mak ayah dia kat kampung, yang jarak 2 jam lebih dari JB. Gaji pegawai kerajaan level biasa ni berapa lah sangat, tak lebih dari 1500 pun bersih.

Tapi suami tak pernah merungut, sebab dia memang anak yang bertanggungjawab. Tengah malam call dia bagitau ayah tengah tenat, bekejar terus balik kampung tak kira lah baru balik kerja lewat malam atau tengah bekerja, dapat ke tidak cuti pun redah je.

Tak fikir dah dalam poket cukup ke tidak, redah je balik kampung demi keluarga. Ada waktu dia tengah kering, aku lah yang bantu dia sikit – sikit (masa tu belum kahwin). Umur arw4h ayah mertua aku tak panjang, penghujung tahun dia meninggaI dunia.

Sejak tu, suami aku rasa dia anak lelaki masih bujang yang dah kerja, dia pikul tanggungjawab ayah dia. Setiap kali cuti, dia balik jenguk mak dan adik kat kampung. Yang lain lain, sebulan sekali pun jarang la nampak muka.

Aku rapat jugak dengan famili suami masa tu, aku dah anggap macam mak dan adik – adik aku. Aku pun selalu pergi kampung dia, tiap kali balik sana aku mesti berikan sejumlah duit untuk barang dapur dan bawa dorang berjalan.

Yelah, ayah dah takde, mak dan adik – adik takde transport, nak ke pekan beli barang basah susah sikit. Masa tu masing – masing harapkan suami aku je, ada orang nak pecah rumah suami aku balik kampung, mak s4kit dia balik, adik tak sihat dia balik, dia mesti balik sebab risaukan keadaan mak dia, risau dorang sunyi sejak arw4h ayah takde.

Risau mak dia tak makan. Mak dia ada d4rah tinggi, setiap bulan kena checkup kat kIinik. Risaukan keadaan mak dan adik – adik dia, adakala dia balik jugak kampung walaupun kena beku cuti. Dia bagi duit belanja setakat dia mampu.

Duk rumah bujang kat sana kena bayar sewa rumah, kereta, makan, tol, minyak, bil semua. Tapi suami aku tak pernah merungut kat adik beradik dia. Betullah orang kata, bila kita nak buat baik ni, ada je dugaan yang datang.

Masa kitorang dah hampir dengan tarikh perkahwinan, suami dikenakan tindakan tatatertib dari pihak jabatan sebab sepanjang tempoh 1 tahun, ada 29 hari dia tidak hadir kerja (sebab balik kampung uruskan arw4h ayah dulu dan uruskan mak adik – adik tanpa kelulusan cuti).

Kena tarik emolumen, tukar kepada gaji hari. Gaji hari berapa banyaklah sangat. Duit hantaran pun tak cukup lagi. Aku yang usahakan tolong tambah duit hantaran sendiri (bawah 10k, ayah aku taknak susahkan bakal suami).

Tiap kali balik kampung, suami bukan ada duit sangat, duit minyak dan tol pun aku bagi. Perbelanjaan kat kampung aku bagi jugak, tapi bagi kat suami sebab taknak tunjuk duit tu datang dari aku. Adik kat kolej pun suami support sikit walaupun masa adik minta duit, dia tinggal duit makan Rm10, tu pun dia bagi dekat adik.

Sampai dia sendiri s4kit kena gastrik tak makan, migrain, tapi takde sorang pun yang nak tanya khabar dia, sihat ke tidak, dah makan ke belum. Yang dorang tahu, minta duit. Dari sebelum kahwin lagi aku bantu dari segi kewangan suami.

Lepas kahwin kami masih PJJ. Awal – awal kena tukar kepada gaji hari, proses makan masa 3 – 4 bulan, selama tu lah suami aku tak terima gaji. Aku yang support semua, sedangkan gaji aku pun tak sampai 1500 je. Duit rumah kat KL dan JB, duit belanja kat kampung, duit kereta aku dengan dia, bil – bil, semuanya. Sampai duit kat mak ayah aku sendiri pun takde.

Macam mana cukup 1500 untuk semua tu? Tiap bulan lopong sana tampal sini, lopong sini tampal sana. Aku ni sampai ik4t perut sendiri nak tolong suami, aku yang hadap susah dengan dia, hutang keliling pinggang, korek duit tabung tukar syiling kat kedai runcit sebab nak bank in duit kat suami.

Sampai duit kereta tertunggak 3 bulan. Kereta tu atas nama abang dia, tapi dia pakai lepas arw4h ayah takde, jadi dia bayar. Abang dia asyik suruh dia bayar duit kereta, sampai update status kat FB. Tabiat keluarga dia dari mak sampai ke adik beradik, kalau ada benda tak puas hati, semua nak update kat FB.

Aku nak pesan kat korang, hal rumahtangga jangan cerita kat FB. Maruah ahli keluarga tu. Masa birthday suami, kebetulan telefon dia rosak. Telefon aku memang takboleh call/sms, cuma mengharap wifi je kalau nak whatsapp.

Mak dia wish birthday dalam group family, tapi dia tak reply (nak reply macam mana dah rosak). Mak dia update status kat FB bagitau wish birthday anak langsung tak reply, call tak jawab, dah tukar nombor tak bagitau. Dia baca esoknya lepas repair telefon, dia terus bagitau fon rosak apa semua, tak pasal pasal adik beradik dia salahkan dia cakap macam – macam kat dia.

Dengan aku sekali kena, kakak dia cakap kenapa aku tak bagitau dia. Fon aku pun rosak jugak, nak bagitau camna. Berg4duh lah kitorang laki bini sebab tuduhan tu. Lepas raya puasa, suami aku nekad berhenti kerja kerajaan dan duk KL dengan aku, kerja swasta.

Ka-ching! Masa ni lah semua bermula. Surat sampai kat kampung. Dah lah tak hormat privasi bukak surat orang, okay sabar lagi. Adik dia send personal kat Whatsapp. Tapi yang kami tak puas hati, kenapa kena post dalam group family jugak?

Adik beradik, ipar duai semua mengutuk dan cakap macam – macam kat suami. Tak tahu bersyukur, pemalas kerja, macam – macam. Sedarkah kalian rezeki tu hak Allah. Kalau dah takdir Allah rezeki kami bukan di situ, pasti ada rezeki lain.

Masa dia susah, sebelum raya puasa adik dia bagi duit belanja raya kat mak dia. Tahu tak apa adik dia pesan dekat mak dia? “Jangan bagi abang nampak duit ni, nanti dia mintak pulak”. Ni adik yang bongsu sendiri cerita kat aku.

Kau rasa apa perasaan kami masa tu? Kami susah tak makan sekalipun kami tak mintak duit korang. Aku lah yang bersusah dengan suami sampai korek duit syiling. Suami pernah mengadu dengan aku, masa dia balik kampung duduk lama kat sana, mak dia marah adik dia.

Dalam marah tu mak dia ada cakap, “yang belom kahwin duk rumah ni menyusahkan aku, yang dah kahwin pun balik sini menyusahkan aku”. Menitis airmata dia dalam bilik, seharian tak makan sebab sedih sangat.

Allahuakbar, aku sebagai isteri jauh dari suami terasa sangat sedih tu, nak je aku pergi ambil suami aku dekat kampung masa tu juga. Aku nak tenangkan hati suami aku. Suami betul – betul tawar hati dan terIuka dengan keluarga dia, dia nekad takkan jejak kaki kat kampung dia lagi.

Dia jatuh miskin, tanggung hutang, sampai nafkah isteri sendiri pun takde demi keluarga dia, tapi ada dorang nampak peng0rbanan seorang anak yang sayang sangat pada ibu dan adik beradik? Masa dia senang, semua mengharapkan dia.

Bila dia susah, semua h1na dia. Sedangkan dia jadi macam tu demi mereka. Aku sebagai isteri lah yang support suami aku. Dia betul – betul down, air mata jantan dia gugur jugak bila kenangkan perbuatan keluarga. Eg0 lelaki ni tinggi beb, tinggi dari gunung Everest.

Tapi sebabkan dia terlalu kecewa, dia balik kampung aku, luahkan semua yang dia rasa, apa yang keluarga dia buat dekat mak aku. Seorang menantu lelaki, bila luahkan perasaan pada ibu mertua, tu maknanya apa? Aku sendiri terk3jut bila mak aku tahu cerita dari mulut suami aku.

Dah 3-4 bulan suami aku tak balik kampung dia. Takde pun yang nak tanya khabar dia atau minta maaf. Alhamdulillah, sekarang suami aku dah kerja, swasta je. Gaji dia berlipat ganda tinggi dari aku. Kami dah boleh berlapang d4da.

Semua hutang kami langsaikan one by one. Suami dah bagi nafkah pada aku. Semuanya kembali normal. Tiba – tiba satu hari tu adik dia whatsapp dia, suruh dia minta maaf pada keluarga, pada adik beradik yang lain. Minta maaf pada mak dia.

Dan ada dia cakap suami aku terlalu dengar cakap isteri. Akukah yang salah? Suami aku terus hilang mood. Dia kecewa. Kenapa dia mesti minta maaf sedangkan dulu mereka yang h1na dia, pulaukan dia, pandang sebeIah mata je.

Aku lagi lah terkesan. Demi korang, suami aku berk0rban diri. Hinggakan aku sebagai isteri yang harus menerima pahit dan perit demi peng0rbanan suami untuk keluarga. Aku! Aku lah manusia yang turut sama berk0rban demi korang hingga keluarga aku, parents aku sendiri pun terabai.

Senang – senang je korang nak suruh kami melutut sekarang. Kenapa? Sebab kami dah senang? Kami belum senang, setakat cukup makan. Alhamdulillah. Kenapa korang sendiri yang tak minta maaf? Siapa yang buat salah pada siapa? Siapa yang mengh1na siapa?

Bila suami aku bertegas dengan adik dia, mulalah cakap “ini ke yang arw4h abah ajar berg4duh adik beradik?”. Dik, mohon bercakap di depan cermin sebab itulah perbuatan korang dulu. Aku confess ni untuk luahkan apa yang terbuku di hati aku dan suami.

Adik beradik dia tak sedar apa yang buat suami aku pernah susah dulu. Terus menerus salahkan suami aku, cakap pemalas kerja, eg0, tak reti bersyukur. Aku nak ingatkan, orang yang pemalas kerja tu, ponteng kerja tu sebab jaga arw4h bapak korang.

Di saat arw4h hembus nafas terakhir, suami aku otw pergi jemput adik dia kat JB bawak balik kampung sebab arw4h n4zak. Masa arw4h n4zak, ada korang berkejar nak balik? Bagi alasan suami tak boleh cuti. Mana peng0rbanan korang?

Sebulan sekali nak balik pun payah. Aku yang masa tu masih orang luar, aku la yang balik tengokkan mak korang. Belum lagi aku cerita macam mana aku ni ibarat bibik kat rumah tu, dari pagi sampai malam tak habis buat kerja rumah. Tu pun korang tak bersyukur.

Kepada semua, janganlah menilai seseorang hanya dari luaran. Jangan hanya setitik tompok hitam di atas selembar kain putih, korang terus buang kain tu. Ingatlah jasa orang yang membakar diri sendiri demi korang. Apa dan di mana korang sekarang adalah daripada peng0rbanan orang lain.

Jagalah maruah dan hubungan kekeluargaan, jangan dicanang buruk ahli keluarga sendiri kepada dunia. Ibarat menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri. Buat keluarga mertua dan ipar duai, andai terbaca confess ni dan termakan cili, harap korang nilai sendiri perbuatan korang.

Suami aku tak pernah cakap semua ni sebab dia tak mahu keruhkan keadaan. Dia tak mahu mak dia berkecil hati dan rasa menyusahkan. Disaat semua mengh1na, dia masih terus membakar diri. Biar terus dih1na daripada meIukakan hati seorang ibu. -Puteri Lilin-

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.